Pages

My sweet Surrender

Monday, December 28, 2009

Hari ini Dalam Sejarah Part 3

Tak terkawal sungguh emosi aku, aphal si penjejak awan favourite aku jatuh kat tebing ni...
ni yang aku rasa pening nk muntah ni...
siap satu movie, masa nk main 'berbelanja tingkap' plak..
kami mmg tak pernah miss masuk kedai keramat neh, kalau tak masuk balik nanti memg termimpi2. masuk kat sana, barulah tenang perasaan... kedai apa? hurm... sendiri rasa-rasa teka lah...
lama gak lah kat kedai tu... tgk sini, tgk sana... memg kedai ni berjaya distract 'aku n dia' dari benda lain... canggih tak kedai ajaib ni?

Cuci mata, habiskan masa bersama, membebel tak berhenti... huhu... seronok sangat, lapang rasanya hati aku, tenang...

Aku rasa masa sekejap sangt, aku tak sanggup nak kata bye kat kesayangan aku yang sorang ni... jjing jjing...
akhirnya...aku buat keputusan drastik,
"Hello, ayah... an tido UPM malam ni, srat khabar METRO yang ayah pesan tu, esok pagi an bawa blik k..."

banyak betul tanduk kat kepala dah keluar ni... hahaha!!!
jjing jjing muka berseri duk tunjuk aku station feveret dia, sambil pegang 'benda' yang 4 RM10 tu, dia senyum lebar kat aku, aku pantas jawab,
"Jjing jjing, ko nk share 'tut-tut-tut-tut-' dgn aku ke?" tersipu ayam dia degr aku cakp direct gitu.... perkataan itu perlu di censored demi menjaga keselamatan dan imej kedua-dua belah pihak (pasta and jjing jjing)
lama gak lah, jjing jjing nak dapat balik kekuatan selepas terkena satu 'strike' dari mulut aku yang mmg tak de road block ni, melutu je perkataan censored tu kuar...

.....to be continued...

Thursday, December 24, 2009

Disni aku menulis: Jangan lupa janji kita pada Pasta and Jjing jjing...


Di sini aku menulis…
Walaupun kite selalunya bertentangan kesukaan, tapi kite sentiasa ada persamaan pendapat. Aku pun dah tak berapa ingat dah apa-apa memori yang kite penah cipta bersama sebab terlampau banyak dan semuanya indah2 berlaka…
Allah telah mentakdirkan setiap manusia itu akan ada mereka punya jalan cerita hidup masing-masing… jalan cerita hidup kite mungkin tak sama tapi apa yang kite lalui setiap saat semasa kite bersama, adalah serupa. Kalau aku dan kau tulis kat dalam diari pun, aktiviti harian kite, lebih kurang 98% sama.
Kalau kau amik exam kat fakulti (kecuali minor subjek) susah, aku pun rasa susah. Kalau kau kena air hujan masa time hujan balik kelas, dah tentu aku pun akan kena, dah kata sama course. Kalau kau rasa panas giler duduk dalam bilik tu, dah confirm aku pun rasa panas gak, memang dah roommate pun… apa yang kadang-kadang tak sama Cuma apa yang kite makan je untuk seharian tu. Dan apa yang jarang sama adalah baju yang kite pakai, fesyen kite, style kite and kasut lah…
kadang-kadang tentu kite rasa tak puas hati satu sama lain, sebab kite sama-sama pun manusia, kite ada fikiran sendiri, perasaan sendiri, emosi sendiri dan juga masalah sendiri yang Cuma kite dengan tuhan je yang tahu, ini yang membezakan kite. Tapi setakat benda-benda ni yang buat kite Nampak tak rapat, lawaklah tu…

aku tahu, aku yakin, kau juga telah mencuba sehabis baik untuk mengekalkan momentum persahabatan kite, seperti mana aku juga sehabis baik memelihara apa yang mengikat kite. Pertalian yang mungkin orang lain takkan faham, mungkin juga kite sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang mengikat kite. Kalau kite dengan kawan lain pun, kadang-kadang ada je yang sama, ada je yang serupa, dan ada je yang memang ‘kaw tim’ punya, tapi tu lah… aku pun tak tahu apa yang buat aku rasa tertarik bersama dengan kau. Kite sama-sama ketawa, ada juga kite sama-sama nangis, ada masa kite sama-sama lapar (sebab malas nak turun CafĂ©)… tapi kenyataannya kau yang selalu tolong aku, fahami aku, teman aku, ketawakan aku (tak kisah pun), dan yang paling penting sekali…. Kau  rindu aku dan sayang aku… aku selalu ingat kau, dan aku sayang sangat kat kau… kau dah macam ‘keluarga’ dalam hati aku, of course you get the best room in my heart! 
Dah memang pun kau mak aku. Masa aku paling-paling memerlukan pertolongan pun, kau lah orang yang selalu muncul, walaupun kadang-kadang masalah tu kau pun tak boleh tolong aku, at least ada gak lah orang yang duk sama dengan aku mengadap masalah yang tak boleh di elakkan tu. Aku gembira sebab kenal kau, hidup aku penuh dengan macam-macam cerita kerana perbezaan kite, hari-hari aku penuh dengan banyak perkara-perkara yang aku tak pernah tengok sebelum ni dan rasa sebelum ni. 
Dunia ni masih luas untuk aku jelajah, so jangan lupa ‘janji kita’ pada pasta dan jing jing. Walauapapun jadi kat diaorang tu, kite tak leh nak biar dorang, sebab diaorang tu dah sebahagian dari hidup kite. Aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku sahabat macam kau, kerana hari-hari yang aku lalui menempuhi hidup aku setakat ni, sangat membahagiakan walaupun perit dugaan Tuhan sering menyinggah.
Let’s make this friendship last forever.




Sunday, December 13, 2009

Hari ini Dalam Sejarah Part 2

Memang takde hala tuju ke lain, hanya ke satu tempat 'keramat'... ya.. hanya di situ, GSC Mid Valley...
pergh... nak berdarah hati elihatkan bertapa rimbunan kemanusian berada di hadapan kaunter 'keramat' tu... tak pe, hendak seribu daya, tak hendak seribu mengelak...

maka, dengan tabah hati aku dan 'dia' beratur...


JJing jjing

hemsem tak?? hemsem kan partner date aku? sayang dia! haha!

puas beratur dan berbaris di dalam satu 'skuad' y pnjng, dan setelah dengan hebatnya partner date aku ni 'melanggari' boyfriend orang kerana terlalu asyik dengan kehenseman aku...



Pasta d'costa

aku mmg hensem, aku tahu... haha... dgn bangga dan langkah penuh harapan y memg aku nampak sngt kat muka partner date aku tu, pergila bertemu penjaga keramat tu.. yakin dan lancar menutur, STORM WARRIORS..

cite yang kuar setelah hampir sepuluh tahun menyepi... pergh, lupa sungguh hamba ceita ini yang sebelum ni pnya... y ingat si penjejak badai dengan penjejak awan tu duk nak bertekak je kojenya...

selesai sudah urusan ini, cuma nak tnggu pintu keramat je terbuka, mentera pun mmg dah ada kat tangan. baru skrg perut aku ras lapo. apa lagi mencekik benda y paling murah la kat sini... iaitu... KFC...

GSC                   4
Mid Valley
-PG13-   The storm Warriors
Total RM12.00 (Adult)
Ticket price RM9.60
Ent Tax RM2.40
Seat no
K12         12.00PM
                 12/12/2009
                 Cash
                 12/12/2009   11.11am

lebey kurang gitu la detail atas tiket keramat tu...

Hari ini Dalam Sejarah Part 1

Ni kisah dh boleh dikataka semalam jadi... (bagi aku apa benda pun jadi kalau lepas wktu tidur aku, benda tu kira semalam walaupun aku tidur pukul 2 pagi.. 1 pagi tu di kira semalam.. haha...)

12 Disember 2009
Pagi lagi aku dah duk ttgk girlfriend kesayangan aku yang aku rasa.. 'tanpanya, esok tak bermakna...', canggih sangat aku sekarang, balas mesej pakai broadband...
Hari ni aku ada DATE...
Date ya aku agak excited nk tnggu... sama la dengan date partner aku tu, tak sbar nk tnggu date ni... mmg bnda pun rncng last minute... hari jumaat aritu baru rancang...

VENUE: MIDVALLEY MEGAMALL (NORTH entrance)
DATE: 12 DISEMBER 2009
TI ME: 10.30am (kalau awal, tnggu la kat situ)
EVENT: ACTIVITY IN GSC


pukul 9 pgi lagi aku dah port kat bustop kat subang perdana yang terbaru tu, seb bek la smpi2 je ada bas... tp...
bas metro la plak.. bas ni bukannya lalu KL CENTRAL... aku cadang nak naik bas rapid tu, turun kat cental, pastu pick up KOMUTER g MID VALLEY y tak de transit LRT tu... (aduh...)
aku takut aku lambt sangt, so aku pn mmg belasah je la naik bas metro y lalu depan MID VALLEY. tapi... masalahnya aku ni bukannya kaki rambu sangat, kaki merapu tu ye la KOT...????

dengan menaiki bas metro bernombor 9, berplatkan aku tak tertgk pn, dengan harga tiket RM2.50, aku pun lalu la depan MID VALLEY dgn rasa macam konfius," nak turun ke tak ni? kalau aku turun, mana celah nak redah highway yang berlapis bertingkat nak sampai kat pintu masuk mid tu..." akhirnya aku pun tak turun, duk la pasrah sampai ke central gak... CENTRAL MARKET la tapi...

aku bab transit kl ni, tak de hal la..
aku pick up LRT, g kl central nk pick up komuter. sebabkan kan hp kesayangan adik aku yang telah di jualkan kepada aku, telah di culik sebaik tamatnya exam akaun, act 2112 yang aku amik pada hari terakhir UPM di buka, aku terpaksalah meggunakan perkhidmatan awam, seperti telefon public, untuk menghubungi partner date aku...

aku gerak ke kl central dalam kul 10 gitu. mmg macm kilat aku g beli tket komuter...
smapi je kat bawah, aku tgk jam,

10.06am
next 10.27am

lebey kurang gitulah indikator jam digital tu, aku pn xtau nk cakap pe bile tgk jam tu... lepak ar tepi tiang, tngu..
lepas puas kekiri kekanan, mencangkung tercangkung, menonggeng tertonggeng, jam digital tu pun segan dengan aku, tetiba je aku tgk dh pukul 10.25am...

aku pn regang2kn sume otot sebab nk g merebut2 menyempit2 japag.. (tau je la kalau naik komuter y hala ke mid ari sabtu ni...)

mak cik aku tiba2 buat pengumuman,
"Train was arriving at segambut and will be arriving at 10.40am"
aku rasa la, ada kot y jadi bidan tu, tolong lembu beranak kat atas landasan...
kering la partner date aku tunggu...
gedebak gedebuk, 10.45am baru aku dapat naik komuter dgn rempuh semputnya...

Monday, November 23, 2009

The best anime..

Banyak gak dah anime y aku dan tgk.. kadang2 ada je anime yang boleh buat aku terbawa2 gak bile tengok benda tu... lagilah bile ada anime yang banyak lelaki hensem... haha... anime yang aku rasa agak puas hati tengok mestilah Ouran High School... boleh dikatakan first step aku mula kenal anime ni... baru juga la, area 2006 gitu.. sebaya dengan aku kenal korea ni... masa sekolah dulu, ibu aku tak pernah dedahkan aku kat benda ni, tu sebab masa sekolah dulu aku pandai... haha... sekarang aku mangkuk sikit dah... banyak main sangat... aduhai...
semalam aku bayar duit broadband, bulan lepas punya... haha..money is scary...

selain tu, anime bersiri yang tak berkesudahan yang paling the best buat aku mestilah Bleach! dan second anime yang terpanjang yang aku rasa best giler, Katekyoshi Hitman Reborn... dan satu lagi anime panjang yang best, Kyo kara Maoh... dan yang rating agak bagus bagi aku, soul eater... ni anime yang lebih 50 episod.. aku paling suka RUKIA kat dalam tu. watak perempuan macam tu yang aku gemar.. haruhi dalam ouran high school pun aku favor gak... cumel seh... sengal macam tu memang cute habislah...
sesape yang kot2 nak tahu mana aku dapat anime, email la tanya id... ni bagi orang yang baru kenal anime... yang senior2 tu mesti dah tahu kat mana... aku tak kedek pun, nak share dengan orang...

Hurrrmmmm.... aku ada terpk nk bukak business jual anime dalam bentul softcopy... kena pk dulu ni...

Money is scary...

Baru2 ni aku tgk satu cite korea ni, name cite tu Briliant legacy. Cite tu ada 28 episod, banyak giler seh... aku baru tgk sampai epi 12. penat aku tgk cite tu ta[i rating aku dlm 4.2 out of 5 kot tuk cite tu. banyak moral value dalam cite tu. tapi plot cinta tuk cite tu, still typical. pape pun, cite tu banyak ajar kite tentang cara nak manage duit. macm ne nak uruskan duit and guna dengan cara yang betul. Money is scary, aku rasa highlight besar tuk citer tu... cayalah...
aku nak melayan buzzer beat lak, citer jepun. tenet maxis broadband ni sengal sket sejak akhir2 ni, buat aku susah giler nak online... ni yang rasa nk tukar angin pakai celcom broadband lak, member aku sumer pakai celcom broadband. murah... tapi kat UPM slow kura-kura la plak... aduhai... lagi2 skrg ni tgh tak de duit ni... kena la tukar plan nak berjimat...

Friday, November 13, 2009

Manusia

Dunia satu tempat yang best kalau kite betul-betul berada dalam laluan yang betul... kadang-kadang kite sensiri tak tahu pulak, kite ni betul ke tak... setiap orang ada hikayat masing-masing, tak kisahlah hikayat awang kelabu ke, hikayat seorang primadona ke, hikayat dewi gunung selangit ke... yang penting semua orang ada hikayat mereka...
senang nak kenal tapi susah nak faham... ni lah benda yang sememangnya aksesori seorang manusia. kadang-kadang kite rasa tak sennag dengan apa yang kite tengok di sekeliling kite, cara orang-orang lain di sekitar kite bergerak, bercakap or buat pape je la, walaupun kite kenal sangat dengan orang tu, tapi still kite rasa tak suka...
Nape ea? Hurmmm... sebab kite pun ada motor sendiri kat dalam kepala yang berfungsi lain daripada yang computer orang lain. kadang-kadang kite kena terima seadanya seseorang tu, janganlah nak tunjuk hebat nak tukar seseorang tu untuk diri kite...
sama tak semestinya serasi... bile tak sama tu yang sebenarnya lebey serasi. saling melengkapi... tapi kadang-kadang tak juga, tengok benda gak...
manusia yang terlampau artistik tu lah sebenarnya manusia yang paling senang sekali nak faham... (betul ke apa aku cakap ni...) mereka lebih mengekspresikan perasaan mereka kepada sesuatu, tak kisahlah... lukisan ke, nyanyi ke... semua orang kata mereka golongan yang sangat sukar di kenali dan di fahami... tak kot... biasanya orang macam ni supersensitif and super blurrr... actually bahasa sopannya, seorang yang emotional dan jujur...
kadang-kadang selalu bertembung dengan orang yang banyak songeh... itu tak suka, ini tak suka, ini tak mahu itu tak mahu, ini tak suka itu tak suka n tah apa2 lagi la yang merepek kat dia... orang macam ni, biasanya orang gelar 'cerewet'. tapi persepsi aku terhadap orang macam ni... mestilah bukan cerewet... tapi...
"EGO" dan "TAK SUKA". ada sorang member aku ni tak makan sayur lah katakan... korang kata dia cerewet, tak pun dia cuma makan sayur-sayur tertentu je lah... sebenarnya dia bukan cerewet, tapi dia tak suka sebenarnya... konon-konon ada sorang member korang ni, orang kelantan lah katakan... tapi tah apehal dia lama duk KL, tak selalu jumpa budu... tapi duk gebang dengan member-member KL, kata tak suka budu... padahal kalau balik kg, dia lah orang paling banyak melantak budu tu... tu lah EGO..
ada satu speasis lagi ni, mengada-ngada... selalunya spesis ni kanak-kanak dan bayi-bayi je, tapi kalau ada dari kalangan orang dewasa, maka mereka adalah gedik-gedik.
Actually, kenapa aku cakap macam ni sebab aku tak rasa best pun orang panggil aku cerewet... HAKIKATNYA... ada orang yang memang seronok dirinya digelar CEREWET, konon-kononnya lain dari yang lainlah tu.... papehal pun, kite semua tak sama sebab kalau kite sama, klon namanya... janganlah samakan diri korang dengan orang lain kerana korang adalah diri korang sendiri..

Monday, November 9, 2009

.......

Beres dah separuh kerja aku yang menyakitkan kepala tu...

Katekyo aku dah habis tgk smpai epi 158 dah... habis dah, epi 158 kat cyber12 tu xde sub n salah sub lak tu... huhu, seb bek aku paham sket2 bahsa jepun ni, kalu tak mmg nangis lah aku... now aku tengah tnggu epi onwards...

buhsan giler, tension aku... dah dekat sebulan aku tak balik rumah, bz giler... stress... buat masa sekrg ni ckp dengan sesape pn pasal tahap stress takkan ada org paham punyala, melainkan jiran bilik aku n jiran sebelah katil aku... sape lagi kalau bukan Paro yang kat depan, Primadona yang kat sebelah katil aku je...

aku paling treasure masa-masa dengan primadona walaupun kitaorang masing-masing ada hal masing2. dia jaga aku macam adik dia, tapi kawan2 lain kata dia jaga aku macm jaga anak...

haha... lawak lak..
tapi aku bahagia sekarang dengan kawan macam tu...
tapi aku tahu benda ni tak lama, soon after habis dah moment ni...

you're not only my friend, but also my very best buddy!
pepagi dia prepare sarapan...
kadang2 bagi aku bekal lagi, tergelak kawan2 aku yang lain tgk bile aku bawa bekal...
tiap2 hari pun kitaorng mesej, maklumlah tak sama minor walaupun sama course...
kawan2 lain duk tnya,
"apa y ko n primadona msej, padahal korang sebilik pun..."
hurm... nothing much... tapi, it's so much meaning to me... dengan dia aku rasa selesa n dengan dia, tu lah diri aku yang sebenarnya... orang lain yang aku tgk, tak faham sangat aku, lagipun jarang juga la aku duk tunjuk 'diri' aku sangat kat org, disebabkan aku tak berapa nak open sangat dengan orang yang aku rasa stranger... aku rasa lepak and selesa, sebab dengan dia, aku punya mulut laju je boleh luahkan apa yang duk dalam kepala aku ni.. apa yang ada dalam hati aku, sennag je terkeluar... may be juga aku only open heart kat dia je... open heart ni bertukar jadi loyalty... this is what aku namakan super friendship! i'm happy to know her...

-dia punya roti sandwich telur bukan aku sorang je suka, sume yang makan pun kata sedap giler benda tu... haha...

Sunday, November 8, 2009

My addiction...


It's 2PM...



Hwang Chan Sung my dream boy in 2PM...

 
Daesung... BIG BANG...
 

 
It's B2ST... and Dong Woon my most dream boy here... hahaha... it's down here his personal photo...
aku lupa mana dah aku korek gambar dia, pape pun kredt kat mana2 web yang terjumpa gambar ni kat web dia gak...






Splay

Satu group jepun yang aku tak tahu sangat latar belakang group ni... tapi apa yang aku tahu video klip dorang and lagu dorang yang setakat aku tahu yang 3 ketul tu, memang best gak... aku pun tak tahu samada dorang ni indie band ke atau rock... tapi musik dia aku favor la...

antara yang amaizing bagi aku lagu dorang yang drawing days tu.. pergh sedap giler... suara penyanyi dia dalam lagu echo again sedap giler... satu lagi lagu dorang yang aku baru beberapa minit dengar, ring your bell... setakat info yang aku jumpa, dorang ni dah berpecah tahun 2008... kat wikipedia pun xde info sangat pasal dorang... huhu... suka la group ni...

memang benar... aku jumpa lagu ni dalam anime yang aku duk melayan bile ada msa free, katekyo tu... huhu...


Code name blue...

Ni satu group indie dari korea... aku dah dengar lagu2 dorang, memang boleh masuk lah... bile dengar lagu2 dorang, aku macam rasa dengar lagu Bunkface... best giler seh! buat pendengar yang baru lagi dengan music indie mungkin lagu dorang yang title lets go crazy tu ok kot... tp aku suka sume skali, now or never, love revolution, just please and teardrop in the rain... dorang ada official website, baru gak lah group ni kua...

http://codeazzurro.ipbfree.com/    -ni forum rasmi dorang punya fan...


Saturday, November 7, 2009

Sawada Tsunayoshi...

Pergh... ni second anime terpanjang yang kau tgk sepanjang penglibatan aku dalam bidang anime ni...
Haha, best giler ar citer ni... ni antara anime yang buat aku gelak and tabah menonton setelah Bleach...
aku memang habis terpegun bile tgk tsuna ni bertukar hyper mode, hensem seh...
xleh blah, suara pn ubah... giler punya hensem... tapi watak lelaki yang jadi lelaki idaman aku mestilah hibari kyouya.. haha, lelaki macam ni memang aku favor habislah! lelaki arrogant yang memang macho macam dia menarik perhatian betul...  lelaki macam tu bukan jenis yang romantic hopeless ni... dia cuma ada satu benda je dalam otak dia, "I'll bite you until death" mafia underground tu... sangat lah dingin perwatakkannya, tapi aku suka... dah nak macam seseorang yang aku kenal beberapa masa dulu...

Hurmmm.... masa dah banyak berlalu, tak sangka hampir aku sangka dah dekat 5 tahun kitaorang dah tak borak panjang... tu lah satu-satunya manusia yang betul2 sama macam watak anime yang aku favor... kagum aku dengan dia... watak dia sama dengan ootori kyouya dalam ouran high school tu... pergh... watak feveret aku tu...


10th vongola sawada tsunayoshi hyper mode...

Friday, October 30, 2009

Exam...

Aku ada gap 2 minggu ni... aduhai tension aku bile exam jejerak gini...
Bosan giler rini, aku duk bilek, pose la jawabnya, malas nk turun cafe...
Aku terminat lak tgk group korea ni, MBLAQ and B2ST, best siot lagu dorang...
Haha... tapi, bunkface and Yuna punya genre still lagi kick kat aku... baru2 ni, aku baru nk start minat Lenka, boleh tahan gak lagu minah australia neh...

suka lak aku...

haha...

"mystery me"

Monday, October 19, 2009

Ibuku yang tersayang....

Telinga aku seharian duk kat negara luar...
Badan aku ada kat tempat aku main lumpur...
Mata aku nampak benda biasa yang tak pun rasa amaizing pun..
kepala aku duk pk mak aku je, aku nak balik rumah...
Hati aku duk rasa senang, kemudian rasa malas... macam rasa, sinilah lubuk perasaan yang paling kompleks sekali...
tangan and kaki entah lah... sendiri pun tak keruan...
Aku buhsan, hidup dalam kawalan... hidup aku rasa macam tak bebas lak...
semua yang aku buat hari ni pun, sebab dia tak suka benda yang aku suka...
papepun, aku tak suka lak mengarut macam, "i want to free like a bird in the sky..." aku bersyukur di jadikan sebagai seorang manusia... yang memahami dan yang paling rasa best aku ada seorang ibu yang sentiasa ingat kat aku walaupun bila aku duk kat rumah dia tak ingat aku pun, dia asyik ingat kucing dia je, and bila dia balik keje pun dia takkan panggil nama aku dulu, tapi dia panggil nama kucing kesayangan intan payung gunung meletup dia tu...
aku tetap rasa aku adalah orang paling bertuah kerana menjadi manusia kerana dapat ibu yang aku rasa sangat istimewa, sanggup teman aku g mana pun.. walaupun g tempat yang dia tak berkenan...
aku bertuah sebab jadi anak tunggal perempuan dia, kalau masa kecik dulu aku selala rasa macam nak ada adik perempuan, tapi bila aku dah besar aku dah paham nape ibu tak nak aku ada adik perempuan...
huhu... aku sayang ibu aku yang pelik ni...

Monday, October 12, 2009

Beraya sakan...

Aku rasa macam pertama kali aku rasa jauh macam ni... panjang betul rasanya hari aku... tapi beraya dua rumah je pun... dari kajang sampai ke cheras... habis beraya aku g melayan papadom dengan primadona dan paro, haha... xrugi la RM10 tiket wayang aku, yang pada mulanya aku budget kena dalam RM9 je (sebab aku budget dapat diskaun student price) habis wayang kul 8.45mlm, kitaorang pun blah dari situ... aku pun tak faham la nape aku sejak akhir2 ni tak leh nak naik keta, mabuk kalah orang mengandung anak sulong... aduhai... so sebabkan aku mabuk so aku tak amik port sangat dengan Primadona pemanduannya memandangkan co-pilot Paro ada bersamanya... huhu... lama kemudian aku duduk tengok jalan lebuhraya, entah nape aku rasa lebuhraya ni macam never ending, kiri kanan gelap dengan hutan kelam...
pergh... seram seh...
aku mula risau dah ni, tak de tande2 lansung lebuh raya ni nak sampai hujung...in?
akhirnya setelah bberapa minit atas lebuhraya yang never ending tu, satu papan tandan besar duk kat tepi jalan tu, menunjukkan jalan kebenaran kepada aku dan rakan2...

MANTIN

Hurm... mantin??? mane ea? lupa lak, masa aku belajar geografi dulu, aku memang tak pernah pass pun... lama sikit, keluar satu lagi papan tanda,

"SEMPADAN NEGERI SEMBILAN DAN SELANGOR"

Astagfirullah hal azim... dah sampai ke negeri sembilan dah aku... punyalah beraya sakan...
aduhai, minyak keta dah nak sampai ke hujung nyawa dah... habisler...

lama gak lak primadona dan Paro duk bertarung minda pk macam ne nak keluar balik ke UPM...
akhirnya... pas melalui liku-liku jalan raya yang membimbangkan, sampai gak kami di Nilai 3, cari stesyen minyak... lama kemudian kami jumpa jalan keluar ke KL... smpai kat serdang, singgah MAULANA yang mahal kedehak tu, gaduh lagi aku dengan mamak ni... MAHAL seh... magie goreng ayam kat maulana rumah aku baru 4 hinggit, kat sini 6 hinggit! cekik darah betul mamak neh! tensen aku dengan dia!
dalam kul seblas lebey gak baru smapai kolej... seh... penat!

Tuesday, September 29, 2009

Waktu duka...

Aku rasa macam nak terkeluar biji mata baca nota MGM ni... Jumaat ni ada test2... aduhai, aku tak puas cuti raya... Wuuuu... nak nangis tuol tgk kolej... sedey...
Hujung minggu ni, bz giler, nak g open house rumah mak cik primadona kat melaka, pastu ada lak invitation dari member open house sabtu gak... ada test report writing gak sabtu ni... apa cer... matilah aku gini...
ni lah dia... sengsara budak fud tech...

Thursday, September 24, 2009

Aku buntu...

 Rasa macam dah tak nak balik ke kolej dah...
Aku dah dapat bayangkan bertapa berlambaknya kerja yang menanti... Mampukah aku siapkan keje2 aku dengan suasana happy di kolej tu... aduhai... mampukah? duk rumah mestilah aku tak buat kerja aku...
memandangkan aku ni 'kaki korea', so aku mestilah habiskan sepenuhnya masa aku depan laptop, tengok video2 yang best...
hahaha... aku baru pas melayan beberapa episod family outing rancangan reality show korea yang aku rasa sesuai untuk di tonton oleh berbagai alpisan masyarakat... hukhukhuk... episod yang paling best bagi aku masa TOP jadi guest... lawak seh... tapi overall bagus gak program ni... banyak pengetahuan boleh dapat... macam EHB super junior gak...

Raya...

Hari ni dah hari ke-5 raya...
Boleh tahan gak raya tahun ni, ramai gak la sedara yang aku jumpa tahun ni...
Lawak betul bile aku ingat balik macam ne ayah aku punya gelagat malas nak layan bebudak datang raya kat rumah...
Hahaha... cian lak bebudak tu, dorang datang nak beraya, tapi sebabkan ayah aku tgh bizi masa tu lagipun baru pas perang dengan mak aku pasal kucing, dia dah tak de mood nak melayan orang datang raya kat rumah... dia buat tak tahu je dgn bebudak yang bediri kat depan pintu gate rumah aku tu... lama gak lak bebudak tu menjerit depan pintu gate tu... sampaikan bebudak tu dah geram, dia goncangnya pintu gate besi tu, ayah aku pun makin marah la... dia pandang je bebudak tu, tapi tak cakap apape pun... haha... raya... oh raya....

Friday, September 18, 2009

...YUNA....

Hari ni aku melayan sumer lagu2 Yuna yang ada dalam koleksi aku...
Barulah sekarang, aku fhm nape aku suka lagu2 Yuna ni...
Lagu dia memang kena gak la dgn jiwa raga aku ni..
aku mmg suka giler la lagu dia, especially lagu Greek Goddess...

"And I'm just me,
I'm a freak,
I'm just a 5'6' chick in my ugly shoes on
and I don't know how stilletto looks like"

"And I'm just me
I'm nobody
And my name is not of any Greek goddess
No one cares if I'm not here..."

"I'm just me
Ordinary,
Cause this just the way I am
My boyfriend loves me for
It's okay that i'm nothing special
I'm just me
Let it be,
If it's the world is full of
people just like you,
Then I'll end up special after all."

Thursday, September 17, 2009

BMW Vision


Pergh!!! canggih meh! macam transformer!

Aku seorang Zamri

-15 September 2009-


7.03am,
Hujan lebat giler kat luar. Aku pandang kiri, primadona kat sebelah katil aku ni nyenyak pas ngadap lap top dia yang berjenama Acer (model apa ntah). Sebelah jiran katil aku yang belah kanan tu pun, senyap je, lampu meja pun padam dah… tandanya… aku tinggal sorang je lagi tengah mengenangkan hujan yang sedang turun.

7.25am
Aku pakai stocking hitam yang aku baru basuh semalam (dah kering sebab semalam petang panas). Aku ngadap balik buku keusahawanan karya Dr. Mohani Abdul , et al. Huhu… tak tau la apa yang aku tengok lagi kat dalam tu..

7.35am,
“Hujan…”…
“Aku harap esok pagi hujan gak…” Paro (Bukan nama sebenar) buat aku nk ketawa besar, tetiba aku rasa hidup jap, bile menegenangkan mulut Paro biasanya masin… indahnya esok pagi hujan, aku punya kelas esok start pukul 2.00petang. Bizinya hidup aku sejak akhir2 ni…

8.04am,
Aduhai… aku dah ngafal dah ni semalam, macam ne aku rasa konfius lak ni… rasa macam ‘nak’ macam2 lak time2 gini… rugilak aku tak telan buku keusahawanan tu tadi, at least ingat gak lak rasa dakwat tertulis nota tu…

9.45am,
Bahagianya aku, tengok facebook aku ceria dengan komen and aktiviti2 member yang di kenali dan yang tak di kenali ni… Lepak lah Zam… tadi tu baru test 2 je… huhu, ada macam gaya amek final lak…

2.00pm,
Zamri… jomla g solat kat library…” Aku angguk je kepala. Bawang putih (Bukan nama sebenar) ajak aku g library. Paro balik kolej. Paro panggil aku and Bawang putih, kongkang… aduhai, seb bek bawang putih sempat jawab kat Paro tadi,
“Alah… ko jelesla la tu… setakat bayam je…” dalam ayat ni, aku kuarkan ianya jadi persamaan matematik,

Paro = bayam

5.00pm,
Zamri… sempat lagi ni nak g lab com…” Aku memang laju je bab-bab nak g lab computer ni, boleh aku mencuci minda jap…

6.00pm,
Zamri... ko ikut belakang aku, kalo tak kang ko kena tinggal, tak dapat naek kang…!” aku jawab,
“Takpe… bim bim ada kat belakang, tipah mesyuarat tak balik lagi…” Haha… aku kecut gak sebenarnya kalu kena tinggal bas ni, kang kul bape lak aku nak sampai kat kolej… bas kolej 14 ni kalu time2 gini tak pernah yang kosong…

12.00pm,
Sebelum aku lelap mata, ligat gak otak aku pk, may be nama zamri tu suit gak dengan aku, walaupun tersangatlah pelik… masa sekolah dulu, pantang betul datuk nenek aku, orang panggil aku zamri… tapi sepanjang arini, bile bawang putih panggil aku zamri, aku memanjang jawab,

“Ya…”

Memberku dengan MP3 lelong

Huhu… best juga ea boleh beli bebenda memahal dengan harga yang murah tak terkata ni… aku pun dah tak ingat sangat tarikh sebenar kejadian ni berlaku tapi adalam area bulan pose ni gak lah... adalah sorang member yang boleh di katakana click aku gak la, dia kini bergelar ‘online shopper’. Rajin gak lah tipah ni gi tgk2 brg online and pastu roger2 kat member yang berminat. Memang aku sendiri pun tak sangka rupanya ramai gak member aku yang laen (member sama course), yang ‘online shopper’… sebenarnya baru convert jadi ‘online shopper’ lepas dipromo oleh si Tipah ni. Petang tu pas habis class Dr.Azizah Osman (AO), subject Kualiti Manangement, kitorang bergerombolan keluar dari dktm 2 kat food 4, dgr lah Tipah duk sibuk cite dgn Minah yang dia beat MP3 harga RM1. Aku pun excited giler dgr Tipah ni gi Beat MP3 tu, dia budget harga MP3 tu may b akan up sampai RM10 – RM40 gitu… Lepak la, Tipah bukannya heran sangat pun benda tu, tp dia boleh meniaga benda tu kat tmpat ‘laen’. Huhu… ni rahsia Tipah yang aku kena simpan. Pas beat harga gitu, boleh make up sket harga dia, untung si Tipah, lepas gak duit minyak keta dia…


Beberapa hari kemudian… (aku dah tak ingat bape ari kemudian), aku tiba2 teringat pasal MP3 yang dia beat, dengan sorang lagi member aku yang merangkap click aku gak ni, paro (nama samaran), yang juga turut merangkap rakan sebilik si Tipah ni, apa khabarnya MP3 lelong yang berharga RM1 pada beberapa hari sebelumnya. Dengan senyuman semanis bayam, dia menuturkan,

“Kau Tanya tuan beat tu…” kebetulan Tipah ada kat situ, aku pun tanyalah dia. Dia jawab dengan speed thap Max,

“Malas lah aku, MP3 tu dah jadi harga seratus lebey dah…”

Blogku...

Haha... disinilah tempat aku melatih jari jemariku untuk menekan mata keyboard dgn pantas supaya aku boleh masuk dan menang pertandingan jari pantas menaip yang mungkin di anjurkan antara rakan-rakan ku satu hari nanti... selain dari itu kemahiran berfikir semulajadi aku pun akan bertambah mantap dan mungkin membolehkan aku mendapat4 flat dalam ujian kemahiran berfikir nanti...
oleh yang demikian, aku yakin, ramai kenalan aku akan melintasi blog ini dan secara obvious semula jadinya korang pasti dapat recognize sape aku dalam masa tidak kurang dari 6 saat... kenapa 6 saat? sebab aku suka nombor 6... hahaha...
beberapa hari lagi hari raya... masa yang aku rasa agak best and tenang sebab dapat tgk muka mak bapak aku tak sabar2 nak tunggu aku mengaku pape dosa yang aku buat and rahsiakan dari dorang... hahaha...
tapi whatever pun, ibu along tak pernah rahsia pape pun dgn ibu... kalu2 lah ibu terjumpa blog along ni pun ibu mesti rasa, "ini memang anak aku..." huhu...
post pertama aku kat sini memang dah menunjukkan thread2 pas ni yang bakal di post kat sini...
aku nak isi pape je yang aku rasa macam boleh isi kat sini... inilah blogku...

papepun apa yang aku nk bagi masa permulaan ni tak delah banyak sangat, benda2 bosan je...

10 things i like...
-pink stuff
-anime
-korean boy (Dong Hae, Chan sung, Dong Woon)
-Indie songs
-Casual and cool
-Hanging out with friends
-Kitten
-Rainy Day
-Sweets
-Hwang Mario

10 things i'm not prefer...
-wayang
-sms
-hanging on phone with someone i love
-dating
-medicine
-blue
-starngers
-neo angelique abyss
-Nescafe and milk tea
-crying

10 things i'm totally hate...
-BUGS
-Ghost Stuff
-Thriller movie ~Saw 1, 2, 3 on going...
-syringe
-dentist
-lier
-Hwang Mario gone
-Garlic
-Onion
-Lost precious stuffs