Pages

My sweet Surrender

Thursday, December 24, 2009

Disni aku menulis: Jangan lupa janji kita pada Pasta and Jjing jjing...


Di sini aku menulis…
Walaupun kite selalunya bertentangan kesukaan, tapi kite sentiasa ada persamaan pendapat. Aku pun dah tak berapa ingat dah apa-apa memori yang kite penah cipta bersama sebab terlampau banyak dan semuanya indah2 berlaka…
Allah telah mentakdirkan setiap manusia itu akan ada mereka punya jalan cerita hidup masing-masing… jalan cerita hidup kite mungkin tak sama tapi apa yang kite lalui setiap saat semasa kite bersama, adalah serupa. Kalau aku dan kau tulis kat dalam diari pun, aktiviti harian kite, lebih kurang 98% sama.
Kalau kau amik exam kat fakulti (kecuali minor subjek) susah, aku pun rasa susah. Kalau kau kena air hujan masa time hujan balik kelas, dah tentu aku pun akan kena, dah kata sama course. Kalau kau rasa panas giler duduk dalam bilik tu, dah confirm aku pun rasa panas gak, memang dah roommate pun… apa yang kadang-kadang tak sama Cuma apa yang kite makan je untuk seharian tu. Dan apa yang jarang sama adalah baju yang kite pakai, fesyen kite, style kite and kasut lah…
kadang-kadang tentu kite rasa tak puas hati satu sama lain, sebab kite sama-sama pun manusia, kite ada fikiran sendiri, perasaan sendiri, emosi sendiri dan juga masalah sendiri yang Cuma kite dengan tuhan je yang tahu, ini yang membezakan kite. Tapi setakat benda-benda ni yang buat kite Nampak tak rapat, lawaklah tu…

aku tahu, aku yakin, kau juga telah mencuba sehabis baik untuk mengekalkan momentum persahabatan kite, seperti mana aku juga sehabis baik memelihara apa yang mengikat kite. Pertalian yang mungkin orang lain takkan faham, mungkin juga kite sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang mengikat kite. Kalau kite dengan kawan lain pun, kadang-kadang ada je yang sama, ada je yang serupa, dan ada je yang memang ‘kaw tim’ punya, tapi tu lah… aku pun tak tahu apa yang buat aku rasa tertarik bersama dengan kau. Kite sama-sama ketawa, ada juga kite sama-sama nangis, ada masa kite sama-sama lapar (sebab malas nak turun CafĂ©)… tapi kenyataannya kau yang selalu tolong aku, fahami aku, teman aku, ketawakan aku (tak kisah pun), dan yang paling penting sekali…. Kau  rindu aku dan sayang aku… aku selalu ingat kau, dan aku sayang sangat kat kau… kau dah macam ‘keluarga’ dalam hati aku, of course you get the best room in my heart! 
Dah memang pun kau mak aku. Masa aku paling-paling memerlukan pertolongan pun, kau lah orang yang selalu muncul, walaupun kadang-kadang masalah tu kau pun tak boleh tolong aku, at least ada gak lah orang yang duk sama dengan aku mengadap masalah yang tak boleh di elakkan tu. Aku gembira sebab kenal kau, hidup aku penuh dengan macam-macam cerita kerana perbezaan kite, hari-hari aku penuh dengan banyak perkara-perkara yang aku tak pernah tengok sebelum ni dan rasa sebelum ni. 
Dunia ni masih luas untuk aku jelajah, so jangan lupa ‘janji kita’ pada pasta dan jing jing. Walauapapun jadi kat diaorang tu, kite tak leh nak biar dorang, sebab diaorang tu dah sebahagian dari hidup kite. Aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku sahabat macam kau, kerana hari-hari yang aku lalui menempuhi hidup aku setakat ni, sangat membahagiakan walaupun perit dugaan Tuhan sering menyinggah.
Let’s make this friendship last forever.




No comments: