Masa seakan berlari-lari dengan pantas...
Aku rasa semua benda pun macam sekejap...
Baru semalam rasanya aku masuk U... tapi...
Sebenarnya aku dah konvo dah dekat dua tahun dah...
semua berlaku terlalu pantas...
Setiap saat yang berlalu dalam hidup aku,
tanpa aku sedari telah menjadi kenangan dalam hidup aku...
Aku terus melangkah, mengharung hidup yang aku sendiri tak terduga akan terjadi macam ni...
Semua yang telah berlaku menjadi memori...
Menjadi catatan sejarah dalam hidup aku...
Setiap hari yang aku lalui, menjadi detik-detik masa yang aku sendiri tak terduga,
akan mengalaminya...
Walau aku menuju ke hadapan dan melangkah meninggalkan semalam,
hati aku kepada semalam tetap sama...
Aku tetap sayang dan cintakan semalam...
walau hari ini adalah istimewa dalam hidup aku...
Namun semalam tetap indah...
Penuh dengan warna warni dengan kehidupan yang menjadi lipatan-lipatan sejarah hidup aku...
Aku bahagia dengan hari ini...
Namun aku tak kesal apa yang pernah berlaku semalam...
Aku hargai semalam...
Setiap detik yang aku lalui dengan dia,
tersemat indah...
Kenangan kita akan kekal dalam ingatan aku...
Aku mahu dia tahu yang aku tak akan lupakan dia...
Dia adalah perkara terakhir yang akan aku delete dalam ingatan aku ni...
Jjing Jjing...
Kau tetap menjadi kesayangan aku...
Jujur aku rindukan kenangan kita dulu...
Kalau masa terhenti (dengan kuasa Allah...), aku nak hentikan masa ketika kita di bukit merah...
Indah sangat2 kenangan kat situ...
Bukan itu je...
Kenangan kat 336...
Aku rindu...
Walaupun bersilih ganti salah faham kita, namun aku tetap sayang kau...
Walaupun beribu batu jarak pemisah, namun kau tetap aku rindui sepanjang masa...
Sepanjang aku bersama dengan kau kat 336, aku gembira...
Kau seorang yang sabar, memahami... menghormati, prihatin dengan diri aku...
Kau ambil berat tentang aku...
Kau sangat mengenali aku....
Kau memang istimewa... Jjing Jjing...
You are the best friend that i ever had!
Believe in me, when i say, you are irreplaceable!
Our memories that we shared will never perish with time!
Serius, kau sentiasa dalam kenangan aku, sampai aku mati...
InsyaAllah...
Semoga Allah memanjangkan jodoh kita,
Agar kita dapat bertemu kembali...
Because i love you so much, my dear chummy!
~Zamiy Hisana~
Blog ni di dedicatedkan pada sesiapa je yang nak baca... To all member-member aku yang tercross-over dengan blog ni, harap maklum nama korang adalah di rahsiakan sehinggalah tiba masa yang sesuai.
Showing posts with label My jjing jjing. Show all posts
Showing posts with label My jjing jjing. Show all posts
Monday, August 27, 2012
Thursday, December 24, 2009
Disni aku menulis: Jangan lupa janji kita pada Pasta and Jjing jjing...
Di sini aku menulis…
Walaupun kite selalunya bertentangan kesukaan, tapi kite sentiasa ada persamaan pendapat. Aku pun dah tak berapa ingat dah apa-apa memori yang kite penah cipta bersama sebab terlampau banyak dan semuanya indah2 berlaka…
Allah telah mentakdirkan setiap manusia itu akan ada mereka punya jalan cerita hidup masing-masing… jalan cerita hidup kite mungkin tak sama tapi apa yang kite lalui setiap saat semasa kite bersama, adalah serupa. Kalau aku dan kau tulis kat dalam diari pun, aktiviti harian kite, lebih kurang 98% sama.
Kalau kau amik exam kat fakulti (kecuali minor subjek) susah, aku pun rasa susah. Kalau kau kena air hujan masa time hujan balik kelas, dah tentu aku pun akan kena, dah kata sama course. Kalau kau rasa panas giler duduk dalam bilik tu, dah confirm aku pun rasa panas gak, memang dah roommate pun… apa yang kadang-kadang tak sama Cuma apa yang kite makan je untuk seharian tu. Dan apa yang jarang sama adalah baju yang kite pakai, fesyen kite, style kite and kasut lah…
kadang-kadang tentu kite rasa tak puas hati satu sama lain, sebab kite sama-sama pun manusia, kite ada fikiran sendiri, perasaan sendiri, emosi sendiri dan juga masalah sendiri yang Cuma kite dengan tuhan je yang tahu, ini yang membezakan kite. Tapi setakat benda-benda ni yang buat kite Nampak tak rapat, lawaklah tu…
aku tahu, aku yakin, kau juga telah mencuba sehabis baik untuk mengekalkan momentum persahabatan kite, seperti mana aku juga sehabis baik memelihara apa yang mengikat kite. Pertalian yang mungkin orang lain takkan faham, mungkin juga kite sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang mengikat kite. Kalau kite dengan kawan lain pun, kadang-kadang ada je yang sama, ada je yang serupa, dan ada je yang memang ‘kaw tim’ punya, tapi tu lah… aku pun tak tahu apa yang buat aku rasa tertarik bersama dengan kau. Kite sama-sama ketawa, ada juga kite sama-sama nangis, ada masa kite sama-sama lapar (sebab malas nak turun CafĂ©)… tapi kenyataannya kau yang selalu tolong aku, fahami aku, teman aku, ketawakan aku (tak kisah pun), dan yang paling penting sekali…. Kau rindu aku dan sayang aku… aku selalu ingat kau, dan aku sayang sangat kat kau… kau dah macam ‘keluarga’ dalam hati aku, of course you get the best room in my heart!
Dah memang pun kau mak aku. Masa aku paling-paling memerlukan pertolongan pun, kau lah orang yang selalu muncul, walaupun kadang-kadang masalah tu kau pun tak boleh tolong aku, at least ada gak lah orang yang duk sama dengan aku mengadap masalah yang tak boleh di elakkan tu. Aku gembira sebab kenal kau, hidup aku penuh dengan macam-macam cerita kerana perbezaan kite, hari-hari aku penuh dengan banyak perkara-perkara yang aku tak pernah tengok sebelum ni dan rasa sebelum ni.
Dunia ni masih luas untuk aku jelajah, so jangan lupa ‘janji kita’ pada pasta dan jing jing. Walauapapun jadi kat diaorang tu, kite tak leh nak biar dorang, sebab diaorang tu dah sebahagian dari hidup kite. Aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku sahabat macam kau, kerana hari-hari yang aku lalui menempuhi hidup aku setakat ni, sangat membahagiakan walaupun perit dugaan Tuhan sering menyinggah.
Let’s make this friendship last forever.
Subscribe to:
Posts (Atom)