Pages

My sweet Surrender

Monday, November 8, 2010

Buried yang Buried...

Aku melajukan diri untuk menuju ke GSC ALAMANDA...
Memang mengujakan, bawa kereta macam dah nak giler dah...
Aku pun tak tahu sangat apa yang berlaku dengan diri aku ni,
Bersemangat sangat nak tengok wayang yang beberapa hari aktiviti ini aku tak buat...

Sampai kat sana..

Terus meluru kat kauter...
Sambar 4 tiket... Burried...
Walaupun dah lambat setengah jam. tapi kitaorang redah je masuk...
Masuk2 je, aku nampak kat screen besar tu ada seorang lelaki (ryan renolds) tengah duk kat dalam kotak...
Cemas sungguh beliau kelihatan ketika itu...
Aku dan kesemua ahli penjejak movie duk perati, apa yang mamat dalam kotak ni tengah nak buat...
Heeee....

Aku shortcut terus la...
Lebih kurang sejam lebey kemudian...
Aku dan kesemua ahli penjejak movie, ketawa berdekah melihat aksi lelaki itu mati dalam kotak...
Kejam sungguh kitaorang kan?

Tapi... aku memang serius, mengaku kat sini...
Aku tak pernah lagi jumpa movie yang macam ni...
First ever in my life!!!!!!

First time dalam hidup aku tergelak macam nak habis nyawa
lepas tengok ending...
Firts time aku tengok movie yang pelakon dia cuma seorang sahaja all the time... (pelakon suara tu ramai... sebab dia asyik cakap telefon...)
First time aku tengok movie yang cuma ada satu je tempat shooting... iaitu di dalam coffin atau kotak dia tu...

Tapi citer ni banyak pengajaran...
Sensitif sikit, tapi bagus untuk warga America la kan...
Sebagai manusia, dan seorang Islam...
Aku faham apa yang mereka lalui,
Namun kita semua manusia, kemarahan kadang-kadang mengatasi kewarasan beragama...

Orang yang letak dia dalam kotak tu, nakkan wang tebusan,
dari kerajaan America, sebab mamat ni warga America...
Orang tu kata, dia minta gitu sebab askar america serang negara dia dan menyebabkan dia hilang keluarga...
Sebabkan lelaki itu America juga (walaupun bukan askar) dia tetap nak balas dendam... dan minta duitla kan...
Tapi kerajaan America tak mampu nak tunaikan,
atas dasar-dasar yang aku sendiri tak berapa nak faham...
Mungkin kalau korang tengok, korang akan faham la apa yang di maksudkan beliau-beliau yang menjadi pengarah dan penerbit cerita ni...

lepas habis tgk buried ni... aku dan geng2 penjejak movie pergi melantak jap kat Maulana...
Aku terpegun tengok suasana kat Maulana yang begitu meriah, terutamanya pada malam hari...

Paro yang melantak megi goreng...

Ni pinggan Master.. hehe...

Snapshot lebey gambar paro... sebelah aku poyo (nickname)...

Aku kagum dengan cara ikan dalam aquarium kat maulana ni tidur...
Walaupun... Paro kata...

"Ei... Ikan memang tidur macam tu la... kalau nampak dia landing kt bawah ke atau dia senget je maknanya dia tidur la tu..."

 ikan Maulana yang sedang beradu....

Hahaha!!! Masa aku kecik dulu... mak aku memang suka bela ikan, bila ikan tu senget je aku selalu cakap dengan mak aku...

"ibu... ikan tu nak mati... dia senget..."


 ikan yang melandingkan diri....

Haha! Baru aku tahu... sepanjang dekat 23 tahun aku hidup ni, baru aku tahu ikan tidur macam tu... haha...

3 comments:

The Poyo Me said...

Nampak sgt la byk sgt ilmu sia-sia dalam kepala aku...
samapi ikan tido pun aku tau macamana.

p.s. buried actually best. kalau difikirkan isu yang di bawak lah.
1) isu kerajaan amerika yang dasar2 dia berat sebelah
2) isu orang iraq yang terdesak nak cari sesuap nasi (sebab negara hancur lepas perang)
3) isu syarikat amerika yg nak selamatkan bontot sendiri je (tang2 orang nak mati sempat call pasal insurans. taik ke apa)
4)isu letak mak kat umah orang tua, last2 bila nak mampos baru call...

byk gak la...ak gelak2 pon, dua tiga hari ak fikir psl cte tuh.

Hisana said...

tu la psl... mmg baru nk mampos baru call mak ayah... xleh blah sgt...
bnyk pengajaran...
not bad pun sebnarnya...

Che Cha said...

dia mati camne weh ? kelemasan ? hehe.
cam menarik cite ni. nk gak aku tgk coz dok dalam bekas tu jekkk the whole movie? gempak tol cite