Pages

My sweet Surrender

Saturday, February 13, 2010

Cinta antara kita... version 1

Cinta aku dan kau...
mestilah sangat berbeza... cinta aku kepada engkau dan cinta engkau kepada aku...

cinta aku kepada engkau adalah cinta seorang perempuan kepada seorang lelaki...

cinta engkau kepada aku adalah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan...

banyak terkandung perbezaannya, dari segi skala, mestilah aku lebih besar dan kukuh... (Ya ke?)

tapi, aku lebih setia dari kau yang suka tukar-tukar cerita tanda setia... aku suka kedamaian dalam bercinta, tapi engkau pula sukakan ujian, tanda kerestuan dari Tuhan... (kononnya)
aku lebih suka menangis bila cinta antara kita terluka, tapi kau lebih suka marah bila cinta kita dalam bahaya...

Mungkin aku terlalu paranoia bila nampak kau bersama-sama dengan kawan baik perempuan kau... (conspiracy of jealousy...) tapi kau patut tahu yang aku memang di jadikan Tuhan ku begitu... sangat kaya dengan perasaan cemburu...

Kau pula cepat betul melulu sana sini tuduh aku ada hubungan sulit dengan kawan baik lelaki aku, padahal dia tu pun kawan kau... tak pasal je kau bertumbuk dengan dia belakang aku... last-last nanti, aku pula yang susah...

aku bangga mengaku kau adalah orang yang sayang, aku depan kawan-kawan aku... tak sabar nak bagitahu parents ku betapa indahnya percintaan kita, memang tak sabar nak dapat title official hubungan kita dari family...

kau mula malu-malu ayam.. (kot) Bila kawan-kawan kau tanya, kau biasanya dengan budget cool kata kita cuma kawan biasa, dengan parents lagilah, "mak, abah... saya single lagi, tolonglah carikan seorang gadis yang berkelayakkan dan bergraduat isteri, pakej ni sekarang kat kotaraya susah nak dapat..."

setiap episod cinta kita pasti adanya kebahagian dan kedukaan... sesungguhnya episod cinta aku sentiasa indah bersama dengan kau... kau pula, mungkin sama dengan aku walaupun episod kau banyak yang natural...
aku terkenal dengan gelaran meminta yang di luar batasan kau, mungkin itu adalah sesuatu yang buat kau rasa terbeban, tapi kebenarannya aku mahu kau berusaha... jadilah orang yang berguna dan berjaya...

aku tahu, cinta yang kuat bukan dari aku seorang, dari engkau juga... kerana itu terjalinnya cinta ini... kita masig belum menjumpai fasa yang penting dalam percintaan ini, aku berdoa moga hati kau takkan berubah bila sampai fasa penting tu...

aku harap, episod terakhir cinta antara kita, masa aku dah ada banyak rambut putih dan kau pula banyak uban...  tapi ini typical hajat seorang perempuan kepada lelaki...

No comments: