Pages

My sweet Surrender

Saturday, May 23, 2015

Baby...

Tetibe rasa rindu kat baby...
Companion aku masa kat UPM dulu...
hukhuk...

Jadi sedikit information yang aku dapat dari blogwalking pagi ni...
(Haha... kene keje ari sabtu... hukhuk...)

Barulah aku tahu, baki air yang kucing tu minum kita boleh ambil wudhu'...
Subhanallah... tengok, darjat seekor kucing dalam Islam...
Itupun aku tak faham kenapa ada lagi kes-kes aniya kucing...

Sedih sangat sebab By pun ada juga kadang-kadang share cerita pasal dia baca penderaan kucing...
Tapi, tak pelah, kebanyakkan yang gila macam tu, orang kafir...
Duk pijak-pijak kucing lah, bunuh kucing dan banyak lah yang bodoh-bodoh lagi dorang buat...

Jadi, kat bawah ni ada lah sikit information yang aku dah baca... harap information ni soheh dan berguna kepada kita...

Walaupun agak panjang artikel ni.. (bagi aku lah...) tapi, percayalah, tak rugi baca untuk info yang berguna...
Jujur, aku dapat ilmu baru dari bacaan ni mengenai kucing...

Kredit to:

http://sohoque.com/kucing-dan-kedudukannya-di-dalam-islam/


Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam Islam

Kucing adalah suatu binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja,makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi haiwan ini seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh haiwan ini.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman haiwan ini dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda tentang kucing berikut:
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.
 Sabda nabi ini yang dilafazkan 1500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains di zaman sekarang. Sains mendapati bahawa kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah haiwan ini pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing dimana benjolan itu berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna dalam membantu membersihkan kulitnya.

Jika kita lihat semasa kucing sedang minum. Kita akan dapati tiada setitis air pun yang akan jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidah haiwan ini.
Hasil ujian:
  • Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
  • Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
  • Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.
  • Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
  • Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di badan kucing. Kesimpulan sains merumuskan bahawa haiwan ini tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.
Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25% kuman berbanding yang ada pada anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding yang didapati daripada manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Mengapa kucing kurang menggemari air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. haiwan ini juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.
Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh haiwan ini.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Subhanallah. Itulah kucing pada pandangan Islam. Menyayanginya adalah sunnah. Membuat perkara sunnah mendapat balasan pahala. Dan hikmah dan kebenaran Islam yang tidak melarang manusia bercampur dengan haiwan ini yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1500 tahun yang lalu telah dibuktikan dengan fakta sains sekarang.
Wallahu’alam…

No comments: