Pages

My sweet Surrender

Monday, October 19, 2009

Ibuku yang tersayang....

Telinga aku seharian duk kat negara luar...
Badan aku ada kat tempat aku main lumpur...
Mata aku nampak benda biasa yang tak pun rasa amaizing pun..
kepala aku duk pk mak aku je, aku nak balik rumah...
Hati aku duk rasa senang, kemudian rasa malas... macam rasa, sinilah lubuk perasaan yang paling kompleks sekali...
tangan and kaki entah lah... sendiri pun tak keruan...
Aku buhsan, hidup dalam kawalan... hidup aku rasa macam tak bebas lak...
semua yang aku buat hari ni pun, sebab dia tak suka benda yang aku suka...
papepun, aku tak suka lak mengarut macam, "i want to free like a bird in the sky..." aku bersyukur di jadikan sebagai seorang manusia... yang memahami dan yang paling rasa best aku ada seorang ibu yang sentiasa ingat kat aku walaupun bila aku duk kat rumah dia tak ingat aku pun, dia asyik ingat kucing dia je, and bila dia balik keje pun dia takkan panggil nama aku dulu, tapi dia panggil nama kucing kesayangan intan payung gunung meletup dia tu...
aku tetap rasa aku adalah orang paling bertuah kerana menjadi manusia kerana dapat ibu yang aku rasa sangat istimewa, sanggup teman aku g mana pun.. walaupun g tempat yang dia tak berkenan...
aku bertuah sebab jadi anak tunggal perempuan dia, kalau masa kecik dulu aku selala rasa macam nak ada adik perempuan, tapi bila aku dah besar aku dah paham nape ibu tak nak aku ada adik perempuan...
huhu... aku sayang ibu aku yang pelik ni...

No comments: