Pages

My sweet Surrender

Monday, November 22, 2010

Aku dan November...

Sejak akhir-akhir ni...
Macam-macam jadi dalam hidup aku...
Aku bukan tak nampak atau buat tak nampak...
Aku bukan tak faham atau buat tak faham...

Aku dah sampai pada turning point aku ke?

Tapi... inilah dia yang aku nak katakan...


Aku tak berubah...


Berubah di sini maksudnya hati dan perasaan aku terhadap kawan-kawan dan keluarga...
Cuma... aku telah menambah satu lagi perasaan kepada seseorang...


Aku tahu dan mengerti,
Ramai yang sangat-sangat kecewa dengan pilihan aku...


Mungkin juga semua orang.. sedang menantikan statement aku ni... (ya ke???)

Ya...
Aku sudah jatuh cinta...
Aku sedang di lamun cinta...

Di mana pilihan hati aku ni,
Tak di sukai oleh teman-teman...
Tak di terima oleh ibu dan ayah aku...

Tapi...

Aku sendiri tak tahu macam-mana nak terangkan pada semua...
Mungkin juga... kisah aku dan si dia ini akan sesuatu yang aku dan dia sahaja yang memahaminya...

Aku tahu kenapa dan mengapa dia tak menjadi kegemaran bagi semua orang di sisi aku...

Kenapa aku jatuh cinta pada dia...?

Dia...
Sangat biasa...
Dia seorang lelaki yang biasa, macam lelaki yang ada kat dunia ni...

Dia bukan doktor,
Dia bukan lawyer mahupun engineer...

Dia despatch jer...
Dia belajar pun tak setinggi mana...
biasa je..

Badan dia tak de la tough mana pun, (tapi aku sukee...)
Muka dia boleh tahan la... (bagi aku memang habis Handsome dah~)
Suara dia... sedap juga la telinga mendengar... (Habis romantik la...~)
Kulit dia, lebih putih dari aku la... (Aku jeles...)

Tapi sungguhpun begitu...
Dia rajin bekerja dan tak pernah menyusahkan orang lain...
Dia tak pernah menyesal atas apa yang telah berlaku ke atas diri dia sebelum ni,
Dia teruskan kehidupan dan Redha..

Dia sedar dengan ketentuan Allah,
Dia sedar diri...

Bukan semua orang je tahu, namun aku dan dia sendiri tahu,
Percintaan kami ni memang dah ala-ala antara 2 darjat dah... (bukan ala-ala da...)

Dia tak pernah terfikir nak memikat aku pun, tak pernah terfikir nak bercinta dengan aku...
Namun...
Memang tak di jangka kerana aku sendiri jatuh cinta pada dia...

Terus-terang aku katakan di sini,
Aku pernah nak jalankan dia dengan Eiki aku sendiri...
Eiki pun agak berkenan dengan dia... termasuklah dia sendiri...

Tapi tu lahkan...
Aku tak de perkataan lain nak katakan melainkan Allah punya ketentuan...
Aku agak keliru juga dengan apa pun aku tak tahu...
Aku tak tahu samada perlukah aku perkenalkan dia dengan kawan-kawan aku atau tak,
Sebab...

Aku tak nampak relevennya kenapa aku nak perkenalkan dia dengan kawan-kawan,
Kerana semua tak boleh menerima dia sejak awal lagi...

Sebab itu aku masih berdiam diri..
Simpan je dia.. (haha... buat pekasam...)

Aku tak tahu nak terangkan pada semua macam mana dia...
Bila aku kata dia baik... baik ni kan subjektif dan meluas sangat...
Bila aku kata dia ni jujur... jujur pun terlalu abstrak...
Bila aku kata dia ni setia... setia pun adalah sesuatu yang boleh di manipulasikan...

Entahlah...

Aku cuba kenalkan dia dengan family aku, namun diaorang pun sendiri awal2 dah kata...

"Tak payah... aku tak nak kenal dia..."

Jujur aku katakan, aku sedih dengar kata-kata tu... kenapa tak nak kenal dia dulu...?
Kenapa judges dia macam-macam...?

Tapi... lama-lama ibu dan ayah nampak boleh menerima dia sebab kata ibu,

"Dah itu yang buat kau bahagia, dan kau gembira... asalkan kau gembira sudahlah... ibu kecewa pun tak pe..."

Aku faham.... aku waras masa buat pilihan tu...

Keputusan aku ini memang menyakitkan dan mengecewakan ramai orang dan menghancurkan banyak hati...

Termasuk dia yang sebelum dia... termasuk si dia yang sebelum aku untuk dia...

Maafkan kami...
Tiada apa yang mampu aku katakan setakat ini melainkan kata-kata maaf...
Maaf... kerana kami sudah jatuh cinta...

Aku tahu, banyak yang rela sahaja dengan percintaan kami ini, namun restu dan doa mungkin sangat sedikit yang mengiringi kami... namun aku mohon agar jangan doakan kecelakaan kami berdua...

Kerana, aku yakin, kami bercinta untuk mencari kebahagian walaupun percintaan ini adalah antara dua kufu yang berbeza untuk zaman dan era masa sekarang ni...

Walaupun agak tak leh blah dan mengarut... namun... apa yang aku boleh klasifikasikan percintaan ni setakat ini adalah...

Percintaan terlarang di muka bumi ni...

Aku sendiri tak sangka, November ini... aku sedang bercerita mengenai kisah percintaan terlarang aku sendiri...
yang highlightnya di sini adalah AKU yang bercinta...
Tak pernah sekali pun aku terfikir yang aku akan berhadapan dengan kisah cinta seperti ini...
(bercinta pun tak pernah aku terfikir... haha.. tak leh blah...)

Mungkin keputusan nak berkahwin dalam masa terdekat ni buatkan semua orang naik darah kot...
Haha...

Keluarga dia dapat menerima aku dengan baik... Alhamdulillah...

November 2010 kali ini banyak memberikan dan meninggalkan kesan dalam hidup aku...
Kisah yang aku sendiri tak pernah bayangkan...
Kisah yang tak pernah aku karang...
Skrip yang sebenar bukan seperti yang selalu aku coretkan...
Ceritera yang asli bukan seperti yang selalu aku ilhamkan...

November ini,
Membuka satu lembaran baru untuk aku...
Lembaran yang istimewa bagi aku, namun kekecewaan bagi orang lain...

Kepada mereka yang mengenali dia, terima kasih aku ucapkan...  kerana memberikan sokongan..
Terima kasih...
Kepada kawan-kawan aku yang lain, setiap nasihat anda semua jujur dari hati aku menerima dan jadikan ingatan...

Nasihat anda semua membuktikan bertapa aku amat penting (hehe... tak leh blah...) dalam hidup anda... terutama Paro... thanks pal.. walaupun aku tak berdaya nak ucap sendiri dengan mulut aku ni, namun aku tahu kau care and memang aku hargai dan terharu.... (heee.... malu plak...)

Maafkan aku sekali lagi...
Maaf kerana aku telah jatuh cinta... dengan dia...


~Zamiy Hisana~

3 comments:

The Poyo Me said...

bukan dua darjat kerja yang menjadi ukuran.
tetapi dua darjat HATI.

pada apa yang kau tahu dari mereka, bukan mereka tidak suka kerjaya lelaki itu,

tapi sikap lelaki itu dengan mereka.

lelaki apakah yang menghalang si cinta berkawan dengan teman rapat yang sudah

dua tiga tahun bersama, susah dan senang?

lelaki apakah yang sanggup membiarkan si cinta keluar sehingga tengah malam,

walaupun dengan dirinya sendiri? adakah si lelaki lupa akan adab pergaulan

antara bukan muhrim? apakah alasan sesuai untuk bermotosikal bersama2?

lelaki apakah yang merasa sedikitpun tidak kisah jika ibu bapa si cinta enggan

hadir ke majlis pertunangan? yang akhirnya ibu bapa si cinta, bukan si lelaki

yang terpaksa mengalah dalam hal ini?

anda dulu pernah berdegar-degar menegur mereka kerana membelakangi rakan hanya

kerana cinta. namun kali ini anda buat perkara yang sama pada kami. mana prinsip

yang dulu menyebabkan aku bangga mengenali anda?

lihat pos anda yang sebelum ini. anda nyatakan anda sayang ibu bapa anda. tetapi

di pos terakhir anda ini anda nampaknya membelakangi ibu bapa anda. nyata mereka

bersetuju di akhir cerita hanya kerana mereka tidak mahu memanjangkan perbalahan

dengan anak yang mereka tatang sepenuh hati. apakah anda boleh beritahu pada

aku, jujur pada aku bahawa mereka benar-benar 'melepaskan' anda kepada dia?

aku adalah manusia yang bercakap berasaskan fakta. aku bukan hendak mengutuk

anda. jujurnya aku pun pernah berbuat begini. aku pernah ada zaman angau aku

juga. jadi aku tahu apa akhirnya. cinta itu indah tapi attraction tu sementara.

bila semua kabus itu hilang yang tinggal hanya kebenaran.

Che Cha said...

Memang benar apa yang kawan kite komen di atas ni wahai cik Hisana. Aku pun ada sesuatu nak gitau, alang2 ko dah Blog post pasal ni.

Ye. Kite tetap kawan sampai bila2. Kerana kita kawanlah, aku nak komen kat sini, based on whut u have written off....urself. Walopon aku mungkin ulang komen2 kawan di aatas ni.

Aku minta maaf sekirnya apa yang aku cakap ni menyinggung rasa di hati ko. Silalah delete jika tak suka. Tapi ini untuk peringatan ko sehingga bila2.


Percintaan antara dua darjat? Tak de yang terjadi kat sini. BUkan tu isunya sekarang. Masalahnya, ko yakin dia memang untuk ko? Ko dah buat solat hajat dan sunat istikoroh setiap malam? Sehingga dapat jawapanNya? Jika jawapanya yer mungkin solat tu dibuat bila dah ada perasaan tahap gila punya cinta kat dia...heheh

Tak de cerita kitorang benci kat mamat tu sekarang ni. Tu sekadar andaian ko je. Kalao betol dia despatch, tapi mmg bagus orangnya, jaga adab, beriman, dan jaga batas pergaulan, kami sokong hubungan ko n dia.

Tapi, apa yang aku lihat, batas2 pergaulan macam dah terlebey.

Bertunang tidak menghalalkan apa yang haram. Belum Sah. Tu aku terfikir, apa tujuan tunang sebenarnya? Nak elak maksiat? Tak de. Tengok gambar yang ko amik camtu. Rapat betul. Kenapa tak nikah terus? Semua halal. Tak de orang nak mengata dah.

Apa yang paling penting dalam hidup ni, keberkatan ibu bapa. Kenapa dorang tak suka? Ada sebab. Biasalah orang tua2 makan dulu garam dari kite. Kalo dorang tak suka, tandanya adalah sesuatu. Bayangkan kalo anak ko yang bantah cakap ko cam apa yang ko buat sekarang? Cuba fikir tuk jangka masa panjang.

Cinta memang membahagiakan. Ceh itu aku tahu. Tapi dalam masa yang sama menyakitkan rohani dan jiwa. Cinta itu mmg manis tp blh jadi racun..

Please kawanku. Fahami betul2 ape yang jadi sekarang nih. Keluar malam dengan dia? Bermaksud dia seorang yang 'baek' ke? Kekadang lelaki boleh tengok dari cara dia bawa kite. Ni memalam angkut keluar, naek moto sekali, belum sah kawen lagi.

Bukan apa, takut nilai diri kite susut. Laki xpe. Tu dia hisana. Dats why aku cakap, take care lebey diri ko. Kalao betul cinta ko ikhlas, kalau betol cinta ko kerana Allah kepada si dia, tolong kawal batas pergaulan.

Kaji balik camne batas untuk bergaul.

Ape yang aku cakap kat ko dalam telefon hari tu pasal dia....tu bukan aku reka cerita... ada yang menyampaikan.... ko lebey tahu bukan? =)


Yang benar dari kawan ko yang tak berapa nak rapat pn sebenarnya.


ps: papepon, hope persahabatan kite sume ngan lelain ni lebey teguh dari rasa ko terhadap dia. minta maap kerna berkata begini =)

Insan Biasa said...

wah..ada cerita hot di sini..=)

Rakan sebilik ku,

Mmg awal2 sblm ko bertunang, aku ada ckp byk perkara sampai ko pening2 kepala. Kesian gak tgk ko tension bila blk bilik. Maafkan aku kalo ape yg aku pernah ckp dulu buat ko terasa hati.

Skrg bl ko dh slmt jd tunangan org, aku xnk ulang ckp benda yg sama mcm sblm ko bertunang dulu. Xpela, mgkn dah tertulis begini utk ko. Seawal ini jodoh ko sampai dan dalam keadaan seperti ini ia berlaku. Sape yg boleh lawan takdir kan? Mgkn apa yg berlaku ada hikmahnya.

Jd, sblm ko sah jd isteri dia, jagalah diri wahai sahabatku. Mana yg tak boleh, jgn buat. Mana yg boleh elak, elak lah. Mana yang haram jangan dekat. Aku yakin semua perkara itu ko dh tahu. Tak perlu aku sebut pon ko dah tahu. (ye, aku tahu smlm pon aku dh ckp benda ni kt ko. dan ko akan dgr lg slps ini..hehe..=))

Kalo ko nk kawin awl, kawin lah zam. Mgkn ada yg xsetuju dgn pendapat aku. Tp bl aku tgk cara korg dan ko sendiri tahu dh jatuh hukum wajib kawin, jd itulah yg terbaik. Apa pun jd slps kawin, itu lain cerita. Dah jd suami isteri pandai2 lah korg jaga rumah tangga sendiri.

Yg paling penting zam, apa pun keadaan, utamakanlah ibu bapa. Usaha dan berdoa lah utk mendapat restu mereka. Ibu bapa mana yg xnk tgk anak bahagia.

kpd bakal suami zam, mmg aku tak pernah jumpa ko. Mmg aku tak kenal ko dan aku rs aku tak layak nak judge org yg aku kenal. Its ok apa pun taraf pendidikan dan kerja ko. Tiada mslh di situ.

Skrg ko dh jd tunangan kwn aku, ko jagalah dia baik2. Jagalah maruah dia. Mcm mana ko xnk lelaki lain buat kat dia (sentuh2, berbual manja) ko pun jgn buat benda yg sama kat dia krn mak, ayah dan kwn2 dia tak suka. Adil kan?

Jumpalah ibu ayah dia. Ckp baik2, amik hatinya, doa byk2..InsyaAllah lembut juga hati org tua tu nanti. Berkahwinlah dgn restu ibu dan ayah, InsyaAllah berkat kerana redha Allah berserta redhanya ibubapa.

ok, pnjg dh aku membebel. Walau apa pun versi nasihat drpd kwn2 kita zam, semua nk kn benda yg sama - nk tgk ko bahagia dan xslh buat plhn.

Semoga bahagia dunia akhirat. Ingat Allah selalu.=)