Pages

My sweet Surrender

Monday, November 22, 2010

Aku dan November...

Sejak akhir-akhir ni...
Macam-macam jadi dalam hidup aku...
Aku bukan tak nampak atau buat tak nampak...
Aku bukan tak faham atau buat tak faham...

Aku dah sampai pada turning point aku ke?

Tapi... inilah dia yang aku nak katakan...


Aku tak berubah...


Berubah di sini maksudnya hati dan perasaan aku terhadap kawan-kawan dan keluarga...
Cuma... aku telah menambah satu lagi perasaan kepada seseorang...


Aku tahu dan mengerti,
Ramai yang sangat-sangat kecewa dengan pilihan aku...


Mungkin juga semua orang.. sedang menantikan statement aku ni... (ya ke???)

Ya...
Aku sudah jatuh cinta...
Aku sedang di lamun cinta...

Di mana pilihan hati aku ni,
Tak di sukai oleh teman-teman...
Tak di terima oleh ibu dan ayah aku...

Tapi...

Aku sendiri tak tahu macam-mana nak terangkan pada semua...
Mungkin juga... kisah aku dan si dia ini akan sesuatu yang aku dan dia sahaja yang memahaminya...

Aku tahu kenapa dan mengapa dia tak menjadi kegemaran bagi semua orang di sisi aku...

Kenapa aku jatuh cinta pada dia...?

Dia...
Sangat biasa...
Dia seorang lelaki yang biasa, macam lelaki yang ada kat dunia ni...

Dia bukan doktor,
Dia bukan lawyer mahupun engineer...

Dia despatch jer...
Dia belajar pun tak setinggi mana...
biasa je..

Badan dia tak de la tough mana pun, (tapi aku sukee...)
Muka dia boleh tahan la... (bagi aku memang habis Handsome dah~)
Suara dia... sedap juga la telinga mendengar... (Habis romantik la...~)
Kulit dia, lebih putih dari aku la... (Aku jeles...)

Tapi sungguhpun begitu...
Dia rajin bekerja dan tak pernah menyusahkan orang lain...
Dia tak pernah menyesal atas apa yang telah berlaku ke atas diri dia sebelum ni,
Dia teruskan kehidupan dan Redha..

Dia sedar dengan ketentuan Allah,
Dia sedar diri...

Bukan semua orang je tahu, namun aku dan dia sendiri tahu,
Percintaan kami ni memang dah ala-ala antara 2 darjat dah... (bukan ala-ala da...)

Dia tak pernah terfikir nak memikat aku pun, tak pernah terfikir nak bercinta dengan aku...
Namun...
Memang tak di jangka kerana aku sendiri jatuh cinta pada dia...

Terus-terang aku katakan di sini,
Aku pernah nak jalankan dia dengan Eiki aku sendiri...
Eiki pun agak berkenan dengan dia... termasuklah dia sendiri...

Tapi tu lahkan...
Aku tak de perkataan lain nak katakan melainkan Allah punya ketentuan...
Aku agak keliru juga dengan apa pun aku tak tahu...
Aku tak tahu samada perlukah aku perkenalkan dia dengan kawan-kawan aku atau tak,
Sebab...

Aku tak nampak relevennya kenapa aku nak perkenalkan dia dengan kawan-kawan,
Kerana semua tak boleh menerima dia sejak awal lagi...

Sebab itu aku masih berdiam diri..
Simpan je dia.. (haha... buat pekasam...)

Aku tak tahu nak terangkan pada semua macam mana dia...
Bila aku kata dia baik... baik ni kan subjektif dan meluas sangat...
Bila aku kata dia ni jujur... jujur pun terlalu abstrak...
Bila aku kata dia ni setia... setia pun adalah sesuatu yang boleh di manipulasikan...

Entahlah...

Aku cuba kenalkan dia dengan family aku, namun diaorang pun sendiri awal2 dah kata...

"Tak payah... aku tak nak kenal dia..."

Jujur aku katakan, aku sedih dengar kata-kata tu... kenapa tak nak kenal dia dulu...?
Kenapa judges dia macam-macam...?

Tapi... lama-lama ibu dan ayah nampak boleh menerima dia sebab kata ibu,

"Dah itu yang buat kau bahagia, dan kau gembira... asalkan kau gembira sudahlah... ibu kecewa pun tak pe..."

Aku faham.... aku waras masa buat pilihan tu...

Keputusan aku ini memang menyakitkan dan mengecewakan ramai orang dan menghancurkan banyak hati...

Termasuk dia yang sebelum dia... termasuk si dia yang sebelum aku untuk dia...

Maafkan kami...
Tiada apa yang mampu aku katakan setakat ini melainkan kata-kata maaf...
Maaf... kerana kami sudah jatuh cinta...

Aku tahu, banyak yang rela sahaja dengan percintaan kami ini, namun restu dan doa mungkin sangat sedikit yang mengiringi kami... namun aku mohon agar jangan doakan kecelakaan kami berdua...

Kerana, aku yakin, kami bercinta untuk mencari kebahagian walaupun percintaan ini adalah antara dua kufu yang berbeza untuk zaman dan era masa sekarang ni...

Walaupun agak tak leh blah dan mengarut... namun... apa yang aku boleh klasifikasikan percintaan ni setakat ini adalah...

Percintaan terlarang di muka bumi ni...

Aku sendiri tak sangka, November ini... aku sedang bercerita mengenai kisah percintaan terlarang aku sendiri...
yang highlightnya di sini adalah AKU yang bercinta...
Tak pernah sekali pun aku terfikir yang aku akan berhadapan dengan kisah cinta seperti ini...
(bercinta pun tak pernah aku terfikir... haha.. tak leh blah...)

Mungkin keputusan nak berkahwin dalam masa terdekat ni buatkan semua orang naik darah kot...
Haha...

Keluarga dia dapat menerima aku dengan baik... Alhamdulillah...

November 2010 kali ini banyak memberikan dan meninggalkan kesan dalam hidup aku...
Kisah yang aku sendiri tak pernah bayangkan...
Kisah yang tak pernah aku karang...
Skrip yang sebenar bukan seperti yang selalu aku coretkan...
Ceritera yang asli bukan seperti yang selalu aku ilhamkan...

November ini,
Membuka satu lembaran baru untuk aku...
Lembaran yang istimewa bagi aku, namun kekecewaan bagi orang lain...

Kepada mereka yang mengenali dia, terima kasih aku ucapkan...  kerana memberikan sokongan..
Terima kasih...
Kepada kawan-kawan aku yang lain, setiap nasihat anda semua jujur dari hati aku menerima dan jadikan ingatan...

Nasihat anda semua membuktikan bertapa aku amat penting (hehe... tak leh blah...) dalam hidup anda... terutama Paro... thanks pal.. walaupun aku tak berdaya nak ucap sendiri dengan mulut aku ni, namun aku tahu kau care and memang aku hargai dan terharu.... (heee.... malu plak...)

Maafkan aku sekali lagi...
Maaf kerana aku telah jatuh cinta... dengan dia...


~Zamiy Hisana~

Monday, November 8, 2010

IB dan kakak bon bon pink...

Heee..... gross kan ayat aku kat atas ni...

Haha...
Well... tak dela banyak mana aku nak story pasal akak ni..
Cuma dia menjadi bahan gelak antara aku dan Paro je la...
Aku dan Paro pergi ke IB (istana Budaya)
sebab nak ambil tiket teater "NATRAH" yang Paro da booked aritu secara online...

Kitarorang g naik motor je pun...
Aku dan Paro sampai kat IB pun ambil masa sekejap je...
Seingat aku... tarikh kami ke IB ni 23 October...

Papepun...
Aku sampai je kat IB tu, orang ramai, ada event kot..
Tapi yang penting kaunter tiket nampak kosong...
Maka kami pun melangkah menuju ke sana..

Aku tak berapa amek port sangat dengan kakak yang duk terhongek kemain depan aku..
Tapi...
Tidak Paro...
Dia memang cekap, tak sampai beberapa minit je dia snap gambar kakak tu...

Seksa tak menonton?

Paro cakap dengan aku...
"Amacam? cantek tak?"

Aku sengih dan jawab..

"Boleh jadi bahan..."

Lama gak akak tu duk kat kaunter tu...
Aku tak tahu nak kata apa...
Dia melayu...
Bagi aku, ada2 masa kita perlu menghormati dan mengadabi tata rules dalam dressing ni..
Aku mengaku yang kadang-kadang aku pun mengaku yang aku pun ada msa 'seksa'..
tapi tak de la gini extreme seksanya kan...

papepun...
sory la kak... sy ni memng pantang nampak benda-benda gini...
nak aje di post kt sini...
wuuuu~~~~

anyway...
pas sibuk duk mengata kakak tu, n after kami dah amik tiket yang dapat diskaun...
kitaorang gerak ke Jusco kepong... Dekat sikit dengan umah PAro...

Setelah gedebak-gedebuk..dengan Paro...
kami pun decide...

"cuti-cuti cinta"

Tak leh blah kan...
Aku tak sangka yang aku akan menonton citer ni...
Paling tak di sangka, Paro pun menonton cerita yang sama... dengan aku...
Hahaha...
Lawak weh...

biasanya aku tak menonton kat panggung citer macam ni...
Genre kat panggung biasanya,
Takers, chen zhen, 2012, transformer... and RED!

Haha... tak leh blah tul...

Cerita dia ok lah...
Cerita melayu, what do you expect kan? takkanlah cite cinta gini ada lak aksi terbang-terbang kat langit...
haha...

Habis menonton... kitaorang pun bersidai ke luar Jusco...
Hujan baru reda...
Kami jalan g tempat parking moto...
huhu...
Aku sampai je kat motor...
Mahu nak terkeluar semua anak tekak aku... (aku ada 8 anak tekak!)

Xleh blah...
Paro sengih2 je menyaksikan benda yang aku tak pernah lagi tengok...
First ever dalam hidup aku!

Helmet paro...

Helmet paro yang tergantung di sisi motor aku...

Motor kesayangan yang dah makan tuan dia banyak kali...

Aku pun tak tahu apa nak kata...
Paro sarung je benda tu buat tak tahu...
seb bek dekat je rumah dia...
Hehe...
Moral of the story: sila jaga tepi kain dan helmet anda... haha!
Aku selamat dan bersyukur tak kene pape... (ya ke? bapak aku mengamuk kat rumah...)

~zamiy hisana~


Aku dan Sunway...

Aku, Master dan Paro...
Merayap lagi...
Kitaorang memang tak pernah duk bilik...
Berjalan je keje kitaorang...

Kami ke SUNWAY PYRAMID...
Tujuannya... menemani Paro untuk menghantar broadbandnya...
Nak tukar plan katanya...

Tak pe...
Aku dan mereka-mereka ni, duk la bersantai jap...
Tak terperasan lak aku yang kaler baju aku sebijik da macam kaler sofa maxs center ni...
Hahaha...

tak leh nak edit banyak... hilang kaler lak jap lg.. (wajah aku semakin kelihatan...)

Aku bangga... patutlah semua orang dalam kedai pun duk perati aku...
Haha...
Budget aku ikon mxs ke????

Ni paro dan master....

Dah setel sumer... kitaorang jalan-jalan kat ice-ring...
Saje nak tengok2 sape2 yang melekat kat cermin ice-ring tu...
Hehehe...

Tapi... rezeki kot malam ni, nak tengok bebudak ice-hockey...
Tak leh blah...
Teringat aku kat cerita biru violetku tu... obata yuki punya manga...

Mamat yang si Violet kinoshita tu minat, budak ice-hockey..
Cerita yang betul2 meruntun hati aku...
 gini la muke depannya...

Lama gak kitaorang duk bersifai kat situ...
dari sesi memanaskan badan...

warming up...

abg ice-hockey tengah senam...

senam sensorang... kat hujung...

Sampaila sesi briefing... (kot...)

Tengah duk berkumpul...

Masa ni last touch kitaorang...

kami...

Kami bertolak pulang memandangkan... semuanya 'budak kolej' lagi...
tak pasal tak leh nak masuk kolej lak kang... (before 12 ok!)

~zamiy hisana~

Buried yang Buried...

Aku melajukan diri untuk menuju ke GSC ALAMANDA...
Memang mengujakan, bawa kereta macam dah nak giler dah...
Aku pun tak tahu sangat apa yang berlaku dengan diri aku ni,
Bersemangat sangat nak tengok wayang yang beberapa hari aktiviti ini aku tak buat...

Sampai kat sana..

Terus meluru kat kauter...
Sambar 4 tiket... Burried...
Walaupun dah lambat setengah jam. tapi kitaorang redah je masuk...
Masuk2 je, aku nampak kat screen besar tu ada seorang lelaki (ryan renolds) tengah duk kat dalam kotak...
Cemas sungguh beliau kelihatan ketika itu...
Aku dan kesemua ahli penjejak movie duk perati, apa yang mamat dalam kotak ni tengah nak buat...
Heeee....

Aku shortcut terus la...
Lebih kurang sejam lebey kemudian...
Aku dan kesemua ahli penjejak movie, ketawa berdekah melihat aksi lelaki itu mati dalam kotak...
Kejam sungguh kitaorang kan?

Tapi... aku memang serius, mengaku kat sini...
Aku tak pernah lagi jumpa movie yang macam ni...
First ever in my life!!!!!!

First time dalam hidup aku tergelak macam nak habis nyawa
lepas tengok ending...
Firts time aku tengok movie yang pelakon dia cuma seorang sahaja all the time... (pelakon suara tu ramai... sebab dia asyik cakap telefon...)
First time aku tengok movie yang cuma ada satu je tempat shooting... iaitu di dalam coffin atau kotak dia tu...

Tapi citer ni banyak pengajaran...
Sensitif sikit, tapi bagus untuk warga America la kan...
Sebagai manusia, dan seorang Islam...
Aku faham apa yang mereka lalui,
Namun kita semua manusia, kemarahan kadang-kadang mengatasi kewarasan beragama...

Orang yang letak dia dalam kotak tu, nakkan wang tebusan,
dari kerajaan America, sebab mamat ni warga America...
Orang tu kata, dia minta gitu sebab askar america serang negara dia dan menyebabkan dia hilang keluarga...
Sebabkan lelaki itu America juga (walaupun bukan askar) dia tetap nak balas dendam... dan minta duitla kan...
Tapi kerajaan America tak mampu nak tunaikan,
atas dasar-dasar yang aku sendiri tak berapa nak faham...
Mungkin kalau korang tengok, korang akan faham la apa yang di maksudkan beliau-beliau yang menjadi pengarah dan penerbit cerita ni...

lepas habis tgk buried ni... aku dan geng2 penjejak movie pergi melantak jap kat Maulana...
Aku terpegun tengok suasana kat Maulana yang begitu meriah, terutamanya pada malam hari...

Paro yang melantak megi goreng...

Ni pinggan Master.. hehe...

Snapshot lebey gambar paro... sebelah aku poyo (nickname)...

Aku kagum dengan cara ikan dalam aquarium kat maulana ni tidur...
Walaupun... Paro kata...

"Ei... Ikan memang tidur macam tu la... kalau nampak dia landing kt bawah ke atau dia senget je maknanya dia tidur la tu..."

 ikan Maulana yang sedang beradu....

Hahaha!!! Masa aku kecik dulu... mak aku memang suka bela ikan, bila ikan tu senget je aku selalu cakap dengan mak aku...

"ibu... ikan tu nak mati... dia senget..."


 ikan yang melandingkan diri....

Haha! Baru aku tahu... sepanjang dekat 23 tahun aku hidup ni, baru aku tahu ikan tidur macam tu... haha...

Aku tiba-tiba penat...

Hidup yang penuh dengan masalah...
Memang merunsingkan...
Tapi...
Kalau hidup tak de masalah juga...
boleh merunsingkan...

Ini tuntutan sebuah rencana yang di panggil kehidupan...
Bukan semua masalah jelas nampak depan mata...
Banyak daripadanya terselindung,
Tak terluah...

Aku ada masalah ke?
Aku pun tak tahu nak jawab, sebab aku ni memang jenis orang yang banyak masalah...
Rutin dalam setiap hari aku adalah memikirkan solution masalah...
Aku tetiba rasa tension plak...

Aku bukan nak buat cerita donggeng kat sini....
Ni memang pengalaman aku sendiri,
Tak pernah lagi aku alami, inilah pertama kali...

Aku tak faham orang lelaki ke? (sebab aku perempuan)
Atau...
Aku tak faham dia je?
Aku pertama kali kenal dia masa aku buat praktikal kat kilang kordial dulu...
Tapi aku dan dia jarang berbual...
Boleh kata tak pernah berbual..

Aku pernah tegur dia tulis nama air, dia salah eja...
Itu je la... seingat aku..
Ada sekali lagi masa aku dengan dia duk berbual2 tanya asal-usul...
Dan itu adalah yang terakhir...

Aku dah habis praktikal kat double lion lebey kurang nak masuk 1 tahun gitu...
Tapi lelaki ni... mengekori aku sehingga ke saat ini...
Aku tak tahu kenapa tapi dia sangat menjengkelkan...!
Dia nak mengorat aku, tapi dia mungkin tak jumpa cara terbaik untuk menambat hati aku...

Dia hantar mesej setiap hari pada aku...
Lagi-lagi sejak akhir-akhir ni...
Aku pun tak tahu nape, tapi pas baca mesej dia...
Aku jadi geram...
Kadang-kadang jadi marah sangat...
Kadang-kadang aku kesian pun ada juga...

Dalam mesej dia, dia selalu cerita yang dia ada rumah...
dia ada kereta mewah, dan gaji dia banyak..
dulu dia keje kt kilang kordial tu sebagai pembantu stor...
ketua dia pun pakai kete wira je... (Ah siang...)
masa dia keje kat kilang kordial tu, dia pakai RXZ...

Hurm... aku curious dengan dia,
tapi ye lah kan, nasib manusia, Allah je yang menentukannya...

Mesej terakhir dia pada aku ni, pagi tadi pukul 4.53am..
tah apa tebiat nak mampus agaknya...

dia tulis 'syg'... tu je..

semalam dia kata aku 'mcm bosia'... tapi aku tak pernah reply da mesej dia...
lantak dia la nak membebel sorang-sorang...
Tak kuasa aku nk layan orang yang memang aku tak faham lansung ni...
Dia bukan kawan aku pun, kenalan? boleh ke aku gelar dia gitu?
Dia bukan sape-sape untuk aku...

Kalau dia buat perangai elok-elok, mungkin kita boleh jadi at least kawan...
tapi perangai serupa itu, i'm so sorry... bukan perempuan je, kalau kak pon pun tak mahu ok...

aku malas nk describe sedasyat mana dia ni...
Just aku boleh bagitahu...

Nama dia SABRI.
No Phone : 0122604023

Korang atau sesape boleh call tanya dia kenapa dia macam tu...
Aku sendiri tak faham sampai arini...
sedangkan aku dah beritahu dia aku dah ada anak 2 orang dah...
Believe it or not, dia kata dia tak kisah..
Adui... tak pernah lagi aku jumpa lelaki dan manusia macam ni...
selalu wujud dalam novel dan drama je...
kali ni, reality life in me!
Sape2 yang member aku, mesti confirm da tahu kes ni..

Berbuih da mulut aku mencarut kat mamat ni...
kawan2 aku sendiri pun join venture kutuk mamat ni..
Nauzubillah...
Sampai aku terlampau marah, aku gelar dia... "Syaitonirajimmmmm...."
Dahsyat tul dia buat aku marah kan...
Haha...
Memang sangat annoying...

~zamiy Hisana~

Friday, October 29, 2010

Kalau tak suka, say NO....

Cerewet???
What is that?
Haaa... ni isu yang memang agak complicated dalam masyarakat manusia...
Bab makanan menjadi satu benda pertama kat dalam hidup ni yang perlu di titik beratkan...
(Perggghhhh.... formal gila ayat aku...)

Macam-macam perangai manusia ni terserlah depan makanan...
Ramai orang kata, bila someone tu tak makan sesuatu makanan or beberapa makanan lain, dia akan di gelar cerewet...
Hurmmm...
Aku punyai persepsi dan pandangan berbeza sedikit berkenaan cerewet ni...

Pandangan aku tiada kene mengena dengan mana-mana pihak, ni just my analisis...

Heee...

Aku amek contoh dekat je la, diri aku sendiri...

Aku tak makan bawang... (kalu tumbuk halus aku makan je...), aku tak prefer makanan pedas...  (dulu aku tak makan lansung pepedas ni...) aku tak makan ikan2 darat, aku tak minum air teh susu, aku tak minum nescafe dan ada la lagi beberapa item makanan yang aku tak sentuh...



Orang akan kata aku memang stock mengada-ngada, cerewet... 

Tapi, aku tak rasa aku cerewet... aku bukan suka2 tak makan, cuma ada certain item tu memang aku tak suka nak makan or memang tak boleh makan la kan, sebab perut tak leh terima...



Kalu orang cerewet pulak, bagi aku yang macam ni...

"Saya cuma makan roti jenama Gardenia sahaja. selain dari jenama gardenia saya tak akan makan... kalau sos cili pun jenama kimball sahaja, selain dari itu saya tak akan makan...."



Haha! aku seyes ada kenal dengan seseorang macam ni... tapi apapun, dia punya hak untuk menjadi sebegitu. bukan apa, orang cerewet ni bagus, sebab dia pentingkan ketetapan dan kualiti... bak kata ibu aku, 'celici' gitu...

Apa yang aku rasa semua ni, cuma pandangan peribadi aku je... ini apa yang aku fikirkan dan analisakan... aha! aku busan tak de benda nak pk.... (ye la sangat tak de benda nak pk...)

Baru2 ni, Paro terkena alergik protein, dia tak boleh makan apa-apa makanan pun dari sumber protein...
Aku simpati dekat dia, tapi nak buat macam ne, aku kalau seminggu tak kene McD, boleh kene sawan...
Hahaa!! Aku makan McD, dia mana boleh tahan tengok... mestilah hentam sekali... setiap kali dia consume protein je, mula la dia di serang kelompok-kelompok merah atas kulit dia...

walaupun alergik dia tu tak berjangkit dengan aku, tapi aku ada satu paranoia dalam diri sendiri yang aku senang nak dapat 'saka' paro ni...

Hahaha!!!!

Well, apapun, dia baru je sembuh dari penyakit dia ari rabu aritu, 27 Oct 2010...
Tahniahlah kat dia, dia dah boleh makan protein dah...


Dia punya penyakit datang bermusim... Alergik tu dtg tetibe je pun...
Tapi masa hari pertama dia kene alergik, Dr yang rawat dia tu cakap dengan dia,



"You stress ea? tu yang alergik ni..."

aku agak terkejut dengar, ni first time aku dengar orang kena alergik gitu sebab stress... hehe... tambah satu ilmu aku lagi... (kalau Dr tu tak tipu la...)

Apapun, selagi boleh makan, kita harus makan... makan pun ibadah juga...
Orang kata, nak cari pahala senang je, nak cari dosa pun lagi senang... haha... aku terbaca notes facebook member aku ni, aku letakkan keratannya yang menarik perhatian aku... (sebab aku selalu buat...)

Larangan mencela makanan
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

Huhu... jadi, dengan ini aku akan kurang mengomen makanan... kalau tak suka, say no... hehe...
Jangan ikuti amalan syaitonirajim...

credited to i luv islam.com

~zamiy hisana~

Thursday, October 28, 2010

I'm just me.... Wasiat aku...

Dua tiga hari ni...
Ada fius terbakar...
Kat mana????
Kepala aku...

Aku memang ting-tong sikit kot minggu ni, semua aku buat macam tak kena...
Aku sendiri macam tak faham sangat kenapa dengan aku sebenarnya ni...

Aku kena Alzheimer ke apa?
Aku kena jumpa pakar sakit jiwa kot, jiwa aku kacau kot..
Tapi kalau di fikirkan balik, tak de apa pun nak di kacaukan...

Nak kata serabut sebab boyfriend, bila pulak aku ada boyfriend...( tapi aku still hot! Tett...)
Nak kata masalah kewangan... Hurmmm.... biasa2 je la...(Impian aku nak jadi jutawan)
Nak kata masalah kawan2, hurm... so far ok je, not bad... (besela kalau kena bahan sikit2 dgn member...)
Nak kata masalah penghadaman... aku punya perut ni besi pun boleh hadam lagi... (Xleh blah, baru je baik dari food poisoning...)
Nak kata masalah study... (aku tamat belajar jun 2010, noktah!)
Nak kata masalah kerja... orang jerit kat aku, aku jerit kat orang lain pulak... (aku bukak jobstreet tiap hari...)
Nak kata masalah parents... ayah and ibu, kenyang je makan... (ayah cut elaun aku bulan ni... noktah!)

Jadi....

Apa masalah aku sebenarnya.... aku sendiri pun tak tahu...
Aku tak faham kenapa dan apa yang buat aku macam runsing...

Benda ni menjadi-jadi sampai...

Aku malu dengan Paro dan Master (bukan nama sebenar. pertama kali di sebut dalam blog aku ni...)

Beberapa malam yang lalu... (aku da tak ingat)
Aku dan Paro melayan cerita 'Nak balik raya'
Seyes lawak nak mati... cuma ada beberapa part yang bagi aku scary (walaupun aku macam ni, tapi aku penakut...)
Lepas melayan cerita tu, aku pun membutala... esok nak keje, kena la tidokan...
Paro memang senyap je kat sebelah aku, Master last sekali tido...
Lepas tutup lampu tu, dalam keheningan malam yang nak merangkak ke pagi tu,

kedengaran satu suara bak buluh perindu berkumandang~

"Susah betul jaga budak ni..." Mata aku terkebil-kebil mendengar...
Seketika kemudian, kedengaran suara Master,

"Hah... siapa pulak yang cakap tu..." Kemudian aku menjawab dengan tanpa segan silu,

"Eh... aku ke yang cakap?"

Tetttt.......

Pecah perut aku jap, ketawa sebab aku sendiri yang mengigau, beberapa malam sebelum tu aku gelakkan Paro sebab dia pun sama gak kes macam aku... siap ada extension lagi,

"Eh... tercakap pulak... (ingatkan nak cakap dalam hati je...)"

Ni kes yang agak severe gak la melanda aku...

Ada kes lebey severe....

Aku, Paro dan Master keluar meronggeng... (memang tiap malam aku tak duk kat bilik...)
Master yang duduk kat seat belakang En K, roger aku yang sedang berada di seat depan En. K,

"Aku nak 'menyiram' la..." aku pun berhentikan dia di stesen minyak petronas (kat UPM),
beberapa minit kemudian dia selesai menyiram kat dalam toilet, kami pun laju menuju ke McD (tempet feveret)
Aku dan Paro beratur sambil perah otak pk nak makan apa...
Master duk kat kerusi, perati je aku dan Paro yang confius...

Tak lama lepas tu...
Aku pandang Master sambil bersuara...
"Eh, ko nak g toilet kan tadi?
Master terkebil-kebil memandang aku, Paro muka terkejut memandang aku...

Aku....

Malu sendiri sambil berlalu aku bersuara,
"Tak pelah... aku nak g toilet..." senyuman manis aku berikan kepada mereka, yang di balas dengan ketawa yang indah serta di iringi dengan sebaris lirik khas dari Paro untuk aku...

"Orang tua ni kenapa?"

Haha...banyak lagi ekside2 yang menyayat hati berlaku kepada aku yang tak sampai hati untuk aku ceritakan di sini...

Haha! Aku pelupa yang teramat sangat sejak akhir-akhir ni...

Rakan-rakan yang tersayang, seandainya aku benar-benar telah sakit yang kronik gila, iaitu lupa ingatan ke... aku harap anda semua tahu, aku tak pernah ingin melupakan anda semua... (xleh blah...)

 Ni antara kawan2 aku ler... (telah di edit)

Aku banyak sweet2 moment dengan kengkawan semua... mungkin di mata mereka aku kelihatan sedikit unik... (kot la...)
Tapi honest aku meluahkan di sini... aku tak berniat nak menjadi lain dari yang lain...
Aku tak minat nak jadi isolated, tak rasa nak jadi berbeza dari kawan-kawan aku...

Tapi apa yang telah berlaku dan apa-apa yang kita jalani bersama selama ini berlaku dan terjadi tanpa aku sedari! (Haha... seyes...)

Ramai orang kata aku unik and pelik sikit,
Aku tak buat-buat perangai pelik tu... (Natural...)
Aku sedaya habis menjadi normal, mahu menjadi sebahagian dari normal yang dominan ini...
Golongan dominan yang menarik perhatian aku, benda yang biasa itu lebih menarik di mata aku... (tips mengorat aku... haha!)

Kalau ada antara yang kenal dengan aku, dan pernah bertembung muka dengan aku, terperasan perangai aku yang unik tu, silalah jangan menganggap aku ni mengada-ngada... serious, aku memang gitu, seperti yang korang nampak...

Pape pun, aku rindukan zaman belajar aku... (yang baru berlalu beberapa bulan yang lalu...)
Terlalu banyak moment yang sweet, dengan member aku semua...
Aku tak mahu melupakan segala memori tu...
Aku tak melupakan semua yang aku pernah kenal...

Aku mungkin kurang menyayangi orang (hati kering skit...)
Tapi... percayalah, setiap apa yang korang buat, aku sentiasa perhatikan...(bukan stalker... ok...)
Walaupun aku lupa, tapi aku memang perhatikan, tak kiralah aku dan kau hanya bercakap sebaris dua je sesama sendiri sepanjang dan selama ini...

Aku tak mahu melupakannya...
Dan paling penting...
Aku tak mahu melupakan dia ni....

Dia... Jjing jjing....

Yesterday, now and forever... aku mahu mengingatimu... dan sentiasa...

Dia orang pertama yang kenal 90% diri aku...
Bagi aku... ini satu keajaiban... ada juga orang kenal aku 'sekenal' ini...
bukan setakat kenal, tapi dia faham, dan dia mampu baca hampir seluruh pemikiran dan tindakan aku...
Aku serius sangat terkejut!
Dia biasa-biasa je kat manusia lain, tapi dia ada tittle istimewa kat dalam hati aku...
'My best Chum ever!' ni tittle yang dia sandang...

Tapi, kawan2 aku yang lain pun ok je, tapi, rata-rata statistik kat malaysia atau statistik berkawan ni, cuma 50% je kawan nak kenali dan fahami diri kita... (ni analisis dan eksperimen aku sendiri... tiada kene mengena dengan orang lain, ok...)

Apapun... inilah diriku, yang aku telah dedicated kan kepada ibu and ayah aku, and untuk diri aku sendiri, and future husband (kalau kahwin), untuk kengkawan and yang pastinya dan utamanya... untuk Dia... (Yang Maha Agung)...

~zamiy hisana~

Thursday, October 21, 2010

Ayah dan Ibu... permulaan kami...

Hari ni...
Hati dan perasaan aku agak down sikit...
Entah kenapa aku asyik teringat ayah dan ibu aku...
Sayu je rasa hati aku...
Persaan yang tak dapat nak di klasifikasikan...
Mungkin juga sebab aku mungkir janji dengan ayah, yang memang excited nk tunggu aku balik minggu ni...

Aku mesti balik juga...
Sebab, dia ayik cakap pasal gambar studio yang kami bertiga ambil masa sabtu lepas...
Aku sendiri tak tahu, berapa kali dia tatap gambar tu sejak dia ambil gambar tu dari kedai Fuji tu...

Ibu aku keje, tinggal ayah kat rumah...
Sorang-sorang...
Dia tak boleh nak jalan sangat, kaki dia baru nak baik..
Dia accident motor lepas beberapa hari abang aku meninggal...

Sedih sangat tengok ayah menangis masa abang aku meninggal...
Tapi nak buat macam mana... dah sampai masanya...

Aku tetibe jadi rindu sangat kat parents aku yang jauh di mata ni...
Aku faham,
Diaorang dah tak de siapa melainkan aku dan adik aku...
Tapi adik aku tu memang tak boleh nak berharap dah...
Tahu nak menggatal je... (ambik kau!)

Ayah telefon aku petang semalam... (aku lupe diri time tu...)
Tapi aku tak cakap panjang dengan dia.
Aku kata aku nak telefon balik, tapi sampai ke sudah aku tak call...
Adui... aku rasa diri jadi anak tak guna pulak...
bukan sekali ni je, setiap kali dia call pun aku akan cakap benda yang sama...

"Nanti An call ayah balik..."

Ni je la modal aku...

Tapi....

Apapun, ayah dan ibu tetap ranking yang pertama dalam hati aku...
Tanpa mereka, aku bukan aku... dan aku tak mungkin kenal dunia ini seperti ini...

Aku teringat semula semasa hari kovokesyen aku baru-baru ni... (aku baru je konvo, 12 Oktober aritu...)
Ayah dan ibu aku bersemangat sangat datang...
Serius aku cakap... aku tahu ayah sangat-sangatlah bangga sebab aku masuk U..
Ke mana dia pergi, kalau orang tanya pasal anak dia, dia jawab,

"Anak perempuan saya ni, di UPM... dia amik sains pemakanan..." (walaupun pada hakikatnya aku amik food sains dan teknologi...)

"Dia duk sana 4 tahun... dulu dia masuk matrikulasi..."

Ibu aku pulak, dia jarang sikit nak cerita kat orang pasal akademik aku... dia selalu cerita pasal peribadi aku...
Aku bukannya baik sangat, dia pun selalu cakap aku pemalas...
Tapi... dalam diam-diam... dia sebenarnya gembira bila ada seorang bekas bos aku, (bos aku masa aku keje sementara nk tunggu panggilan U) puji pasal peribadi aku depan kawan2 dia...
kata bos aku tu,

"Hisana (bukan nama aku yang sebenar) tu, anak yang baik..." (kembang kejap aku...)
Ibu aku sangat bangga dengan kata-kata bos aku tu, (dia eksyen depan kawan2 dia lagi), sampai ke hari ni dia asyik je cerita pasal benda tu...

Aku serius cakap, aku tak pandai nak kemas-kemas rumah bagai ni, tak pandai nak masak-masak ni, tak berapa reti aku nak buat keje2 rutin seorang perempuan... tapi... ibu aku tetap... menerima aku seadanya...
(walaupun dulu ibu tak suka dan tak pernah bagi aku buat apa-apa keje kat rumah)

Kadang-kadang aku rajin sangat-sangat marah dan merajuk dengan ibu.. (mengada-ngada sebab anak tunggal perempuan...)
Tapi... sekalipun ibu tak pernah ambil hati...

Ayah tak pernah merungut kalau aku mungkir janji...
Ibu tak pernah marah kalau aku mengada-ngada...

Ayah dan ibu.... terbaik dari Allah yang pernah aku terima...
Anugerah yang tak ada galang gantinya...

Menitis air mata aku masa wakil graduan sesi ke-8, sidang ke-2 (tak ingat nama dia), tu bagi ucapan yang kredit kepada ibu dan ayah tu..
Dia menyanyi lagu ayah dan ibu masa time bagi ucapan...
mendayu betul suara dia... (tak la sedap mana pun...)
sambil dia menyanyi, hidung aku pun sama sakit tahan nangis...
tapi, akhirnya tewas gak...

"Ayah dan ibu...
itulah... permulaan kami...
Dapatlah melihat bulan dan matahari...
Ahai...
Yang Dikurniakan dari Ilahi..."

Si bukit (bukan nama sebenar) yang duk sebelah aku ni duk cakap,
"Aiyaaa... jangan nangis la..." tak leh blah... dulu musuh ketat aku dia ni...

Ayah aku tak leh nak jalan sangat, baru je baik, tongkat la teman sejati dia masa kini...
Tapi dia still nak datang dan rasa sangat gembira bila nama aku kene panggil masa kat dalam dewan...

 Gambo peveret bapa aku...

Apa yang aku dapat pada hari ini adalah kerana jasa mereka...
Titik peluh dan susah payah ibu dan ayah...
Aku bukan anak orang senang,
Aku rasai sama keperitan mencari ilmu ni,
Tapi sepanjang perjalanan ini, aku tidak susah bersendirian...
Aku susah bersama dengan ibu dan ayah..
Malah mereka lagi bersusah payah dari aku...

 Hadiah dari ibu...

Mana dan apa yang mampu aku berikan sebagai balasan?
Mereka tidak pernah meminta balasan...
Hanya meminta secebis senyuman, hanya mahu mendengar suara aku...
Ni bukan citer drama, tapi inilah yang ayah aku minta,

"Ayah cuma nak tengok An ketawa dan senyum..." inilah balasan yang dia nak dari aku...

Aku tak tahu orang lain punya perasaan, tapi sebagai anak... luluh hati aku mendengar...

Ayah dan ibu,
apa yang aku dapat dan kecapi hari ini, aku dedicate untuk anda berdua...
Aku buat semua ini kerana ibu dan ayah...

Untukmu ayah dan ibu....

Semuanya...
Seluruh hidup ini aku hadiahkan untukmu, ibu dan ayah...
Andainya dalam masa terdekat ini,
Allah mentakdirkan perpisahan antara kita,
Jujur aku katakan, diri ini masih belum bersedia menerima kehilangan anda...
Moga Allah memberi kita sedikit lagi ruang dan masa untuk bersama,
dan ditakdirkan berpisah satu masa nanti akan ku doa bertemu di akhirat kelak...

Ayah dan ibu yang amat-amat aku cintai...

~zamiy hisana~

Wednesday, October 20, 2010

Surat dari seorang wanita untuk FUTURE HUSBAND... haha!

Aku terbaca notes facebook sorang member aku ni, baru je malam tadi jumpe dia... tengok wayang sama2 kat GSC ALAMANDA. citer Ryan Reynolds, Buried.. kes buried ni aku story next session, for now aku siarkan notes yang menarik perhatian aku ni... dari dia... haha...

Repost....

Surat daripada seorang wanita kepada future HUSBAND….
Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling!  Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau.  Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.
Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).
 Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.
Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^


-Kredit to Izzati...

Monday, October 18, 2010

Dia dalam mata kaca aku... Hari pertama...

Dia...
Tanggal 7 October 2010, Khamis...
Aku Tak dapat tidur nyenyak, malam tadi...
Sebab dia tengah naik train, on the way ke KL...
Kehadiran dia ni, memang aku tunggu pun...
Pagi2, aku bangun solat dan bersihkan diri mana patut...
Dia mesej katanya dah nak sampai...
Aku Start enjin motor...
Tanpa aku sedari, ada segaris senyuman tersembunyi di bibir aku.. (yang ada orang kata macam Angelina Jolie???)
Aku memang happy...
Aku nampak dia dari jauh...
Walaupun dekat 6 bulan tak jumpe, dia still maintain...
Macam dulu gak... Hehe...
Aku pas amik dia, terus balik bilik dan segera bersiap, naik bas naki g Raptai Konvo...
Memang rindu sangat...
Lama tak naik bas dengan dia...
Masa final year dulu dia bawa kete jadi mestilah selalu naik kete kalau kuar dengan dia..



Leka sangat... Lagha dengan dia sehari ni...
Aku memang rindu gilerrrr suasana ni, semua kawan2 aku macam kene rasuk main game kat sana...

member2ku y mabuk game...

kelekaan ya melampau...

Aku dengan dia memang banyak habiskan masa snap gambor orang lain je...
Walaupun letih, tapi aku puas hati dapat jumpa dia hari ni.. setelah sekian lama aku menanti dan menghitung hari...
Malam pula, aku dia dan beberapa orang lain pergi makan bersama kt VV... tempat feveret Paro...
Aku tak dpt ckp banyak sangat dengan dia, sebab dia jauh...
Tapi tak pe, yang penting dalam hati kami, tuhan yang tahu bertapa bahgaianya saat ni,
dapat bersama dengan rakan2 yang lain...
Yang penting aku da lama tak makan sama dengan dia...
Aku rindu... Dia...

Monday, September 27, 2010

Bila gagak buat Shit....

Walaupun tak balik raya...
Tapi aku still connect dengan semua cousin2 aku... kot... haha...
Baru2 ni, aku mesej dengan seorang cousin aku ni... aku namakan dia gagak... haha..
tapi ni gagak bukan sebarang gagak, ni gagak hensem... (boley lah..)
Gagak ni da kawen, dengan girlfriend dia yang memang agak perfectlah...
Mimi... (bukan nama sebenar...)
Mimi ni cantik, sempoi dan bekerjaya... dia boleh masuk dengan semua orang...

Aku memang berkenan dengan dia... (mcm nk buat menantu, tapi aku tak de anak... haha)
Gagak ni, memang lama da pun bercinta dengan Mimi sejak sekolah,
bayangkan Mimi dan gagak dah bercinta sejak diaorang tingkatan 3.. now umo diaorang dah 29 dah pun...
lebey kurang 2 tahun dah kawen...

masing-masing pun memang bercinta jarak jauh....
aku puji dengan diaorang punya cinta, sangat percaya dan setia...
masa diorang kawen tu pun ramai giler orang datang merestui, kawan2 deme je dari pagi sampai malam...

diorang memang terkenal sebagai pasangan ideal waktu sekolah dulu...
nak di jadikan kisah...

cousin aku yang si gagak ni mesej aku,

Gagak: weh.. sal ko tak balik raya?

aku: aku tak boley nk bawa keta..

gagak: aku nk bagitau ko benda penting ni...

aku: apa y lebey penting selain dari nk beritahu aku pasal kebahagian rmh tangga kau?

gagak: aku dah ceraikan mimi... talak 1...

aku:..............................................................

gagak: dia macam tak sayangkan aku...

aku: ya ke?

gagak: dia tak nampak macam cemburu...

aku:.........................................................


di hari yang sma, malam... mimi mesej aku,

mimi:bz tak?

aku: tak...

mimi: msti da tau kan?

aku:tahu..

 gagak: boley tolong mimi?

aku: of course...

mimi: ada tak gagak beritahu apa salah mimi?

aku: mimi tak salah... gagak tu yang sengal nk mampus!

mesej aku tamat dengan suruh mimi bawa bersabar...
actually, di sini aku nk menyimpulkan bahawa si Gagak ni memang sengal...
dia sebenarnya rasa bini dia tak sayang dia sebab bini dia tak kisah dia nak buat apapun...
masalahnya... aku ingat lagi, dulu masa zaman2 si gagak dan mimi ni kat u, si mimi hari2 duk mesej dan spot check si gagak ni, si gagak ni marah2 dia...

last2, si mimi ni berubah jadi open minded, dia terima semua kawan2 si gagak ni... sampai jadi kawan dia dah..
sampaikan semua cousin2 pun suke gak bergaul dan berbual dengan si mimi... termasuk la aku kan...
si gagak ni plak ras bini dia tak sayang dia, padahal aku ingat lagi...
gagak pernah menangkan sorang kawan perempuan dia (ex gf dia y tettttt...), berbanding dengan mimi...
aku kesian giler dengan mimi ni, dia... ikhlas aku kata, baik... size2 aku je mimi ni, tapi memang lasak...
menawan dan hebat masa zaman u dia...
ramai peminat, tapi cousin aku yang ngeng ni jadi pilihan...

Ntahlah... si Gagak ni memang hati kering, tak makan nasihat...
masalah kecik je... dia tak sedar diri... dah kawen...
bukannya kau bercouple lagi, now ko dah kawen, kena la commit, bincang...
memang tak de last word untuk mimi pun...

seluruh family2 aku menyokong Mimi...
mak gagak pun sokong giler si mimi...
paling sadis... baru dapat berita semalam...
si Mimi pregnant 2 bulan...
sebb si mimi ni lasak dan badan dia jenis tough, dia tak terasa dia pregnant...
baru check dan tahu...

aku tak tahu nk kata apa...
malas nk nasihat, malas nk mesej di gagak ni..
da beso, da jadi laki orang da pun... dan bakal nk jadi bapak.. (InsyaAllah)

Aku serahkan tanggungjwab memaki hamun kepada parents si gagk ni sendiri, dan
kini menjadi kewajipan hakim atau kadhi (kot... aku tak tahu [erson in charge...), atau kauselor je la nak nasihat dia...

Tahi betul si gagak ni...
ni baru betul buat tahi...

~zamiy hisana~

Saturday, September 25, 2010

Aku terfikir sejenak...

Lama dah aku dengan dia tak bertegur sape...
Tapi dia bukan orang lain, kawan aku sendiri gak...
Banyak dah berlaku antara kami...

Aku sendiri tak pasti adakah dia yang tertuduh, dan aku sebenarnya yang bersalah..
Masing-masing ada pendapat sendiri, dan pendirian kukuh tentang pendapat masing-masing...
Mungkin aku tak berapa nak buka hati aku untuk dia, dan mungkin juga aku tak beri ruang kat dia untuk dia buat aku kenal dia...

Aku memang tak tahu apa yang harus aku buat, takkanlah sampai mati nk macam ni, tak bertegur sapa...
Dia kawan aku, dan dia baik... tapi aku tak boleh nk terima apa yang dia cakap... hampir semuanya sebab aku dan dia memang sangat berbeza dan mempunyai pendirian yang sangat kontra, masalahnya di sini, kontra yang bukan saling melengkapi... tapi kontra yang saling bertentangan...

Salah apa yang aku buat ni... iaitu membenci dia...
tapi, aku tak de la benci dia sangat... cume aku tak boleh nk terima apa yang dia buat kat aku...
aku tak pernah nak benci dia, tapi aku... membenci dia...
sekarang ni... aku pnya tahap benci kat dia makin surut...

dalam beberapa minggu lagi nak bersua muka kot...
apalah aku ni... gelisah perkara ni...
Dia mesti tak terpk pun.. aku pun tak tahu perlu ke aku buat macm tak de apa yang berlaku padahal aku sendiri yang tak nak reply mesej dia masa tu...

Ego aku ni pun kadang-kadang tak bertempat gak...
tapi sungguh aku mengaku dengan tulus ikhlas yang aku bukan seorang yang ego berada nombor 1 dalam diri...

Entahlah... pening kepala fikir pasal hal ni...

Monday, September 13, 2010

Seuntai kata Orang Tak balik Raya... (Edisi Raya)

Aku mulakan aktiviti pagi raya yang penuh syahdu dengan solat subhuh...
Hati aku ni meruntun-runtun sedih, sayu bila dengar takbir raya yang berlawan antara beberapa masjid yang ada di sekitar kawasan rumah aku ni... (al-maklumlah, tak jadi balik kampung... wuuu...)

Usai solat, aku pun duk termenung telek-telek baju raya, terpandang satu bungkusan plastik kat atas katil...
Aduhai... berderai air mata aku...
Baju yang aku siap dah pack nak bagi orang kat kampung...

Ayah aku dah bersiap dengan baju raya baru dia, dengar kata abang aku yang tak berapa nak jadi abang tu bagi 2-3 ari lepas, dia datang rumah bawak family dia sekali...

Ibu aku, biasalah... baju raya dia memang sempoi je, bagilah bertimbun baju, dia tetap pakai jubah dia gak... (ex-arqam lah katakan... haha, tettttt!)

Aku sarungla baju lip-lap aku warna ungu (i like...)...
Hujan renyai2, tapi ayah aku yang dah boleh jalan2 sikit2 tu dah smpai surau dulu dah...
Aku dengan hati yang tak tahu nak kata apa, jalan g surau dengan ibu aku...

dua2 pun... senyap je... Ni la... dlam 23 tahun aku hidup... sembahyang sunat aidilfitri pertama dalam hidup akku... (tu sebab turun hujan...)

Beginilah keadaannya masa aku da nak smpai surau tu...

Masuk je kat dalam surau, aku duk port paling belakang n dekat dengan dinding... terperuk kat tepi sudut surau... syahdu dan indah suara pak cik yang alunkan takbir ni, buat air mata aku menitik2 lagi... sedey siot!
ibu aku duk sembang dengan beberapa qariah surau, aku memang dalam mulut ada batu pepagi. sengih2 je... duk kat dlam surau tu lama gak, nak tunggu jemaah2 lain sampai.. almaklum shja la... hujan... 
 
 Ni ibu aku dari tepi...

Beberapa qariah yang awal...

Ni .... aku tak berapa nak kenal... (Huahuahua!)

Finish sembahyang raya, aku and kedua 'harta' bernilai aku balik ke rumah... destinasi selepas ni memang mengundang lagi air mata... walaupun tak dpat menziarahi semua tempat namun doa aku sentiasa ada untuk mereka... insan2 tersayang dalam hidup aku ni...

Ni kubur arwah abang aku yang meninggal Februari aritu...

Ayah aku baca Yassin and beberpa doa lain, untuk memohon keberkatan dari Allah atas arwah... terdengar retak-retak suara ayah masa baca doa, namun dia tabah, setitis air mata pun tak tumpah... tapi aku, aku banyak dosa dengan abang aku ni...... mestilah aku menangis... tak sempat aku nk minta ampun dengan dia... Ya Allah... aku memang sedih sangat... benda y amat aku kesali sepanjang hidup aku ni... 

Aku duk menyorok belakang adik aku... ibu aku muka macam singa...

 Aku....

Lepas siap kat sni, kami semua balik balun ketupat yang ibu aku masak... walaupun aku tak dpat makan burasak tahun ni, tapi tak pe... Raya Haji aku akan pastikan aku dapat makan burasak! dengan rendang bugis dari kg aku kat sg karang, Johor!!!!

 
 Ni lepas da masak...
Sedey... tetap sedey... tapi nyekik pun tetap nyekik!

Sempat gak aku g kedai 'disney kek' sambar satu kek raya...

Aku lepas makan2, terus g melutut depan ayah dan ibu.... aku...
apa lagi... minta ampun ler... aku banyak buat dosa dengan ibu n ayah... tapi to my parents... aku memang syang anda berdua di dunia ni, nombor 1 selamanya insan dalam hati aku ni... ikhlas aku katakan di sini, senadainya aku kehilangan anda berdua dalam masa terdekat ni, aku hilang punca untuk meneruskan hidup... sesungguhnya, kamulah insan yang menjadi sumber inspirasi aku meneruskan segala-galanya...

siap sesi nangis2 ni... (aku je sorang yang nangis...)

aku bersiap lak, tukar uniform raya yang senang nak merambu... nak pergi carefour... (aku raya kt carrefour tahun ni...)
aku dengan ibu aku naik bumblebee aku yang baru lepas jatuhkan aku dan ibu aku 2 hari before raya aritu...

sempat lagi aku posing2 maut depan pintu sebelum keluar...

Nangis bapak aku tengok 'baby' aku yang baru bewarna biru ni...

Sapelah plak ni....

Walaupun hujan, tapi... sampai gak aku kat carrefour kepong ni... apa lagi, aku g 'bagi' duet raya kat carrefour... haha! masa aku nak 'bagi' duet raya kat kaunter, aku telefon 'bank negara' aku... dia tanya,
"Bila nak balik?" aku jawab...
"Nak balik dah ni... duet dah habis.. so kena la balik..." Haha! dia sambung lagi,
"Balik lah... apa yang kau buat dengan mak kau kat sana... "
"Yelah... ayah... nak baliklah ni..."

Haha! memang terbaik... aku habis lenih kurang ~RM169 gitu...

Ni antara barangan yang aku bawa balik... sushi cap carrefour...

Malam lepas makan2, tengok tivi, aku pun.... mati kejap... walaupun tak de pe sangat, tapi aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana, dengan izinNya, aku masih dapat menyambut 1 syawal dengan ibu n ayah tercinta, walaupun 1 Syawal 1431Hijrah ni aku tak berada di Sg. karang... Tapi hati aku telah sampai terlebih dulu kat sana... salam sayang untuk Mak Piah aku yang berada di Sg. Karang batu 20... Johor... dan untuk Kak Leha serta family laen yang berada di Pontian Kecil, Rimba Terjun... Taman Hang tuah, Kempas Baru, Johor Bahru... i miss you all n selamat  hari raya!

Aku n Ayah...

P/s: Burasak adalah makanan tradisi Johor (bugis) yang dimkan pada hari raya.

~Zamiy Hisana~

Friday, September 3, 2010

Sepetang di Pizza Hut...

Aku... Paro...

Ke satu branch Pizza Hut...
Mestila nak makan pizakan... sampai je kat sana, environment ok...
Tapi entah kenapa ada banyak benda yg tak enak bakal berlaku...
Aku kalau bab makanan ni memang sensitip ler juga...

Tak kena selera aku, tak makan de aku...
Tapi aku bukan pemilih sangat... cuma ada la beberapa puluh benda yang aku tak makan juga...
Haha...

Duk je kat situ, menu sampai, aku browse menu... ok kot... Lepas decide nk makan apa, aku menunggu...

Tunggu...

Tunggu....

Tunggu....

Dan tunggu...

Dan tunggu lagi...

Aku...

Mula rasa mcam nk mencarut... boleh ke? haha! aku tengah puase mencarut sekarang ni...
Kena jaga personaliti la katakan, bak kata seorang 'penyair' yang aku kenal,

"Nama ko sekali dgr org da takut da... kata-kata ko pun lagila, pengsan kot org dengar, tajam macam pisau cuma beza ko ckap terang2."

aku kena tegur dengan sorang member aku sebab katanya aku kasar sangat... Fine... meh sini aku terangkan... kalau aku tak berkenan dengan someone tu, memang perit je la kata-kata aku. kalau da berkenan tu, macam tahi perangai pun aku suka gak.. ini normal ok, semua org pun gitu gak...

Paro dah tak tentu arah da, nak marah pun da tak tahu nak marahkan apa lagi... habis da kata-kata marah...

haha...

lepas berpulu-puluh kali tekan loceng kat tepi meja pun, tak siapa yang kunjung tiba...
akhirnya seorang gadis lalu... (mestilah org pizza hut)... dengan gembira, paro,
"Kak  saya nk order..."

akhirnya dia pun angguk, ambil order tp muka macam ta**... (terpaksa di sensored)...
aku memang menyampah da. gaya serve dia lepas tu lagi tak leh blah...

aku cakap terang la, memang tak de sorok2 punya... "Org mcm ni, no thanks for you la!" memang aku tak cakp thanks kt dia, memng aku tnjuk muka annoying aku kt dia... nk tgk sngt muka cntik aku tu.. ha amek! aku jarang tayang muka cantik aku tu, dpat sedas!

dia bagi aku mentekedarah sup dgn roti dulu...

Ni masa di bagi sup je dgn air...

 Ni mase roti da habis, pizza tah mana tak sampai lagi...

aku mkan tak habis siap packing bawa balik, kenyang sampai nk muntah sebb tengok muka busuk dia...
da la serve lambat. muka macam pua**, tensennya aku... aku pernah degr mitos y pizza hut ada certain branch, servis mcm siot...  ingatkan sekadar mitos je... ngupenya....

 Paro sedang menitip sup dia...

Baki 2 ketul chicken wing n 2 potong pizza... sekeping pizza tu Paro pnya part..

hmmm... tula dia... macam tah pape... naseb bek aku di temani dengan gelagat cumel dan lucu masa tengah menunggu tu... contohnya aku melihat bagaimana seekor anak kucing mati mati di tengah jalan... (giler kejam benda ni jadi satu keseronokkan! tak leh blah...)

Anak kucing yang 'mati' di tengah jalan...
Mamat ni bawa handbag partner dia... huhu... aku ada mentality sket kat lelaki mcm ni... maap yerk! Haha!


Mana-mana manager pizza hut, harap maap yerk... no offense, aku 'hot' sket dgn few stuff u ol... just that!