Pages

My sweet Surrender

Monday, December 31, 2012

Dia Asal Keturunan Aku...

Kepulangan aku ke Melaka sempena meraikan majlis perkahwinan sepupu aku aritu membawa kepada satu pemahaman yang tak berapa kompleks tapi baru sekarang aku faham..

Entah sebab sebelum ni aku tak ambil perhatian ke, atau aku tak pernah nak tanya ke, or memang aku sengal sangat ke... tapi yang kenyataannya Ibu aku tak pernah rahsiakan pape pun... (Gaya macam suspen je kebenaran ni...)

Ni bukan kali pertama aku melawat ke situ, tapi nak kata banyak kali pun tak juga.. ada lah dalam 2-3 kali je gitu...

Tempat yang aku jarang pergi ni...

Tempat ni memang rasa asing bagi aku, mungkin one of the factor 'aku bukan anak kampung'... That's not mean aku ni 'anak bandar'... Cuma adalah sebabnya aku jarang balik kampung and coz of that, this kind of environment not really suit me... May be untuk vacation ke, mungkinlah...

Hubby aku, just so-so... dulu dia selalu duk rumah Tok dia masa cuti sekolah, mungkin dia memang no hal lah dengan tempat macam ni...

Ni lah tempatnya yang aku pergi aritu...

Sampai je kat tempat tu, aku pun duk me-round area tu tunjuk-tunjuk kat Hubby aku kawasan sekitar, dia excuted sebab tempat ni memang legend lah satu ketika dulu... Tempat ni tempat tumpuan orang minta nombor ekor...

Ibu aku start cerita kat Hubby aku,

        "Dulu tempat ni banyak orang cina datang sembahyang, dorang nak minta nombor ekor. Kubur ni dulu tak macam ni, lepas ada cina menang besar, cina tu datang buat marmar ni semua, bagi cantik ada pagar semua bertutup, dorang pun sembahyang besar dan makan besar sume kat sini..."


Semua tengah sibuk memerhati sekeliling tempat tu...

Aku pun tanya ibu aku, entah kenapa soalan ni dulu aku tak pernah tanya pun kat dia...

    "Siapa Tok Machap ni?"

Ibu aku jawab,

     "Dia ni yang bina masjid kat belakang tu, lepas tu ada orang datang renovate jadi cantik macam ni... Orang panggil dia datuk keramat, orang percaya kubur dia keramat..."


Ni lah masjid lama Machap...

Aku curious lagi,

     "Siapa Tok Machap ni dengan kita? Kenapa Atuk jaga makam ni dulu? Pastu kenapa Pak Husin (Abang mak aku, tapi now dia dah meninggal dunia...) lak tunggu tempat ni?

Ibu aku jawab,

      " Tok Machap ni kita punya atuk-atuk moyang, oneng-oneng semua..."

Wow... Really? Haha... Aku pun tak tahu, sebelum ni ada je ibu aku cerita pasal 'tok keramat' ni, cuma aku rasa macam tak pernah lak dengar dia kata kitaorang semua ni asal keturunan dari Tok Machap ni...

Well, lepas aku baca kisah Tok Machap yang dorang tampal kat board tu, aku macam terkedu jap... Cerita tu dari Arwah Pak Husin aku, ibu aku punya abang, ibu aku yang last. Aku pun actually tak lah rapat sangat dengan cousin sebelah ibu aku semua, kenal-kenal gitu je pun.

Terserempak kat jalan pun tak perasan punya... Kalau ikutkan, Pak Husin ni keturunan yang ke-6, so terus menjawab soalan aku, yang aku ni keturunan yang ke-7 la gitu...
Aku memang tahu ayah aku ni memang bugis asli dari Sulawesi, sebab parents ayah aku berhijrah dari sana ke Johor (Malaysia)... Aku ingat ibu aku memang orang sini (melayu Malaysia now days...) tapi dia pun rupanya susur galur Bugis...

Ni Board ada papar berita...

Tapi kalau aku tengok keturunan ibu aku yang atas-atas, semua putih-putih macam cina, ada kemungkinan mubaligh cina yang datang menumpang bak buat penempatan kat Kg. Machap (mengikut sejarah yang di ceritakan) ni dulu ada yang kahwin campur dengan keturunan Tok Machap ni...

Makam Tok Machap

Ahli keluarganya atau mungkin pengikut2 setianya...

Tapi ibu aku hitam manis orangnya.... Hehe...

Sekarang kerajaan Melaka tak benarkan lagi orang datang sembahyang kat makam ni minta nombor ekor, khurafat... lagi pun, ni kubur orang islam yang alim (mengikut sejarah), sepatutnya tak berlaku perkara macam ni...

Belakang-belakang kawasan sekitar tu, ada kubur ahli keluarga aku yang lain-lain... sebelah kawasan ni pun ada tanah penempatan, baru jugalah buat rumah and semua kat situ rata-rata sedara mara aku and a few orang luar juga. Ibu aku ada tanah kat situ, dia offer aku kalau aku nak tinggal sini, buatlah rumah kat atas tanah tu...

Ibu aku kata, dulu rumah ayah dia kat bawah tu, kat air sana..

Ada tangga sebenarnya kat sini, menuju ke bawah, kawasan penempatan orang dulu2...

Tanah seluas lebih kurang 2 ekar lebih tu, kepunyaan Tuan Makmur Bin Sabtu. Semua orang decide untuk tinggal kat situ secara beramai-ramai, sebab kat situ asal mula keturunan kitaorang buat penempatan.

 
Ni kawasan penempatan yang menghadap ke kawasan tadahan air...

Aku dari halaman rumah salah seorang sepupu aku...
 

Actually tapak rumah asal dah pun tersemadi kat dasar empangan air Melak tu, kerajaan Melaka buat kawasan tadahan air untuk negeri Melaka.

Well itu lah dia... sebelum ini memang aku tak ambil pusing sangat asal keturunan aku. Tapi bila dah tahu ni, aku try nak cari lagi pasal Tok Machap.


Semua sedang memerhatikan Board kat bawah ni sebenarnya... hehe...

Berkenaan Tok Machap dan masjid...

Namun orang banyak tahu pun dah banyak tak ada, contonya 'Tok Khalik' yang simpan barang-barang adik Tok Machap, Mendik Mahamad, dah meninggal dunia 2-3 tahun yang lalu. Yang aku jumpa aritu pun cuma anak lelaki dia je, Jasmi, sepupu mak akulah kiranya... Ayah dia, adik beradik dengan atuk aku...

Hubby aku tengah memerhatikan kawasan tu...


Ada sampan.. heeeee....

Actually aku pun tak pernah jumap atuk aku, dia meninggal pun time ibu aku belum kahwin lagi... Tak pe lah, aku pun just tahu gitu-gitu je cukuplah... apa yang aku tahu, mana asal keturunan kita, semuanya pun datang dari ALLAH..

Tanah merah Melaka...

Dalam hal ni, tak adalah nak rasa bangga yang ntah pape pun, cuma rasa bangga sebab 'Tok Machap' ni orangnya alim... (Wallahualam...) dan dikatakan rajin solat. Sebagai keturunan dia, banggalah sikit and memang terbukalah kat kepala ni, contohilah dia dalam beramalan kepada Allah... (Insaf...)





~Zamiy Hisana~

Friday, December 14, 2012

Taklimat....

Heee... Aku pun tak tahu nak kata apa...
Cuma, taklimat ni aku and senior QA g sebab lama sangat kitaorang tak join sebarang taklimat..
Memang susah gila la aku dengar 'tuan organizer' tu bagi arah nk g tempt tu..
Padahal lepas kitaorang tibai2 g sendiri, senang je pun..
Siap cakap ada roundabout la itu la ini la...
Tapi masa aku g, tak jumpa sepatah haram roundabout pun...

Taklimat tu habis awal...

Tak penah lagi aku g office awal nk mati macam gini...
Kul 7.00am, aku dah sampai depan office, takut tak jumpa tempt taklimat tu...

indah sangat matahari pagi...

kabus tebal...

Hubby aku pun risau giler aku kuar rumah matahari pun tak keluar lagi...
Dia malam tadi balik keje kul 2 pagi, kul 3pagi baru tido pun kejut aku bangun dalam 5pagi plus2 gitu...
Sampai aku dah sampai kat tempat taklimat dalam 8 pagi lebih pun dia still berjaga lagi, dia kata risau... Hehe...

tapi dalam kul 9 pagi gitu dia tido dah...

Anyway... summary dari taklimat tu... hmmm... not so much...
Diorang explain benda2 yang mostly aku dah tahu and dah buat...
certain info yang baru je yang aku tak pernah dengar before this ada lah sikit...

Tak semua yang ok and aku tak nafikan ada sesetngah diorang ni ok..
biasalah kan, bout government agency, memang dari dulu lagi ada je story berkaitan diorang...
What ever it is, of course i kena privatekan agency tu... (Tak pasal kena saman nanti...)

Well, aku pun tak sure nk kata benda ni 100% taklimat because, most of it only to defend them self..
kononya, dorang sangat busy dengan akrtiviti and kerja what so ever, so dont push them to much!
lebih kepada, nak bagitahu semua yang dorang ada beban kerja yang banyak...
(macm la aku and diorang2 semua tak de keje kan..)

Haha... ingat kitaorang ni 'bengong' sangat nk angguk faham...

Lagi nak tanya kitaorang,

"ada soalan ke?"

Kalau boleh aku nk jawab,

"Soalan tak de, complaint banyaklah..."

~Zamiy Hisana~


Enivesary ke - 2 bulan... Ahakks!!!

Haha...
Kalau boleh tiap2 bulan aku nk sambut...
Heee...
Memula, aku saje je, buhsan tinggal sorang2...
Hubby keje malam, so petang pas balik keje pada hari tersebut... (12/12/12)
Aku meround area Connought... (xsure spelling dia macam mana)
Aku tak de la kata mesti nk kena sambut annivesarry ke tak...
Just saje2 nk bagi something kat hubby...
Hehe... mengeratkan silaturahim...

For sure la...
Sape2 pun, dapat sesuatu hadiah walaupun murah je and sangat biasa hadiah tu,
dorang sure appreciate punya!

So, aku gamble lah belikan dia something yang very2 biasa...

Biasa2 je and tak mahal pun...

Harap dia suka...

Aku harap dia suka, sementara tunggu dia balik, aku prepare2 semua ni dulu...
Tak sabar nk tunjuk dia, heee...

semua org pun mesti sayang kat pasangan masing-masing...
Ada je yang aku tengok macam nak putus nyawa macam nk terbalik dunia duk ckp syang la cinta dan bagai2 la kat psangan masing2...

Pape pun... Allah telah berikan pasangan yang sesuai dengan diri kita, terima seadanya dan cubalah membahagiakan dia, dan membahagiakan diri kita juga...

Aku pernah terbaca kat FB, tak ingat sape kata, tapi lebih kurang gini la...

"Bahagia itu adalah cinta..."

~Zamiy Hisana~

Monday, November 5, 2012

Suka cara Roti Boy...

Heee....
Siapa kata dah kahwin kena stop 'dating'?
Hee.... ada orang kata dengan aku sebab tu aku kuarkan statement ni...

Aku dating dengan hubby aku.. tapi tak de lah jauh sangat, area rumah juga...
Sambil dating sambil survey2 barang rumah...
Al-maklumlah.. pengantin yang tak berapa nak baru ni... heeee... (24days married)
So, banyak sangat benda yang stil tak ada lagi...
Aku duk makan bersantai jap kat ROTI BOY...
Ni kat Leisure Mall, Cheras...
Aku and hubby suka sangat cara diorang organize order...
For me and hubby it is very convenience... Tapi tak sure pada orang lain...
Diorang sediakan borang and pencil (kalau pen nanti kena curi...)
kat setiap meja supaya customer boleh pilih apa-apa y di sukai and menggunakan code makanan...

Mereka bagi korang menu lepas korang duduk kat meja...






Lepas korang dah tanda-tanda, korang ke kaunter dan buat pembayaran,
Kemudian duduk tunggu...
Bagi aku cara macam ni, boleh bagi ruang kat aku untuk fikir lama-lama sikit apa yang aku nk makan...
instead of pelayn duduk tunggu aku nak fikir...
bukan apa, kesian kat pelayn tu ler...

Ni tea three layer by, and chocolate dinosour aku...



Ni chicken chop aku...

By punya mushroom soup and garlic bread...

Heee.... nak pergi lagi la dine-in kat Roti Boy...



~Zamiy Hisana~

Thursday, November 1, 2012

First Gift...

Heee.....
I'm a married woman...
A wife to my hubby...
A dear friends to somebody...
A woman for a man...
A half balance life for one person...

For..... 20 days already...

Hmmm.... many things found in this few days...
But.. seriously... its bitter sweet...



Hehe... ye la...
Masing-masing pun tengah nak mengenal dengan lebih mendalam...
Memang couple tu dah dekat 2 tahun juga..
Tapi... memang tak cukup nak kenal someone pun...

Yang penting ada 'give and take'...
Honestly... masa awal2 couple dulu, memang dia yang banyak give and aku yang banyak take...
Aku nak ubah, nak 'give' biar dia yang 'take'...

Tapi memang dia macam tu kot...
Dia suka 'give' je...
Tapi apapun...
Aku akan try juga untuk 'give' dia... Dia rajin mengalah...
Contonhnya...
Bila dah kahwin memang ada sedikit perkara yang kena beralah semua...
Hubby ku ni, tak biasa tidur dalam gelap, at least ada lampu tidur...

Tapi aku pula, tak berapa selesa tidur dalam lampu..
Solutionnya, kitaorang guna lampu meja yang macam lampu tidur tu...

Tapi masalah lain pula timbul bila lampu tidur tu keluarkan haba yang agak panas...
So malam-malam memang berpeluh sebab lampu tu...

Aku kerja awal pagi dah bangun, hubby aku memang kerja masuk tengah-hari...
Dia mengalah... tak pe lah dia tidur dalam gelap..

Aku rasa bersalah sebenarnya..
Tapi aku memang agak letih bangun pagi kalau tak lelap sangat tidur... (semua orangun macam tu..)

Lastly hubby aku beli juga lampu tidur yang jimat letrik and very simple...
Walaupun tak berapa nk nampak bergaya, tapi lampu tu memang aku boleh terima...
Hehe, thank you By....



Aku dapat gift pertama dari By as his wife...



Heeee.... walaupun tak de la mahal mana pun and tak de special pun.. tapi kat mata aku and diri aku, ianya special sangat...
Because... By yang bagi... Heee.... dia tahu aku suka kaler gitu...

Thank you By....


~Zamiy Hisana~

Thursday, October 18, 2012

Kereta Lompat longkang....






Hehe.. Ni fresh punya pengalaman yang aku baru dapat hari ni...
Selalunya, aku tak sempat nk snap gambaq... Tapi harini sempat aku tarik kamera tadi...
Dan kebetulan aku ada 'mood' nak tulis blog malam ni...
Sesaje nak baut entri...

Sebelum aku start ni...
Aku memang nk bagitahulah...
Gambar2 ni, aku snap sendiri and tolonglah jangan salah gunakannya yer...
And perkara ni pun bukan untuk di jadikan sindiran, tapi...

PERINGATAN!
Kepada diri aku sendiri dan juga orang lain...

Tengah aku syok2 tengok urusan nak try beli keta kat Giant Desa Baiduri,
Aku terkejut (konon- konon la) dengar bunyi berdentum...



Ni masa orang semua duk tengok pe terjadi...


Aku gi sana dengan Pak and mak mertua and adik ipar aku yang bongsu...
hubby aku tak de, dia nak siap g keje...
Pak mentua aku and dealer keta tu berkejar gi tengok...
riuh gak lah kat depan Giant tu...



Untung duk kat dalam malaysia ni... ramai orang prihatin...

Dioarnag semua duk berusaha sesama nak naikkan keta ni semula atas tebing...
Owner dia perempuan India... yang baju kaler oren tu pak mentua aku...
segan lagi nk panggil dia 'abah...' aku panggil pak cik lagi...


Alhamdulillah... berjaya...

Salah seorang staff giant siap pakai walkie talkie panggil semua staff keluar untuk membantu...
Pas pak mentua aku dan dealer tu datang balik kat lokasi yang aku tengah duduk sambil ambil gambar ni,
dorang berceritalah...

Katanya....

Perempuan india tu ingat kat depan dia tu ada jalan lagi, dia nk adjust2 parking...

Mak mentua aku pun cakap, dia memang nampak keta tu baru sampai...
Nak parking, terus2 terjunam je...

Dealer tu lak memang bersyukur, sebab keta kancil yang kat dalam gambar pertama tu keta dia...
Kalaulah terkena keta dia, kerja besar jugak lah kat situ, kan? haha...

Lepas tu, perempuan india tu tak jadi shopping, terus balik rumah..
Mungkin dia malu dah ke, or dia memang dah tak k lagi untuk shopping sume sebab mesti dia terkejut kan...
Mak mentua aku asyik duk sebut pak mentua aku yang paling beriya menolong siap tolong carikan batu...
Haha...

Tak pe la, yang penting pak mentua aku tu memang gitu, dia ringan tangan menolong...
Dia tak banyak cakap sangat tapi bolehlah juga nk minta pape pendapat, and ada je dia menyembang...
awal2 dulu je segan2 sikit...

Mak mentua aku peramah and easy going juga orangnya....
Family dia yang lain pun ok je...

Pape pun... Kite kena fokus bawa keta ni...
Leka sikit je... habis...

so, kaum perempuan especially... kena selalu alert dan try hard to avoid fikir pasal masalah time memandu...
Bahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain...

Dealer tu pun turut share pengalaman dia gak yang sama macam ni... katanya, dulu penah juag dia tolong angkat keta macam gitu, tapi kat bandar tasik permaisuri (tempat y aku tak berapa nak gemar... ada sebabnya...)...
ada keta kelisa dan pemandu dia lelaki, pun terjunam gak gini...
Masa dorang gi angkatkan keta ni, pemandu tu duk dalam je...
Lepas je keta tu dapat di letakkan ke atas jalan raya,
pemandu terus pecut keta dia tak cakap tima kasih ke hapa ke sepatah haram tak cakap pape...

Kata dealer tu, kemungkinan besar lelaki tersebut terlalu malu dah jadi gitu...
Agaknya, memang lelaki tak jejak dah kot bandar permaisuri tu... haha...
baguslah... tempat tu memang penuh dengan benda2 y ntah pape ntah...

*teringat someone yang kena rasuk (pura-pura kot... nak perhatian... dah tak de cara lain lah tu... euuuwwwww sangat...) kat area2 sana... tempat tu bukannya besar pun...


*tapi aku tak suka lelaki memandu, dorang tak sabar... lorong sempit tepi jalan line putih pun nak masuk, que pun tak nak time jam, tau2 masuk potong, tu pun tak g jauh, duk terkemut2 depan aku juga... bukan bias dengan lelaki, tapi memang dah banyak kali kena.....   


~zamiy hisana~

Tuesday, October 2, 2012

You are everywhere....

I know something's gone awry but i feel like going on
I know i could be wrong but i also could be right

And i feel the earth is spinning faster before i saw you there

I feel the sky is spinning lighter before i saw you there
And i see the things not the same again
Cause you're here cause you there cause you're everywhere

Now i know how my times can be still in the way
Hope this could last until we find brighter days
I know how my times can be still in the way
I hope this could last until we fade away

I know something's gone awry but i feel like going on
I know i need to say good bye
I'm off for the brand new days with you...

~Zamiy Hisana~

New world...

It's true...
The best ever thing in this world is LOVE...
Doesn't matter what type of love it is..
Love is still the best thing ever happen in our life.

Love happen in every seconds in our life, weather we realize it or not...
Let's just relax a minute and take my 'ever' opinion in your mind...
You then will think that,

"Yea... it's brilliantly true... love happen every seconds, we do fall in love every 'tick' in our life..." 

Do you think that love only for your 'dearly' soul mate? (boy for girl, girl for boy)
Do you think that love only for your parents?
Nah.... it's really that vast you know..
Even when someone have thought to suicide, it's also because of love... (Stupid, idiotic love)
Actually in this type of love, I'll rather say that, not because of him or her that dear to them, but for their love to 'stubbornness of their mind'...

When you laughing, running, sleeping, say good bye, sitting and do nothing and even crying... you are still fall in love...
Even if someone is dead, you also fall in to love...
love to your God, your own life... it will be precious ever to you without you realize it...

Step by step you move into the new world of love...
Every single living things in this world is born from love and care...

And of course... As human, love between human is the most fever-able, memorable things that leave 'permanent-scar/mark' in our heart...

To me...
He is my new mortal world... new phase of life that hopefully be until the last day of me in this mortal world...
He's someone that i need, to guide me...
He's someone that i want, to share my heart...
He's someone that i want, to protect me...
He's someone that i want, to turn when there's no one there for me...
He's someone that i need, to lean on when I'm out of my courage...
He's... My love...

~credited: http://storybird.com/pascalcampion/artwork/sending-my-love/ 


I'm sorry to him... for everything that I've hurt him, for my inconsideration and for every single thing happen... Even that I'm ignored him, but it's true that i fall for him...

~Zamiy Hisana~

Thursday, September 27, 2012

15 DAYS MORE....

Berdebar sangat...
Takut pun ada...

macam-macam yang bermain di fikiran aku bila semakin dekat ni...
Entahlah...
Macam-macam cerita lama pun baru tahu banyak juga...

Aku harap sangat semuanya berjalan lancar walaupun sekarang semuanya agak messy..

Yang penting sekarang aku kena percayakan dia dan memahami dia...
Macam dia percayakan (macam kadang-kadang tak je) dan memahami aku...

Jurang dari segala segi memang banyak...
Sekarang memang terpulang pada aku je nak merapatkan jurang tu...

Borang semua memang dah selesai...
Ni yang di katakan 'tunggu hari'...
Ni yang buat aku rasa takut...
Bak kata By ," tak payah fikir pape sangat"

Hmmmm......




~Zamiy Hisana~

Sunday, September 16, 2012

..............BLANK......................

Hmmmm....

Huh... Keluh panjang aku sebab aku pun tak tahu nak describe macam mana... messy sangat mind aku now...
So many things got tangled last minute...

Memang, we should take a look at wedding planner, SERIOUSLY!

Everybody crave for the best for their wedding...
So do I...

Memang i admit, tinggal few days lagi ni, semua benda messy and macam...
not undercontrol...

So...
May be i'm not really going to list down the tips for
wedding preparation here...

But what i want to share to all is...

Please make sure you call for HIV test earlier if you'll hold your wedding
on school break or end of the year...

If not... you gonna regret it as me...

I'm telling the truth here that my so loving by, doesn't have his fit wedding suit!

Dia selalu cakap,
"It's ok dear, baju melayu berlambak, boleh cari..."

Then... dia tangguh sampailah awal bulan hari tu....
Then...

here it is...

"Alamak... semua jenis baju melayu yang siap buat (cekak musang) tak muat kat leher lah sayang... sorry sangat dear..."


Huuuuuuuh!!!!
Marahnya...
Tapi nak buat macam mana...
Nak marah tak boleh, nak biarkan pun tak boleh...

Borang pun tak setel habis lagi...
Adui...

Dia buat selamba je... bila aku bising cakap dia suka bertangguh,
dia jawab,
"lelaki kan suka bertangguh..."

Speechless betul....

Tak pe lah... dia kata, dia tahu nak uruskan... well then...
Tak pe lah, i trust him... and look what will happen...

Hope, by boleh handle semuanya dengan ok...

well... cuti hujung minggu ni banyak habis kepada
wedding preparation jer...
Parents aku nak tukar dari catering kepada 'berkampung'...
Ada anak sedara aku nak tolong masak...

Hmmm... ok lah juga kot, jimat sikit... cuma nak kena invite orang yang bebetul boleh membantu nanti...


Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambamu ni ini....
Amin....

~Zamiy Hisana~

Tuesday, September 4, 2012

A gentleman;s first love...

Beberapa hari ni, aku asyik duk melayan cite korea...
Bersiri punya... 'A Gentleman's dignity'

Jang dong gun dan Kim Ha Neul berlakon...
Boleh tahanlah cite dia...
Urban dan moden punya cite...
Macam cite ala-ala sex and the city gitu..
Aku ada baca komen dia kat blog orang...

Aku suka sangat Jong Dong Gun, hensem...
Kim Ha Neul pun masih lawa...
Pasangan yang cumel je...
Romantik sangat...

Walaupun Dong gun dalam cite tu play boy..
Tapi dia sangat terusik mengenai cinta pertamanya..

Dari cite tu, aku belajar sesuatu...
memandangkan aku emmang ada masalah besar tentang satu perkara ni..
Aku cuba berusaha untuk benda ni, namun memang susah sangat nak tepis..
Mungkin sampai masanya dah aku untuk jadi dewasa dalam hal ni..
dalam hal antara aku dan by... dan perempuan tu...

Aku belajar satu perkara dari cite tu...

"Kita tak lupakan cinta pertama, cuma kita tak fikirnya sahaja selalu..." lebih kurang ginilah Dong gun explain kat girlfriend dia...

"Apa yang kita boleh buat sekarang, cuba sedaya upaya semoga cinta pertama tu tak muncul selalu di ingatan..." lebih kurang ginilah ayat Ha Neul...

mungkin aku juga kena faham benda ni...
Aku sendiri tak berapa nak faham perasaan By sebab aku tak sure sape cinta pertama aku?
Aku pun tak ingat dah sape... bukan sebab aku banyak bf ke hapa... cuma... memang aku pun tak tahu..

Sebelum By, memang ada someone yang aku suka sampai aku rasa sakit sangat
hati aku ni...
Tapi bila everything dah over, aku dah tak rasa apa sangat...
Bila nampak dia pun aku rasa biasa je...
Bak kata kawan aku ni,
"Ruang hati perempuan cuma satu je, bila dia menyintai seseorang, sepenuh ruang itu di gunakan untuk orang itu sahaja... sampai satu ketika bila dia terluka, sangat lambat untuk mengosongkan ruang itu..."

Memang aku sakit sangat rasa masa tu...
After jumpa by, aku mungkin dah guna ruanh itu sepenuhnya untuk dia... (Haha... apakah ini...)

By pulak....
Dia tak pernah cakap dia lupakan perempuan tu, cuma dia selalu cakap yang dia tak cintakan
perempuan tu lagi dan apa-apa pun dia lebih cintakan aku lebih dari perempuan tu, walaupun waktu dulu dia bersama dengan perempuan tu... (konon...)
Rasa dia lain dari sekarang... (ye lah tu)

Perlukah aku rasa gembira tentang benda ni?
Ke... dia saje nak amik hati aku?
Hmmmm.... entahlah...

Aku kena fikirkan sesuatu, dengan masa aku yangtinggal 1 bulan 8 hari lagi ni nak bergelar Mrs....
Hmmm....


'Ya Allah bantulah aku, berikanlah aku petunjukMu...'

Apapun, thanks juga kat cite ni...
Jong Hyun tetap boyfriend pilihan hati aku... *wink wink* Heeeeee.....
Silalah tonton yer...








~Zamiy Hisana~


Monday, August 27, 2012

Can My self be your self?

Complicated, but it seems easy to pronounce...
But, it is easy to understand?

Simple statement didn't mean a simple explanation...

Simple word, is truly a simple answer...
But, it is not surprising if this simple word can be understand by people...

We are born free in this world, but it didn't mean to make a rebellious things recklessly...
We are made to rebel... anyway...

I do rebel...
Rebel to my parents of course, friends, teachers, lecturer... Fiance...

But i do reflect, i feel sorry...
Even without a word, i show how much i regret for that rebel..

I'm not afraid of them, i respect and love them...
So... everyday i keep thinking the best way to make people my way...
I admit, i try to change my fiance the way of thinking...
But at some point, i have to admit that i'm not alway right...

I admit, i keep pointing my fingers to  others...
But... there's a time i do think about it back, when things being out of
control and kick me back at the place that it never can be heal.

Of course, it's a payback From Him...
What you've done is always payback...
Right or wrong, it will be pay...

I hate when people do a bad thing to my parents...
Well, i think others people do too...
It is a basic instinct... 

I try everyday to understand people around me and i keep thinking that
can they understand me?
I always think that, why this type of person acting like this?
Keep thinking, can he or she change to be like that type of person?

So... Lastly i just get it...
May be i try to make he or she be like my self...

But... in another part of me, i don't want another me in this world...
Its more than enough...
So... Can myself be yourself?
Of course NOT!

What a crap!
(Apa yang aku meraban....)

Gementar, Risau.... Tapi Happy and Nervous...

Satu persatu kawan-kawan aku mula memasuki satu fasa status yang lain...
Termasuk aku...
credit - http://magickalgraphics.com/engagement-comments1.htm


Aku happy dengan kawan-kawan aku yang sudah pun bertunang...
Masing-masing pun tengah busy nak prepare wedding diorang yang nak dekat...
Aku tak tahu apa yang dorang rasa, tapi aku budget sama je macam aku...
Memula happy...
Dah dekat mestilah lagi happy...

Tapi... dah betul2 dekat ni, aku jadi NERVOUS giler...

Apahal ni...

Aku pun terkena penyakit 'Berdebar' sebelum kahwin ke?


Macam tak percaya aku akan rasa benda ni...

Aku ingat tak rasa sebab... ye la... bukannya aku tak kenal pun By aku...

Dah dekat dua tahun kawan... memula kenal dia bulan 8 tahun 2010...

Start couple 3 November 2010... (Hehe...)

Bertunang Officially 23 Januari 2012...


Cadang nak kahwin ...... 12 Oktober 2012... (InsyaAllah...)


Tahniah dan selamat aku ucapkan kepada kawan-kawan aku ni yang baru bertunang dan yang dah nak mendirikan rumah tangga juga...


Ni kawan aku ada dan tunang dia...

Ni Pona... aku tak berapa sure bila dia bertunag... hehe... cute...

Ni Nad dan tunang dia... Sepadan...

Ni Wani dan tunang dia... 

Ni Kawan sekolah aku.. Dalam selepas beberapa minggu aku bertunang, dia pun bertunang...

Ni agak baru juga bertunang... Aini...

Syuk dan tunang dia... bulan 3 kot bertunag, tapi aku dapat berita dari dia sendiri, akan memulakan percintaan mereka yang abadi ni, bulan september ni... hehe...

Baju biru tu Qyla... Dia bertunang juga dah... hehe...

Ni Baiti, paling update sekali aku tahu dia dah tunang setakat ni...

Out there's may be lots of my friend yang dah bertunang, tapi tak tercover...
Hee... Kredit gambar ni kat semua Friends aku... If korang tak nak gambar ni ada, please contct me...
Sorry, ambil tanpa kebenaran u'ols!

Hehe....

Congrats!!!!!



~Zamiy Hisana~










Aku tetap sayang Jjing Jjing...

Masa seakan berlari-lari dengan pantas...
Aku rasa semua benda pun macam sekejap...
Baru semalam rasanya aku masuk U... tapi...
Sebenarnya aku dah konvo dah dekat dua tahun dah...

semua berlaku terlalu pantas...
Setiap saat yang berlalu dalam hidup aku,
tanpa aku sedari telah menjadi kenangan dalam hidup aku...

Aku terus melangkah, mengharung hidup yang aku sendiri tak terduga akan terjadi macam ni...
Semua yang telah berlaku menjadi memori...
Menjadi catatan sejarah dalam hidup aku...

Setiap hari yang aku lalui, menjadi detik-detik masa yang aku sendiri tak terduga,
akan mengalaminya...

Walau aku menuju ke hadapan dan melangkah meninggalkan semalam,
hati aku kepada semalam tetap sama...
Aku tetap sayang dan cintakan semalam...

walau hari ini adalah istimewa dalam hidup aku...
Namun semalam tetap indah...
Penuh dengan warna warni dengan kehidupan yang menjadi lipatan-lipatan sejarah hidup aku...

Aku bahagia dengan hari ini...
Namun aku tak kesal apa yang pernah berlaku semalam...
Aku hargai semalam...

Setiap detik yang aku lalui dengan dia,
tersemat indah...
Kenangan kita akan kekal dalam ingatan aku...
Aku mahu dia tahu yang aku tak akan lupakan dia...
Dia adalah perkara terakhir yang akan aku delete dalam ingatan aku ni...

Jjing Jjing...
Kau tetap menjadi kesayangan aku...
Jujur aku rindukan kenangan kita dulu...
Kalau masa terhenti (dengan kuasa Allah...), aku nak hentikan masa ketika kita di bukit merah...
Indah sangat2 kenangan kat situ...

Bukan itu je...
Kenangan kat 336...
Aku rindu...

Walaupun bersilih ganti salah faham kita, namun aku tetap sayang kau...
Walaupun beribu batu jarak pemisah, namun kau tetap aku rindui sepanjang masa...
Sepanjang aku bersama dengan kau kat 336, aku gembira...

Kau seorang yang sabar, memahami... menghormati, prihatin dengan diri aku...
Kau ambil berat tentang aku...
Kau sangat mengenali aku....

Kau memang istimewa... Jjing Jjing...
You are the best friend that i ever had!
Believe in me, when i say, you are irreplaceable!
Our memories that we shared will never perish with time!
Serius, kau sentiasa dalam kenangan aku, sampai aku mati...
InsyaAllah...

Semoga Allah memanjangkan jodoh kita,
Agar kita dapat bertemu kembali...
Because i love you so much, my dear chummy!



~Zamiy Hisana~

Thursday, August 23, 2012

My Happy Birthday 2012... Last Birthday as Single... Hee... InsyaAllah...

Alhamdulillah...

Sampai juga aku ke umur 25 tahun ni...
InsyaAllah.. aku akan menamatkan zaman bujang aku tahun ini...
moga semuanya berjalan dengan lancar...

Ni lah satu-satunya lelaki yang menyambut birthday aku ni...
Setahun yang lalu juga untuk tahun ni...

Aku pernah je couple2 ayam dulu, tapi dorang tak pernah sambut pun untuk aku...


Heee....


Hadiah dari office mate...


Kad yang by bagi...


Bear cumel ni by bagi... dengan kek secret... my fav flavor of course!




Kek yang family aku bagi...



~Zamiy Hisana~