Pages

My sweet Surrender

Thursday, October 17, 2013

Get Ready To Go!!!


Kurang 14 hari lagi count-down untuk aku and By nak tengok ‘little one’ ni…
Aku masih sibuk dengan semua kerja-kerja kat Office sebelum
aku nak bercuti ni…
Memang Doc dah bagi satu date untuk deliver,
tapi manalah tahukan, tiba-tiba ‘little one’ ni kuar awal…

Aku memang banyak blog-walking, cari tips
and banyak tengok apa-apa barang yang diaorang prepare untuk
stay kat hospital bersalin nanti…

Aku memang blog-walker yang tegar!
Apa-apa pun memang aku ‘prone’ untuk blog-walking dulu before Tanya orang By kadang-kadang tak berapa gemar aku berguru sangat dengan blog
dia takut aku kaut info yang salah
Ni terpulang kat individu… aku akui betul. Tapi pandai-pandailah digest info
and depends juga dengan tips apa yang kita search kat blog ni…

So, back to the list!

Ni antara List yang aku dah buat untuk preparation ke hospital… (Swasta boleh, kerajaan pun boleh)
For little one:  
 1) Pampers – 4 keping size ‘new born’
2        2) Lampin @ Napkin – 4 helai. Ni untuk lap and balut baby
3    3)  Barut @ kain ikat perut baby – 2 helai. Ni untuk elakkan kembung
4      4) Topi baby – 1 helai. Takut baby sejuk kepala
5    5) Sarung tangan and kaki baby – 2 pairs. Kuku baby agak panjang waktu lahir
)     6) Tuala mandi – 1 helai. Depends juga, tapi untuk lengkap, bawalah
)      7) Baju baby – 2 helai. Kalau boleh baju yang berbutang di depan, senang nak pakaikan.
8      8) Sapu tangan – 1 helai. Ni pun guna untuk lap pape.
9      9) Barang mandian, bedak, dan minyak baby
1   10) Minyak telon
1   11) Wet tissue
1   12) Tisu
1   13) Bantal baby – ni tak perlu pun tak apa. just saje nak alas baby nanti
1   14) Selimut – ni tak perlu pun tak apa.

Ni for mama little one plak
1      1) Pad  - Bawalah dalam 4-5 keping gitu
2      2) Kain batik – 2 helai
3      3) Stoking kaki
4      4) Tuala mandi
5      5) Toiletries (pencuci muka and sabun-sabun semua)
6      6) Air selusuh @ mineral water
7      7) Baju T-shirt – 2 helai
8      8) Tissue
9      9) Selipar
1   10) Roti and kurma – nak makan sebelum berjuang bagi tenaga

Barang-barang lain yang perlu juga di bawa
1      1) Buku mengandung @ buku merah
2      2) IC ibu
3      3) Madu – untuk bertahnik ( belah mulut baby)
Ok… setel da serba sedikit barang yang perlu di bawa dan di siapkan before nak ke hospital. Ada orang kata, kalau ke hospital swasta, kita tak perlu sediakan barang sangat, sebab biasanya pihak hospital yang akan beri. Tapi tak salah juga kalau kita nak prepare. Just in case… kan? Hehe…

Kalau sesuai, stand by kat dalam kereta beg ni
Bagi aku, tempat parkir kereta tak berbumbung.. (maklumlah rumah apartment)
so, aku tak letak kat dalam kereta
aku letak kat rumah je.
tapi aku and By rajin travel balik rumah parents aku
so, kalau kitaorang just bawa je beg tu bersama, tapi tak tinggalkan dalam kereta.
aku tak bawa pun pergi ke office.

Now aku da almost 37 weeks,
By da tak galakkan aku pergi kerja
dia kalau boleh nak suruh aku cuti tanpa gaji sebulan ni…
aku punya due dalam 30 October macam tu..

Tapi aku ada banyak komitmen kerja
Selain tu, aku tak sampai hati nak biar by commit dengan beban kewangan sorang-sorang
Even dia kata tak kisah, tapi aku still rasa tak sampai hati…
Banyak komitmen berkaitan duit nak disetelkan.
Tambahan pula aku bersalin kat hospital Swasta, sebab By nakkan doctor perempuan sahaja yang attend aku…
kalau sakit biasa pun dia lagi suka aku jumpa doctor perempuan…
kereta, sewa rumah, api and air, makan minum, dengan kami yang baru berpindah ke rumah sewa baru hujung minggu ni…

Alhamdulillah… barang baby dah banyak setel,
thanks to my mummy mertua yang banyak tolong setelkan.
Last week masa attend kelas antenatal, aku and By setelkan mana-mana
barang baby yang tak setel lagi…
InsyaAllah, entry lain boleh aku share apa-apa barang yang aku prepare
nak sambut little one ni…
For now… cukuplah kot… huhi!!!

~Zamiy Hisana~

Aku dan si Hyperemesis Gravidarum @HG…


Memang tak boleh nak bayangkan…
Bertapa si HG ni betul-betul buat hidup aku ni sengsara sangat-sangat
tiada saat yang aku rasa happy sejak HG ni datang

Celik je mata memang si HG ni yang aku ingat
dan aku caution sangat-sangat.
Aku sampai pada tahap yang aku terlupa yang aku tengah preggy
sebab melayan si HG ni setiap masa.

Apapun makanan tak boleh lalu kat tekak aku ni
memang tak boleh masuk…

Betullah kata orang, time mengandung, kita akan tend to eat something
yang dulunya kita tak makan.

Aku tak berapa gemar sangat minum air laici
tapi masa ni, aku selalu minum air laici twister yang By selalu beli…



Aku tak berapa makan sangat roti chocolate yang gardenia ni…
may be sebab aku kureng sikit coklat2 ni,
tapi time preggy, ini lah yang aku rasa boleh makan and telan



Aku start di lawati oleh si HG ni masa aku masuk minggu ke-8.
Betul-betul after aku kena ‘bleeding’ after minggu ke-7 preggy.
Depends pada individu, ada yang seawal minggu ke-6 preggy pun dia dah rasa
Aku ada sorang kawan yang mengalaminya seawal minggu ke-6 ni.

Awal-awalnya memang tak teruk sangat,
Cuma ada makanan-makanan tertentu je yang bila makan rasa loya
then after that, ianya terjadi sampai every food pun tak boleh nak makan
muntah sesaje… ni aku punya pengalaman sendirilah

Aku Cuma boleh makan ikan goring dengan nasi kosong je.
kadang-kadang aku tukar ayam goring
tapi tak tahan lama, lepas tu bueekkkk… balik…
tak sampai sejam pun…

Aku risau sangat sebab aku tak dapat nak minum susu…
ni kalau minum lagi dahsyat perasaan loya tu
sampai harini aku rasa trauma
aku memang risau sebab OBIMIN (vit awal mengandung) pun
memang lansung tak boleh masuk

Obimin ni hanyir sikit, may be sebab zinc dalam obimin ni buat rasa hanyir darah
aku bimbang baby tak dapat khasiat
tapi awal-awal tu aku memang amik asid folic secara berasingan



Berpuluh trip aku buat ke klinik
sampai pada satu tahap, aku dah tak tahan sangat,
aku buat diagnosis T4/TSH sebab takut ada gangguan hormone lain.

Menurut penerangan doctor,
Si HG ni jadi sebab badan aku tidak dapat membiasakan diri dengan
hormone yang di keluarkan baby dalam womb.
memang ini adalah fenomena biasa untuk sesetengah preggy woman.

Mak and ibu aku, dua-dua tak ada symptom alergik macam si HG ni
tapi aku antara yang memang terpilih untuk merasainya

Normally, kalau muntah kuning yang keluar pagi-pagi tu adalah muntah angin
aku muntah angin pun ada, lepas tu muntah makanan memang selalulah

Hubby aku memang stress tahap tension…
seriously, dia sama terkena impak tu sampai aku boleh rasa
dia rasa tension tengok aku muntah-muntah setiap masa
ada satu masa dia kata,

“sorang pun tak apa, By tak sanggup tengok ayang macam ni…”

Aku punya symptom ni berakhir setelah aku masuk minggu ke-20
Ni boleh dikatakan completely heal gitu…
memang sebelum masuk munggu ke-20 ni, dia ada tunjuk tanda-tanda
menyurut… tapi still ada

Si HG ni akan makin bertambah teruk bile seseorang tu ada sejarah penyakit gastric
Aku memang ada gastric tapi aku jarang kena serangan
sebab aku makan on time and aku jaga makan aku
Bukan nak berlagak o what, tapi Alhamdulillah
masa sebelum preggy aku tak de masalah dengan puasa Ramadhan (melainkan uzur je la)

Doctor yang diagnos aku tu banyak bagi tips and nasihat
dia tak kasi aku makan nasi lemak, benda-benda bersantan and also cili
makanan macam ni ada tendency menghasilkan gas
yang membuatkan aku cepat rasa loya dan mual
then seterusnya muntah belela la jawabnya







After baik tu,
Aku dah mula try balik makan makanan yang aku suka makan
sedikit demi sedikit, Alhamdulillah...
memang no problem semula
happy sangat, aku belasah macam-macam makanan
 

~Zamiy Hisana~

The Marks!




For sure semua orang pun ada tanda-tanda yang mereka alami pada awal
mereka tahu mereka mengandung…

Honestly, untuk orang yang Menstrual period Cycle – nya yang tak berapa
teratur macam aku ni, memang susah sikit nak detect



Before this, I mean before kahwin ni,
aku memang tak ambil pusing sangat pasal kitar haid aku
memang aku Cuma fikir
datang lambat or cepat ke, biarlah ikut suka dia

Tapi lepas kahwin, memang aku particular sangat
bout this, sampai aku buat satu schedule period aku sendiri
aku tengok contoh sorang blogger ni yang buat macam tu

 Okie, tak apa, next time aku cerita pasal jadual period ni

Aku ingat lagi tarikh tu, memang jadi sejarah…
Pada 23rd February 2013 tu, aku punya company ada Annual Dinner
balik dari Annual Dinner tu, aku rush ke Subang
Aku hantar family aku balik sebab kereta adik aku rosak

Esok paginya tu, 24th February 2013 tu, aku bersiap nak balik
Bcoz nak pergi ambil BR1M kat tasik permaisuri… (tempat yang aku tak berapa nak pergi… sebab ada sejarah tak best dalam hidup aku kat sini…)

Masa nak mandi tu aku dah nampak a few drop brownish red spot
atas pantyliner…
aku not expecting much because aku punya period dah nak due pun
mengikut perkiraan aku, itu adalah hari yang ke-32.
Bagi aku memang normal, around 30-34days macam tu, not fix.

Aku pun siaplah pakai pad semua…
Lepas amik BR1M tu, sempat lagi aku gi tengok Movie dengan By,
‘Beautiful Creature’ sebab By tahu aku tengah in foul mood lepas
balik dari taman tasik tu
Dia saje nak bagi aku happy


Aku balik rumah semua dah malam, tapi still pad bersih.
Esok pagi tu, atas pad ada lagi brownish reddish spot ni,
tapi kuantiti ada banyak sikitlah dari yang semalam.
sikit je pun lebihnya…

Aku da start rasa pelik sikit..
Honestly cakap, memang ada aku expect preggy punya spotting
Tapi, aku tak buat urine test sendiri lagi, biar je dulu.
Simpan dalam kepala je dulu, off pergi kerja macam biasa

3 hari lepas tu, on 28th February 2013, hari terakhir February tahun ni,
aku buat UPT (Urine Pregnancy Test) kat rumah
sebab period aku tak turun-turun
aku expect and aku takut juga kalau-kalau ada problem ke kan
Alhamdulillah…
It’s positive…

Aku beritahu Hubby aku yang tengah tidur lagi tu…
Hmmmm… happy tersangat masa tu…

Actually before this, ada je masa period cycle aku terlajak sampai 5 hari
aku check UPT pagi dapat negative, petang tu turun period…
Tu yang aku actually tak berapa nak buat UPT tu
Kita boleh kira bila kita subur semua,
tapi tu la, untuk orang yang Menstrual Period Cycle tak berapa
fix ni, memang susah sikitlah nak detect.

Pape pun, semuanya takdir dan kuasa Allah…
Dia dah aturkan semuanya
Aku bersyukur…

Untuk sesiapa yang try to conceive,
jangan patah semangat!
ada sorang office mate aku ni, da 3 tahun kahwin, dua tahun mencuba
tapi tulah, belum berhasil…
aku nak suh dia solat sume pun tak boleh juga,
sebab dia bukan islam pun…

Dia lagilah, berhabis duit bagai nak buat rawatan
macam-macam cara dia cuba
kalau ikut apa yang dia sendiri cerita
dia ok, Cuma husband dia je problem sikit

Ada banyak tips and cara amalan untuk
kita sebagai umat Islam untuk try conceive
Solat dan berdoa banyak-banyak…

Untuk yang dah agak-agak macam preggy tu,
cepat buat UPT, bukan apa
kalau dah tahu preggy, boleh jaga makan elok-elok
boleh je beli UPT strip ni kat farmasi



Lepas aku tahu aku preggy, aku terus amik asid folic


Aku da minum susu ni sebulan sebelum aku preggy lagi…
Memang awal-awal aku dah prepare…



So… pape pun, all the best kat luar sana!
doakan aku pun yang the best! Haha!

~Zamiy Hisana~