Pages

My sweet Surrender

Monday, February 25, 2013

Ganjaran 100 kali ganda...

Hmmm... ni aku saje nak share dengan semua orang... bukan cerita yang di buat-buat..
Aku sendiri mengalaminya... dan setiap firman Allah itu adalah benar, dan janjiNya juga benar...

Ni pengalaman aku masa dalam bulan January aritu la...
Masa tu, hari ahad, aku and by keluar nak beli makan tengahari, agak nak hujung bulan dah masa tu... hehe... beselah, hujung2 bulan ni, poket kempis sikit...
Ada pun, cukup2 makan nak tunggu sampai hujung bulan...

Lepas beli makan tengahari kat kedai ros sari tu, aku and  by pun jalan ke kereta nak balik rumah dah...
Sambil borak2 dengan by, kami terdengar satu pak cik bawa keropok lekor gitu duk panggil kitaorang. Aku and by, mmg mengelak pakcik tu, kitaorang kona jauh...
Pak cik tu give-up... dia patah balik...

Aku and by sampai kat kereta. Pakcik tu tengok aku dan cakap nak jual keropok dia...
Aku just angkat tangan kata tak mahu... serius aku cakap, kami memang sama2 cukup2 duit je masa tu...

Aku masuk dalam kereta, pak cik tu pun mengangkat bebanan keropok lekor yang berat tu berlalu pergi and duduk atas satu pangkin dekat2 situ...
Kereta belum gerak lagi, hati aku rasa sedih and sayu sebab aku tolak tawaran pakcik tu untuk, membeli keropok dia...
Demi Allah aku cakap, aku tak sampau hati...
Aku bukak beg duit aku, ada dalam RM50 gitu...

Aku cakap kat suami aku,
"By, syg tak sampai hati lah... kecian tengok pakcik tu angkat berat2 macam tu..."

Suami aku kata,
"Syang g la beli kat dia.. by pun kecian tadi, dia duk panggil2 kita...."
 Aku pun terus keluar kereta g kat pak cik tu...
Aku beli sekampit keropok dia, dengan harga belasn ringgit gitu...

Tak pelah, niat dalam hati aku ikhlas sebab aku kesian tengok dia terbongkok-bongkok angkat beg keropok tu tengah panas gitu...
Lagipun, aku fikir, aku tolong orang tua tu, kat tempat lain ada orang tolong mak ayah aku pulak... mak and ayah aku pun dah tua sangat dah, tak larat sangat pun nak buat2 pape..

~kredit google~

Beberapa minggu lepas kejadian tu, suami aku bagitahu aku sesuatu,
"Allah murahkan rezeki kita..."
Rupanya,  barang sukan yang suami aku jual balik modal and dapat untung sikit...

Beberapa hari lepas tu, aku sendiri dapat duit... yang aku rasa and tak rasa dapat, tapi jumlah dia betul2 sama dengan nilai yang aku beli keropok dekat pakcik tu... cuma darab dengan 100 kali je... contohnya RM17 gitu, darab dengan 100, jadi nilainya RM1700...
Contoh ye kat atas tu...

Walaupun duit yang aku dapat tu, memang bonus tahunan syarikat, tapi kalau Allah tak benarkan duit tu, mungkin juga aku tak dapat... bonus tahunan syarikat aku pun ikut nasib...
Kalau dapat banyak, jadi banyak... kalau dapat sikit, sikitlah juga, maklumlah company kecik tak kecik je pun...

Alhamdulillah...  sekarang ni, janganlah takut nak menderma, walau sesen pun, Allah pasti bagi ganjaran setiap apa yang kita dermakan dengan penuh ikhlas dan hanya memerlukan rahmatNya sahaja...



~zamiy hisana~

Thursday, February 21, 2013

Kes Amah Indon Psyco

Aku rasa mana-mana blog pun dah banyak cover case perempuan ni...
Aku tetiba rasa sentap gila lepas tengok video ni, kesian betul tengok bayi tu yang tak berdaya di lambung-lambung macam barang..

Aku baca laporan, amah ni dah pun ada 2 anak kat negara asalnya, and waktu hakim tanya dia bahawa dia tahu tak perbuatan dia tu boleh menimbulkan kematian, dia jawab dia tahu...

Nak kata dia gila pun, tapi dia nampak normal, kesusahan kat negara dia mungkin buat dia stress.. tapi kalau ye pun, tak payah lah nak buat macam tu, boleh membunuh tu...
Nak kata dia tak puas hati dengan majikan dia, for sure aku cakap amah ni baru satu hari bekerja kat rumah tu, apalah sangat majikan dia buat kat dia pun...

Ada juga ihsan komen2 orang aku baca, cakap majikan dia tak ambil maid dari agen yang berdaftar, sebab tu berlaku kes amah ni macam ni, kononnya amah ni tak terlatih...
Masalahnya,ni bukan soal dia tak cukup latihan, tapi dia ni tak tau bersyukur... orang dah bagi keje, tak nak buat elok2...
Honestky, aku sendiri tak tahu sangat nak jaga baby, aku ada adik yang sebaya selang setahun je dari aku, so aku tak ada adik kecil, anak pun belum ada rezki lagi nak dapat... so kesimpulannya aku nak cakapnyang aku pun tak terlatih jugaklah kan...
Tapi aku rasa kalau aku kena jaga baby pun, tak delah aku nak lambung baby tu kan jadi gitu... lagi2 anak orang lak tu...

Di yak fikir nasib anak dia kat negara dia, dah lah hidup susah lagi nak buat hal...
Aku memang menyirap betul tengok video ni...
Dia dah pernah beranak, dah confirm tau apa perasaan dan kesakitan yang di tanggung masa nak beranak. Tak ke suka hati dia je melambung baby tu...

Tak berperikemanusian lansung... memang bagus tindakan memasang cctv yang dilakukan majikan tu, orang lain pun patut contohi benda ni. Jangan percaya dengan orangmacam ni sangat, dia orang ni bukan boleh pakai sangat...

Kalau diorang kena dera jap lagi, pandai pulak tak puas hati bagai nak rak... nak ganyang sana ganyang sinilah... aku pun tak faham dengan pemikiran orang macam gini...

Untuk melupakan dan meredakan kemarahan aku, aku anggap je dia ni psyco... ada masalah mental...

Jujurlah aku cakap, melayu jarang nak dera amah ni... cuma ada satu bangsa je tu yang rajin dera mendera ni, tak perlulah aku mention kan, tak pasal jadi isu perkauman lak kat blog aku ni... sume orang pun tahu saje. Kalau kuar kat tv pun memang bangsa tu saje yang kuat mendera orang pun... bunuh orang atas jalan raya pun diorang juga...

Sorry to say lah, tapi yang langgar orang and cabut lari besenya memang bangsa tu pun yang buat, aku pun penah nampak depan mata aku, sombong berlagak tak reti minta maaf pun... kasar, tak payah katalah kan, memng dorang number 1 lah bagi aku... ada yang baik, terlebih baik terlebih baik sangat dah... (aku dah melalut benda lain... )

Amah Yuliana ni kalau ikut berita di kenakan hukuman penjara 20 tahun, dan denda RM20, 000. Pandailah dia takut and nangis kata tak ada duit nak bayar...
Hmmmm.... cetek betul pemikiran dia... tak nak fikir panjang masa buat benda tu...

Mungkin juga amah ni ingat kalau dia lambung bayi tu, tak ada orang tau... dia mungkin tak tahu kewujudan cctv and mungkin juga dia tak tahu kecanggihan sistem perubatan kat malaysia ni boleh track kesan2 penderaan..

Tak pun, dia pulak tukar statement mengatakan majikan dia sendiri dera bayi tu, tapi papepun, cctv dan kecanggihan teknologi banyak membantu juga walaupun banyak juga yang merosakkan...

Video amah Iindon... ihsan dari YouTube..

Video ni aku muat turun kat blog aku bukan untuk buat orang semua marah kat Yuliana, tapi cuma mahu berkongsi perasaan geram dan sedih untuk baby tu dan family dia, yang menjadi mangsa keganasan...

Ni ada cover berita pasal amah ni...

http://greenboc.blogspot.com/2013/02/video-amah-lambung-bayi-dipenjara-20.html
Ihsan dari Kelab greenboc


~zamiy hisana~

Tuesday, February 19, 2013

Masjid Jamek di Lrt...

Hmmmm.... aku sendiri tak sure bile benda ni jadi da...
Lama sangat dah kejadian sadis ni...
Tiba je aku teringat...

Semalam aku terbaca satu fb status kawas sekuliah aku dulu time blaja kat upm,
Dia berhenti keta untuk shopping kt giant, seorang diri. Belum sempat kuar keta dia kata tiba-tiba ada seorang budak ketuk tingkap keta dia bertalu - talu dan jerit "duit, duit, nk duit"

Member aku mmg terkejut lah, budak tu siap tunggu lagi kt luar keta dia, lepas tak berjaya bukk pintu keta yang dia da lock. Sebb dia ni baru je smpi kat giant tu nk beli brg, tak sempat turun keta lgipun...

Lepas budak tu dah blah, dia tukar g parking kat tmpt lain...
Tapi... kalau aku lah, mungkin aku dah balik kot, tak shopping punya kat tempat tu... confirm kalau aku bagitahu hubby aku, t aku yang kena marah...

Sebab di selalunya asek tak bagi aku g sorang, kalau g juga degil katanya. Semalam aku cerita kat dia pun dia kata dengan aku, perempuan bahaya keluar seorang2.. lagi2 zaman sekarang ni...

Tapi mungkin juga member aku ni terdesak nk beli barang kot... nk o tak terpaksa g juga lah...
Aku baca kisah dia ni membuatkan , aku teringat kembali sejak bila aku mula merasakan dunia ni realitinya menakutkan...

Buat pertama kalinya dalam hidup aku, kenal dunia yang kejam ni masa aku duk jalan2 kat pasar seni, aku beli brg masa tu dengan kawan aku...
Masa tu aku nk solat zuhur, kitaorang berdua tinggalkan beg kat dlm masjid jame yang dekat dengan stesen LRT kat area masjid india tu, dan kedua2 nya g amik wudhu'...

Masjid Jame di Kuala Lumpur...


Naifnya aku masa tu, aku anggap orang yang datang masjid mesti nak solat and buat keje baik lah kan...
Tapi tu la benda bodoh y aku and kawan aku buat...
Kitaorang hilang tunai. Kawan aku hilang hp... masa tu umur pun dalam 16 gitu kot... dekat 10 tahun dah berlalu..
Lama aku dah tak solat kat situ dah... just lalu je...
Kalau ke sana pun mesti teringt benda tu...

Hmmmm.... apa yng aku nk cakap... orng jahat pun ada dalam masjid... tak malu betul buat kerja terkutuk dalam rumah Allah...
Subhanallah... moga aku di jauhkan dari yang demikian...

Hmm... member aku ni pun dah selamat dah melahirkan seorang bayi lelaki kelmarin malam, di Hospital Sg. Buloh... anak sulung mereka...
Happy for the three of them...
Hehe...
Aku bila pula? Hehe.. belum ada rezeki lagi...


~Zamiy Hisana~

Friday, February 15, 2013

Tidak boleh!

Baru sekarang...
Subhanallah.... takutnya bila aku fikir balik apa yang aku pernah buat dahulu2 sewaktu sangat jahil itu...

Masa cuti aritu, aku duk sembang2 dengan hubby aku, bukan selalu pun dapat sembang dengan dia macam ni...
Maklumlah... dia keje malam, aku keje siang...
Ari cuti and hujung minggu je la dapat sembang panjang...

Memandangkan tempat keje aku semuanya cina, jadi By saje2 share something dengan aku and aku rasa boleh juga aku share dengan mereka y tak tahu....
Sebenarnya, kite sebagai umat Islam.... tidak boleh yang membawa kepada haram jugalah mengucapkan selamat hari raya cina kepada orang cina or apa selamat kepada hari raya kepada orang bukan islam yang menyambut perayaan yang bukan islam lah kan....

Kerana... jika kite ucap juga, bermakna kita mengiyakan agama mereka kerana perayaan yang sedang mereka rayakan itu adalah mengenai agama mereka...
Untuk org islam cuma ada satu agama sahaja, dan hanya ada 1 Tuhan sahaja iaitu Allah S.W.T...

Nauzubiallah.... aku mohon Allah ampunkanlah dosa atas kejahilan aku ini...

Zamiy hisana

Wednesday, February 13, 2013

Me... with the choices of things around... budget?

Heee... saje bagi title english...
Bak kata en.usop wilca, "Itulah pentingnya English education..." haha... (aku baru balik menonton dengan Paro, cite Husin, moon dan jin pakai toncit)...

~credited to yazidrosly-da blog... Usop Wilca...

So... for this entry, aku just nk share few testimoni on products yang aku guna daily dalam life aku... and some of them memang aku dah guna bout few years gitu...
Aku select products based on kesesuaian for my skin and usage...

Ni depends ok for ur own type of skin, because semua orang have their own type of skin so do i...
No offenses to those products yang may be i'll mention here because, it is not suitable for my skin...

Anyway... aku punya skin ni, type of oily and memang ada jerawat... Of course memang sometime aku macam dah bosan sangat nak layan jerawat aku ni semua... but nak tak nak, aku must take care of it... It's woman and wife duty!

So, first and foremost... aku nak introduce pencuci muka yang aku guna... But, actually, now aku dah jarang guna and sometimes aku rotate guna dengan pencuci muka yang lain...

Ni pencuci muka anti jerawat -safi balqis... harga RM10 ke bawah...

Okie, so far aku dah guna pencuci muka ni for about 1 - 2 years gitu, and result dia ok for my skin... Tak kering sangat kulit kalau guna and jerawat pun nampak surut bila guna pencuci muka ni... Selain ini, lepas guna pencuci muka ni, aku akan guna pelembap muka ni...

Pelembap Muka Sari Gamat
Ni pelembab muka yang aku guna... Harga dalam RM9.00 ke bawah...

Effect dia pun ok and cepat, so far memang ok dengan skin aku...

Then aku guna satu lagi product safi yang aku rasa memang sangat efectif dengan aku...

Krim Anti Jerawat Sari Gamat
Anti - jerawat... Harga dalam RM10 ke bawah...

Ni bukan nak pancing or nak try2 jadi duta or so whatever... tapi memang aku cakap, giler punya berkesan lah ubat jerawat ni kat muka aku... aku guna 2 - 3 hari je, semua jerawat aku surut... THE BEST EVER product anti-acne yang aku penah guna sepanjang hidup aku so far... Aku bukan nak ckap lah, tapi most of product anti-jerawat yang ada kat pasaran (yang harga standard2 ni) aku dah guna... Oxy tak payah cakap lah, semua jenis Oxy aku dah guna, t3 aku dah guna...

Ada satu jenis ubat jerawat dari farmasi... Dalacin - T pun aku penah guna... aku pun tak berapa sure harga dia sekarang bape, dulu aku beli dalam area RM50, tapi ada orang jual murah... tengok kedai lah...


  Ni berkesan tapi untuk jangka masa yang sekejap je lah untuk aku... lama-lama dia macam dah tak lut sangat dah...
Aku memang ada dapat kesan sampingan sikit lepas guna product gamat tadi, kulit aku jadi sikit gelap and agak kusam. pastu aku try and error guna product ni...

safi serum.. Harga dalam RM26 ke bawah...


Ni memang bagi kesan pencerahan terbaik untuk aku... hubby aku pun siap terpegun tengok.. memang betul lah tag line dia, "cerah sempurna" bekas-bekas jerawat aku pun start hilang... 

Selain dari product di atas, aku da mula start pakai satu product body shop.. actually kawan-kawan office aku hadiahkan kepada aku sempena birthday aku yang ke -25 aritu, memula aku guna aku rsa pedih je muka, tapi pastu bila lama-lama pakai aku rasa jerawat pun cepat surut...

Camu-camu estract...


Aku guna product ni dekat 8 bulan lah gitu... aku selang seli dengan gamat... tapi selalunya balik kerja aku guna benda ni cuci muka... aku satisfied dengan kesan dia.. harga dia dalam RM60 ke bawah... Selain dari ni, aku ada guna product Skin Food... Ni pun memang the best pick bagi aku...

BB cream- good afternoon... RM40 ke bawah...

Dia ada 2 tona warna, 1 or 2, tak silap aku y 2 tu normal punya color... yang satu tu light sikit, aku guna yang no.1.... Ni pun ok, tak sebabkan jerawat aku meradang and tahan lama make-up... tak berminyak kulit aku... aku terdiscover product ni time aku selak-selak majalah rapi... dorang syorkan produk ni untuk tahan make-up kulit berminyak lebih lama... aku pun cuba-cuba nasib beli... aku dah guna dekat 2 tahun...
And so far... ok... aku memang suka and berkesan dengan kulit muka aku... ko tak payah pakai concealer lagi nak cover jerawat, sume dia kasi cover... (depends on ur own skin k... but for mer, memang Alhamdulillah...)

Other than ni, aku ada few types product yang aku suka and effect memang cepat gila kat aku...
Untuk compact powder yang aku guna, 

Clear smooth extra... Maybeline... RM20 ke bawah... (depends..)

Ni yang aku guna for almost 4 years... memang sesuai guna dengan BB cream skin food...
For lip-ice... aku guna this one...

Ni memang lama aku guna... RM12 ke bawah... (depends on promotion, can get around RM8 plus2...)

Dekat 5 - 6 tahun juga aku guna product ni... selain tu aku kadang-kadang guna,

Harga aku dah lupa berapa, tapi tak lah mahal... dalam RM20 kebawah kot...


Ni pun lama gak aku guna, dekat 4 tahun lebih gitu... so far aku suka guna kaler dia... No.16, tak silap rosy pink... ni pun ok, tapi duration dia dalam 2 - 3 hours je, ko kena applied selalu... Terbaru sekali aku guna ni...




Mentholatum water lip... RM15 ke bawah...

Yang ni memang tahan lebih kurang 12 hours... mungkin juga boleh jadi 24 hours... aku tak sure... dia tak ada bau, and tak ada color... natural... kadang-kadang hubby aku pun guna time-time bibir dia kering...

Minyak wangi lak, aku guna...

Japanese Cherry Blossom... body shop... RM90 ke bawah... kot... hehe...

Actually ni hadiah kahwin aku... aku paling suka Neroli Jasmine jenama body shop... ni jenis botol yang aku beli dulu...

Ni pure... dalam RM70 ke bawah...

Tapi ni dah tak di buat lagi... Tapi aku cakap.. bau dia memang tahan lebih dari 24 hours... aku puas hati beli mahal.... (walaupun kat certain orang murah jer... ) dorang dah tukar lain, and neroli jasmine pun dah bertukar nama... Aku ada guna yang lain punya botol...

 Ni dalam RM50 - 60 kot... aku lupa dah...

Sebabkan botol yang kat atas tu dah tak de, aku beli type mcm ni, tapi bau dia tak berapa tahan macam yang atas, 8 - 12 hours je gitu... tapi now, botol atas ni pun dah tak ada... so at last aku pun beli yang terlatest punya neroli jasmine @ the new name - Indian night Jasmine... Nama je macam ni, sekali hang bau, memang terus terpkat... tapi ada orang kata depends dengan jenis darah and peluh juga.... hehe...

RM50 ke bawah...

Tapi ni adalah body mist... bukan minyak wangi pure dia... harge yang pure dalam RM83 gitu, botol pun lebih kurang juga la sizenya... sebabkan aku dah beli banyak sangat minyak wangi, so aku terpaksa sabar dulu...

selain dari ni, aku ada pakai...

Bau dia ok bagi aku... RM20 ke bawah...

Ni antara yang ok bau dia bagi aku... bolehlah... ni untuk deodorant spray... body spray pun boleh kot... haha... aku suka lagi pakai rexona passion kat armpit... hehe... dah biasa guna, almost 8 years guna rexona roll on - passion woman...

Ni harga dia lebih kurang RM20 ke bawah jugalah...

Ni bau dia agak soft sikit dari yang atas... tapi ni body mist... hehe... Then tak lupa juga kepada satu jenama yang aku suka jugalah... tapi dia slack sikit bila terkena air or air hujan, bau dia jadi mess bagi aku...

Ni harga dia dalam RM21 ke bawah gitu kot... lupa dah...

Aku pakai ni bila nak gi keje... (sepatutnya tak leh pakai perfume yer gi keje sebab aku Food Technologist @ QA/QC kat bahagian food...) Bau dia ok and tahan lama juga... ada lagi jenis lain cuma aku ok dengan bau yang ini... 

Losyen tangan and kaki... for kaki, aku memang ada problem sejak 3 - 4 tahun yang lalu... ni aku guna sebagai penyelesaian and memang sangat berkesan untuk kaki aku...

Ni harga dia dalam RM24 ke bawah..

Tumit aku pecah-pecah... so aku guna ni... kesan memang ok... tapi ada caranya... first memang korang kena kikis dengan pumis stone dulu kaki korang tu, then apply krim ni, pakai socks lepas tu... kesan dia dah boleh nampak dalam 2 -3 hari guna... ni untuk kaki aku lah... kaki orang lain aku tak sure...

Ni sangat berkesan untuk sunburn... Harga aku dah lupa...

Tapi sekarang aku dah tak jumpa dah yang ni lagi.. tak tahu napa... kesan dia boleh nampak kat aku dalam 3 - 5 hari penggunaan... aku selalu guna kat kaki, sebab bhagian atas permukaan kaki (aku suka pakai selpar), selalu gelap sikit... pas guna ni, kejap je cantik kulit kaki... sekarang aku guna yang ni pulak...

Ni dalam RM10 ke bawah...

Ni aku tak berapa sure sangat kesan dia sebab aku baru je guna... Nak try2... hehe...

Okie... so far... ni dulu yang aku boleh share kat korang-korang yang ada confuse nak pilih product yang sesuai... tapi pape pun, aku memang nak say THANK YOU kat website-website yang aku jumpa gambar-gambar ni... kamera aku tertinggal kabel, so aku tak boleh nk tangkap gambar and upload... hp aku memang rosak dah... dah dekat 5 hari tak boleh on... so dengan beberapa barang yang aku tahu and harga dia, bolehlah membudget berapa semua yang korang nak beli...

Boleh je beli separuh-separuh dulu, tak payah sekali gus... may be next time boleh share jenis-jenis barang yang hubby aku guna... tapi hubby aku tak ada jerawat, so dia kadang-kadang pakai pape product yang dia suka and selesa je... hehe.. May be next time boleh lagi aku share pape product makanan pulak ke yang best untuk consume... hehe...

So... for now, aku just end kat sini je entry kali ni... aku just beli barang-barang yang harga standard kat market je, nak beli mahal-mahal pun aku bukannya banyak duit bebenor pun... most of product yang aku beli, bukannya aku beli tiap-tiap bulan pun sebab benda-benda ni boleh tahan 2 - 3 bulan gak... tapi jangan terlalu lama simpan, takut rosak or cross contamination... jangan ingat food je bahaya kalau cross contamination ni yer... Bahan cosmetic pun bahaya kalau cross contamination... especially untuk ur face... and kadang-kadang skin... and semua pun possible juga for ur body...

So... take care and love ur body!!!! Hehe...

~Zamiy Hisana~