Pages

My sweet Surrender

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Saturday, May 23, 2015

Baby...

Tetibe rasa rindu kat baby...
Companion aku masa kat UPM dulu...
hukhuk...

Jadi sedikit information yang aku dapat dari blogwalking pagi ni...
(Haha... kene keje ari sabtu... hukhuk...)

Barulah aku tahu, baki air yang kucing tu minum kita boleh ambil wudhu'...
Subhanallah... tengok, darjat seekor kucing dalam Islam...
Itupun aku tak faham kenapa ada lagi kes-kes aniya kucing...

Sedih sangat sebab By pun ada juga kadang-kadang share cerita pasal dia baca penderaan kucing...
Tapi, tak pelah, kebanyakkan yang gila macam tu, orang kafir...
Duk pijak-pijak kucing lah, bunuh kucing dan banyak lah yang bodoh-bodoh lagi dorang buat...

Jadi, kat bawah ni ada lah sikit information yang aku dah baca... harap information ni soheh dan berguna kepada kita...

Walaupun agak panjang artikel ni.. (bagi aku lah...) tapi, percayalah, tak rugi baca untuk info yang berguna...
Jujur, aku dapat ilmu baru dari bacaan ni mengenai kucing...

Kredit to:

http://sohoque.com/kucing-dan-kedudukannya-di-dalam-islam/


Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam Islam

Kucing adalah suatu binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja,makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi haiwan ini seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh haiwan ini.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman haiwan ini dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda tentang kucing berikut:
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.
 Sabda nabi ini yang dilafazkan 1500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains di zaman sekarang. Sains mendapati bahawa kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah haiwan ini pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing dimana benjolan itu berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna dalam membantu membersihkan kulitnya.

Jika kita lihat semasa kucing sedang minum. Kita akan dapati tiada setitis air pun yang akan jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidah haiwan ini.
Hasil ujian:
  • Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
  • Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
  • Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.
  • Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
  • Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di badan kucing. Kesimpulan sains merumuskan bahawa haiwan ini tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.
Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25% kuman berbanding yang ada pada anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding yang didapati daripada manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Mengapa kucing kurang menggemari air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. haiwan ini juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.
Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh haiwan ini.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Subhanallah. Itulah kucing pada pandangan Islam. Menyayanginya adalah sunnah. Membuat perkara sunnah mendapat balasan pahala. Dan hikmah dan kebenaran Islam yang tidak melarang manusia bercampur dengan haiwan ini yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1500 tahun yang lalu telah dibuktikan dengan fakta sains sekarang.
Wallahu’alam…

Thursday, June 14, 2012

Ah Meng Pergi Klinik...

Saya sakit...
Kenapa orang tak faham...


Mata saya pun tak nampak...
Kecian 'tuan' saya...
Habis satu rumah saya kencing... maaf.. ada darah sekali...
Saya tak larat nak jalan dah...
Saya tak sihat...



Hmmmph... hmmmmph...

Ini Ameng @ Ah meng...
Nama dia Ameng, tapi lepas pergi klinik, nurse tu tukar jadi Ah Meng...
Kecian dia...
Sebulan yang lalu, dia kena kencing berdarah...
Satu rumah dia kecing ada darah...
dia macam tak dapat nak kawal...

Mak aku tak senang duduk tengok si Ameng ni...
Maklumlah... Ameng ni buta sebelah mata...

Maka
Satu hari Ameng pun pergilah hospital...
Doktor bagi dia makan makanan yang special dan beberapa ubat...
Mungkin dia di syakki batu karang...
sistem immune dia agak lemah memandangkan mata dia yang rosak tu di serang penyakit...

Ameng ni tabah sangat...
Dia tak nampak tapi... DIa usaha sendiri, nak berdikari lagi...
Sedih tengok dia, tapi tak pelah... dia tahu... sampai bila dia nak bergantung dengan tuan dia...
Kalau satu masa nanti di takdirkan Allah tuan dia pergi dulu...
hmmm... aku tak minta tapi... Allah Maha Berkuasa...

Ibu aku sayang sangat kat Ameng...
Kecian Ameng... kalau tak ada ibu, tak tahulah nasib Ameng macam mana....

Ni Ameng berehat atas meja...





Ni makanan istimewa untuk dia...



 Ubat-ubat Ah meng... (susah sangat dia nak makan)

Terima kasih Encik Veterinar...
Kalau Ameng boleh cakap, dia mesti dah berterima kasih dah...

~Zamiy Hisana~

Wednesday, November 16, 2011

Makhluk Kesayangan Hamba...

Ingat aku sayang orang je ke?
Yang bukan orang pun aku sayang sangat-sangat...
Mestilah... keluarga-keluarga comel aku ni...
Turi (Kasturi), Ayeez (Fareez), Adik, Baby, Itam, Ciku, Hero, Anje (Manja), Pak Lang (Belang), Kakak (Kak Long), Ameng (Cemeng), Comot dan juga Combie...

Penyeri hidup dan juga teman kala sepi...
Penghibur hati mak dan ayah aku...
sememangnya ayah aku suka teramat sangat dengan kucing...
Ibu aku... lagilah... macam anak dah dia buat mereka-mereka ni...

Mereka semua ini ada kisah, sifat dan telatah masing-masing..
Yang unik dan tersendiri...
Mereka mestilah comel di mata aku...
Orang bodoh je kot, kata kucing tak comel!
Haha!!!! (No offense....)

Aku ingat lagi...
Dulu masa aku kat Matriks lagi,
ada lah seorang kakak ni, bagitahu aku satu kisah yang
sampai hari ni, melekat kat dalam ingatan aku dan aku rajin menceritakannya...

Kalau tak silap akulah... kisahnya macam ni...
Sewaktu Nabi Muhammad SAW nak solat, ada seekor kucing tidur di atas tkar sembahyang (ada setengah cerita mengatakan serban Nabi Muhammad SAW), sebab tak mahu mengejut kucing itu tidur kerana sayang, Nabi Muhammad SAW memotong separuh tikar sembahyang Baginda...
Kucing merupakan binatang kesayangan Baginda...

Aku pernah dengar lagi orang kata...
Orang yang sayang or suka kucing ni...
Penyayang.... Wallahualam.... ni bergantung kot...
Kalau dah memang kepala angin, tetap juga kepala angin.... (Kan? Kan? Kan?)
Tapi yang confirm! Orang yang suka kucing ni, hati dia cepat simpati dan kesian...
Lembut hati....

Buat pertma kalinya aku memperkenalkan mereka untuk tatapan umum....
Heeee....


Ayeez (Fareez)

Ni Mak aku yang jumpa... kat tempat kerja dia... Kucing ni kacukkan parsi dengan kucing biasa rasanya...
Dia garang sangat-sangat... Aku berapa kali jadi mangsa gigitan dia...
Ayah aku baru je pergi hospital bulan lepas sebab kena gigit dengan dia...
Dia ada sawan rasanya.... Haha... Citer pasal dia... nanti ada kemunculan istimewa dia kat blog aku ni...
Dia Jantan... orang datang rumah aku tertarik dengan dia... ada yang nak beli...
Tapi dia ni intan payung ayah aku... kena gigit berpuluh kali pun sampai kuar masuk hospital pun dia sayang juga...
Kucing.... bukannya tahu apa pun...
Dia duduk dalam sangkar, kalau dia keluar...
Habislah...
Dia tak lari...
Tapi..... haha... nantilah cerita psala dia lebih lanjut...

Adik


 Dia ni adik beradik dengan Ciku, lain-lain ayah... haha... ciku lahir dulu... pastu dia ni yang second kali mengandung punya...
Walaupun adik beradik... tapi perangai dia jauh berbeza dari Ciku... Mak aku kata... adik jantan pondan... haha...
Hei! Dia baik tahu... kencing tak pancut-pancut...
Dia tak pukul orang...
Makan pun tak rebut-rebut sampai marah-marah orang...
Tapi... dia ada je nakal tersembunyi dia...
Tak pe... nanti cerita lain... hehe...


Ciku

 
Ni lah abang kepada adik... dia ada je adik beradik selahir dengan dia... tapi dah mati...
Dia ni baik sebenarnya...
cuma kadang-kadang datang angin gila dia, dia nak pukul orang je kejenya...
Tahulah... nama  pun kucing jantan...
Dia tak suka mengayau tak tentu arah...
Dia tidur je kat dalam rumah...
Tapi... dia tak jinak...
Takut orang sikit...
Semua orang pun dia takut...
Ada citer dia... nantilah... hehehe....



Baby


My Very cute one and only!
Dia ni kucing betina... Dia sangat manja tapi.... dia tak jinak...
Dia cuma nak dan suka orang tertentu sahaja dalam rumah...
Contahnya... dia tak suka adik aku dan isterinya...
Haha!
Baby ni sangat-sangat istomewa...
Kebanyakkan kawan-kawan aku kenal dengan dia...
Aku pernah bela dia kat UPM dulu...
Dia jadi penghibur kepada kawan-kawan aku...
Eiki sayang sangat kat dia...
Auz pun pagi-pagi buta lepas bangun tidur pun cari dia dulu...
Paro selalu menghilangkan tension dengan bermain dengan Baby...
Istimewanya Baby ni... dia tak suka dengan orang yang tuan dia tak suka...
Haha... automatik ok... dia tahu saje kalau aku tak suka seseorang tu... Dia pun sama, buat tak tahu siap lari lagi kalau nampak orang yang aku tak suka tu...
Dia banyak kisah... Aku sayang sangat kat dia...
Boleh di katakan ni lah kucing aku...
Nanti... ada kisah istimewa khas untuk dia...
Kucing kacukkan parsi juga ni...



Itam



Ni pun kucing kacukkan parsi...
Masa kecik dulu, dia jinak tersangat-sangat...
Tapi bila dah besar dia tak nak orang sangat...
Tapi dia tak garang...
Dia bodoh lagi...
Dia pun ada kisahnya...
dia mana... Jalan raya ibarat tempat tidur dia...
suka sangat baring atas jalan raya...
Dah lah hitam... mana nak nampak... tengok dalam gambar ni pun dah tahu...
bertapa hitam sungguhnya dia ni...
Badan dia berat sangat... almost 5KG....
Aku takut dia kena obes... Gambar ni, masa dia kecik dan kurus lagi...
Sekarang...
Aku tak sempat nak amek gambar baru dia...
Dia kuat mengayau...
Malam je ada kat rumah...



Cemeng @ Ameng


Haa.....
Ini lagi istimewa...
Dia buta....
Buta sebelah mata dan hampir sebelah lagi tu hampir hilang penglihatan dia...
Kalau bagi mereka-mereka ni snack, aku campak kat lantai, dia confirm tak dapat...
Sebab dia tak nampak...
Hidung dia pun ada masalah...
Tapi... Bulu dia gebu dan cantik...
Dia kacukkan parsi juga...
Gambar kat atas ni masa dia muda lagi...
Sekarang dah besar dan gemuk sikit...
Muka dia tenggelam sebab bulu dia tebal sangat...
Dia jantan, tapi badan dia lembut macam kucing betina...
Dia pun manja... tapi tak jinak...
Orang yang dia tak kenal, dia tak nak...
Kadang-kadang, bila aku kat luar dah pakai tudung pun dia tak kenal aku...
Maklumlah... buta lah katakan... lagi pulak, hidung dia ada masalah nak bau...
Dia selalu tidur dengan aku malam-malam...
Ada juga kisah dia... nantilah... heee......



Hero




Ni Hero...
Di ambil sempena kucing yang kaki dia kena potong tu...
Ada la iras-iras sikit, bezanya dia ni ada kaki depan...
Dia manja dan suka berdokong...
Kalau duk depan dia, mau dia panjatnya...
Mata hitam dia besar...
Cumel sangat...
Masa kecik, dia sakit mata teruk sangat..
Tak sangka bila dah besar mata dia cantik...




Pak Lang


Ni manja tapi dia tak suka orang cium dia...
Pantang nampak orang landing atas sofa...
Dia terjah naik terus...
Dia ni adaik beradik dengan Hero...
Dia jantan...
Harap dia besar nanti tak delah kencing pancut-pancut merata dalam rumah...




Manja


Dia manja sangat...
Adik beradik Pak lang dan Hero juga...
Dia jantan...
Warna da sama dengan Hero...
Cuma, dia banyak warna putih dan mata dia kecik sikit dari Hero...
Dia tak berapa nak berdokong tapi dia rajin mengekor orang...
Mana je orang yang dia nak mengekor, dia ikut je sepanjang hari...
Kalau kau menyorok dalam bilik pun,
Dia tunggu kat depan pintu bilik sampai tertidur depan pintu...




Kak Long


Tak tahulah kalau dia sebenarnya yang sulung...
Masa lahir aku tak tengok pun...
Dia seekor je betina dalam keempat-empat beradik ni...
Gambar kat atas ni masa dia kecik sikit...
Sebab tak sempat nak amek gambar terbaru dia...
Dia tak banyak perubahan pun...
Dia tak berapa jinak sangat dengan orang...
Memang tak berapa nak main-main dengan manusia ni...
Mungkin juga sebab orang jarang nak pegang dia...
Tapi kalau usap kepala dia... dia manja je macam kucing yang lain...




Kasturi


Tak tahulah kemana dia menghilang....
Dah berapa hari dah dia tak balik rumah...
Dia dah tua sangat...
Yang paling tua sekali dalam rumah...
Dekat 7 tahun juga umur dia kalau tak silap aku...
Dulu dia kena jaundis, bawa pergi vet...
Dia sembuh...
Cumel sangat dia masa kena tahan wad...
Tangan berbalut dengan drip air...
Hee.... cumel sangat-sangat...



Hee... berikutlah makhluk kesayangan-kesayangan hamba...
Aku sayang mereka semua sebab mereka macam dah ahli keluarga aku...

~Zamiy Hisana~

Sunday, January 24, 2010

Kesayanganku sepanjang HAYAT...

Aku pun tak tahu sejak bila aku start jadi gini...
Yang penting aku rasa sangat bahagia dengan diri aku yang sekarang ni...
Apa yang aku suka ni, tak buat aku konfius pape pun...

"Kalau aku jumpa anak kucing and anak orang kat tepi jalan raya, aku akan amik anak kucing tu daripada amik anak orang tu..." aku selalu cakap macam ni kat sesiapa je lah yang tanya aku... semua akan start maki hamun dan sumpah seranah aku dalam hati...
Tapi sebelum diaorang sumpah seranah aku, aku tak rasa diaorang pikir apa yang ada dalam otak aku yang seberat beberapa gram ni...
Faham ke diaorang dengan perasaan aku yang tercetus di hati aku yang keluarkan jus hempedu yang lebih kurang warna hijau tu... tu lah... dunia ni Allah jadikan 'Balance'... aku salah satu antara makhluk dia yang balance tu... bersyukurlah orang macam aku ni di lahirkan di dunia ni... takde aku dan orang-orang lain macam aku kat dunia ni, alamatnya dunia ni akan jadi tempat 'wild life' rasanya...

Lama juga aku nak bagi jawapan macam tu, mesti kena ada momentum gak nak kuarkan statement yang sesuai dengan jawapan aku... akhirnya aku kuarkan juga statement yang aku rasa paling kuat dan kena dengan teori diri aku ni...


Kakak-baru je mati minggu lepas, sakit...

"Kalau anak orang tu, ada puluh-puluh orang lain lagi yang akan kesian kat dia, ada ratus-ratus lagi orang akan berhenti dan beri belas kasihan kat dia... tapi kalau anak kucing tu, mungkin kena langgar gitu je, tu pun bila dah mati kat tengah jalan, takde siapa pun simpati nak tepikan dia...

AKU MASIH INGAT...

Masa aku zaman sekolah dulu, setiap kali aku nampak kucing mati atas jalan raya, aku mesti menangis... memang melelehlah air masin dari biji mata aku ni... habis kuar antimikrob semula jadi dari mata aku ni...
Aku tak pernah miss alihkan kucing yang mati ke tepi jalan...

AKU MASIH INGAT...

Aku sehabis usaha untuk alihkan sekor kucing hitam yang mati kena langgar, masa tu aku baru balik dari sunway pyramid. rumah pak cik aku seberang sunway tu je... sikit lagi aku nak kena langgar dengan bas...
akhirnya, aku tak dapat nak alihkan mayat tu, punyalah sedihnya dan terlukanya perasaan aku kerana tak berjaya alihkan dia... sampai harini aku teringat benda tu... aku rasa sangat bersalah,
"Aku tak dapat selamatkan nyawanya, malah aku juga tak dapat nak selamatkan mayat dia..." itulah benda yang sentiasa melekat kat fikiran aku... tapi lama-lama aku faham, semuanya kehendak Allah... aku tak mampu... kerana kelemahanku sendiri...


dari kiri, ciku, spike.. spike dah mati, sakit leukimia... (jangan gelak, memang kenyataan pun)

statement yang berapi tak leh blah tu aku bagi kat seorang kawan aku masa tu aku kat matrik N9 lagi... sekarang member aku tu jadi Vet kat UPM... sebelah je dengan fakulti aku... jarang sangat contact, tapi baru-baru ni rajin gak aku kami berhubung...

hati aku ni aku sendiri pun tak faham sangat... janganlah korang semua tipu aku, budget korang faham dengan hati korang sendiri... sebenranya, korang cuma kenal je perasaan korang, tapi bukan faham...

entahlah... aku pun tak tahu apa yang sebenarnya aku cakap ni, tapi masa sekolah dulu aku ramai gak pengikut... semua duk termakan je dengan FALSAMPAH aku ni...

Itu kelebihan aku... nak tahu lagi apa yang aku boleh buat, fahamlah aku kalau korang boleh, sebab setakat ni aku pun tak faham dengan 'roh' aku ni... percaya atau tak, jasad dan roh korang dikawal oleh benda yang berbeza, dan ada satu lagi entiti ketiga yang duduk di perantaraan dua subjek ini...


Fariz- bakal kena sunat tahun ni kot...

aku bukan pakar mental or so whatever, tapi yang aku kenal dengan diri aku, jasad aku dikawal oleh otak aku yang hampir keseluruhannya datang keperluan aku, manakala roh aku dikawal oleh perasaan aku yang datangnya kemahuan aku... entiti yang bergerak tanpa di ketahui itu adalah NAFSU yang memang korang pun tahu, dialah kawan baik dan dialah musuh ketat...


Baby-paling muda sekali, Nell nama sebenar dia, umor baru sebulan 3 minggu... ada dengan aku kat UPM

kesayangan aku tu, datangnya dari roh aku yang mendatangkan kemahuan untuk menyayangi ini... biasanya, perkara yang datang dari sini adalah benda-benda yang selfish... aku sayang kucing, walauapapun... kan selfish ni... huuuu.... dan mungkin aku adalah orang yang rapat dengan roh... setengah orang rapat dengan jasad... hurm... aku tak rasa nak explain lebey-lebey... korang pikirlah plak apa yang korang rasa...


Adik - yang paling aku rindu sekarang ni... dia ada kat rumah aku kat shah alam...