Pages

My sweet Surrender

Thursday, February 25, 2010

Tangan panas.... hati sejuk...

Live like your dying...

Melayang... rasa macam terbang...
tapi... berat, rasa macam ada banyak tangan dari tanah pegang kedua kaki yang di jadikan tuhan dari tanah ni...

mata terbukak, tapi tak nampak apa-apa pun...
fikiran still berjalan, tapi kenapa tak ingat apa-apa...

saat... sesaat... sesaat lagi...
kenangan-kenangan baru dan lama berasimilasi dalam minda dan jiwa...
segalanya bergaul mesra, ibaratnya dah macam rojak buah dah dalam tempurung yang tak berapa nak besar atas junjungan ni...

 badan rasa panas... sangat panas... tapi....................................

hati rasa sejuk...



kesejukkan ini mengundang bahaya... ini adalah virus, yang memakan perumahnya sehingga ke saat akhir...
virus yang mencengkam pada asalnya... virus ini menyebabkan perumah atau mangsanya sakit pada awal jangkitannya, sakit yang tak tahu nak di tafsirkan sebagaimana peritnya ia...
semakin lama, virus ini akan menyebabkan semua sel hati menjadi kebas, dan lama kelamaan hati akan menjadi sejuk kerana virus ini menyerap segala kehangatan yang indah, terkandung dalam hati ini...

hati akan menjadi sejuk, semakin sejuk dan lebih sejuk dari kutub utara...
semakin hari, semakin lumpuh segala deria mangsa, kehangatan luarannya semakin menakutkan...

bila hati menjadi beku...
segala kekacauan dan kepincangan berlaku dalam diri mangsa... segala benda nampak 'dull'... semua benda tidak bermakna...

kebekuan menjadikan hati akhirnya mati...
bila hati sudah mati.... segala bait kata-kata sudah hilang makna, segala renungan adalah bisa, segala perlakuan adalah mengarut, segala anggapan adalah membencikan... segala-galanya adalah musuh...
mangsa yang hatinya sudah mati... lama kelamaan akan hilang segalanya, hilang orang yang di sayangi, melukai orang yang menyayangi... hilang arah kehidupan dan hilang segala-gala impian...

simptom orang-orang yang di jangkiti penyakit ini adalh seperti pernyataan di atas sekali....
virus ini bukan tiada penawarnya, ia ada, tapi mestilah pandai memilih penawar itu, jika tidak seluruh tubuh mangsa akan rosak, maka akan lumpuhlah mangsa sepenuhnya...

4 comments:

Akulah Syah said...

lain macam je teks ni. makan dalam maksudnya

Hisana said...

obviously memang benda ni ada penghayatannya... huhu...

Akulah Syah said...

tu le pasal. ayat berbunga. mendalam sungguh kata2 dia. macam2 boleh ditafsirkan

nobody said...

hati panas tangan sejok.