Pages

My sweet Surrender

Friday, February 26, 2010

Live like your dying......

..........................
One of these days you'll be
under the covers you'll be...

under the table and you'll realize...

That all of your days are numbered;
 

 all of them one to one hundred.
 
 All of them millions.
 

All of them trillions.
 

 So what are you gonna do with them all?
You can not trade them in for mall.


No... No...
 

 Take every moment; you know that you own them.
 

It's all you can do, use what's been given to you.

Give me a reason
To fight the feeling.
 

 That there's nothing here for me.
Cause none of its easy,
 


i know it wasn't meant to be.
i know all it's up to me.
it's all up to me.
 

so what am i gonna do with my time?
  


oh....

i'll take every moment, i know that i own them.
  


It's all up to you do whatever you choose
 


Live like your dying and never stop trying.
It's all you can do, use what's have been given to you.

All of the moments you didn't notice;
gone in the blink of an eye.
 

And all of the feelings you couldn't feel
no matter how you try.
 

oh... oh....
Take every moment, you know that you own them.
It's all up to you,
to do whatever you choose.
 



Live like your dying and never stop trying.
 

it's all you can do, use what's been given to you.

Live like your dying and never stop trying.
 

It's all up to, use what's been given to you.

Oh... oh...

~LENKA~
 


-Hisana Ortego-

Thursday, February 25, 2010

Inikah lelaki????

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!



~credit Misz Nz~

Tangan panas.... hati sejuk...

Live like your dying...

Melayang... rasa macam terbang...
tapi... berat, rasa macam ada banyak tangan dari tanah pegang kedua kaki yang di jadikan tuhan dari tanah ni...

mata terbukak, tapi tak nampak apa-apa pun...
fikiran still berjalan, tapi kenapa tak ingat apa-apa...

saat... sesaat... sesaat lagi...
kenangan-kenangan baru dan lama berasimilasi dalam minda dan jiwa...
segalanya bergaul mesra, ibaratnya dah macam rojak buah dah dalam tempurung yang tak berapa nak besar atas junjungan ni...

 badan rasa panas... sangat panas... tapi....................................

hati rasa sejuk...



kesejukkan ini mengundang bahaya... ini adalah virus, yang memakan perumahnya sehingga ke saat akhir...
virus yang mencengkam pada asalnya... virus ini menyebabkan perumah atau mangsanya sakit pada awal jangkitannya, sakit yang tak tahu nak di tafsirkan sebagaimana peritnya ia...
semakin lama, virus ini akan menyebabkan semua sel hati menjadi kebas, dan lama kelamaan hati akan menjadi sejuk kerana virus ini menyerap segala kehangatan yang indah, terkandung dalam hati ini...

hati akan menjadi sejuk, semakin sejuk dan lebih sejuk dari kutub utara...
semakin hari, semakin lumpuh segala deria mangsa, kehangatan luarannya semakin menakutkan...

bila hati menjadi beku...
segala kekacauan dan kepincangan berlaku dalam diri mangsa... segala benda nampak 'dull'... semua benda tidak bermakna...

kebekuan menjadikan hati akhirnya mati...
bila hati sudah mati.... segala bait kata-kata sudah hilang makna, segala renungan adalah bisa, segala perlakuan adalah mengarut, segala anggapan adalah membencikan... segala-galanya adalah musuh...
mangsa yang hatinya sudah mati... lama kelamaan akan hilang segalanya, hilang orang yang di sayangi, melukai orang yang menyayangi... hilang arah kehidupan dan hilang segala-gala impian...

simptom orang-orang yang di jangkiti penyakit ini adalh seperti pernyataan di atas sekali....
virus ini bukan tiada penawarnya, ia ada, tapi mestilah pandai memilih penawar itu, jika tidak seluruh tubuh mangsa akan rosak, maka akan lumpuhlah mangsa sepenuhnya...

Wednesday, February 24, 2010

Hidup dan Mati jaraknya hanya satu langkah....

Hidup ini seakan terpisah dengan hanya satu garisan sahaja dengan kematian...

Hanya selangkah sahaja, jaraknya hanya selangkah...

Ada banyak definasi kematian yang orang tafsirkan, banyak maknanya bagi setiap orang... ada yang kata menuju bahagia, menuju ke alam kekal abadi, penamat kepada sebuah alam... permulaan kepada alam baru... namun apapun definasinya, tetap ke arah satu matlamat.. menuju kepada Allah yang satu...

Apapun yang kite cita-cirakan dan cintai di dunia ni, hilang sekelip mata sahaja dengan kematian... segala hajat yang di himpun kat dalam dada ni, hancur lebur dengan selangkah ke alam baru ni... jadi berhati-hatilah memilih hajat...

minggu lepas, sekelip mata je, aku telah kehilangan 2 orang yang rapat dengan aku... siapa sangka, aku pun tak jangka...

Aku... rasa macam dah tak waras sekejap... Rabu, pak cik yang boleh di katakan harapan aku, telah pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya...

Sabtu... abang aku sendiri... yang aku tak jangka, pergi sekelip mata... entahlah... apa agaknya perasaan aku sebenarnya??? aku sedih ke?walaupun antara aku dan dia ada banyak complicatednya, tapi yang paling penting dia tetap darah daging aku... waris sah... wali sah...

jadikanlah kisah aku ni pedoman kamu yang ada adik beradik...
aku kesal, sebagai seorang adik, aku tak mampu tunaikan hasrat dia, yang masa dia hidup dulu aku anggap benda tu kecil je... siap terlupa lagi... lepas je dia hembuskan nafas terakhir dia, semua benda tu keluar kat ingatan aku... segala benda yang yang aku lupa tentang dia, keluar masa tu jugak...

sekarang... hari ini, masa ini, minit ini, saat ini... aku rindukan abang aku... aku rindu nak dengar suara dia, aku rindu nak dengar dia tegur aku, aku rindu nak tengok dia berjalan.... aku rindu nak panggil dia... aku rindu segalanya tentang dia... apa yang aku kesal, aku tak sempat jawab persoalan yang dia sendiri lama nak tahu... persoalan samada aku marah dia lagi atau tidak... aku tak sempat nak beritahu dia yang aku dah lama maafkan dia...

aku tak sempat nak minta ampun kat dia...
aku sangat kesal...

ini adalah benda yang aku kesalkan sepanjang hayat aku setakat ini... kematian dia juga, aku masih tak mampu nak terima... ini salah, aku tahu... tapi mungkin ini lebih baik untuk aku buat masa beberapa ketika ini... menganggap semua yang baru berlaku tu cuma mimpi.... seperti ayah aku juga yang masih lagi tak mampu menerima kenyataan ini...

semakin aku tengok ayah yang masih lagi menangis, semakin sakit hati aku... semakin kesal aku dengan kekerasan hati aku sendiri... ibu selalu cakap dengan aku, aku menangis depan kubur dia berhari-hari pun, dia takkan hidup balik... (kalau dia hidup balik, itu kuasa Tuhan dan mungkin aku pun lari lintang pukang...)

apa yang aku boleh buat sekarang ni cuma satu je...
berdoa dan menangis...
bak kata sepupu aku, dia yakin dengan aku, dia kata aku 'kuat'...

Betulke???


Dalam kenangan... Ucu...


Aku harap dia betul...

Wednesday, February 17, 2010

Do you know how to forget about an old LOVE?

Do you know how to forget about an old love?

You find a new love...

You should completely immerse yourself in it...

If that new love is true, then the old love will naturally become part of the past...

It's not that you can fall in love with someone new because you forgot the old...

It's because you fall in love with someone new that you're able to forget about the old...

ONLY LOVE CAN HEAL A HEART THAT WAS HURT BY LOVE...



-credited to 'Bokura ga ita', Yuki Obata-

Saturday, February 13, 2010

Cinta antara kita... version 1

Cinta aku dan kau...
mestilah sangat berbeza... cinta aku kepada engkau dan cinta engkau kepada aku...

cinta aku kepada engkau adalah cinta seorang perempuan kepada seorang lelaki...

cinta engkau kepada aku adalah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan...

banyak terkandung perbezaannya, dari segi skala, mestilah aku lebih besar dan kukuh... (Ya ke?)

tapi, aku lebih setia dari kau yang suka tukar-tukar cerita tanda setia... aku suka kedamaian dalam bercinta, tapi engkau pula sukakan ujian, tanda kerestuan dari Tuhan... (kononnya)
aku lebih suka menangis bila cinta antara kita terluka, tapi kau lebih suka marah bila cinta kita dalam bahaya...

Mungkin aku terlalu paranoia bila nampak kau bersama-sama dengan kawan baik perempuan kau... (conspiracy of jealousy...) tapi kau patut tahu yang aku memang di jadikan Tuhan ku begitu... sangat kaya dengan perasaan cemburu...

Kau pula cepat betul melulu sana sini tuduh aku ada hubungan sulit dengan kawan baik lelaki aku, padahal dia tu pun kawan kau... tak pasal je kau bertumbuk dengan dia belakang aku... last-last nanti, aku pula yang susah...

aku bangga mengaku kau adalah orang yang sayang, aku depan kawan-kawan aku... tak sabar nak bagitahu parents ku betapa indahnya percintaan kita, memang tak sabar nak dapat title official hubungan kita dari family...

kau mula malu-malu ayam.. (kot) Bila kawan-kawan kau tanya, kau biasanya dengan budget cool kata kita cuma kawan biasa, dengan parents lagilah, "mak, abah... saya single lagi, tolonglah carikan seorang gadis yang berkelayakkan dan bergraduat isteri, pakej ni sekarang kat kotaraya susah nak dapat..."

setiap episod cinta kita pasti adanya kebahagian dan kedukaan... sesungguhnya episod cinta aku sentiasa indah bersama dengan kau... kau pula, mungkin sama dengan aku walaupun episod kau banyak yang natural...
aku terkenal dengan gelaran meminta yang di luar batasan kau, mungkin itu adalah sesuatu yang buat kau rasa terbeban, tapi kebenarannya aku mahu kau berusaha... jadilah orang yang berguna dan berjaya...

aku tahu, cinta yang kuat bukan dari aku seorang, dari engkau juga... kerana itu terjalinnya cinta ini... kita masig belum menjumpai fasa yang penting dalam percintaan ini, aku berdoa moga hati kau takkan berubah bila sampai fasa penting tu...

aku harap, episod terakhir cinta antara kita, masa aku dah ada banyak rambut putih dan kau pula banyak uban...  tapi ini typical hajat seorang perempuan kepada lelaki...

Friday, February 12, 2010

Game Kehidupan, GPS update version.

Hidup ini bagaikan satu permainan, kalah dalam salah satu permainan buatkan kite rasa down. Lepas tu cuba lagi game baru yang tak pernah rasa... belajar lagi cara-cara macam mana nak menang dengan dengar nasihat orang terdahulu yang kot2 pernah menang... ada sesetengah orang tu tak pernah hiraukan nasihat orang yang agak berguna untuk game dia, ikut sesedap rasa garam dia je... semua manusia ada satu game utama dia, di mana game itu, memang kalau menang, menang dengan gemilang, tapi kalau kalah, memang kalah mati lah... name game tu, "Asam Garam Kehidupan".

Game Asam Garam Kehidupan ini, start waktu kecik dulu, ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu jua... haha, ni dia punya tips game...
Orang yang tak ikut nasihat orang-orang yang sepatutnya mungkin akan terlebih garam, terlebih asam atau sebaliknya dalam game ni... kadang-kadang bile dah terlebih sana sini, ada chef yang akan datang tolong, tapi ada yang kite sendiri kena cari... pandai-pandai carilah...

kalau ada yang terlampau over confident dengan kebolehan sendiri memang sampai kesudahlah terlebih je dia punya bahan. orang macam ni lah selalunya akan mengkacau bilaukan equilibrium game ni...
GPS, bioleh di dapati di mana-mana rangkaian sesama dalam perjalanan nak menuju ke goal penamat.

Goal penamatnya cuma ada satu sahaja, korang pun tahu, tak perlu aku cakap sebab kita sama-sama pun dalam game ni, kite bukan pesaing sebab game ni individu tapi berkumpulan... (apakah?) kalau aku tersungkur kat mana-mana checkpoint, atau tersadai kat mana-mana simpang, atau terlebih garam sana-sini, atau tertambah benda-benda yang tak patut, rakan-rakan, silalah bantu aku, Onegai!!!

Marilah kita sama-sama menuju ke penamat game tu dengan gemilang... sesungguhnya penamat itu adalah menuju kepada DIA. sama-samalah kite menuju kepada Pencipta game ini, yang ditemani moderator-moderator yang sentiasa berada di sekitar tapak game kite..
"Marilah menuju kejayaan"

Wednesday, February 3, 2010

Wonderful Art...

The wind by heise...

Aku memang adore giler art jenis gini, tambah lagi kalau gambar lelaki gini la... gambar perempuan pun ok gak... nak tengok banyak g la kat web ni, memang aku terpesona sungguh dengan karyanya...


credited to heise on deviantART

Tuesday, February 2, 2010

Case 40..

Spiritual Cleaning of Mr. Sesame on the Sesame Street by the anti-sesame...

Beliau berjalan sendirian tanpa arah tujuan di sesame street...


tetiba beliau terpijak najis kuda... maka dengan segala kudrat yang ada, beliau membersihkan kakinya yang dicemari dengan najis mutawasitah itu... kaler hitam 'benda' tu sama busuk dengan baunya... memang busuk pekung betul...


Tetiba muncul lak menatang mana tah, debik dia dari belakang, makhluk yang boleh di katakan alien lah juga...

di saat kesedarannya telah ada, dia sudah terikat pada seekor kuda hitam...
"Kudaku lari.... gagah berani..." maka beliau di heret oleh kuda hitam itu sejauh beberapa kilometer, tapi masih lagi berada di sesame street... harap maklum, tempat kejadian masih lagi di sesame street...


habis segala kudrat keringat, maka beliau kehilangan kesedarannya...

pabila kesedaran dirinya kembali, dia sudah di gantung dengan keadaan yang tidak stabil di mana pusat graviti badannya berada tidak seimbang dari kejadian dirinya yang azali...

Operasi anti-sesame mula di jalankan, matanya di selaputi oleh selotep yang kuatnya seperti gam anak gajah...

jeritannya yang seperti perempuan ketakutan di serang -tut-, sumbang lagi maha menyakitkan hati membuatkan mulutnya di stapler dengan stapler tahap menakutkan...

Beliau kemudiannya di rendam di dalam cloroc berjenama 'KAO BLEACH', di campurkan bersama Vanish, di adunkan juga dengan Kiwi clean dan juga di campur dettol secukup rasa...

beliau di masukkan ke dalam washing machine yang siap auto dryer sekali...

setelah itu beliau di kemaskan lagi dengan iron steam yang bermutu...

setelah itu, untuk meyakinkan lagi process kesucian jiwa ini, beliau di semburkan dengan lapisan nipis Febreze-anti bacterial...

Maka selamat dan selesailah upacara pembersihan ini...

P/S: Mulut busuk melambangkan hati yang busuk, mulut wangi, harap2 hati anda wangilah juga, tapi kalau dah busuk gak tak boleh nak buat apa lah...

~credit photo to google~