Pages

My sweet Surrender

Thursday, October 28, 2010

I'm just me.... Wasiat aku...

Dua tiga hari ni...
Ada fius terbakar...
Kat mana????
Kepala aku...

Aku memang ting-tong sikit kot minggu ni, semua aku buat macam tak kena...
Aku sendiri macam tak faham sangat kenapa dengan aku sebenarnya ni...

Aku kena Alzheimer ke apa?
Aku kena jumpa pakar sakit jiwa kot, jiwa aku kacau kot..
Tapi kalau di fikirkan balik, tak de apa pun nak di kacaukan...

Nak kata serabut sebab boyfriend, bila pulak aku ada boyfriend...( tapi aku still hot! Tett...)
Nak kata masalah kewangan... Hurmmm.... biasa2 je la...(Impian aku nak jadi jutawan)
Nak kata masalah kawan2, hurm... so far ok je, not bad... (besela kalau kena bahan sikit2 dgn member...)
Nak kata masalah penghadaman... aku punya perut ni besi pun boleh hadam lagi... (Xleh blah, baru je baik dari food poisoning...)
Nak kata masalah study... (aku tamat belajar jun 2010, noktah!)
Nak kata masalah kerja... orang jerit kat aku, aku jerit kat orang lain pulak... (aku bukak jobstreet tiap hari...)
Nak kata masalah parents... ayah and ibu, kenyang je makan... (ayah cut elaun aku bulan ni... noktah!)

Jadi....

Apa masalah aku sebenarnya.... aku sendiri pun tak tahu...
Aku tak faham kenapa dan apa yang buat aku macam runsing...

Benda ni menjadi-jadi sampai...

Aku malu dengan Paro dan Master (bukan nama sebenar. pertama kali di sebut dalam blog aku ni...)

Beberapa malam yang lalu... (aku da tak ingat)
Aku dan Paro melayan cerita 'Nak balik raya'
Seyes lawak nak mati... cuma ada beberapa part yang bagi aku scary (walaupun aku macam ni, tapi aku penakut...)
Lepas melayan cerita tu, aku pun membutala... esok nak keje, kena la tidokan...
Paro memang senyap je kat sebelah aku, Master last sekali tido...
Lepas tutup lampu tu, dalam keheningan malam yang nak merangkak ke pagi tu,

kedengaran satu suara bak buluh perindu berkumandang~

"Susah betul jaga budak ni..." Mata aku terkebil-kebil mendengar...
Seketika kemudian, kedengaran suara Master,

"Hah... siapa pulak yang cakap tu..." Kemudian aku menjawab dengan tanpa segan silu,

"Eh... aku ke yang cakap?"

Tetttt.......

Pecah perut aku jap, ketawa sebab aku sendiri yang mengigau, beberapa malam sebelum tu aku gelakkan Paro sebab dia pun sama gak kes macam aku... siap ada extension lagi,

"Eh... tercakap pulak... (ingatkan nak cakap dalam hati je...)"

Ni kes yang agak severe gak la melanda aku...

Ada kes lebey severe....

Aku, Paro dan Master keluar meronggeng... (memang tiap malam aku tak duk kat bilik...)
Master yang duduk kat seat belakang En K, roger aku yang sedang berada di seat depan En. K,

"Aku nak 'menyiram' la..." aku pun berhentikan dia di stesen minyak petronas (kat UPM),
beberapa minit kemudian dia selesai menyiram kat dalam toilet, kami pun laju menuju ke McD (tempet feveret)
Aku dan Paro beratur sambil perah otak pk nak makan apa...
Master duk kat kerusi, perati je aku dan Paro yang confius...

Tak lama lepas tu...
Aku pandang Master sambil bersuara...
"Eh, ko nak g toilet kan tadi?
Master terkebil-kebil memandang aku, Paro muka terkejut memandang aku...

Aku....

Malu sendiri sambil berlalu aku bersuara,
"Tak pelah... aku nak g toilet..." senyuman manis aku berikan kepada mereka, yang di balas dengan ketawa yang indah serta di iringi dengan sebaris lirik khas dari Paro untuk aku...

"Orang tua ni kenapa?"

Haha...banyak lagi ekside2 yang menyayat hati berlaku kepada aku yang tak sampai hati untuk aku ceritakan di sini...

Haha! Aku pelupa yang teramat sangat sejak akhir-akhir ni...

Rakan-rakan yang tersayang, seandainya aku benar-benar telah sakit yang kronik gila, iaitu lupa ingatan ke... aku harap anda semua tahu, aku tak pernah ingin melupakan anda semua... (xleh blah...)

 Ni antara kawan2 aku ler... (telah di edit)

Aku banyak sweet2 moment dengan kengkawan semua... mungkin di mata mereka aku kelihatan sedikit unik... (kot la...)
Tapi honest aku meluahkan di sini... aku tak berniat nak menjadi lain dari yang lain...
Aku tak minat nak jadi isolated, tak rasa nak jadi berbeza dari kawan-kawan aku...

Tapi apa yang telah berlaku dan apa-apa yang kita jalani bersama selama ini berlaku dan terjadi tanpa aku sedari! (Haha... seyes...)

Ramai orang kata aku unik and pelik sikit,
Aku tak buat-buat perangai pelik tu... (Natural...)
Aku sedaya habis menjadi normal, mahu menjadi sebahagian dari normal yang dominan ini...
Golongan dominan yang menarik perhatian aku, benda yang biasa itu lebih menarik di mata aku... (tips mengorat aku... haha!)

Kalau ada antara yang kenal dengan aku, dan pernah bertembung muka dengan aku, terperasan perangai aku yang unik tu, silalah jangan menganggap aku ni mengada-ngada... serious, aku memang gitu, seperti yang korang nampak...

Pape pun, aku rindukan zaman belajar aku... (yang baru berlalu beberapa bulan yang lalu...)
Terlalu banyak moment yang sweet, dengan member aku semua...
Aku tak mahu melupakan segala memori tu...
Aku tak melupakan semua yang aku pernah kenal...

Aku mungkin kurang menyayangi orang (hati kering skit...)
Tapi... percayalah, setiap apa yang korang buat, aku sentiasa perhatikan...(bukan stalker... ok...)
Walaupun aku lupa, tapi aku memang perhatikan, tak kiralah aku dan kau hanya bercakap sebaris dua je sesama sendiri sepanjang dan selama ini...

Aku tak mahu melupakannya...
Dan paling penting...
Aku tak mahu melupakan dia ni....

Dia... Jjing jjing....

Yesterday, now and forever... aku mahu mengingatimu... dan sentiasa...

Dia orang pertama yang kenal 90% diri aku...
Bagi aku... ini satu keajaiban... ada juga orang kenal aku 'sekenal' ini...
bukan setakat kenal, tapi dia faham, dan dia mampu baca hampir seluruh pemikiran dan tindakan aku...
Aku serius sangat terkejut!
Dia biasa-biasa je kat manusia lain, tapi dia ada tittle istimewa kat dalam hati aku...
'My best Chum ever!' ni tittle yang dia sandang...

Tapi, kawan2 aku yang lain pun ok je, tapi, rata-rata statistik kat malaysia atau statistik berkawan ni, cuma 50% je kawan nak kenali dan fahami diri kita... (ni analisis dan eksperimen aku sendiri... tiada kene mengena dengan orang lain, ok...)

Apapun... inilah diriku, yang aku telah dedicated kan kepada ibu and ayah aku, and untuk diri aku sendiri, and future husband (kalau kahwin), untuk kengkawan and yang pastinya dan utamanya... untuk Dia... (Yang Maha Agung)...

~zamiy hisana~

3 comments:

Che Cha said...

hahaha gempakkk MASTERSS... taiko maaaa ! =p

hehe ko nie awat ? pelupa? busy sangat ek . kekadang byk benda pk pon leh jadi lupa. cam aku dulu pon sama gak. lupaaa. ni pon lupa2 gak, letak barang kekadang x jmpe. =D

The Poyo Me said...

pelupa dan bercakap dalam tiod tu actually tanda2 stress. macam naik alergi jugak la.
you stress tak?

Apa salahnya jadi lain.
Auz yang di atas ni, termasuk aku sekali,
kita sama2 'unconventional' dari cara kita sendiri.

nak jugak jadi normal, kadang2 aku fikir.
tapi aku rasa aku akan tenggelam dalam ke 6 billion manusia dalam dunia ni.

ye la aku tak lawa sangat, tak pandai sangat, tak kaya sangat, so apa yang aku ada ialah sifat unpredictable and impulsif inilah. heheheh

p.s. Aku nak nickname Masters jugak.

Che Cha said...

hahaha ko Cik Masters la kiranye zati.

tapi kan zati, kite ni normal je. cuma mungkin perangai kot? naturally da camtu. bukan dibuat2 kan. cewaaah impulsif xleh blah ayat!!! hehehe =p

janji kawan2 ikhlas terima n kawan ngan kite. bagi aku tu pon cukup kalo kawan aku tu suke dan senang kawan ngan aku. maapla kalo aku de tersakit kan hati ..takot gak sbb aku cakap kekadang tak sedar adakah benda tu sesuai atau tak! payah jadi direct sangat, sampai satu tahap tatau mana satu patut direct or not.

(ceh ni masok tajuk blog laen dah ) hehe