Pages

My sweet Surrender

Monday, August 2, 2010

Memang lelaki gitu poyos...

Aku tak habis geram lagi dengan sorang mamat neh...
Tak sangka aku... dah lama aku tak mneyampah kat makhluk bernama lelaki.. selalunya aku menyampah dengan makhluk bernama perempuan...

 credited to dannii101.glogster.com

Aku penat ni balik 'berperang' kat tempat kerja, malam nak pergi 'bertempur' lagi dengan tempat keje lain pulak... ni datang lagi ruang bergolak dalam minda aku... tak leh balah betul, tak sangka aku, dalam usia aku yang ke-23 tahun ni aku akan bertemu dengan seorang mamat poyos yang memang tak leh blah betul sampai berjaya masuk ke dalam blog aku neh, saat neh.... memang dia berjaya buat aku betul-betul meluat dengan dia...


credited to nataliedee.com

dia bukan sape-sape dengan aku, tapi dia mungkin akan jadi seseorang untuk kawan aku ni... aku no-offense kalau itu pilihan dia, tapi terusan di sini aku katakan memang aku meluat menyampah dengan mamat neh... betul-betul bebulu aku dengan dia...

Dia suka kat member aku ni barangkali, tapi dia punya nak tunjuk bertapa dia suka kat member aku ni sampai offense dengan member2 lain... macam cilanat mamat ni... menyirap betul aku!!! Dia tak kenal aku, tapi dia sesuka hati nak komplen pasal aku, and cara aku... suka ati akulah nak buat or nak arrange jadual aku macam mana... mulut tak de insurans bebenar mamat ni... aku kenagkan member aku ni susah je tak de sape nk tolong dia kat tengah bandar macam ni, tapi mamat ni yang tah mane datang ni menyibuk masuk campur hal aku dengan member aku ni... sory la kepada member aku tu, aku memang makan hati, aku memang sengaja tak nak tanya dia pape dah... MAKAN HATI!

credited to blog.plataformatec.com

Dua hari kemudian...

Aku keluar lepak dengan member aku, Paro nama di beri... oleh kerana traumanya yang masih belum sembuh, aku menjadi pemandu kereta untuk dia hari ni... sama-sama meronggeng di ROZIAH BEAUTY SALOON... aku sebenarnya ada keje nak setelkan kat sini, tapi dah kelain plak... haha...



Tak tersangka aku, aku ingat aku jer yang ada masalah dengan lelaki kawan member aku ni yang di sini aku mahu menamakan dia sebagai Oni (bukan nama sebenar...), rupanya si Paro pun ada masalah dengan si Oni ni... sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Kepong ke Bangi ni, duk keluar nama Oni dan ketipat-ketupat salai je untuk dia... HAA.... memang aku meletus-letus kemarahan tak leh blah...

Paro kene lagi teruk dari aku, tapi aku yang marah lebey... beselah... aku memang tengah emosi lebey lak tu sekarang...

Al kisah yang sebenarnya di sebalik kemarahan ini adalah begini...

Member aku si G (bukan nama sebenar) ni nak cari rumah sewa, dekat-dekat dengan area rumah aku and kalau boleh area tepat keje dia... terkebetulan dia terjumpa satu iklan yang ada offer tempat tinggal dekat giler dengan rumah aku, maka lepas dengar nasihat Paro yang memang antara member yang tahu mana aku duk mendiamkan diri, mengcontact aku...

Aku memang rela hati menerima kesukaran dia, untuk membantu... Aku bagi route kat dia n dengan si Oni ni yang ada bersama dengan dia... memula tu okey je mamat ni, dalam phone aku bercakap sendiri dengan dia memang okey jer...

After tu, kitaorang memang janji nak jumpa nak aku tunjukkan maps yang dia memang tak berapa jelas sangat... aku rasa tak berapa sedap hati, aku ajak adik aku memfollow aku sekali malam ni...

Aku ejas masa ke 9 malam sebab aku memang ada hal kritikal 8-9 malam...

Dalam kul 7 gitu, aku sampai rumah dari tempat keje, aku dapat satu phone call... Paro telefon aku... mestilah bercakap pasal G yang nk cari rumah sewa tu... tetiba aku terdengar benda tak sedap jer yang di sampaikan dari Paro daripada Oni... PERGGGGHH.....

laju je mulut aku sebut masa tu,

"s**l betul..."

 credited to blogs.rediff.com/adorableprincess/

haa... kan, aku ni jarang nk carut2 anak orang, aku memang terkenal dengan penyabar aku.. aku tak buat cerita pasal penyabar aku ni, sape yang kenal aku, tahulah... bertapa aku boleh bertahan dengan tekanan bodoh ni...

Bayangkan bertapa mamat tu memang worst sampai aku pun boleh mengamuk dengan baru sekali and pertama kali kenal je...

Kalau betul dia tak boleh nak datang dengan masa aku tetapkan, cakap sendiri dengan aku, apa masalah kau nak pergi melencong ke sana kemari, meh sini cakap depan mata aku sendiri... Yang paro lagi sedap kene, dia tanya kat si G yang kata nak datang tumpang tidur dekat bilik dia, tapi sampai ke tengah malam tak berbunyi2... member beb, perempuan lak tu mestilah bimbang... Paro call tanya, si G pun jawab ok je, tapi masa tengah cakap tu tetiba si Oni cilaks ni nak cakap dengan Paro... ni yang Paro kene,

"Eh, boleh tak call kejap lagi, G tengah makan ni... Makanan dia tak terusik sebab nk vercakap..."

Aku memang mencarut panjang lah kat si Oni... tahniahlah sebab aku jarang mencarut tak bertapis... besenya aku mencarut bertapis... memang jadi bahan kritik... bertuah kau jarang aku nak bercakap pasal orang lelaki sangat dengan member aku ni...

Besenya aku dengan Paro cakap pasal isu ilmiah je, dan isu meraban kitaorang jer... memang jarang lah nak msuk hal bodoh macam ni... pasal lelaki yang tak di kenali! Tahi betul!

 Credited to switakon.blogspot.com

Kepada member aku tu, pandai-pandai dan berhati-hatilah pilih member, may be si Oni ni suka sangat-sangat kat kau sampai dia nak jaga kau sangat-sangat... tapi cara dia care tu buat orang kat sekitar rasa meluat... aku tak offense kalau dia menjadi pilihan kau tapi aku berharap di masa akan datang dia akan cube menghormati orang lain juga... bercinta tu bercinta lah juga, tapi please respect orang lain... kita orang melayu (Walaupun aku bukan orang melayu tulen), ada cara kite tersendiri dan budaya kita sendiri dengan orang yang baru kenal...

Naseb baek aku ada polisi gini..... "Kawan aku, kawan aku... kawan kau belum tentu 6% pun kawan aku.." kenapa 6? sebab aku suka nombor 6... walaupun 8 itu adalah antara number yang lebih sempurna dari 6...

~Zamiy Hisana~