Pages

My sweet Surrender

Saturday, January 30, 2010

This is the stinks nature of human... Primo...

Mencuri... memang dah salah dia, tapi ytak perlu nak pandai-pandai buat hukuman sendiri. Aku terjumpa satu kampung or satu komuniti ni, di mana masyarakat kat sana biasanya buat diaorang punya hukuman sendiri kepada mana-mana pesalah. Paham-paham je lah apa yang di hukumkan mereka tu. mestilah benda yang scary yang kebanyakan manusia memang tak pernah bayangkan mahu melalui benda yang sama.

Bila diri dah terkena sesuatu yang tak di ingini, semestinya rasa marah dan geram, baru lepas kena rompak or kena curi, kena aniya ke... mesti rasa membuak-buak nak balas dendam... Aku paham, termasuklah 'sape-sape' yang terkena benda yang tak diingini... inilah nature manusia yang tak dapat nak tahan dengan perkara yang tak diigini berlaku atas diri mereka.

Rasionalnya, manusia tiada rasional bila datang kes-kes macam ni, sepertilah masyarakat yang aku jumpa ni... mereka akan pukul pencuri atau pesalah tu dan minta pesalah tu mengaku. tapi bila difikirkan balik, kalaulah orang tu tersalah tangkap pesalah, tak ke kes kesian giler. Baru pagi tadi sebenarnya aku terjumpa masyarakat ni, aku tak nampak depan mata, cuma aku dengar sendiri... boleh di katakan aku berada di tempat kejadian, cuma aku saksikan dengan telinga je, tak sanggup nak tengok.

Mestilah aku takkan bagitau kat mana penempatan masyarakat tu kan... Dalam kes ni, sesiapa pun akan mengaku kot kalau dah kena bantai macam tu sekali. aku pun silap-silap aribulan mengaku... HAHAHA...
kalaupun betul orang tu pesalah sebenarnya, boleh je kot tanya... memang betula ada manusia yang tak nak mengaku kalau tak gunakan kekerasan atasnya. tapi may be patut serahkan pada polis kot... hurm... entahlah aku pun tak tahu nak cakap macam ne, kadang-kadang polis pun tak boleh nak buat pe kalau pesalah ni memang ada bukti sahih gila yang tunjukkan dia tak bersalah, walaupun hakikatnya dialah yang bersalah...

Mengingatkan aku pada cerita LAW Of A BIDING CITIZEN... best giler Gerard berlakon dalam cite tu... dalam cietr tu ada satu part yang pencuri tu cakap pada semua, orang (dia) yang salah akan mati pada hari tu, pesalah yang salah... kononnya, hukuman mati yang dia akan ambik tu untuk orang membunuh, dia tak bunuh pun sesiapa tapi dia mencuri je, macam tak adil gile yang dia dihukum dengan perbuatan yang bukan dia buat... adalah jalan citer dia macam mana dia boleh terkena gitu, nak tahu tengoklah sendiri... best giler, memang boleh rating 9/10 kekemasan cerita tu, ada satu scene bagi aku tak kemas, so tu kurang satu... scene last sekali masa nak kunci lelaki pesalah ni kat dalam penjara, yang sekor tukang kunci kat bahagian bawah lubang penjara tu boleh je nak kunci awal-awal tak perlu kot nk tunggu lama-lama sampai bom nak meletup... tak leh blah... citer ni memag kool... sedangkan orang yang bersalah tak boleh di hukum kerana tiada bukti yang menunjukkan dia bersalah, maka manusia akan menghukum dengan hukuman mereka sendiri...

Aku faham, kalau aku pun kat tempat si gerard dalam citer tu, mungkin aku pun akan buat benda yang sama, itupun kalau aku pandai dan banyak duit and satu lagi kebal, panjang umur... hahaha....

Tetiba aku rasa best giler jadi tactician.. dah terlambat ke kalau aku nak jadi master mind sekarang? best giler profession tu, tapi kuncinya mestilah kena pandai kan... huhu....

Monday, January 25, 2010

....Star Post.....







The last memory from the very last wishes of me, even there's no me there...

 
Can't let the music stop, until i touch your hand... -David Archuleta, Touch My Hand

 
 Oh bidadari... berulaskan syair oleh awan... -Hujan, Dikala bermain biola
I see the million flashlight, a wonder walls of star, but the one that's shining out so bright is the one right where you are... -David Archuleta, Touch my hand



Cause i'll be there in the back of your mind, from the day we met to the very last night... -Kellie pickler, Best Days of your life
You can bow and pretend like you don't know you're a legend... -Fall out boy, America's suite heart

 
 You said move on where do i go? I guess the second best is all i will know... -Katy Perry, Thinking of you


i don't want to, stay another minute, i don't want you say a single word... -Pussycat Dolls, Hush Hush I will survive


First i was afraid i was petrified, Kept thinking i could never live without you by my side... -Pussycat dolls, Hush Hush I will survive
Hey ladies jangan mau di bilang lemah, Kita juga bisa menipu dan menduakan, Bila wanita sudah beraksi dunia hancur... - Rossa, Hey Ladies

Sunday, January 24, 2010

Kesayanganku sepanjang HAYAT...

Aku pun tak tahu sejak bila aku start jadi gini...
Yang penting aku rasa sangat bahagia dengan diri aku yang sekarang ni...
Apa yang aku suka ni, tak buat aku konfius pape pun...

"Kalau aku jumpa anak kucing and anak orang kat tepi jalan raya, aku akan amik anak kucing tu daripada amik anak orang tu..." aku selalu cakap macam ni kat sesiapa je lah yang tanya aku... semua akan start maki hamun dan sumpah seranah aku dalam hati...
Tapi sebelum diaorang sumpah seranah aku, aku tak rasa diaorang pikir apa yang ada dalam otak aku yang seberat beberapa gram ni...
Faham ke diaorang dengan perasaan aku yang tercetus di hati aku yang keluarkan jus hempedu yang lebih kurang warna hijau tu... tu lah... dunia ni Allah jadikan 'Balance'... aku salah satu antara makhluk dia yang balance tu... bersyukurlah orang macam aku ni di lahirkan di dunia ni... takde aku dan orang-orang lain macam aku kat dunia ni, alamatnya dunia ni akan jadi tempat 'wild life' rasanya...

Lama juga aku nak bagi jawapan macam tu, mesti kena ada momentum gak nak kuarkan statement yang sesuai dengan jawapan aku... akhirnya aku kuarkan juga statement yang aku rasa paling kuat dan kena dengan teori diri aku ni...


Kakak-baru je mati minggu lepas, sakit...

"Kalau anak orang tu, ada puluh-puluh orang lain lagi yang akan kesian kat dia, ada ratus-ratus lagi orang akan berhenti dan beri belas kasihan kat dia... tapi kalau anak kucing tu, mungkin kena langgar gitu je, tu pun bila dah mati kat tengah jalan, takde siapa pun simpati nak tepikan dia...

AKU MASIH INGAT...

Masa aku zaman sekolah dulu, setiap kali aku nampak kucing mati atas jalan raya, aku mesti menangis... memang melelehlah air masin dari biji mata aku ni... habis kuar antimikrob semula jadi dari mata aku ni...
Aku tak pernah miss alihkan kucing yang mati ke tepi jalan...

AKU MASIH INGAT...

Aku sehabis usaha untuk alihkan sekor kucing hitam yang mati kena langgar, masa tu aku baru balik dari sunway pyramid. rumah pak cik aku seberang sunway tu je... sikit lagi aku nak kena langgar dengan bas...
akhirnya, aku tak dapat nak alihkan mayat tu, punyalah sedihnya dan terlukanya perasaan aku kerana tak berjaya alihkan dia... sampai harini aku teringat benda tu... aku rasa sangat bersalah,
"Aku tak dapat selamatkan nyawanya, malah aku juga tak dapat nak selamatkan mayat dia..." itulah benda yang sentiasa melekat kat fikiran aku... tapi lama-lama aku faham, semuanya kehendak Allah... aku tak mampu... kerana kelemahanku sendiri...


dari kiri, ciku, spike.. spike dah mati, sakit leukimia... (jangan gelak, memang kenyataan pun)

statement yang berapi tak leh blah tu aku bagi kat seorang kawan aku masa tu aku kat matrik N9 lagi... sekarang member aku tu jadi Vet kat UPM... sebelah je dengan fakulti aku... jarang sangat contact, tapi baru-baru ni rajin gak aku kami berhubung...

hati aku ni aku sendiri pun tak faham sangat... janganlah korang semua tipu aku, budget korang faham dengan hati korang sendiri... sebenranya, korang cuma kenal je perasaan korang, tapi bukan faham...

entahlah... aku pun tak tahu apa yang sebenarnya aku cakap ni, tapi masa sekolah dulu aku ramai gak pengikut... semua duk termakan je dengan FALSAMPAH aku ni...

Itu kelebihan aku... nak tahu lagi apa yang aku boleh buat, fahamlah aku kalau korang boleh, sebab setakat ni aku pun tak faham dengan 'roh' aku ni... percaya atau tak, jasad dan roh korang dikawal oleh benda yang berbeza, dan ada satu lagi entiti ketiga yang duduk di perantaraan dua subjek ini...


Fariz- bakal kena sunat tahun ni kot...

aku bukan pakar mental or so whatever, tapi yang aku kenal dengan diri aku, jasad aku dikawal oleh otak aku yang hampir keseluruhannya datang keperluan aku, manakala roh aku dikawal oleh perasaan aku yang datangnya kemahuan aku... entiti yang bergerak tanpa di ketahui itu adalah NAFSU yang memang korang pun tahu, dialah kawan baik dan dialah musuh ketat...


Baby-paling muda sekali, Nell nama sebenar dia, umor baru sebulan 3 minggu... ada dengan aku kat UPM

kesayangan aku tu, datangnya dari roh aku yang mendatangkan kemahuan untuk menyayangi ini... biasanya, perkara yang datang dari sini adalah benda-benda yang selfish... aku sayang kucing, walauapapun... kan selfish ni... huuuu.... dan mungkin aku adalah orang yang rapat dengan roh... setengah orang rapat dengan jasad... hurm... aku tak rasa nak explain lebey-lebey... korang pikirlah plak apa yang korang rasa...


Adik - yang paling aku rindu sekarang ni... dia ada kat rumah aku kat shah alam...

Saturday, January 23, 2010

.....999... bintang kertas...

Agaknya apa yang orang akan fikir bila dapat 999 biji bintang kertas???

Hurm... aku pun tak tahu apa yang orang akan fikir, aku sendiri pun tengah pikir... Aku tak tahu macam mana nak membahagiakan orang lain, tapi yang penting aku tak sorok apa yang aku rasa...

Hari ni hujan lagi, malam...
Sebab bintang kertas aku dah lebih dari 1000 biji... agaknya, orang yang dapat bintang kertas tu, ada kot baca blog ni, huhu... sesungguhnya kalau dia baca blog haku yang tak seberapa ni, aku just nak dia tahu yang aku buat benda tu ikhlas... untuk dia, walaupun di kakitangankan oleh PARO dan dua tiga orang kuncunya yang aku tak dapat nak senaraikan di sini... huhu...

Andai 'kau' terlintas' post ni, aku nak ucapkan selamat hari kejadian kau yang ke-23, dah tua dah kau... walaupun hari kejadian kau tu esok...
aku kalau terdaya, memang nak buat kau gembira dan tak kan lupa yang kau pernah berkawan dengan aku, sekurang-kurangnya, satu masa nanti kot2lah aku tetiba pergi dulu sebelum kau, kau takkan lupakan aku... (aduhai, xleh blah punya sentimental aku ni...)

Kalau boleh, aku nak kau ingat yang kite pernah sama-sama hidup kay UPM ni, 4 tahun...
Kalau boleh aku nak kau ingat macam mana kite sama-sama susah, sedih, ketawa (banyak sunguh...), dan terluka bersama...
Aku tak tahu apa yang dapat hadiahkan kat kau untuk buat kau rasa gembira, tujuan aku bagi bintang kertas yang tak seberapa tu bukan sebab nak buat kau terharu, tapi aku nak kau ingat yang 999 bintang kertas tu, tak cukup nak bandingkan dengan bilangan saat dan masa aku ingat kat kau...

Aku harap, hari jadi kau yang je-23 ni bukan  kali akhir kite sambut bersama... aku harap setiap hari lahir kau, kite sama-sama sambut...

Hebat tak aku???!!! hari lahir kau, aku minta kau ingat aku, haha... terbalik lak... (macam hari jadi aku lak nak request... hahaha...)
Tapi, apapun, 999 bintang kertas ni... bilangan hari jadi kau yang aku nak sambut bersama-sama... walaupun mustahil, tapi aku harap kau sentiasa ingat, yang setiap hari lahir kau tiba, aku sentiasa ingat kat kau walau kat manapun aku berada... INI JANJI AKU...
so, setiap kali tiba birthday kau, kau ingatlah aku sebab aku pun ingat kau... hahaha....

Ini pertama kali aku buat macam ni... hehehe... aku tak pandai buat surprise, tapi buat orang terharu sket2 bolehlah... (Ceh... tak le blah...)

---------<@
---------<@
---------<@


U n Me


~Baby sayang kau... so janganlah kau down bile Baby reject kau, dia malu sebenarnya...~

Monday, January 18, 2010

Hari ini Dalam Sejarah Part 4

Maka dengan semangat kental yang tak berbelah bahagi, dengan cahaya keperwiraan yang bersemburan di mata hati, aku dan jjing jjing mengatur langkah ke platform komuter yang menuju ke arah SEREMBAN... hanya satu hasrat indah dan murni ketika itu... NAK NAIK KOMUTER...

Lama giler komuter ni, aku memang ada satu impian... impian aku nak bagi pelan kat HQ KTM Berhad, pelan tak bagi sesak komuter.

Setelah puas bergelemang peluh ketiak orang sume, aku dan jjing pun sampailah tempat aku menjalani latihan menjadi pahlawan perebut bas dan perebuit komuter, STESEN KOMUTER SERDANG.
Aku dengan gembira selongkar beg aku, nak cari kad ajaib yang kalau aku masukkan kat lubang cucuk dia, aku dapat bebas dengan gembira, namun...
"Tiket aku hilang..." gitulah gaya aku cakap kat jjing jjing... walaupun aku pakai bedak satu inci je tebal, tapi masa tu dah rasa macam 3 inci, malu siot... nak kena cakap kat abang tu yang tiket aku hilang...  tapi nak tak nak, kena je cakap... akhirnya aku dapat gak meloloskan diri tanpa di bicarakan apa-apa oleh pekerja-pekerja stesen itu...

aku dan jjing jjing masih belum puas mengenjoykan diri, maka berangkatlah kami ke Mines, tmpt aku berkubang tu... (Xleh blah...)

Frust seh!!! Ninja Assasin dah stop tayang kat sini... giler r, macam ne aku nak tengok Boyfriend aku yang kiut miut kat dalam tu berlakon neh... aduhai, xleh jadik ni, kena g juga tgk ni...
"Jjing jjing... alamanda jom...." entah setan apa yang duk bergayut kat pikiran aku, nak berjalan je la pulak... maka kami berangkat pulang ke kolej Mohamad Rasyid untuk mengambil kereta jjing jjing yang berjenama PERSONA 1.6 tu, sebelum tinggalkan mines, sempat gak aku sambar ePOP keluaran disember 2009...

dengan seronoknya, kami meneruskan perjalanan ke ALAMANDA putrajaya...
sampai je kat sana, hanya satu tempat dulu menjadi tujuan, kaunter keramat yang di banjiri dengan banyak manusia pada hari cuti seperti itu...
Mati kutu aku bile tgk tiket sold out, cuma ada kul 12.30 tengah malam punya je...

Tanduk banyak giler kat kepala aku... huhu... sekarang... aku dan jjing jjing memang tabah g beratur gak... dan akhirnya...

GSC
Alamanda Put                   6
-18SG-  NINJA ASSASSIN
TOTAL    RM10.00   (ADULT)
TICKET PRICE         RM8.00
ENT TAX                   RM2.00

SEAT NO               12.30AM
F13                         13/12/2009
                                Cash
                                12/12/2009 8.41PM

~ginilah info atas tiket wayang yang kedua aku beli dalam hari ni...


............to be continued...
                               

SKIPALONG Bahagian kedua....

Hari ni hujan petang... mak aku selalu kata degn aku,
"Kau jangan buat benda yang kau tak pernah buat, kang turun hujan, kilat, guruh sumer..."

Hari ni aku BERKEMAS kat bilik... tu yang hujan turun... (agaknya...) tapi yang penting kilat and guruh tak de...

Aku masih lagi mengadap lappy kesayangan aku yang berjenama BenQ Joybook S32 Series ni... entahlah... aku blurr skit arini, letih jap minda aku ni, pk benda-benda yang tak penting pun... hati aku rasa semacam lak.

"Perkataan KONSERT SUJU" di haramakn di blok L5 bilik 334" aku pun tak pasti samada aku akan menyesal  kalau tak pergi jumpa boyfriend2 kesayangan aku tu yang beriya sangat dtg nak jumpa aku, siap buat konsert lagi kat bukit jalil... (WUuuu... xle blah punya perasan... mmg betul tom yam kung...)

subjektif betul topik-topik yang aku bualkan dengan member-member aku baru-baru ni...
I'm look forward to 'Famous Alios"... hahaha... aku anticipated lak nak tgk apa akan jadi pada masa akan datang... i'm looking forward to my future very much... kalau before this, aku mmg takut sgt nk kuar dari UPM ni walaupun hakikatnya dah tak sanggup nk ngadap sumer mak nenek mikrob and pak tuk mesin-mesin sumer tu...

aku rasa gembira sebab berkawan dengan kawan-kawan yang fantastic, bombastic sepanjang berada kat sini...
Minah, Tipah, Paro, kucing dan sekutu-kutu ku yang lain... last but not least, my primadona mama...
Byk gak lah benda yang kite share sesama... tp yang penting aku gembira sebab, Minah, Tipah, Paro and Primadona share status yang sma dengan aku sepnjang kite kenal and berkawan ni, 'bujang sdn bhd'...


Gambar y telah di adjust...

Sunday, January 17, 2010

SKIPALONG...

Kadang-kadang dalam hidup ni, kite akan jumpa satu pit-stop...

kat sini, kite sendiri pun tak tahu, samada nk amik 'task' yang ada tu atau just ignore je, just terus pecut mengejar kehidupan kite di haluan yang kite nampak... tapi apa yang kite nampak tu, kadang-kadang bukan sebenarnya laluan kite... huhu... xleh blah falsampah aku ni...

perkara paling complicated dalam hidup kite adalah masalah paling mudah sekali kite nak selesaikan...

sebenarnya perkara paling simple lah yang paling susah nak selesaikan... contohnya nk minta hutang dengan member baik... gitulah maksudnya lebey kurang..

susah nk cari orang yang faham diri kite, tapi tak sengsara nak mencari orang yang kenal kite... lagi-lagi orang macam aku ni, aku rasa ribu gak lah orang yang kenal aku, tapi tu la... dalam ribu ni, boleh kira pakai jari kaki aku je orang yang faham aku...

malam ni aku bluez sket, tp lagu2 bluez aku bukan cam jiwang kapak sumer, kat telinga aku paling-paling pun lagu Lenka... lagu-lagu minah ni sumer sekali memang boleh ngam habislah dengan preference aku... suara dia pun mmg dh lunak dah kat telinga aku... suke giler la aku kat lagu dia... banyk gak buat aku termenung dua tiga second, pas dengar lagu dia tu...
percayalah, telinga kiri yang dengar apa-apa benda emosional ni biasanya akan buat kite perasaan sentimental tinggi erbanding kalu dengar kat telinga kanan... (ke aku terbalik????) aku pun xingat sgt dah benda ni, tapi ianya betul sebab ini digestion otak kite... (dah macam doktor physiology lak aku, tadi dh macam ahli sasterawan negara...)

tapi lagu korea mmg tak leh pisah dah dari telinga aku... ni memg addiction aku... baru-baru ni aku jumpa chenta hati baru, Jonghyun, cnb... lagu dah lah best giler... huhu, tapi aku prefer y album pertama lagi dari yang baru ni... not bad, ok je...

aku penat tetiba dengan apa yang aku buat ni... aku rasa macam nak 'switch off' button aku dan tido. tido tanpa pk apa-apa, letih lah... sngat letih...