Pages

My sweet Surrender

Wednesday, March 17, 2010

This is the stinks nature of human..... Secondo...

Banyak benda dalam dunia ni yang boleh di ubah tapi benda yang paling susah sebenarnya adalah pemikiran dan pegangan manusia... sedangkan besi yang tahap keras bukan main tu pun boleh je nak ubah tapi kalau manusia punya pemikiran, memang susah... lagi-lagi yang jenis ikut kepala ni... sedap dia je...

kadang-kadang, siapa lah kite nak menegur kesalahan orang sebab sedar-sedar kite sendiri lagi banyak buat benda silap dari orang... namun kadang-kadang bile tak tegur melerat lak 'deme', makin bengkak plak hati menengoknya...

tapi tu la dia, benda ni bukan senang nak maen suka-suka hati je nak tegur, dia ada banyak format dan strateginya. tapi besenya orang pakai dua jenis strategi je, samada pergi sound direct tak pun mengumpat kat belakang je...

dua-dua cara pun kadang-kadang betul, kadang-kadang salah juga... tapi tu lah, masih banyak lagi method lain and format lain yang boleh guna kot, sebab kat dalam dunia ada banyak cara untuk selesaokan masalah... cuma dua benda je yang tak de jalan penyelesaian... iaitu the two and only, hidup dan mati... mungkin juga ada sesetengah yang fikir, penyelesaian kepada hidup adalah mati dan penyelesaian kepada mati adalah hidup...
benda ni bukan saje-saje aku tulis tak fikir, aku fikir dulu dan jawapannya sangat subjektif, tapi aku bagi warning siap-siap, sesape yang jenis pemikirannya tulus ikhlas, di larang membaca dan memahamkan ayat tersebut... hahaha....

kalaulah manusia ni terlalu canggih, kot-kot adalah satu masa nanti ada satu alat yang di cipta untuk membaca pemikiran manusia mesti ramai orang beli terutama perempuan sebab diaorang suke nak baca pemikiran boyfriend dorang... haha...

maka, selepas itu banyaklah rumah tangga porak peranda sebab bini tahu apa yang laki dia fikir... (kahwin banyak)

ada satu lagi human nature yang sangat sukar untuk di ubah...
selfish!

ya... 'sel ikan' haha... inilah dia, sifat yang sangat busuk dan hanyir seperti namanya... selfish... semua manusia pun gini, kalau tak takkan lah dia boleh hidup kat dunia ni...
tapi kalau selfish kau tu ke arah kebusukkan maka hanyir dan buruklah ikan tu, tapi kalau ke arah kewangian, maka wangilah kot ikan kau tapi yang penting CANTIK ikan tu...
inilah rule pertama kehidupan... aplikasi benda ni banyak je kat mana-mana bahagian, dari segi kehidupan, kepercayaan dan macam-macam lagi...

 sel ikan aku... (xleh blah...)

contohnya adalah kepercayaan, aku yang percaya dengan Tuhan aku, aku punya sifat pentingkan diri... aku fikirkan amalan aku macam ada tak ade, pahala aku yang tah berapa, dosa aku yang memang bertimbun tu, kalau aku tak fikirkan benda tu untuk diri aku, maka..... haha... tapi sebenarnya terpulang lah kot kat individu... cara penggunaa 'sel ikan' tu... aku ada cara aku sendiri... begitu juga dengan orang lain...
papehal pun, yang penting jangan sampai 'sel ikan' ni berulat dan menyebabkan orang lain sama terkena 'taun' ikan yang diri sendiri simpan....

No comments: