Pages

My sweet Surrender

Tuesday, August 25, 2015

Movie Hantu.... huuuuuu...

Haha... xpernah kan aku cover story ni...???
Tetibe rasa macam nak cover lak...
Dalam 2- minggu ni, aku and By asyik duk melayan cerita hantu... (maklumlah, lama bebenor tak g tengok wayang sejak ada ucuk acin...)
Aku mula nak mencari-cari cerita hantu yang lama-lama.. (tahun-tahun lepas je pun...)
Banyak juga lah yang baru aku tengok... (orang lain da lama menengok dah...)

Antara cerita yang aku layan,
1) Bangunan (2015)


- sinop sikit cerita ni yer... kisahnya berlaku dalam sebuah bangunan dalam Malaysia ni, kalau korang tengok movie ni, and tengok review and komen dari blogger lain, memang confirm boleh tahu la kot kat mana... dia macam dokumentari macam tu la... dari 5, aku rating 3.5 la macam tu. seram memang ada, cume ada sikit2 aku macam tak confident dengan apa yang pengarah cuba buktikan... tapi, aku tak nak kata ianya tak benar or benar... korang tengok and nilai sendiri yer... tapi memang serius, seramlah sebab aku asyik teringat jer few sceme dalam filem tu... tapi apapun, cerita last yang di lakonkan semula tu memang ada sedikit fail lah bagi aku... tapi seram sebab aku siap tutup mata... takut...

2) Jalan Puncak Alam


-sinop sikit... kisahnya pasal sorang lelaki ni motor habis minyak... so dia call member dia minta tolong pick up... tapi memang kesianlah sebab dia terperangkap dengan mainan hantu budak yang dari awal duk berkenan dengan dia... ini memang SERAM lah bagi aku... ini boleh bagi 4.5 dari 5... kecut perut aku menengok, hantu memang tak de tunjuk muka yang huduh... tapi sebab budak tu macam budak dalam citer Ju-On habis lah... tapi, bila aku try serach internet (ceh... nak cek la konon2nya....) memang banyak lah pengalaman orang yang pernah kena... ni antara link-link yang aku pernah jumpalah, pengalaman orang lain...

Kisah Seram di puncak perdana
Hantu Or Lansuir di Puncak Alam
Rambutnya Hitam Panjang, Bu
Hantu Tumpang Kereta - (Jangan Baca Kalau Imaginasi Tinggi)
Pengalaman Mistik

~Credit untuk link blogger di atas... y last punya link tu aku xsure ada kaitan dengan puncak alam or tak, sebab aku baca kisah2 dia and simpan link ni..

3) Misteri vila Nabila


-Citer ni pun boleh tahan seram, ada kisah kat dalam dia yang berdasarkan pengalaman dari beberapa orang kontraktor yang di upah untuk merobohkan vila tersebut. memang seram sebab rasa real, cuma ada part yang memang tak masuk akal... sejauh mana kebenaranya aku pun tak pasti, sebab tak kena sendiri... (minta di jauhkan lah...) Diorang ni, cuba untuk memecahkan dinding bangunan vila ini sebab di offer oleh majlis perbandaran negeri JOHOR la macam tu, untuk merobohkan bangunan usang dan lama dalam bandar. Tapi setiap keesokkannya harinya, bila mereka nak sambung semula proses merobohkan bangunan, mereka semua terkejut sebab dinding yang dah mereka robohkan semalamnya, pulih macam tak pernah lansung di pecahkan... jadi... mereka pun akhirnya sepakat nak tinggal bermalam di sana, untuk menyaksikan sendiri apa yang berlaku sebab deadline untuk kerja-kerja meroboh tu dah dekat... ada pegwai yang datang meyelia kerja mereka pun dah warning suruh mereka siapkan kerja cepat... kemudian... jeng-jeng-jeng... tengoklah sendiri selebihnya...

4) Nasi Tangas @ Kangkang


-Aku cume kenal beberapa je pelakon dalam citer ni, sebab aku tak berapa sangat ambil tahu perkembangan dunia lakonan.. (aku bukan retis...) so, citer dia macam tajuk dia lah... memang aku sendiri tak pernah tahu secara spesifik sebelum ni apa nasi tangas dan ingredientsnya... haha... bile aku dah tengok baru aku tahu... citer ni banyak pengajaran juga, baik suami mahupun isteri... ianya berkenaan menjaga adab sebagai seorang suami dan isteri... isteri dia tu cemburu sebab suami dia terlebih rapat lak dengan seorang kawan perempuan... sebelum dan selepas kahwin pun dia masih tak menjarakkan hubungan dia dan kawan dia tu, yang merangkap rakan kongsi meniaga dia... sampaikan ada satu masa suami dia tu tergesa-gesa meninggalkan isterinya semata-mata untuk pergi jumpa kawan dia yang ada masalah waktu tu... hati isteri mana yang tak panas kan... tapi si isteri pun, sepatutnya boleh berbincang dan minta suami kurangkan pergaulan tu, sebelum dia mendengar nasihat mak dia yang turut menggunakan 'nasi tangas' itu... jadi, selebihnya silalah tonton sendiri. seyes, rasa geli sangat-sangat bile tengok proses pembuatan nasi ini... haha...


Huhu... ada lagi beberapa citer yang aku tengok, tapi aku tak boelh nak cover semua, nanti terpanjang sangat lak entry ni... nanti lain kali... InsyaAllah... huhu...
Nanti aku shared sikit pasal nasi tangas bila aku ada masa, ni berdasarkan pembacaan aku di 'kuliah internet'... haha.. adios!

~Zamiy Hisana~

No comments: