Pages

My sweet Surrender

Tuesday, October 27, 2015

Akim Ahmad... and The Magistret...

Haha...
Aku memang suka lagu-lagu akim... lagi suka bila dia dengan The majistrate ni!

memang taste aku lah lagu-lagu dia...



By xminat dia, tak tahu kenapa, tapi dia ada nyanyi2 bersiul juga lagu-lagu Akim... (Tapi yang kebetulannya, nama feveret By... 'Afiq' sampai dia namakan ucuk acin manja ni dengan nama Afiq...)


Haha.. yang penting aku memang fan dia sejak zaman Af dia lagi...

Afiq Hakim B Ahmad


Aku fan suara and lagu dia je la...

Lirik-lirik lagu dia best, aku suka sebab ada double meaning dan illusion...

Kalau lagu Mewangi, bait yang aku rasa betul-betul 'touch down' aku, ni...

"Jadikan malam ku lebih Indah
 Jadikan siang ku lebih terang...
 Biarkan bunga ku mewangi...
 Selamanya..."




Kalau potret lak...


"Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai..
Pastinya hilang... tidak rasaku kepadamu..."



Lagu yang latest ni.. Obses lak... of course la kat chorus dia kan...


"Sambut rinduku...
Pejamkan mata...
Aku untukmu...
Rebahkan semua... 
Nantikan aku.. kan datang padamu..."



Ini macam mana lagu ni membawa ilusi dan cara aku interpretasikannya dalam hati dan minda aku lah... kan.. kalau korang memang ada bayangan sendirilah macam mana bile dengar lagu genre macam ni... hehe...

Semua lagu-lagu dalam album Patriot memang best-best! Lagu 'Sisaku' pun best juga...
Cayalah Akim & The Majistret! memang colabrasi yang terbaik bagi aku, aku memang suke fefeling bile dengar lagu-lagu diaorang, dengan keunikkan suara Akim tu, memang favor sangat! Of courselah dengar lagu fefeling ni aku terbayang wajah By, hubby aku ler... (Apa kes lak kan nak bayangkan laki laen....)

Macam orang lain, fefeling bayangkan Hubby sendiri la kan... sebabkan lelaki tu istimewa la baru dia kita panggil hubby, panggil sayang.. panggil abang... (erk... awkward sangat bila By pernah request aku panggil dia dengan panggilan tu... sorry tapi aku rasa alergik nak panggil orang dengan panggilan tu... betul2 tua and berhemah baru aku panggil macam tu... Ahakkkksss!!!!)

Okielah... sekian...

~Zamiy Hisana~

Fed Up betul!!!!

Perghhh...Bosan dan fed up betullah aku nak menghadapi benda ni hari-hari...
Memang baung masa dan buang petrol atas jalan...

Semuanya nak berebut lane nan satu...

Perjalanan yang memakan masa 15 minit jadi 1 jam... setiap hari aku nak kena laluinya...
Memang rasa tertekan lak...
Aku nak kena bangun sekitar 5.30 pagi dan keluar rumah seawal 6.30pagi.. tu pun sampai sekitar jam 7.30pagi kat destinasi...

Aku betul2 tak faham dengan pembinaan yang serentak di sekitar area tu...

Kalau dah MRT station nak bina depan Cheras Central, perlukah diorang korek sama juga jalan kat susur nak menuju ke taman Connought tu??? Dah lah bergelut dengan orang yang nak masuk susur kontra, pastu depan sikit nk bergelut pulak dengan orang yang nk amik line masuk ke taman connought...

Lepas jalan depan sikit, nak masuk ke bulatan bilion, sesak lagi sebab ada proses penurapan jalan nak bagi tinggi sebab jalan bawah flight over nak masuk ke bulatan tu rendah dan selalu banjir...

Memang susah nak kata dengan perkataan dan perasaan waktu lalu kat situ dalam area pukul 7.00 - 9.00 pagi...

Stress tahap 10 kot...
lepas tu bila sampai kat office, jumpa singa-singa dan dubuk-dubuk yang kelaparan cari mangsa buat sarapan... aku dah rasa macam kat Serengeti... hahahaha... 

Nasib badan..... sampai bila boleh bertahan????

3 lane nak jadi 1 lane... kuang kuang kuang...


~Zamiy Hisana~




Masalah tahi anjing... ni betul-betul tahi... bukan perumpaan aku yang 'selalu'

Saje aku nak share pasal ni...
Kebetulan pagi tadi masa aku nak keluar pergi kerja, By cakap pasal sikat ucuk acin yang jatuh dari tingkat atas terkena pasir kat bawah...

Aku terdengar dia kata "Ambik sikat tu..."
Aku pun cekutlah dengan yakinnya... letak kat getah tapak kaki dalam kereta...
By ternampak dia cakap,

"Laaaa.... kenapa ambik... takut terkena tahi anjing..." aku pun macam konfius jap,

"Tadi kata suh amibik..."

"Jangan ambik by kata... takut terkena tahi anjing..." lepas tu dia cakap apa lagi aku pun tak dengar sangat sebab aku kat luar kereta da... lepas tu aku tanya dia balik,

"Macam mana tahu ada kena tahi anjing?"

"Confirm2 ada pasir, mesti ada tahi anjing..." aku pun malas nk fikir lagi sebab aku dah lambat masuk ke office, jadi aku jawab sebelum pergi,

"Buang je lah nanti..." (dah macam dialog novel lak... hahaaha...)

So aku pun asyik terfikir2, perlu ke aku sertu @ samak tangan aku ni kan...
Lepas tu aku gi satu blog ni, mencari penjelasan dan pencerahan dengan apa yang aku fikirkan sepanjang pagi ni...

Jadi di bawah ni lah, finding yang aku temui, semoga ianya bermanfaat kepada kita... ianya macam bentuk soalan dan jawapan, sebab lebih cerahlah pada pemahaman kita...

~Credit kepada Haniff.sg

copy and paste dari sana...

Kemusykilan Agama – Anjing punya hal :)
May 18, 2010 by Muhammad Haniff Hassan


salam ustaz..
saya mempunyai masalah was-was yang agak teruk, sehingga membuat kehidupan saya kurang sempurna.
kadang2 saya mengambil keputusan untuk tidak keluar rumah kerana was-was akan kesucian persekitaran.

saya juga kini takut sekiranya terserempak dengan anjing kerana was-was air liurnya terkena pada saya.
saya hampir menempuh kemalangan gara2 ingin mengelak laluan yang sudah dilalui oleh anjing.
saya cuba mengelak kerana takut air liur anjing terkena pada roda kenderaan saya dan saya harus samak.

sebelum ini saya sering menyamak untuk perkara2 yang tidak masuk akal gara was-was.
ustaz saya teringin sangat nak menjalani kehidupan seperti umat yang lain tanpa was-was. saya mohon ustaz memberi penjelasan berkaitan masalah anjing yang saya alami.
apa kita boleh melalui jalan yang sudah dilalui oleh anjing..? bagaimana jika anjing tersebut mencium/menjilat jalan raya..apa kita harus samak roda..?
sekian terima kasih..
—————————————
Salam 
Pada pendapat saya, masalah awak bukan pada dasarnya soal agama, tapi lebih kepada soal psikologi. Saya cadangkan awak dapatkan rawatan psikologi dari hanya mengetahui hukum agama bagi masalah yang awak was-waskan.  

Jika awak mengetahui hukum sekalipun, tapi tiada kekuatan psikologi untuk melawan was-was itu, awak akan menghadapi kesukaran untuk berubah. Untuk melawan, diperlukan teknik dan kaedah yang kepakarannya berada pada pakar psikologi bukan guru agama seperti saya. 

Dari segi hukum, anjing memang najis dan jika disentuh, perlu sertu, mengikut pendapat majoriti ulama. Namun, hukum ini hanya dilaksanakan jika ia benar-benar berlaku secara yakin i.e. nampak benda itu berlaku atau memang ada najis anjing di tempat itu, bukan atas andaian i.e. sangkaan mungkin ada anjing kencing di situ, atau semalam ada anjing jalan di situ. 
Jalan raya atau padang yang pernah dilalui anjing atau pernah dinajisi oleh anjing, tidak semestinya akan menajisi sesiapa yang melaluinya kerana hukum bagi keadaan seperti itu ialah apabila hilangnya najis2 itu disebabkan matahari dan alam, maka hilanglah hukum najisnya = tak perlu disertu seluruh padang atau jalan tu. 

Kalau tayar kereta  atau motor atau basikal kena najis anjing, tidaklah wajib disertu. Sertu cuma perlu kerana kita nak solat = perlu suci.
Mana ada kita solat pakai kereta atau motor atau basikal yang memerlukan kita sertu segala benda-benda itu?? Kalau najis tu kemudiannya hilang disebabkan kering dan alam, maka dengan sendirinya hukum najis telah tiada 
Salam

http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-anjing-punya-hal/


Alhamdulillah... lega lah sikit aku rasa... sebab aku tadi masa ambik sikat tu aku tak nampak pun apa-apa wajah2 tahi @ najis anjing... jadi aku kena yakin walaupun aku agak was-was lepas By duk bising-bising dengan aku... hahahaha.....
Ada juga komen-komen kat sana yang membantu, nak baca komen, tekan link kat bawah tu yer...
(Ada juga soalan, najis ke kalau pegang tangan orang yang dah pegang anjing... ustaz tu jawab tak najis dan tak perlu sertu... huhuhu)

~Zamiy Hisana~

Saturday, October 24, 2015

3 Resepi - Nasi Lemak, Pedal Hati Masak hitam, Pak Choy Goreng Kicap

Huhu... Ni menu weekend aku...
Kalau hari biasa susah nak buat macam-macam resepi leceh ni...
Kalau hari biasa aku masak nasi buat sambal ikan je...

Hari-hari weekend barulah ada masa nak spend masa kat dapur lama sikit...
So ini menu 3 set aku buat masa weekend yang baru berlalu... (semakin rajin aku mengupdate blog...)

First menu ni, main dish la, iaitu Nasi lemak... aku kekurangan bahan untuk nasi ni, tapi alhamdulillah... By kata sedap...

NASI LEMAK SIMPLE

Bahan-bahannya:

Kelapa - 1 biji
Halia - 1 inci
Beras - 3 1/2 pot
Bawang Besar - 1 biji
Daun pandan - 2 helai
sedikit garam

Cara-caranya:
1) Bilasberas sampai bersih.
2) Perah santan. Kalau ikut aku, aku ikut takat rice cooker, untuk 3 1/2 pot aku guna air 4 1/2. Nasi yang aku masak kalau ikut senggat macam ni biasanya ok. Aku tak sure orang lain la... depends pada yang suka keras, kurangkanlah air...
3) Titik Halia
4) Mayang bulat-bulat bawang
5) Campurkan semua bahan sekali
6) tunggu masak, jangan lupa selalu jenguk nasi ni sebab kadang-kadang rice cooker off awal sebelum sempat nasi betul-betul masak.

Campur semua bahan dalam ni...

Sukatan beras

P/S: Aku dapat tips dari akak tempat keje aku, sukatan santan tu kalau boleh satu inci atau satu senggat jari korang tu... lepas masak tu, bukakkan sikit periuk dia, biar dia kering dan kacau-kacau. Yang mana nampak macam jelantah tu akan perlahan-lahan masak sendiri.

Wokeh... siap resepi ni... sencond resepi...

SAMBAL IKAN BILIS

Ni memang pasangan sejati nasi lemak...
berikut ni lah bahan-bahannya yang simple2 je...

Bahan-bahannya:
1) Ikan bilis - segenggam
2) Bawang besar - 4 biji (3 biji Blender, 1 biji mayang)
3) Bawang kecil 3 ulas (Hiris)
4) Bawang putih - 1 ulas (Hiris)
5) Cili kisar/ cili kering
6) Gula - 2 sudu (ikut suka)
7) Garam
8) MSG/ perasa (optional)

Cara-caranya:
1) Goreng ikan bilis separa garing. Siap, tepikan.

2) Tumis bawang kecil dan putih sampai kekuningan.
3) Masukkan bawang blender dan goreng sampai naik bau.

4) Tumiskan cili sampai pecah minyak dan naik bau.

5) Masukkan sedikit air. Masukkan gula, garam dan perasa.
6) Masukkan ikan bilis dan bawang besar.

7) biarkan mendidih sekejap. Siap.


P/S: Boleh kalau nak tambah bahan-bahan lain ikut kretiviti sendiri. ada yang letak air asam jawa, ada juga letak asam keping dan ada juga letak halia. Tapi aku punya memang habis simple. sambal yang ni aku boleh cecah dengan cekodok dan juga makan dengan nasi goreng... hehe...

Next resepi sampingan aku...

PEDAL DAN HATI MASAK HITAM

Ni second try aku masak hitam... first try aku buat masa nak masak daging korban haritu. Huhu... By sangat la suka... jadi dia minta aku buat untuk pedal dan campur hati pulak...

Berikut...

Bahan-bahannya:
1) Bawang besar - 1 biji
2) Jintan kasar - 1 sudu
3) Halia - 1.5/2 inci
4) Serai - 1 batang
5) Buah keras - 3 biji
- Bahan-bahan atas ni (1-5)  semua aku blender
6) 200 - 300gram hati ayam
7) 200-300 gram pedal ayam
8) Kicap manis/ masin (ikut suka)
9) Cili kisar - 2/3 sudu
10) Gula - 1 sudu (ikut suka)
11) Garam dan bahan perasa.

Cara-caranya:
1) Tumis bahan blender dan cili kisar sampai pecah minyak dan garing.

2) Masukkan sedikit air.
3) Masukkan pedal dulu dan biarkan mendidih.


4) Masukkan kicap.

5) Masukkan hati ayam

6) Masukkan gula, garam, dan perasa. Siap.

Simple sangat-sangat. Bahan buat masak hitam ni aku tengok macam-macam dan pelbagai. so boleh juga cuba mana-mana. ikut selera. aku ikut apa yang ada dalam peti ais dan dapur...

PAK CHOY GORENG KICAP

Haha.. selalunya, goreng sos tiram. Nak di jadikan cerita, aku kehabisan sos tiram pada hari tersebut, maka terpaksalah aku goreng macam ni... tapi sedap juga ni... (Betul... aku tak tipu...)

Bahan-bahannya:
1) Pak Choy - 6-7 pokok
2) Ikan bilis - secekup/ sikit (tumbuk kasar)
3) Bawang kecil - 3 ulas (Mayang)
4) Bawang putih - 2 ulas (Mayang)
5) Bawang besar 2 biji (1 biji belender, 1 biji mayang)
6) Kicap manis/masin
7) Garam dan perasa

Cara-caranya:
1) Tumis bawang hiris sampai kekuningan

2) Masukkan bawang kisar dan ikan bilis.

3) Masukkan air dan bahagian batang pak choy dan juga sedikit kicap

4) Jangan biar lama sangat. masukkan bahagian daun pak choy

5) Masukkan bawang besar, garam dan perasa. Goreng mendidih 3 minit. siap.

Jadi... siaplah menu ringkas ni.. nak sedap nasi lemak tu, jangan lupa telur rebus, kacang goreng dan timun juga... tapi aku gantikan timun dengan pak choy sebagai hidangan sayur.. saje nak meriah... haha..

So selamat menjamu selera, dan selamat mencuba!

~Zamiy Hisana~







Thursday, October 1, 2015

Macam ni rupanya rasa dia, Butter milk chicken... - By

Huhu... ni first time ever aku masak resepi buttermilk chicken ni.. da memang aku terus terpikat dengan rasa dia...
Macam By, terpikat dengan resepi daging o ayam masak hitam, macam tu lah aku terpikat kat resepi ni... huhu.. terliur sangat rasa...
Malam tadi aku buat dengan penuh keazaman berdasarkan resepi mudah Kak KathyJem ni... cuma aku ada ubah suai sikit-sikit ikut suka aku la... huhu

so... inilah bahan-bahan untuk membuat 'beliau'...



1) Ayam - bahagian dada (aku tak guna bahagian dada pun, macam-macam part ada)
2) Tepung gandum
3) tepung Jagung (merangupkan aym, tak de pun tak pe sebab nanti dah salut sos, dah tak de rangup pun)
4) Tepung perisa (macam ala-ala kentucky, tapi aku punya special made) (optional - takde  pun tak pe)
5) Sodium bikarbonate (Optional, tak de pun tak pe.. letak secubit sikit je.. tak leh banyak, memang habis SPOIL rasa ayam tu nanti)
6) Serbuk lada sulah ajishio (optional - tak de pun tak pe)
7) Cili api - 1 biji (ketuk) (ikut suka, nak letak pun ok, tak nak pun tak pe..)
8) Bawang putih - dicincang/ potong kecil dadu
9) Telur
10) Daun kari 5 - 6 tangkai
11) Butter - aku pakai majerin (planta) sebab butter tak de lak kat peti ais...
12) Susu pekat - 2 sudu atau ikut suka (Kak kathyjem kata boleh pakai susu cair)
13) Garam dan ajinomoto/ serbuk perasa

Cara-caranya pula....

1)Campurkan tepung jagung, gandum, tepung perasa dan sodium bikarbonate


2) Celup ayam dalam telur

3) Masukkan dalam campuran tepung tadi dan gaul rata

4) Goreng dalam minyak panas dan tepikan.

 5) setelah ayam siap di goreng, cairkan butter dalam kuali. Kuantiti butter bergantung kepada anda, aku letak 4 sudu (planta)

6) Masukkan bawang putih yang di cincang

7) Sehingga warna keemasan dan naik bau

8) Masukkan susu pekat dan sedikit air. (Aku masukkan banyak air sebab nak kuah.. tapi akhirnya memang meresap pada tepung ayam)

9) Bila kuah sedikit pekat, masukkan ayam

10) Masukkan daun kari dan cili api sebatang

11) Masukkan garam dan serbuk perasa... Siap...



Perasaan aku kali pertama rasa kuah dia ni, macam makan corn-in-cup pun ada... haha...
By lebih suka kalau ianya banyak kuah.. dia memang suka makan nasi tenggelam kuah.. hehe... bila aku asyik tanya apa rasa, dia kata, sedap la juga.. haha.. tapi kalau masak kari... tak payah aku tanya, dia pulak asyik cakap banyak kali... SEDAP...
Huhu... tapi By bukan jenis memilih makan and particular sangat bab rasa, asalkan kari, semuanya sedap je bagi dia...

so far, aku confident nak masak bagi By and anak je makan, sebab selera orang tak sama... macam by, masak sambal dia suka manis-manis, kalau gulai pun macam tu, suka manis... tapi pak cik By tak suka manis sangat... so aku kalau bab nak sediakan makan untuk family by yang lain, memang tak confident sangat...

Anyway... next time aku share Ikan kod masak kari... serius, ni feveret By yang nombor 1.. sedap giler la ikan kod ni, berpadanan dengan harganya kalau dari kilang, 1kg lebih kurang RM100... kalau kat kedai o pasaraya, mungkin dalam RM150 ke atas... serius, sedap giler... bak kata by, "Isi dia melting terus dalam mulut, dengan minyak dia lagi membangkitkan rasa" gulp... terus aku rasa nak makan lak...

SELAMAT MENCUBA

~Zamiy Hisana~




Kari Ikan Salmon

Hmmm... huhu... terliur lak bila teringat kari ni...
Aku bukanlah penggemar kari sangat kalau nak di bandingkan dengan By, tapi aku tak de kepantangan makan kari la... haha...

Well, Sejak ekonomi 'aku' ni meleset, aku memang banyak memasak kat rumah je... jarang nak makan luar...
special occasion je bru makan luar...

setiap hari aku masak, huhu...
Happy lak juga bila by kata aku punya masakkan dah makin baik...

So... aku nak share resepi ikan salmon masak kari...
Aku punya ni special, bukan kari kepala salmon yang besenya orang buat...
Aku buat pakai isi salmon...

Sedap... bolehlah cuba... huhu... inspirasi aku adaptasikan dari sini... huhu... http://khairulabdullah.com/resepi-mudah-kari-kepala-ikan-salmon/ dan juga kat sini http://www.tiffinbiru.com/2013/03/kari-ikan-salmontanpa-santan.html

Ini bahan-bahannya...

A) Bahan Tumis
1) Kulit kayu manis - 1 batang
2) buah pelaga - 3 biji
3) bunga cengkih - 3 kuntum
4) Bunga lawang - 2 kuntum
5) Bawang merah/kecil - 3 ulas (Mayang)
6) Bawang puih - 2 biji (Mayang)
7) Halba campur - 1 sudu besar
8) Daun kari - 1 tangkai

B) Bahan blend
1) Bawang besar - 1 biji
2) Halia - 2 inci
3) Cili kering/giling - 10 tangkai/3 sudu besar (ikut suka)

Rempah Kari ikan - 1 paket (nak pekat letak 2 paket)
Asam jawa - secubit
Ikan salmon - 1kg / ikut suka (potong-potong)
Garam
Ajinomoto/ serbuk perasa
Bendi (option) - aku tak letak pun... huhu...

Halba campur

daun kari


Asam jawa secubit

rempah kari ikan - apa-apa brand pun ok...


ikan salmon yang dah dipotong


Cara-caranya...
1) Campurkan bahan blend dengan rempah kari. jadikan pes, tambah sedikit air.


2) Campurkan asam jawa dengan air, untuk buat pes asam jawa. banyak atau sikit kuantiti air terpulang.
3) Tumis bahan-bahan penumis di mulakan dengan rempah ratus. sehingga naik bau, masukkan bawang-bawang. selepas bawang naik bau, masukkan halba campur dan seterusnya daun kari.
4) Masukkan pes kari tadi dan tumis sehingga pecah minyak dan naik bau.



5) Masukkan pes asam jawa. dan masukkan ikan, tambahkan sedikit air supaya ikan tenggelam dalam kuah.
6) Masukkan bendi selepas 20 minit mendidih.
7) Masukkan garam dan ajinomoto/serbuk perasa selepas 30 minit kuah dan ikan mendidih.

Siap...

P/S: Kalau tak nak pakai rempah ratus pun boleh, aku saje je letak nak bagi harum kuah kari...


Selamat mencuba!!!

~Zamiy Hisana~

Tuesday, August 25, 2015

Movie Hantu.... huuuuuu...

Haha... xpernah kan aku cover story ni...???
Tetibe rasa macam nak cover lak...
Dalam 2- minggu ni, aku and By asyik duk melayan cerita hantu... (maklumlah, lama bebenor tak g tengok wayang sejak ada ucuk acin...)
Aku mula nak mencari-cari cerita hantu yang lama-lama.. (tahun-tahun lepas je pun...)
Banyak juga lah yang baru aku tengok... (orang lain da lama menengok dah...)

Antara cerita yang aku layan,
1) Bangunan (2015)


- sinop sikit cerita ni yer... kisahnya berlaku dalam sebuah bangunan dalam Malaysia ni, kalau korang tengok movie ni, and tengok review and komen dari blogger lain, memang confirm boleh tahu la kot kat mana... dia macam dokumentari macam tu la... dari 5, aku rating 3.5 la macam tu. seram memang ada, cume ada sikit2 aku macam tak confident dengan apa yang pengarah cuba buktikan... tapi, aku tak nak kata ianya tak benar or benar... korang tengok and nilai sendiri yer... tapi memang serius, seramlah sebab aku asyik teringat jer few sceme dalam filem tu... tapi apapun, cerita last yang di lakonkan semula tu memang ada sedikit fail lah bagi aku... tapi seram sebab aku siap tutup mata... takut...

2) Jalan Puncak Alam


-sinop sikit... kisahnya pasal sorang lelaki ni motor habis minyak... so dia call member dia minta tolong pick up... tapi memang kesianlah sebab dia terperangkap dengan mainan hantu budak yang dari awal duk berkenan dengan dia... ini memang SERAM lah bagi aku... ini boleh bagi 4.5 dari 5... kecut perut aku menengok, hantu memang tak de tunjuk muka yang huduh... tapi sebab budak tu macam budak dalam citer Ju-On habis lah... tapi, bila aku try serach internet (ceh... nak cek la konon2nya....) memang banyak lah pengalaman orang yang pernah kena... ni antara link-link yang aku pernah jumpalah, pengalaman orang lain...

Kisah Seram di puncak perdana
Hantu Or Lansuir di Puncak Alam
Rambutnya Hitam Panjang, Bu
Hantu Tumpang Kereta - (Jangan Baca Kalau Imaginasi Tinggi)
Pengalaman Mistik

~Credit untuk link blogger di atas... y last punya link tu aku xsure ada kaitan dengan puncak alam or tak, sebab aku baca kisah2 dia and simpan link ni..

3) Misteri vila Nabila


-Citer ni pun boleh tahan seram, ada kisah kat dalam dia yang berdasarkan pengalaman dari beberapa orang kontraktor yang di upah untuk merobohkan vila tersebut. memang seram sebab rasa real, cuma ada part yang memang tak masuk akal... sejauh mana kebenaranya aku pun tak pasti, sebab tak kena sendiri... (minta di jauhkan lah...) Diorang ni, cuba untuk memecahkan dinding bangunan vila ini sebab di offer oleh majlis perbandaran negeri JOHOR la macam tu, untuk merobohkan bangunan usang dan lama dalam bandar. Tapi setiap keesokkannya harinya, bila mereka nak sambung semula proses merobohkan bangunan, mereka semua terkejut sebab dinding yang dah mereka robohkan semalamnya, pulih macam tak pernah lansung di pecahkan... jadi... mereka pun akhirnya sepakat nak tinggal bermalam di sana, untuk menyaksikan sendiri apa yang berlaku sebab deadline untuk kerja-kerja meroboh tu dah dekat... ada pegwai yang datang meyelia kerja mereka pun dah warning suruh mereka siapkan kerja cepat... kemudian... jeng-jeng-jeng... tengoklah sendiri selebihnya...

4) Nasi Tangas @ Kangkang


-Aku cume kenal beberapa je pelakon dalam citer ni, sebab aku tak berapa sangat ambil tahu perkembangan dunia lakonan.. (aku bukan retis...) so, citer dia macam tajuk dia lah... memang aku sendiri tak pernah tahu secara spesifik sebelum ni apa nasi tangas dan ingredientsnya... haha... bile aku dah tengok baru aku tahu... citer ni banyak pengajaran juga, baik suami mahupun isteri... ianya berkenaan menjaga adab sebagai seorang suami dan isteri... isteri dia tu cemburu sebab suami dia terlebih rapat lak dengan seorang kawan perempuan... sebelum dan selepas kahwin pun dia masih tak menjarakkan hubungan dia dan kawan dia tu, yang merangkap rakan kongsi meniaga dia... sampaikan ada satu masa suami dia tu tergesa-gesa meninggalkan isterinya semata-mata untuk pergi jumpa kawan dia yang ada masalah waktu tu... hati isteri mana yang tak panas kan... tapi si isteri pun, sepatutnya boleh berbincang dan minta suami kurangkan pergaulan tu, sebelum dia mendengar nasihat mak dia yang turut menggunakan 'nasi tangas' itu... jadi, selebihnya silalah tonton sendiri. seyes, rasa geli sangat-sangat bile tengok proses pembuatan nasi ini... haha...


Huhu... ada lagi beberapa citer yang aku tengok, tapi aku tak boelh nak cover semua, nanti terpanjang sangat lak entry ni... nanti lain kali... InsyaAllah... huhu...
Nanti aku shared sikit pasal nasi tangas bila aku ada masa, ni berdasarkan pembacaan aku di 'kuliah internet'... haha.. adios!

~Zamiy Hisana~