Pages

My sweet Surrender

Wednesday, February 24, 2010

Hidup dan Mati jaraknya hanya satu langkah....

Hidup ini seakan terpisah dengan hanya satu garisan sahaja dengan kematian...

Hanya selangkah sahaja, jaraknya hanya selangkah...

Ada banyak definasi kematian yang orang tafsirkan, banyak maknanya bagi setiap orang... ada yang kata menuju bahagia, menuju ke alam kekal abadi, penamat kepada sebuah alam... permulaan kepada alam baru... namun apapun definasinya, tetap ke arah satu matlamat.. menuju kepada Allah yang satu...

Apapun yang kite cita-cirakan dan cintai di dunia ni, hilang sekelip mata sahaja dengan kematian... segala hajat yang di himpun kat dalam dada ni, hancur lebur dengan selangkah ke alam baru ni... jadi berhati-hatilah memilih hajat...

minggu lepas, sekelip mata je, aku telah kehilangan 2 orang yang rapat dengan aku... siapa sangka, aku pun tak jangka...

Aku... rasa macam dah tak waras sekejap... Rabu, pak cik yang boleh di katakan harapan aku, telah pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya...

Sabtu... abang aku sendiri... yang aku tak jangka, pergi sekelip mata... entahlah... apa agaknya perasaan aku sebenarnya??? aku sedih ke?walaupun antara aku dan dia ada banyak complicatednya, tapi yang paling penting dia tetap darah daging aku... waris sah... wali sah...

jadikanlah kisah aku ni pedoman kamu yang ada adik beradik...
aku kesal, sebagai seorang adik, aku tak mampu tunaikan hasrat dia, yang masa dia hidup dulu aku anggap benda tu kecil je... siap terlupa lagi... lepas je dia hembuskan nafas terakhir dia, semua benda tu keluar kat ingatan aku... segala benda yang yang aku lupa tentang dia, keluar masa tu jugak...

sekarang... hari ini, masa ini, minit ini, saat ini... aku rindukan abang aku... aku rindu nak dengar suara dia, aku rindu nak dengar dia tegur aku, aku rindu nak tengok dia berjalan.... aku rindu nak panggil dia... aku rindu segalanya tentang dia... apa yang aku kesal, aku tak sempat jawab persoalan yang dia sendiri lama nak tahu... persoalan samada aku marah dia lagi atau tidak... aku tak sempat nak beritahu dia yang aku dah lama maafkan dia...

aku tak sempat nak minta ampun kat dia...
aku sangat kesal...

ini adalah benda yang aku kesalkan sepanjang hayat aku setakat ini... kematian dia juga, aku masih tak mampu nak terima... ini salah, aku tahu... tapi mungkin ini lebih baik untuk aku buat masa beberapa ketika ini... menganggap semua yang baru berlaku tu cuma mimpi.... seperti ayah aku juga yang masih lagi tak mampu menerima kenyataan ini...

semakin aku tengok ayah yang masih lagi menangis, semakin sakit hati aku... semakin kesal aku dengan kekerasan hati aku sendiri... ibu selalu cakap dengan aku, aku menangis depan kubur dia berhari-hari pun, dia takkan hidup balik... (kalau dia hidup balik, itu kuasa Tuhan dan mungkin aku pun lari lintang pukang...)

apa yang aku boleh buat sekarang ni cuma satu je...
berdoa dan menangis...
bak kata sepupu aku, dia yakin dengan aku, dia kata aku 'kuat'...

Betulke???


Dalam kenangan... Ucu...


Aku harap dia betul...

1 comment:

Akulah Syah said...

zam. sabar ye. mungkin itu adalah takdir yang tecatat sejak azali. mungkin kita terlupa tanggungjawab kita pada mereka. bukan beerti kita lupa siapa mereka. mungkin kerna tidak sempat tunaikan amanat mengajar kita erti tanggungjawab. sabar k. jangan bersedih. kita doakan roh-roh arwah dicucuri rahmat. abg doakan zam tabah hadapi dugaan ini. Allah beri kita dugaan sebesar ini kerna Allah sayangkan kita. dan Allah tidak akan beri dugaan yang kita tidak mampu hadapi. ingat pesan abg. banyakkan berdoa. sedekahkan yasin kepada arwah. zam kena selalu senyum. enjoy ur journey. itu adalah takdir.