Pages

My sweet Surrender

Thursday, September 17, 2009

Aku seorang Zamri

-15 September 2009-


7.03am,
Hujan lebat giler kat luar. Aku pandang kiri, primadona kat sebelah katil aku ni nyenyak pas ngadap lap top dia yang berjenama Acer (model apa ntah). Sebelah jiran katil aku yang belah kanan tu pun, senyap je, lampu meja pun padam dah… tandanya… aku tinggal sorang je lagi tengah mengenangkan hujan yang sedang turun.

7.25am
Aku pakai stocking hitam yang aku baru basuh semalam (dah kering sebab semalam petang panas). Aku ngadap balik buku keusahawanan karya Dr. Mohani Abdul , et al. Huhu… tak tau la apa yang aku tengok lagi kat dalam tu..

7.35am,
“Hujan…”…
“Aku harap esok pagi hujan gak…” Paro (Bukan nama sebenar) buat aku nk ketawa besar, tetiba aku rasa hidup jap, bile menegenangkan mulut Paro biasanya masin… indahnya esok pagi hujan, aku punya kelas esok start pukul 2.00petang. Bizinya hidup aku sejak akhir2 ni…

8.04am,
Aduhai… aku dah ngafal dah ni semalam, macam ne aku rasa konfius lak ni… rasa macam ‘nak’ macam2 lak time2 gini… rugilak aku tak telan buku keusahawanan tu tadi, at least ingat gak lak rasa dakwat tertulis nota tu…

9.45am,
Bahagianya aku, tengok facebook aku ceria dengan komen and aktiviti2 member yang di kenali dan yang tak di kenali ni… Lepak lah Zam… tadi tu baru test 2 je… huhu, ada macam gaya amek final lak…

2.00pm,
Zamri… jomla g solat kat library…” Aku angguk je kepala. Bawang putih (Bukan nama sebenar) ajak aku g library. Paro balik kolej. Paro panggil aku and Bawang putih, kongkang… aduhai, seb bek bawang putih sempat jawab kat Paro tadi,
“Alah… ko jelesla la tu… setakat bayam je…” dalam ayat ni, aku kuarkan ianya jadi persamaan matematik,

Paro = bayam

5.00pm,
Zamri… sempat lagi ni nak g lab com…” Aku memang laju je bab-bab nak g lab computer ni, boleh aku mencuci minda jap…

6.00pm,
Zamri... ko ikut belakang aku, kalo tak kang ko kena tinggal, tak dapat naek kang…!” aku jawab,
“Takpe… bim bim ada kat belakang, tipah mesyuarat tak balik lagi…” Haha… aku kecut gak sebenarnya kalu kena tinggal bas ni, kang kul bape lak aku nak sampai kat kolej… bas kolej 14 ni kalu time2 gini tak pernah yang kosong…

12.00pm,
Sebelum aku lelap mata, ligat gak otak aku pk, may be nama zamri tu suit gak dengan aku, walaupun tersangatlah pelik… masa sekolah dulu, pantang betul datuk nenek aku, orang panggil aku zamri… tapi sepanjang arini, bile bawang putih panggil aku zamri, aku memanjang jawab,

“Ya…”

2 comments:

Che Cha said...

motif cite ni ape weh ? dari pagi ke petang dok membebel mana objective cite? =p kehkehkehh

Hisana said...

objektifnya... aku seorang zamri, dan kehidupan yang aku lalui sebagai seorang zamri y tak de bezanya dengan zamriah... huhu..