Pages

My sweet Surrender

Tuesday, October 27, 2015

Masalah tahi anjing... ni betul-betul tahi... bukan perumpaan aku yang 'selalu'

Saje aku nak share pasal ni...
Kebetulan pagi tadi masa aku nak keluar pergi kerja, By cakap pasal sikat ucuk acin yang jatuh dari tingkat atas terkena pasir kat bawah...

Aku terdengar dia kata "Ambik sikat tu..."
Aku pun cekutlah dengan yakinnya... letak kat getah tapak kaki dalam kereta...
By ternampak dia cakap,

"Laaaa.... kenapa ambik... takut terkena tahi anjing..." aku pun macam konfius jap,

"Tadi kata suh amibik..."

"Jangan ambik by kata... takut terkena tahi anjing..." lepas tu dia cakap apa lagi aku pun tak dengar sangat sebab aku kat luar kereta da... lepas tu aku tanya dia balik,

"Macam mana tahu ada kena tahi anjing?"

"Confirm2 ada pasir, mesti ada tahi anjing..." aku pun malas nk fikir lagi sebab aku dah lambat masuk ke office, jadi aku jawab sebelum pergi,

"Buang je lah nanti..." (dah macam dialog novel lak... hahaaha...)

So aku pun asyik terfikir2, perlu ke aku sertu @ samak tangan aku ni kan...
Lepas tu aku gi satu blog ni, mencari penjelasan dan pencerahan dengan apa yang aku fikirkan sepanjang pagi ni...

Jadi di bawah ni lah, finding yang aku temui, semoga ianya bermanfaat kepada kita... ianya macam bentuk soalan dan jawapan, sebab lebih cerahlah pada pemahaman kita...

~Credit kepada Haniff.sg

copy and paste dari sana...

Kemusykilan Agama – Anjing punya hal :)
May 18, 2010 by Muhammad Haniff Hassan


salam ustaz..
saya mempunyai masalah was-was yang agak teruk, sehingga membuat kehidupan saya kurang sempurna.
kadang2 saya mengambil keputusan untuk tidak keluar rumah kerana was-was akan kesucian persekitaran.

saya juga kini takut sekiranya terserempak dengan anjing kerana was-was air liurnya terkena pada saya.
saya hampir menempuh kemalangan gara2 ingin mengelak laluan yang sudah dilalui oleh anjing.
saya cuba mengelak kerana takut air liur anjing terkena pada roda kenderaan saya dan saya harus samak.

sebelum ini saya sering menyamak untuk perkara2 yang tidak masuk akal gara was-was.
ustaz saya teringin sangat nak menjalani kehidupan seperti umat yang lain tanpa was-was. saya mohon ustaz memberi penjelasan berkaitan masalah anjing yang saya alami.
apa kita boleh melalui jalan yang sudah dilalui oleh anjing..? bagaimana jika anjing tersebut mencium/menjilat jalan raya..apa kita harus samak roda..?
sekian terima kasih..
—————————————
Salam 
Pada pendapat saya, masalah awak bukan pada dasarnya soal agama, tapi lebih kepada soal psikologi. Saya cadangkan awak dapatkan rawatan psikologi dari hanya mengetahui hukum agama bagi masalah yang awak was-waskan.  

Jika awak mengetahui hukum sekalipun, tapi tiada kekuatan psikologi untuk melawan was-was itu, awak akan menghadapi kesukaran untuk berubah. Untuk melawan, diperlukan teknik dan kaedah yang kepakarannya berada pada pakar psikologi bukan guru agama seperti saya. 

Dari segi hukum, anjing memang najis dan jika disentuh, perlu sertu, mengikut pendapat majoriti ulama. Namun, hukum ini hanya dilaksanakan jika ia benar-benar berlaku secara yakin i.e. nampak benda itu berlaku atau memang ada najis anjing di tempat itu, bukan atas andaian i.e. sangkaan mungkin ada anjing kencing di situ, atau semalam ada anjing jalan di situ. 
Jalan raya atau padang yang pernah dilalui anjing atau pernah dinajisi oleh anjing, tidak semestinya akan menajisi sesiapa yang melaluinya kerana hukum bagi keadaan seperti itu ialah apabila hilangnya najis2 itu disebabkan matahari dan alam, maka hilanglah hukum najisnya = tak perlu disertu seluruh padang atau jalan tu. 

Kalau tayar kereta  atau motor atau basikal kena najis anjing, tidaklah wajib disertu. Sertu cuma perlu kerana kita nak solat = perlu suci.
Mana ada kita solat pakai kereta atau motor atau basikal yang memerlukan kita sertu segala benda-benda itu?? Kalau najis tu kemudiannya hilang disebabkan kering dan alam, maka dengan sendirinya hukum najis telah tiada 
Salam

http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-anjing-punya-hal/


Alhamdulillah... lega lah sikit aku rasa... sebab aku tadi masa ambik sikat tu aku tak nampak pun apa-apa wajah2 tahi @ najis anjing... jadi aku kena yakin walaupun aku agak was-was lepas By duk bising-bising dengan aku... hahahaha.....
Ada juga komen-komen kat sana yang membantu, nak baca komen, tekan link kat bawah tu yer...
(Ada juga soalan, najis ke kalau pegang tangan orang yang dah pegang anjing... ustaz tu jawab tak najis dan tak perlu sertu... huhuhu)

~Zamiy Hisana~

No comments: