Pages

My sweet Surrender

Friday, October 29, 2010

Kalau tak suka, say NO....

Cerewet???
What is that?
Haaa... ni isu yang memang agak complicated dalam masyarakat manusia...
Bab makanan menjadi satu benda pertama kat dalam hidup ni yang perlu di titik beratkan...
(Perggghhhh.... formal gila ayat aku...)

Macam-macam perangai manusia ni terserlah depan makanan...
Ramai orang kata, bila someone tu tak makan sesuatu makanan or beberapa makanan lain, dia akan di gelar cerewet...
Hurmmm...
Aku punyai persepsi dan pandangan berbeza sedikit berkenaan cerewet ni...

Pandangan aku tiada kene mengena dengan mana-mana pihak, ni just my analisis...

Heee...

Aku amek contoh dekat je la, diri aku sendiri...

Aku tak makan bawang... (kalu tumbuk halus aku makan je...), aku tak prefer makanan pedas...  (dulu aku tak makan lansung pepedas ni...) aku tak makan ikan2 darat, aku tak minum air teh susu, aku tak minum nescafe dan ada la lagi beberapa item makanan yang aku tak sentuh...



Orang akan kata aku memang stock mengada-ngada, cerewet... 

Tapi, aku tak rasa aku cerewet... aku bukan suka2 tak makan, cuma ada certain item tu memang aku tak suka nak makan or memang tak boleh makan la kan, sebab perut tak leh terima...



Kalu orang cerewet pulak, bagi aku yang macam ni...

"Saya cuma makan roti jenama Gardenia sahaja. selain dari jenama gardenia saya tak akan makan... kalau sos cili pun jenama kimball sahaja, selain dari itu saya tak akan makan...."



Haha! aku seyes ada kenal dengan seseorang macam ni... tapi apapun, dia punya hak untuk menjadi sebegitu. bukan apa, orang cerewet ni bagus, sebab dia pentingkan ketetapan dan kualiti... bak kata ibu aku, 'celici' gitu...

Apa yang aku rasa semua ni, cuma pandangan peribadi aku je... ini apa yang aku fikirkan dan analisakan... aha! aku busan tak de benda nak pk.... (ye la sangat tak de benda nak pk...)

Baru2 ni, Paro terkena alergik protein, dia tak boleh makan apa-apa makanan pun dari sumber protein...
Aku simpati dekat dia, tapi nak buat macam ne, aku kalau seminggu tak kene McD, boleh kene sawan...
Hahaa!! Aku makan McD, dia mana boleh tahan tengok... mestilah hentam sekali... setiap kali dia consume protein je, mula la dia di serang kelompok-kelompok merah atas kulit dia...

walaupun alergik dia tu tak berjangkit dengan aku, tapi aku ada satu paranoia dalam diri sendiri yang aku senang nak dapat 'saka' paro ni...

Hahaha!!!!

Well, apapun, dia baru je sembuh dari penyakit dia ari rabu aritu, 27 Oct 2010...
Tahniahlah kat dia, dia dah boleh makan protein dah...


Dia punya penyakit datang bermusim... Alergik tu dtg tetibe je pun...
Tapi masa hari pertama dia kene alergik, Dr yang rawat dia tu cakap dengan dia,



"You stress ea? tu yang alergik ni..."

aku agak terkejut dengar, ni first time aku dengar orang kena alergik gitu sebab stress... hehe... tambah satu ilmu aku lagi... (kalau Dr tu tak tipu la...)

Apapun, selagi boleh makan, kita harus makan... makan pun ibadah juga...
Orang kata, nak cari pahala senang je, nak cari dosa pun lagi senang... haha... aku terbaca notes facebook member aku ni, aku letakkan keratannya yang menarik perhatian aku... (sebab aku selalu buat...)

Larangan mencela makanan
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

Huhu... jadi, dengan ini aku akan kurang mengomen makanan... kalau tak suka, say no... hehe...
Jangan ikuti amalan syaitonirajim...

credited to i luv islam.com

~zamiy hisana~

Thursday, October 28, 2010

I'm just me.... Wasiat aku...

Dua tiga hari ni...
Ada fius terbakar...
Kat mana????
Kepala aku...

Aku memang ting-tong sikit kot minggu ni, semua aku buat macam tak kena...
Aku sendiri macam tak faham sangat kenapa dengan aku sebenarnya ni...

Aku kena Alzheimer ke apa?
Aku kena jumpa pakar sakit jiwa kot, jiwa aku kacau kot..
Tapi kalau di fikirkan balik, tak de apa pun nak di kacaukan...

Nak kata serabut sebab boyfriend, bila pulak aku ada boyfriend...( tapi aku still hot! Tett...)
Nak kata masalah kewangan... Hurmmm.... biasa2 je la...(Impian aku nak jadi jutawan)
Nak kata masalah kawan2, hurm... so far ok je, not bad... (besela kalau kena bahan sikit2 dgn member...)
Nak kata masalah penghadaman... aku punya perut ni besi pun boleh hadam lagi... (Xleh blah, baru je baik dari food poisoning...)
Nak kata masalah study... (aku tamat belajar jun 2010, noktah!)
Nak kata masalah kerja... orang jerit kat aku, aku jerit kat orang lain pulak... (aku bukak jobstreet tiap hari...)
Nak kata masalah parents... ayah and ibu, kenyang je makan... (ayah cut elaun aku bulan ni... noktah!)

Jadi....

Apa masalah aku sebenarnya.... aku sendiri pun tak tahu...
Aku tak faham kenapa dan apa yang buat aku macam runsing...

Benda ni menjadi-jadi sampai...

Aku malu dengan Paro dan Master (bukan nama sebenar. pertama kali di sebut dalam blog aku ni...)

Beberapa malam yang lalu... (aku da tak ingat)
Aku dan Paro melayan cerita 'Nak balik raya'
Seyes lawak nak mati... cuma ada beberapa part yang bagi aku scary (walaupun aku macam ni, tapi aku penakut...)
Lepas melayan cerita tu, aku pun membutala... esok nak keje, kena la tidokan...
Paro memang senyap je kat sebelah aku, Master last sekali tido...
Lepas tutup lampu tu, dalam keheningan malam yang nak merangkak ke pagi tu,

kedengaran satu suara bak buluh perindu berkumandang~

"Susah betul jaga budak ni..." Mata aku terkebil-kebil mendengar...
Seketika kemudian, kedengaran suara Master,

"Hah... siapa pulak yang cakap tu..." Kemudian aku menjawab dengan tanpa segan silu,

"Eh... aku ke yang cakap?"

Tetttt.......

Pecah perut aku jap, ketawa sebab aku sendiri yang mengigau, beberapa malam sebelum tu aku gelakkan Paro sebab dia pun sama gak kes macam aku... siap ada extension lagi,

"Eh... tercakap pulak... (ingatkan nak cakap dalam hati je...)"

Ni kes yang agak severe gak la melanda aku...

Ada kes lebey severe....

Aku, Paro dan Master keluar meronggeng... (memang tiap malam aku tak duk kat bilik...)
Master yang duduk kat seat belakang En K, roger aku yang sedang berada di seat depan En. K,

"Aku nak 'menyiram' la..." aku pun berhentikan dia di stesen minyak petronas (kat UPM),
beberapa minit kemudian dia selesai menyiram kat dalam toilet, kami pun laju menuju ke McD (tempet feveret)
Aku dan Paro beratur sambil perah otak pk nak makan apa...
Master duk kat kerusi, perati je aku dan Paro yang confius...

Tak lama lepas tu...
Aku pandang Master sambil bersuara...
"Eh, ko nak g toilet kan tadi?
Master terkebil-kebil memandang aku, Paro muka terkejut memandang aku...

Aku....

Malu sendiri sambil berlalu aku bersuara,
"Tak pelah... aku nak g toilet..." senyuman manis aku berikan kepada mereka, yang di balas dengan ketawa yang indah serta di iringi dengan sebaris lirik khas dari Paro untuk aku...

"Orang tua ni kenapa?"

Haha...banyak lagi ekside2 yang menyayat hati berlaku kepada aku yang tak sampai hati untuk aku ceritakan di sini...

Haha! Aku pelupa yang teramat sangat sejak akhir-akhir ni...

Rakan-rakan yang tersayang, seandainya aku benar-benar telah sakit yang kronik gila, iaitu lupa ingatan ke... aku harap anda semua tahu, aku tak pernah ingin melupakan anda semua... (xleh blah...)

 Ni antara kawan2 aku ler... (telah di edit)

Aku banyak sweet2 moment dengan kengkawan semua... mungkin di mata mereka aku kelihatan sedikit unik... (kot la...)
Tapi honest aku meluahkan di sini... aku tak berniat nak menjadi lain dari yang lain...
Aku tak minat nak jadi isolated, tak rasa nak jadi berbeza dari kawan-kawan aku...

Tapi apa yang telah berlaku dan apa-apa yang kita jalani bersama selama ini berlaku dan terjadi tanpa aku sedari! (Haha... seyes...)

Ramai orang kata aku unik and pelik sikit,
Aku tak buat-buat perangai pelik tu... (Natural...)
Aku sedaya habis menjadi normal, mahu menjadi sebahagian dari normal yang dominan ini...
Golongan dominan yang menarik perhatian aku, benda yang biasa itu lebih menarik di mata aku... (tips mengorat aku... haha!)

Kalau ada antara yang kenal dengan aku, dan pernah bertembung muka dengan aku, terperasan perangai aku yang unik tu, silalah jangan menganggap aku ni mengada-ngada... serious, aku memang gitu, seperti yang korang nampak...

Pape pun, aku rindukan zaman belajar aku... (yang baru berlalu beberapa bulan yang lalu...)
Terlalu banyak moment yang sweet, dengan member aku semua...
Aku tak mahu melupakan segala memori tu...
Aku tak melupakan semua yang aku pernah kenal...

Aku mungkin kurang menyayangi orang (hati kering skit...)
Tapi... percayalah, setiap apa yang korang buat, aku sentiasa perhatikan...(bukan stalker... ok...)
Walaupun aku lupa, tapi aku memang perhatikan, tak kiralah aku dan kau hanya bercakap sebaris dua je sesama sendiri sepanjang dan selama ini...

Aku tak mahu melupakannya...
Dan paling penting...
Aku tak mahu melupakan dia ni....

Dia... Jjing jjing....

Yesterday, now and forever... aku mahu mengingatimu... dan sentiasa...

Dia orang pertama yang kenal 90% diri aku...
Bagi aku... ini satu keajaiban... ada juga orang kenal aku 'sekenal' ini...
bukan setakat kenal, tapi dia faham, dan dia mampu baca hampir seluruh pemikiran dan tindakan aku...
Aku serius sangat terkejut!
Dia biasa-biasa je kat manusia lain, tapi dia ada tittle istimewa kat dalam hati aku...
'My best Chum ever!' ni tittle yang dia sandang...

Tapi, kawan2 aku yang lain pun ok je, tapi, rata-rata statistik kat malaysia atau statistik berkawan ni, cuma 50% je kawan nak kenali dan fahami diri kita... (ni analisis dan eksperimen aku sendiri... tiada kene mengena dengan orang lain, ok...)

Apapun... inilah diriku, yang aku telah dedicated kan kepada ibu and ayah aku, and untuk diri aku sendiri, and future husband (kalau kahwin), untuk kengkawan and yang pastinya dan utamanya... untuk Dia... (Yang Maha Agung)...

~zamiy hisana~

Thursday, October 21, 2010

Ayah dan Ibu... permulaan kami...

Hari ni...
Hati dan perasaan aku agak down sikit...
Entah kenapa aku asyik teringat ayah dan ibu aku...
Sayu je rasa hati aku...
Persaan yang tak dapat nak di klasifikasikan...
Mungkin juga sebab aku mungkir janji dengan ayah, yang memang excited nk tunggu aku balik minggu ni...

Aku mesti balik juga...
Sebab, dia ayik cakap pasal gambar studio yang kami bertiga ambil masa sabtu lepas...
Aku sendiri tak tahu, berapa kali dia tatap gambar tu sejak dia ambil gambar tu dari kedai Fuji tu...

Ibu aku keje, tinggal ayah kat rumah...
Sorang-sorang...
Dia tak boleh nak jalan sangat, kaki dia baru nak baik..
Dia accident motor lepas beberapa hari abang aku meninggal...

Sedih sangat tengok ayah menangis masa abang aku meninggal...
Tapi nak buat macam mana... dah sampai masanya...

Aku tetibe jadi rindu sangat kat parents aku yang jauh di mata ni...
Aku faham,
Diaorang dah tak de siapa melainkan aku dan adik aku...
Tapi adik aku tu memang tak boleh nak berharap dah...
Tahu nak menggatal je... (ambik kau!)

Ayah telefon aku petang semalam... (aku lupe diri time tu...)
Tapi aku tak cakap panjang dengan dia.
Aku kata aku nak telefon balik, tapi sampai ke sudah aku tak call...
Adui... aku rasa diri jadi anak tak guna pulak...
bukan sekali ni je, setiap kali dia call pun aku akan cakap benda yang sama...

"Nanti An call ayah balik..."

Ni je la modal aku...

Tapi....

Apapun, ayah dan ibu tetap ranking yang pertama dalam hati aku...
Tanpa mereka, aku bukan aku... dan aku tak mungkin kenal dunia ini seperti ini...

Aku teringat semula semasa hari kovokesyen aku baru-baru ni... (aku baru je konvo, 12 Oktober aritu...)
Ayah dan ibu aku bersemangat sangat datang...
Serius aku cakap... aku tahu ayah sangat-sangatlah bangga sebab aku masuk U..
Ke mana dia pergi, kalau orang tanya pasal anak dia, dia jawab,

"Anak perempuan saya ni, di UPM... dia amik sains pemakanan..." (walaupun pada hakikatnya aku amik food sains dan teknologi...)

"Dia duk sana 4 tahun... dulu dia masuk matrikulasi..."

Ibu aku pulak, dia jarang sikit nak cerita kat orang pasal akademik aku... dia selalu cerita pasal peribadi aku...
Aku bukannya baik sangat, dia pun selalu cakap aku pemalas...
Tapi... dalam diam-diam... dia sebenarnya gembira bila ada seorang bekas bos aku, (bos aku masa aku keje sementara nk tunggu panggilan U) puji pasal peribadi aku depan kawan2 dia...
kata bos aku tu,

"Hisana (bukan nama aku yang sebenar) tu, anak yang baik..." (kembang kejap aku...)
Ibu aku sangat bangga dengan kata-kata bos aku tu, (dia eksyen depan kawan2 dia lagi), sampai ke hari ni dia asyik je cerita pasal benda tu...

Aku serius cakap, aku tak pandai nak kemas-kemas rumah bagai ni, tak pandai nak masak-masak ni, tak berapa reti aku nak buat keje2 rutin seorang perempuan... tapi... ibu aku tetap... menerima aku seadanya...
(walaupun dulu ibu tak suka dan tak pernah bagi aku buat apa-apa keje kat rumah)

Kadang-kadang aku rajin sangat-sangat marah dan merajuk dengan ibu.. (mengada-ngada sebab anak tunggal perempuan...)
Tapi... sekalipun ibu tak pernah ambil hati...

Ayah tak pernah merungut kalau aku mungkir janji...
Ibu tak pernah marah kalau aku mengada-ngada...

Ayah dan ibu.... terbaik dari Allah yang pernah aku terima...
Anugerah yang tak ada galang gantinya...

Menitis air mata aku masa wakil graduan sesi ke-8, sidang ke-2 (tak ingat nama dia), tu bagi ucapan yang kredit kepada ibu dan ayah tu..
Dia menyanyi lagu ayah dan ibu masa time bagi ucapan...
mendayu betul suara dia... (tak la sedap mana pun...)
sambil dia menyanyi, hidung aku pun sama sakit tahan nangis...
tapi, akhirnya tewas gak...

"Ayah dan ibu...
itulah... permulaan kami...
Dapatlah melihat bulan dan matahari...
Ahai...
Yang Dikurniakan dari Ilahi..."

Si bukit (bukan nama sebenar) yang duk sebelah aku ni duk cakap,
"Aiyaaa... jangan nangis la..." tak leh blah... dulu musuh ketat aku dia ni...

Ayah aku tak leh nak jalan sangat, baru je baik, tongkat la teman sejati dia masa kini...
Tapi dia still nak datang dan rasa sangat gembira bila nama aku kene panggil masa kat dalam dewan...

 Gambo peveret bapa aku...

Apa yang aku dapat pada hari ini adalah kerana jasa mereka...
Titik peluh dan susah payah ibu dan ayah...
Aku bukan anak orang senang,
Aku rasai sama keperitan mencari ilmu ni,
Tapi sepanjang perjalanan ini, aku tidak susah bersendirian...
Aku susah bersama dengan ibu dan ayah..
Malah mereka lagi bersusah payah dari aku...

 Hadiah dari ibu...

Mana dan apa yang mampu aku berikan sebagai balasan?
Mereka tidak pernah meminta balasan...
Hanya meminta secebis senyuman, hanya mahu mendengar suara aku...
Ni bukan citer drama, tapi inilah yang ayah aku minta,

"Ayah cuma nak tengok An ketawa dan senyum..." inilah balasan yang dia nak dari aku...

Aku tak tahu orang lain punya perasaan, tapi sebagai anak... luluh hati aku mendengar...

Ayah dan ibu,
apa yang aku dapat dan kecapi hari ini, aku dedicate untuk anda berdua...
Aku buat semua ini kerana ibu dan ayah...

Untukmu ayah dan ibu....

Semuanya...
Seluruh hidup ini aku hadiahkan untukmu, ibu dan ayah...
Andainya dalam masa terdekat ini,
Allah mentakdirkan perpisahan antara kita,
Jujur aku katakan, diri ini masih belum bersedia menerima kehilangan anda...
Moga Allah memberi kita sedikit lagi ruang dan masa untuk bersama,
dan ditakdirkan berpisah satu masa nanti akan ku doa bertemu di akhirat kelak...

Ayah dan ibu yang amat-amat aku cintai...

~zamiy hisana~

Wednesday, October 20, 2010

Surat dari seorang wanita untuk FUTURE HUSBAND... haha!

Aku terbaca notes facebook sorang member aku ni, baru je malam tadi jumpe dia... tengok wayang sama2 kat GSC ALAMANDA. citer Ryan Reynolds, Buried.. kes buried ni aku story next session, for now aku siarkan notes yang menarik perhatian aku ni... dari dia... haha...

Repost....

Surat daripada seorang wanita kepada future HUSBAND….
Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling!  Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau.  Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.
Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).
 Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.
Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^


-Kredit to Izzati...

Monday, October 18, 2010

Dia dalam mata kaca aku... Hari pertama...

Dia...
Tanggal 7 October 2010, Khamis...
Aku Tak dapat tidur nyenyak, malam tadi...
Sebab dia tengah naik train, on the way ke KL...
Kehadiran dia ni, memang aku tunggu pun...
Pagi2, aku bangun solat dan bersihkan diri mana patut...
Dia mesej katanya dah nak sampai...
Aku Start enjin motor...
Tanpa aku sedari, ada segaris senyuman tersembunyi di bibir aku.. (yang ada orang kata macam Angelina Jolie???)
Aku memang happy...
Aku nampak dia dari jauh...
Walaupun dekat 6 bulan tak jumpe, dia still maintain...
Macam dulu gak... Hehe...
Aku pas amik dia, terus balik bilik dan segera bersiap, naik bas naki g Raptai Konvo...
Memang rindu sangat...
Lama tak naik bas dengan dia...
Masa final year dulu dia bawa kete jadi mestilah selalu naik kete kalau kuar dengan dia..



Leka sangat... Lagha dengan dia sehari ni...
Aku memang rindu gilerrrr suasana ni, semua kawan2 aku macam kene rasuk main game kat sana...

member2ku y mabuk game...

kelekaan ya melampau...

Aku dengan dia memang banyak habiskan masa snap gambor orang lain je...
Walaupun letih, tapi aku puas hati dapat jumpa dia hari ni.. setelah sekian lama aku menanti dan menghitung hari...
Malam pula, aku dia dan beberapa orang lain pergi makan bersama kt VV... tempat feveret Paro...
Aku tak dpt ckp banyak sangat dengan dia, sebab dia jauh...
Tapi tak pe, yang penting dalam hati kami, tuhan yang tahu bertapa bahgaianya saat ni,
dapat bersama dengan rakan2 yang lain...
Yang penting aku da lama tak makan sama dengan dia...
Aku rindu... Dia...