Pages

My sweet Surrender

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Thursday, October 1, 2015

Kari Ikan Salmon

Hmmm... huhu... terliur lak bila teringat kari ni...
Aku bukanlah penggemar kari sangat kalau nak di bandingkan dengan By, tapi aku tak de kepantangan makan kari la... haha...

Well, Sejak ekonomi 'aku' ni meleset, aku memang banyak memasak kat rumah je... jarang nak makan luar...
special occasion je bru makan luar...

setiap hari aku masak, huhu...
Happy lak juga bila by kata aku punya masakkan dah makin baik...

So... aku nak share resepi ikan salmon masak kari...
Aku punya ni special, bukan kari kepala salmon yang besenya orang buat...
Aku buat pakai isi salmon...

Sedap... bolehlah cuba... huhu... inspirasi aku adaptasikan dari sini... huhu... http://khairulabdullah.com/resepi-mudah-kari-kepala-ikan-salmon/ dan juga kat sini http://www.tiffinbiru.com/2013/03/kari-ikan-salmontanpa-santan.html

Ini bahan-bahannya...

A) Bahan Tumis
1) Kulit kayu manis - 1 batang
2) buah pelaga - 3 biji
3) bunga cengkih - 3 kuntum
4) Bunga lawang - 2 kuntum
5) Bawang merah/kecil - 3 ulas (Mayang)
6) Bawang puih - 2 biji (Mayang)
7) Halba campur - 1 sudu besar
8) Daun kari - 1 tangkai

B) Bahan blend
1) Bawang besar - 1 biji
2) Halia - 2 inci
3) Cili kering/giling - 10 tangkai/3 sudu besar (ikut suka)

Rempah Kari ikan - 1 paket (nak pekat letak 2 paket)
Asam jawa - secubit
Ikan salmon - 1kg / ikut suka (potong-potong)
Garam
Ajinomoto/ serbuk perasa
Bendi (option) - aku tak letak pun... huhu...

Halba campur

daun kari


Asam jawa secubit

rempah kari ikan - apa-apa brand pun ok...


ikan salmon yang dah dipotong


Cara-caranya...
1) Campurkan bahan blend dengan rempah kari. jadikan pes, tambah sedikit air.


2) Campurkan asam jawa dengan air, untuk buat pes asam jawa. banyak atau sikit kuantiti air terpulang.
3) Tumis bahan-bahan penumis di mulakan dengan rempah ratus. sehingga naik bau, masukkan bawang-bawang. selepas bawang naik bau, masukkan halba campur dan seterusnya daun kari.
4) Masukkan pes kari tadi dan tumis sehingga pecah minyak dan naik bau.



5) Masukkan pes asam jawa. dan masukkan ikan, tambahkan sedikit air supaya ikan tenggelam dalam kuah.
6) Masukkan bendi selepas 20 minit mendidih.
7) Masukkan garam dan ajinomoto/serbuk perasa selepas 30 minit kuah dan ikan mendidih.

Siap...

P/S: Kalau tak nak pakai rempah ratus pun boleh, aku saje je letak nak bagi harum kuah kari...


Selamat mencuba!!!

~Zamiy Hisana~

Monday, November 8, 2010

Buried yang Buried...

Aku melajukan diri untuk menuju ke GSC ALAMANDA...
Memang mengujakan, bawa kereta macam dah nak giler dah...
Aku pun tak tahu sangat apa yang berlaku dengan diri aku ni,
Bersemangat sangat nak tengok wayang yang beberapa hari aktiviti ini aku tak buat...

Sampai kat sana..

Terus meluru kat kauter...
Sambar 4 tiket... Burried...
Walaupun dah lambat setengah jam. tapi kitaorang redah je masuk...
Masuk2 je, aku nampak kat screen besar tu ada seorang lelaki (ryan renolds) tengah duk kat dalam kotak...
Cemas sungguh beliau kelihatan ketika itu...
Aku dan kesemua ahli penjejak movie duk perati, apa yang mamat dalam kotak ni tengah nak buat...
Heeee....

Aku shortcut terus la...
Lebih kurang sejam lebey kemudian...
Aku dan kesemua ahli penjejak movie, ketawa berdekah melihat aksi lelaki itu mati dalam kotak...
Kejam sungguh kitaorang kan?

Tapi... aku memang serius, mengaku kat sini...
Aku tak pernah lagi jumpa movie yang macam ni...
First ever in my life!!!!!!

First time dalam hidup aku tergelak macam nak habis nyawa
lepas tengok ending...
Firts time aku tengok movie yang pelakon dia cuma seorang sahaja all the time... (pelakon suara tu ramai... sebab dia asyik cakap telefon...)
First time aku tengok movie yang cuma ada satu je tempat shooting... iaitu di dalam coffin atau kotak dia tu...

Tapi citer ni banyak pengajaran...
Sensitif sikit, tapi bagus untuk warga America la kan...
Sebagai manusia, dan seorang Islam...
Aku faham apa yang mereka lalui,
Namun kita semua manusia, kemarahan kadang-kadang mengatasi kewarasan beragama...

Orang yang letak dia dalam kotak tu, nakkan wang tebusan,
dari kerajaan America, sebab mamat ni warga America...
Orang tu kata, dia minta gitu sebab askar america serang negara dia dan menyebabkan dia hilang keluarga...
Sebabkan lelaki itu America juga (walaupun bukan askar) dia tetap nak balas dendam... dan minta duitla kan...
Tapi kerajaan America tak mampu nak tunaikan,
atas dasar-dasar yang aku sendiri tak berapa nak faham...
Mungkin kalau korang tengok, korang akan faham la apa yang di maksudkan beliau-beliau yang menjadi pengarah dan penerbit cerita ni...

lepas habis tgk buried ni... aku dan geng2 penjejak movie pergi melantak jap kat Maulana...
Aku terpegun tengok suasana kat Maulana yang begitu meriah, terutamanya pada malam hari...

Paro yang melantak megi goreng...

Ni pinggan Master.. hehe...

Snapshot lebey gambar paro... sebelah aku poyo (nickname)...

Aku kagum dengan cara ikan dalam aquarium kat maulana ni tidur...
Walaupun... Paro kata...

"Ei... Ikan memang tidur macam tu la... kalau nampak dia landing kt bawah ke atau dia senget je maknanya dia tidur la tu..."

 ikan Maulana yang sedang beradu....

Hahaha!!! Masa aku kecik dulu... mak aku memang suka bela ikan, bila ikan tu senget je aku selalu cakap dengan mak aku...

"ibu... ikan tu nak mati... dia senget..."


 ikan yang melandingkan diri....

Haha! Baru aku tahu... sepanjang dekat 23 tahun aku hidup ni, baru aku tahu ikan tidur macam tu... haha...

Wednesday, March 17, 2010

This is the stinks nature of human..... Secondo...

Banyak benda dalam dunia ni yang boleh di ubah tapi benda yang paling susah sebenarnya adalah pemikiran dan pegangan manusia... sedangkan besi yang tahap keras bukan main tu pun boleh je nak ubah tapi kalau manusia punya pemikiran, memang susah... lagi-lagi yang jenis ikut kepala ni... sedap dia je...

kadang-kadang, siapa lah kite nak menegur kesalahan orang sebab sedar-sedar kite sendiri lagi banyak buat benda silap dari orang... namun kadang-kadang bile tak tegur melerat lak 'deme', makin bengkak plak hati menengoknya...

tapi tu la dia, benda ni bukan senang nak maen suka-suka hati je nak tegur, dia ada banyak format dan strateginya. tapi besenya orang pakai dua jenis strategi je, samada pergi sound direct tak pun mengumpat kat belakang je...

dua-dua cara pun kadang-kadang betul, kadang-kadang salah juga... tapi tu lah, masih banyak lagi method lain and format lain yang boleh guna kot, sebab kat dalam dunia ada banyak cara untuk selesaokan masalah... cuma dua benda je yang tak de jalan penyelesaian... iaitu the two and only, hidup dan mati... mungkin juga ada sesetengah yang fikir, penyelesaian kepada hidup adalah mati dan penyelesaian kepada mati adalah hidup...
benda ni bukan saje-saje aku tulis tak fikir, aku fikir dulu dan jawapannya sangat subjektif, tapi aku bagi warning siap-siap, sesape yang jenis pemikirannya tulus ikhlas, di larang membaca dan memahamkan ayat tersebut... hahaha....

kalaulah manusia ni terlalu canggih, kot-kot adalah satu masa nanti ada satu alat yang di cipta untuk membaca pemikiran manusia mesti ramai orang beli terutama perempuan sebab diaorang suke nak baca pemikiran boyfriend dorang... haha...

maka, selepas itu banyaklah rumah tangga porak peranda sebab bini tahu apa yang laki dia fikir... (kahwin banyak)

ada satu lagi human nature yang sangat sukar untuk di ubah...
selfish!

ya... 'sel ikan' haha... inilah dia, sifat yang sangat busuk dan hanyir seperti namanya... selfish... semua manusia pun gini, kalau tak takkan lah dia boleh hidup kat dunia ni...
tapi kalau selfish kau tu ke arah kebusukkan maka hanyir dan buruklah ikan tu, tapi kalau ke arah kewangian, maka wangilah kot ikan kau tapi yang penting CANTIK ikan tu...
inilah rule pertama kehidupan... aplikasi benda ni banyak je kat mana-mana bahagian, dari segi kehidupan, kepercayaan dan macam-macam lagi...

 sel ikan aku... (xleh blah...)

contohnya adalah kepercayaan, aku yang percaya dengan Tuhan aku, aku punya sifat pentingkan diri... aku fikirkan amalan aku macam ada tak ade, pahala aku yang tah berapa, dosa aku yang memang bertimbun tu, kalau aku tak fikirkan benda tu untuk diri aku, maka..... haha... tapi sebenarnya terpulang lah kot kat individu... cara penggunaa 'sel ikan' tu... aku ada cara aku sendiri... begitu juga dengan orang lain...
papehal pun, yang penting jangan sampai 'sel ikan' ni berulat dan menyebabkan orang lain sama terkena 'taun' ikan yang diri sendiri simpan....