Pages

My sweet Surrender

Tuesday, September 29, 2009

Waktu duka...

Aku rasa macam nak terkeluar biji mata baca nota MGM ni... Jumaat ni ada test2... aduhai, aku tak puas cuti raya... Wuuuu... nak nangis tuol tgk kolej... sedey...
Hujung minggu ni, bz giler, nak g open house rumah mak cik primadona kat melaka, pastu ada lak invitation dari member open house sabtu gak... ada test report writing gak sabtu ni... apa cer... matilah aku gini...
ni lah dia... sengsara budak fud tech...

Thursday, September 24, 2009

Aku buntu...

 Rasa macam dah tak nak balik ke kolej dah...
Aku dah dapat bayangkan bertapa berlambaknya kerja yang menanti... Mampukah aku siapkan keje2 aku dengan suasana happy di kolej tu... aduhai... mampukah? duk rumah mestilah aku tak buat kerja aku...
memandangkan aku ni 'kaki korea', so aku mestilah habiskan sepenuhnya masa aku depan laptop, tengok video2 yang best...
hahaha... aku baru pas melayan beberapa episod family outing rancangan reality show korea yang aku rasa sesuai untuk di tonton oleh berbagai alpisan masyarakat... hukhukhuk... episod yang paling best bagi aku masa TOP jadi guest... lawak seh... tapi overall bagus gak program ni... banyak pengetahuan boleh dapat... macam EHB super junior gak...

Raya...

Hari ni dah hari ke-5 raya...
Boleh tahan gak raya tahun ni, ramai gak la sedara yang aku jumpa tahun ni...
Lawak betul bile aku ingat balik macam ne ayah aku punya gelagat malas nak layan bebudak datang raya kat rumah...
Hahaha... cian lak bebudak tu, dorang datang nak beraya, tapi sebabkan ayah aku tgh bizi masa tu lagipun baru pas perang dengan mak aku pasal kucing, dia dah tak de mood nak melayan orang datang raya kat rumah... dia buat tak tahu je dgn bebudak yang bediri kat depan pintu gate rumah aku tu... lama gak lak bebudak tu menjerit depan pintu gate tu... sampaikan bebudak tu dah geram, dia goncangnya pintu gate besi tu, ayah aku pun makin marah la... dia pandang je bebudak tu, tapi tak cakap apape pun... haha... raya... oh raya....

Friday, September 18, 2009

...YUNA....

Hari ni aku melayan sumer lagu2 Yuna yang ada dalam koleksi aku...
Barulah sekarang, aku fhm nape aku suka lagu2 Yuna ni...
Lagu dia memang kena gak la dgn jiwa raga aku ni..
aku mmg suka giler la lagu dia, especially lagu Greek Goddess...

"And I'm just me,
I'm a freak,
I'm just a 5'6' chick in my ugly shoes on
and I don't know how stilletto looks like"

"And I'm just me
I'm nobody
And my name is not of any Greek goddess
No one cares if I'm not here..."

"I'm just me
Ordinary,
Cause this just the way I am
My boyfriend loves me for
It's okay that i'm nothing special
I'm just me
Let it be,
If it's the world is full of
people just like you,
Then I'll end up special after all."

Thursday, September 17, 2009

BMW Vision


Pergh!!! canggih meh! macam transformer!

Aku seorang Zamri

-15 September 2009-


7.03am,
Hujan lebat giler kat luar. Aku pandang kiri, primadona kat sebelah katil aku ni nyenyak pas ngadap lap top dia yang berjenama Acer (model apa ntah). Sebelah jiran katil aku yang belah kanan tu pun, senyap je, lampu meja pun padam dah… tandanya… aku tinggal sorang je lagi tengah mengenangkan hujan yang sedang turun.

7.25am
Aku pakai stocking hitam yang aku baru basuh semalam (dah kering sebab semalam petang panas). Aku ngadap balik buku keusahawanan karya Dr. Mohani Abdul , et al. Huhu… tak tau la apa yang aku tengok lagi kat dalam tu..

7.35am,
“Hujan…”…
“Aku harap esok pagi hujan gak…” Paro (Bukan nama sebenar) buat aku nk ketawa besar, tetiba aku rasa hidup jap, bile menegenangkan mulut Paro biasanya masin… indahnya esok pagi hujan, aku punya kelas esok start pukul 2.00petang. Bizinya hidup aku sejak akhir2 ni…

8.04am,
Aduhai… aku dah ngafal dah ni semalam, macam ne aku rasa konfius lak ni… rasa macam ‘nak’ macam2 lak time2 gini… rugilak aku tak telan buku keusahawanan tu tadi, at least ingat gak lak rasa dakwat tertulis nota tu…

9.45am,
Bahagianya aku, tengok facebook aku ceria dengan komen and aktiviti2 member yang di kenali dan yang tak di kenali ni… Lepak lah Zam… tadi tu baru test 2 je… huhu, ada macam gaya amek final lak…

2.00pm,
Zamri… jomla g solat kat library…” Aku angguk je kepala. Bawang putih (Bukan nama sebenar) ajak aku g library. Paro balik kolej. Paro panggil aku and Bawang putih, kongkang… aduhai, seb bek bawang putih sempat jawab kat Paro tadi,
“Alah… ko jelesla la tu… setakat bayam je…” dalam ayat ni, aku kuarkan ianya jadi persamaan matematik,

Paro = bayam

5.00pm,
Zamri… sempat lagi ni nak g lab com…” Aku memang laju je bab-bab nak g lab computer ni, boleh aku mencuci minda jap…

6.00pm,
Zamri... ko ikut belakang aku, kalo tak kang ko kena tinggal, tak dapat naek kang…!” aku jawab,
“Takpe… bim bim ada kat belakang, tipah mesyuarat tak balik lagi…” Haha… aku kecut gak sebenarnya kalu kena tinggal bas ni, kang kul bape lak aku nak sampai kat kolej… bas kolej 14 ni kalu time2 gini tak pernah yang kosong…

12.00pm,
Sebelum aku lelap mata, ligat gak otak aku pk, may be nama zamri tu suit gak dengan aku, walaupun tersangatlah pelik… masa sekolah dulu, pantang betul datuk nenek aku, orang panggil aku zamri… tapi sepanjang arini, bile bawang putih panggil aku zamri, aku memanjang jawab,

“Ya…”

Memberku dengan MP3 lelong

Huhu… best juga ea boleh beli bebenda memahal dengan harga yang murah tak terkata ni… aku pun dah tak ingat sangat tarikh sebenar kejadian ni berlaku tapi adalam area bulan pose ni gak lah... adalah sorang member yang boleh di katakana click aku gak la, dia kini bergelar ‘online shopper’. Rajin gak lah tipah ni gi tgk2 brg online and pastu roger2 kat member yang berminat. Memang aku sendiri pun tak sangka rupanya ramai gak member aku yang laen (member sama course), yang ‘online shopper’… sebenarnya baru convert jadi ‘online shopper’ lepas dipromo oleh si Tipah ni. Petang tu pas habis class Dr.Azizah Osman (AO), subject Kualiti Manangement, kitorang bergerombolan keluar dari dktm 2 kat food 4, dgr lah Tipah duk sibuk cite dgn Minah yang dia beat MP3 harga RM1. Aku pun excited giler dgr Tipah ni gi Beat MP3 tu, dia budget harga MP3 tu may b akan up sampai RM10 – RM40 gitu… Lepak la, Tipah bukannya heran sangat pun benda tu, tp dia boleh meniaga benda tu kat tmpat ‘laen’. Huhu… ni rahsia Tipah yang aku kena simpan. Pas beat harga gitu, boleh make up sket harga dia, untung si Tipah, lepas gak duit minyak keta dia…


Beberapa hari kemudian… (aku dah tak ingat bape ari kemudian), aku tiba2 teringat pasal MP3 yang dia beat, dengan sorang lagi member aku yang merangkap click aku gak ni, paro (nama samaran), yang juga turut merangkap rakan sebilik si Tipah ni, apa khabarnya MP3 lelong yang berharga RM1 pada beberapa hari sebelumnya. Dengan senyuman semanis bayam, dia menuturkan,

“Kau Tanya tuan beat tu…” kebetulan Tipah ada kat situ, aku pun tanyalah dia. Dia jawab dengan speed thap Max,

“Malas lah aku, MP3 tu dah jadi harga seratus lebey dah…”

Blogku...

Haha... disinilah tempat aku melatih jari jemariku untuk menekan mata keyboard dgn pantas supaya aku boleh masuk dan menang pertandingan jari pantas menaip yang mungkin di anjurkan antara rakan-rakan ku satu hari nanti... selain dari itu kemahiran berfikir semulajadi aku pun akan bertambah mantap dan mungkin membolehkan aku mendapat4 flat dalam ujian kemahiran berfikir nanti...
oleh yang demikian, aku yakin, ramai kenalan aku akan melintasi blog ini dan secara obvious semula jadinya korang pasti dapat recognize sape aku dalam masa tidak kurang dari 6 saat... kenapa 6 saat? sebab aku suka nombor 6... hahaha...
beberapa hari lagi hari raya... masa yang aku rasa agak best and tenang sebab dapat tgk muka mak bapak aku tak sabar2 nak tunggu aku mengaku pape dosa yang aku buat and rahsiakan dari dorang... hahaha...
tapi whatever pun, ibu along tak pernah rahsia pape pun dgn ibu... kalu2 lah ibu terjumpa blog along ni pun ibu mesti rasa, "ini memang anak aku..." huhu...
post pertama aku kat sini memang dah menunjukkan thread2 pas ni yang bakal di post kat sini...
aku nak isi pape je yang aku rasa macam boleh isi kat sini... inilah blogku...

papepun apa yang aku nk bagi masa permulaan ni tak delah banyak sangat, benda2 bosan je...

10 things i like...
-pink stuff
-anime
-korean boy (Dong Hae, Chan sung, Dong Woon)
-Indie songs
-Casual and cool
-Hanging out with friends
-Kitten
-Rainy Day
-Sweets
-Hwang Mario

10 things i'm not prefer...
-wayang
-sms
-hanging on phone with someone i love
-dating
-medicine
-blue
-starngers
-neo angelique abyss
-Nescafe and milk tea
-crying

10 things i'm totally hate...
-BUGS
-Ghost Stuff
-Thriller movie ~Saw 1, 2, 3 on going...
-syringe
-dentist
-lier
-Hwang Mario gone
-Garlic
-Onion
-Lost precious stuffs