Pages

My sweet Surrender

Tuesday, June 29, 2010

The most wonderful interview in my life!

This story is about me and my time revolution group!

Aku memang cukup pnya berdebar-debar hari ni... apa la aku nk jawab masa interview, bak kata Paro, kali ni interview untuk 2nd ni, agak serius sikit, ada projek yang di berikan, still dalam kumpulan gak... aduhai, risau giler aku...

Duk ngafal je jawapan lazim ni ha,
"I'm taking food tech is because my education background from high school is more towards the science subject... and bla bla bla..." haduhai.... haduhai...

aku pnya interview kul 2 ptg... tapi aku dh tercongok kat kl central dengan si guardian (bukan nama sebenar...) ni kul 10 pagi...

tapi... kitaorang beborak je... hee.... girl's talk... (aku 'girl' ke? haha...!!!) well, masing-maisng citer pasal diri sendiri dan kerjaya masing-masing... pastu masuk bab family's talk plak, then boyfriend's talk plak! haha... lawak sungguh... dalam dekat kul 12 gitu paro datang...

sambung lagi borak... masuk semua ketupat, pengetuk... semua ada... haha...

dalam kul 1 lebey sket gitu, kitaorang gerak g KLCC... y ada dua bangunan berkembar tu, feymes tu..

Kat menara ni, G (Bukan nama sebenar....) dah tunggu... pot-pet2, kitaorang gerak g ambank dalam kul 1.50pm gitu, awal seh sampai sana... kat sana jumpa sorang member group interview 1st, batch Paro... Safura (Nama sebenar...)

Aku tak ingat masa bile aku dapat penyakit kaki n tangan kebas, tapi masa tu, aku memang dapat penyakit tu, lagi buat aku rasa macam satu badan kene bius lepas aku ternampak kelibat interviewer aku masa yang 1st punya...

pot-pet2....

ha... aku duk dalam bilik aritu interview 1st... ramai gak la dah ada... isi-isi borang, hantar resume n what so ever, interview start...

the first question as far as i remember is, why is the basketball player is taller? haha... amek kau... ok la, aku tak nak cakap la apa yang kitaorang duk merepek-repek jawab masa interview tu... perut aku kalau nak tahu, baru je semalam jahitan dia sembuh, sebab masa hari interview tu pecah la... Gelak lebih... haha...

antara soalan-soalan masa interview yang kedua tu adalah tersenarai seperti di bawah:

Why is a football player must also tall?
Why is a badminton player can be a short person?
How many 8's will you found from 1 to 99?
Where is the 'old-factory' in our body?
Kenapa ramai orang pakai jam tangan di tangan kiri?
Macam mana cara awak pakai baju, pakai dari kepala dulu ke atau dari tangan dulu?
Tahu tak medula oblongata kat mana?

sila ambil perhatian, semua soalan ini dalam lisan ok... dh puas warming up ni, dia pun masuk ke tujuan asalnya, maka sesi interview yang penuh hectic itupun bermulalah...

kami di berikan di arahkan bentuk beberapa kumpulan, setelah dekat 5 - 10 minit berpk, maka sebuah kumpulan pun terbentuk, mestila aku, G, Paro, Guardian, Safura, Ain (nama sebenar), dan PM (projek manager...) kami... Arif (nama sebenar)..

kami di sediakan dengan 3 model binaan, setiap kumpulan di berikan 200 point, aku pun  cuma ada aku pnya model asal je la...

ni model asal... ni lah harga bangunan paling murah kat auction ni.. harga dia 40 point je.. kami kena ubah suai bangunan ni supaya jadi setinggi bahu interviewer tu, tapi apa-apa perubahan kena mula dari bawah, bukan dari atas dan ciptaan asal tidak boleh di ubah sama sekali! ciptaan itu mestilah kukuh tak tumbang jika di tiup angin... haa... tu dia...

maka persiapan pun di mulakan dan mulalah kami duk tunggang-terbalik siapkan menara ni, menjerit-jerit, riuh boleh tak... rasa bangga sket sebab interviwer gerenti kata group aku boleh menang walaupun bangunan paling teruk... n komferm jatuh kalau kena tiup angin...



so ni la dia hasil lepas dekat sejam kot berhempas pulas..
jangan tak tahu, nampak je gitu, tendang pun tak jatuh ok! haha...


nk di pendekkan ceritanya, time revolution menjadi juara untuk pertandingan ni.. masa nk komen-komen pasal setiap project manager semua kumpulan, kami di berikan pilihan dan peluang masing-masing... tapi sayangnya, cuma kumpulan kami je yang tak perlu beri komen, kata interviewer ni, obvious kot kitaorang suka PM kitaorang ni... haha...

selain tu, kami pun diberi pilihan, jika kami di berikan peluang untuk bekerja dengan memilih 3 orang dari kumpulan itu, siapa yang kami akan pilih... biasalah, aku main tangkap muat je masa pilih ni, asalkan habis cepat... dah pukul 6 dah ni, ayah aku tak berhenti-henti duk call je...

whatever it is, interview ni mmng the best laa!!! kami tukar-tukar number phone, siap tangkap gambar bersama lagi... huhu...



aku suka kalau dapat bekerja bersama-sama dengan semua mereka ni... Insaya_allah, kalau tak kat dalam ambank, mungkin kat tempat lain ke... manalah tahukan... haha...

Friday, June 18, 2010

Aku kena marah sebab ada DEGREE...

Arini aku pergi satu interview... kat am isurance berhad, dkt2 dengan KLCC dah...
Aku pergi dengan sorang member sekolah aku ni, Saadah, baru je dia konvo 7 Jun aritu, dari MSU amik Biomedik...

Sebabkan bermember, maka semangat aku berkobar-kobar nak pergi interview tu, maklumlah Fresh-grade lah katakan...

Aku kuar rumah kul 8 pagi, tunggu kat bustop Subang perdana... 10 minit gitu aku naik bas rapid KL yang bernumber U81... aku dengan member aku duk kat dalam bas tu sambil bercerita panjang, 5 tahun kot dah tak jumpa dia...

dia memang sekepala, sekapal dan sewaktu dengannya dengan aku... memang clique kepala aku juga la...

dekat sejam lebey gitu sampai KL... bekfast jap kat McD, pastu hafal-hafal skrip sket, tangan aku dah start rasa macam tak de jari dah... nerbes sioT... dekat keliling KLCC gak la, aku dengan saadah g round cari tempat potostat IC, aku lupa... lagi tak leh blah aku pnya resume tinggal, segala slip-slip dan transkrip aku tak potostat... aku budget ada copy... cil***t tul....

Tak pe... lepak lah... jawab je la apa ya patut, resume terjatuh kat dalam longkang ke tadi... mampus la...

sampai kat sana, aku punya nama yang ke-23, Saadah orang terakhir yang sampai jam lebey kurang 11 lebey gak la... org y ke-24...

aku pun masuk sambil semua mata pun tak leh blah tengok aku, tahulah aku cantik, tapi tak yah lak kot nak tengok aku macam tak pernah tengok orang cantik... (Mampus tak leh blah aku ni...)

tak sampai 5 minit gitu, kami yang seramai 17 orang di panggil oleh interviewer... yang di namakan LK kot...
masuk-masuk terus kena kenalkan diri sesama sendiri, gaya macam pergi motivasi la... ice-breaking gitu... memang boleh kenal sumer muka, aku rasa at least 7 hari juga la nama sume bebudak tu aku boleh ingat kot...

Erna, Ady, Izmet, Ariff, Ain, Rajatul, Fadzillah... n so wahtever la candidate aritu...

Aku tersebut lah yang aku ni budak Bachelor food science and technology, no offense...aku dapt la 2-3 wow yang bukan wow simpul...

tapi takpe, sesi interview bertukar kepada sesi debat... boleh tak isu yang di bincangkan adalah isu goverment sector VS Private sector...
aku pk, no offense, i choose government sector... giler punya tak leh blah... kebanyakkan yang team private sector tu, sumenya yang dah keje and ada pengalaman... ala setakat seconet, dorang lebey kurang umo aku gak... cuma bukan degree holder lah...

in my point of view, this debate is the worst debate that i ever had in my entire 23 years old life...
i'm not talking about the title of the debate but, the way the debate is handle... no offense to the private sector team, but their point are nothing... mereka cuma curahkan apa yang mereka tak puas hati dengan kerajaan... that was not suppose to happen, professional... is the ideal quality to handle things... dorang main blasah je cakap, kalau la ada government officer ker duk menyamar kat dalam tu, confirm kot kena buang negara. kot dorang..

aku admit, both of this sector is good, private need government, so do government... dorang boleh cakap the advantage of private sector, but dont talk bad about government sector, it's ruin your professional image, i just say, no offense!

Istimewanya... debate ni ada second round, tajuk baru degree and above is better than SPM...

Ni baru betul punya Hot topik...

Memandangkan dari 17 candidate tu, ada less than 7 people yang ada degree holder... tahu jela... apa jadikan... member aku ni pulak memang dah geram sangat kot dengan bebudak ni terlepas lak cakap,
"SPM holder, not professional...!" Amek kau!  actually, during that debate, i dont agree about what my friend has said... but as a person, i'm totally agree... cara dorang jawab soalan, berebut-rebut, menjerit-jerit, tak bagi chance lansung orang nak cakap, pemarah... n... i hate that attitude! aku yang memula take part in that session terus jadi tak minat, how can you answer to someone that cannot keep him or her composure calm, and keep on yelling and talking non-stop? i'm a professional, and that professional is me... i learn how to keep my composure and quality as a woman of course and also as a university student... this is just a common sense of a mere person...

sure lots of gap kat interview tu!

Aku bukan kutuk budak SPM, aku pun budak SPM... tak de SPM tu, tak masuk matrik kot aku, tak amek kot Food tech... tapi agak2 a weh... ko tak puas hati tak de degree, tak yah offense kot... ko yang tak nak blaja, pastu ko nak offense la dekat orang yang nak belajar, y tak le blah skali ayat yang paling aku ingat kot sampai mati,
"Budak2 degree ni, bukannya ada quality... tak pandai pun..." menyirap aku dengar, tapi tahan je... aku kan professional, setakat benda macam tu, aku tak melatah kot... senyum je kat situ... tapi, aku pun manusia gak... ada hati... punya macam nak mati belajar, suka-suka mulut je cakap macam tu...

"Ko ingat aku nganga2 je ke g sana dapat degree?" ni member aku cakap la... memang pun, ingat senang ke... menangis meraung kot, menghafal formula sana-sini...

suka-suki je sorang lagi ni cakap,
"I amek sijil architecture, my friend amek degree architecture, tapi gaji sama dengan i... so buat pe nk amek architecture degree susah2?" kalu tak LK tu cut-off debate tu, aku dah jawab dah kot,
"U tak rasa ke member u tu ada possibility jadi ketua u in 2-3 months? why not? she's more advantage in theory after all... that's a fact... experience? may be 3 -5 months, she's got all the experience that u have in 1 year... no offense to sijil holder ok... i'm stating the possibility only, idea ni keluar kat otak aku sebab dia arrogant sangat... sedara aku berlambak je yang amek sijil, tapi bagusnya sedara aku tak pernah belagak la..

ni soalan mati, n soalan ni memang aku recite berulang kali... ni soalan tuk bebudak tu dari interviewer, may be nak dengar jawapan kreatif diorang kot...
"Let say we have two men that are candidate for CEO position. Both of them is 40 years old, both of them also have experience, but one of them is a degree holder another one is a SPM holder... so, which one would you hire? this is for CEO position... think wisely..." ya... as a common sense dalam environment sekarang... semua pun tahu dah kot sape y mungkin terpilih... once again, no offense... lainlah salah sorang dari dua ni, member ko kot...

last but not least, aku tak tahulah dorang ni perasan ke tak, LK tu asyik duk ngulang, "Guys... remember... this is an interview... even it is not formal..."

sampai turun dari bas, sampai kat rumah pun, aku asyik duk terpikir lagi benda ni...
Aku tak pernah lagi g interview gini... hectic!
tp whatever pun, interview ni best... oklah... cuma debate je tu je n kata-kata beberapa orang je yang aku rasa diorang patut simpan je kot kata-kata dia tu... dalam hati... tak payah cakap kot, sebab... lebey baik kot...

what a blast! aku tak pernah lagi kena marah sebab aku amek degree... but today, aku kena marah sebab aku degree holder...

Thursday, June 17, 2010

Yesterday is a blast...

Saeng ill Chuka hamnida... zamiy-chan..

 


Thanks to all of you, my dear friends that wish me happy birthday...
Even on 16 June, this word are nothing, but this simple wish really make me happy!
The remembrance from friends are the things that hard to get! But you all make me happy!


ni bukan wine ok..

This 23 years old of me, is a blast!



Last but not least! Thanks to this best chum of mine! My dear best buddy! Diyana Of course!
This is so cute, you really know me too well! I like this all cute things, whatever bear! Haha...

Monday, June 14, 2010

cermin diri yang pecah...

Manusia... tak pernah tahu tujuan sebenar dia datang ke bumi ni... mungkin pernah tahu tapi di pertengahan jalan, dia lupa...
ni bukan jalan p.Ramlee, atau jalan raya mane2 yang aku perkisahkan... tapi jalan cerita hidup seorang manusia... mungkin juga bukan seorang tapi sape2 je lah yang di kategorikan sebagai manusia..

Setiap langkah yang di langkah oleh seorang manusia itu berbeza, tapi mungkin ada yang sama, setiap kali dia meneruskan perjalanan, setiap kali itu la dia akan jumpa bermacam benda... jumpa pokok yang mana dia boleh berteduh kalau penat... setiap jalan pasti ada simpangnya, kadang-kadang kat simpang ni la ramai yang akan pilih simpang yang salah, mungkin ada yang pilih simpang yang betul.. ada juga yang masih lagi tersadai kat simpang tu, tak bergerak, sampailah satu mahkluk Allah datang jemput dia kat situ..



Simpang yang ada bagi setiap manusia bukan satu, tapi banyak... kalau dia tak pernah bergerak dari simpang pertama yang dia temui, memang dia takkan jumpa simpang lain dalam hidup dia...

setiap jalan yang di lalui itu, akan melalui hutan tebal, di mana dalam hidupya ianya akan menjadi satu pengalaman yang sangat mencabar, kalau dia bernasib baik, dia akan bertemu dengan bermacam-macam barang-barang yang berada dalam hutan tu, yang mungkin boleh bantu dia melalui hutan tebal itu dengan sangat berjaya... lagi nasib baik dapat manusia lain yang di takdirkan bersama untuk melalui sehingga ke hujung hutan itu...



bukan mudah untuk menerima setiap apa yang berlaku masa kat dalam hutan tebal tu, sebab ramai je yang mati, samada mati sebab terlampau takut, atau di bunuh... ada juga yang di lencongkan dan sesat selamanya dalam hutan tebal ni... bergantung kepada satu kotak ajaib yang dipegang oleh setiap manusia ni tadi... kotak ni sangatlah ajaib, kadang-kadang kotak ni banyak compartment, kadang-kadang ada satu je...



selain kotak tu, ada satu lagi benda di bekalkan kepada setiap manusia ni, batu geliga yang agak besar saiznya... ikut saiz manusia tu juga, kadang-kadang besar, kadang kecil je... kedua-dua benda ni kadang bercanggah satu sama lain tapi kadang-kadang ok je dua-dua ni bekerjasama...



ada manusia yang sangat takut bila sesat dalam hutan tebal yang gelap tu, tapi ada yang seronok... adventure la katakan... Siapa kata manusia tu sesat sorang-sorang? banyak je yang sesat-sesat beramai-ramai, siap berhipnosis berkumpulan lagi...

dalam hutan ni, banyak juga mereka yang merupakan makhluk tuhan juga... mereka ni pemburu, pantang ada anak adam yang duk tersesat kat dalam hutan ni, sedap je dia ratah buat sup, sampai tulang pun tak tinggal lagi... tapi kalu si anak adam ni dari awal lagi dah sedar, dia akan cepat-cepat cari peta yang tersembunyi kat dalam hutan tu juga... walaupun gelap, tapi dia boleh guna kotak yang dia ada tu, sebenarnya kotak tu boleh keluarkan satu cahaya, terang, macam lampu suluh gak...



pabila cahaya dari kotak itu sudah menyuluh, maka batu geliga tadi pun juga akan bertukar kepada mode specialnya di mana dia akan mengeluarkan macam-macam idea yang hebat untuk tahu peta untuk keluar dari hutan tu berada kat mana...

siapa-siapa yang bertuah, yang ada dekat-dekat manusia yang kotak dia bersinar ni, mungkin akan sama dapat keluar dari kesesatan kat hutan tadi... walaupun kotak member ni tak bersinar masa tu, namun setiap kotak mempunyai sinarnya tersendiri... nak buat kotak tu bersinar pun, kena lah tengok bateri dia juga... kalau bateri dia tu jenis tahan lama, mungkin bersinar lama sikit, tapi kalau tak... bergantung kepada sinar kotak orang lain, tak pun sesat je la selamanya...

bila dah lepas dari hutan tebal tu, jangan tak tahu ada lagi hutan-hutan tebal yang lain yang mungkin dia akan jumpa kat tengah jalan nanti... sebenarnya ada mantera serapah yang boleh di baca kalau nak mengelakkan dari jumpa hutan ni lagi, cuma mahu dengan tak mahu je baca...



lupa plak, setiap manusia ni tadi, masa nak mulakan perjalanan di awal pangkal jalan, mereka akan di bekalkan dengan perkakas lain, iaitu sebuah cermin, cermin sakti yang sangat menakjubkan...

Cermin tu, ajaib, dia boleh tunjukkan kita siapa musuh dan kawan baik kita sebenarnya sepanjang kita berada atas jalan tu, cermin tu ada kuasa yang sangat hebat, iaitu dia boleh menipu dalam berkata benar dan berkata benar dalam menipu... hebat tak?



Cermin tu tak mampu berkata-kata, bisu tapi ada refleksinya sahaja. tapi cermin ni kena jaga elok-elok, dia sama je macam cermin biasa, cermin kaca...bila tuan punya cermin tu ketawa, dia pun sama tunjuk refleks ketawa, kalau tuan punya dia menangis, cermin tu pun tunjuk refleksi menangis... jangan tak tahu, cermin ni pun boleh pecah... dan ianya pecah... manusia akan mula hilang arah penanda hidup...

Di penghujung jalan kita tu mungkin ada rumah banglo ke, atau... apa-apa je...
Walauapapun... kita semua akan melalui semua frasa ni sume dalam hidup, kehilangan cermin kehidupan...
Lainlah Alien, mungkin laen sket kot jalan dia, ada bukit2 sumer... haha...
Whatever pn, kite masing-masing ada part kite masing-masing, sebagai manusia... (Aku manusia ke????)
Haha.... entah...

Tuesday, June 8, 2010

My Crush...

Oh man... it's so embarrassing! He saw me in my pajamas, funny pajamas...
What's the hell he's laughing for? It is so funny to see me in my night suit! Well of course its a bit funny pajamas but after all he sudden embarking make me so surprise and i didnt make time to change...


but... it okay, i'll forget bout this matter, because you are so handsome that make me in daze for a while...~
haha...

- oh my god... what am i'm doing... stupid things... i'm about to die because of this boredom that feels so ages..
this fetish of mine will never be end, oh my god...