Pages

My sweet Surrender

Monday, December 31, 2012

Dia Asal Keturunan Aku...

Kepulangan aku ke Melaka sempena meraikan majlis perkahwinan sepupu aku aritu membawa kepada satu pemahaman yang tak berapa kompleks tapi baru sekarang aku faham..

Entah sebab sebelum ni aku tak ambil perhatian ke, atau aku tak pernah nak tanya ke, or memang aku sengal sangat ke... tapi yang kenyataannya Ibu aku tak pernah rahsiakan pape pun... (Gaya macam suspen je kebenaran ni...)

Ni bukan kali pertama aku melawat ke situ, tapi nak kata banyak kali pun tak juga.. ada lah dalam 2-3 kali je gitu...

Tempat yang aku jarang pergi ni...

Tempat ni memang rasa asing bagi aku, mungkin one of the factor 'aku bukan anak kampung'... That's not mean aku ni 'anak bandar'... Cuma adalah sebabnya aku jarang balik kampung and coz of that, this kind of environment not really suit me... May be untuk vacation ke, mungkinlah...

Hubby aku, just so-so... dulu dia selalu duk rumah Tok dia masa cuti sekolah, mungkin dia memang no hal lah dengan tempat macam ni...

Ni lah tempatnya yang aku pergi aritu...

Sampai je kat tempat tu, aku pun duk me-round area tu tunjuk-tunjuk kat Hubby aku kawasan sekitar, dia excuted sebab tempat ni memang legend lah satu ketika dulu... Tempat ni tempat tumpuan orang minta nombor ekor...

Ibu aku start cerita kat Hubby aku,

        "Dulu tempat ni banyak orang cina datang sembahyang, dorang nak minta nombor ekor. Kubur ni dulu tak macam ni, lepas ada cina menang besar, cina tu datang buat marmar ni semua, bagi cantik ada pagar semua bertutup, dorang pun sembahyang besar dan makan besar sume kat sini..."


Semua tengah sibuk memerhati sekeliling tempat tu...

Aku pun tanya ibu aku, entah kenapa soalan ni dulu aku tak pernah tanya pun kat dia...

    "Siapa Tok Machap ni?"

Ibu aku jawab,

     "Dia ni yang bina masjid kat belakang tu, lepas tu ada orang datang renovate jadi cantik macam ni... Orang panggil dia datuk keramat, orang percaya kubur dia keramat..."


Ni lah masjid lama Machap...

Aku curious lagi,

     "Siapa Tok Machap ni dengan kita? Kenapa Atuk jaga makam ni dulu? Pastu kenapa Pak Husin (Abang mak aku, tapi now dia dah meninggal dunia...) lak tunggu tempat ni?

Ibu aku jawab,

      " Tok Machap ni kita punya atuk-atuk moyang, oneng-oneng semua..."

Wow... Really? Haha... Aku pun tak tahu, sebelum ni ada je ibu aku cerita pasal 'tok keramat' ni, cuma aku rasa macam tak pernah lak dengar dia kata kitaorang semua ni asal keturunan dari Tok Machap ni...

Well, lepas aku baca kisah Tok Machap yang dorang tampal kat board tu, aku macam terkedu jap... Cerita tu dari Arwah Pak Husin aku, ibu aku punya abang, ibu aku yang last. Aku pun actually tak lah rapat sangat dengan cousin sebelah ibu aku semua, kenal-kenal gitu je pun.

Terserempak kat jalan pun tak perasan punya... Kalau ikutkan, Pak Husin ni keturunan yang ke-6, so terus menjawab soalan aku, yang aku ni keturunan yang ke-7 la gitu...
Aku memang tahu ayah aku ni memang bugis asli dari Sulawesi, sebab parents ayah aku berhijrah dari sana ke Johor (Malaysia)... Aku ingat ibu aku memang orang sini (melayu Malaysia now days...) tapi dia pun rupanya susur galur Bugis...

Ni Board ada papar berita...

Tapi kalau aku tengok keturunan ibu aku yang atas-atas, semua putih-putih macam cina, ada kemungkinan mubaligh cina yang datang menumpang bak buat penempatan kat Kg. Machap (mengikut sejarah yang di ceritakan) ni dulu ada yang kahwin campur dengan keturunan Tok Machap ni...

Makam Tok Machap

Ahli keluarganya atau mungkin pengikut2 setianya...

Tapi ibu aku hitam manis orangnya.... Hehe...

Sekarang kerajaan Melaka tak benarkan lagi orang datang sembahyang kat makam ni minta nombor ekor, khurafat... lagi pun, ni kubur orang islam yang alim (mengikut sejarah), sepatutnya tak berlaku perkara macam ni...

Belakang-belakang kawasan sekitar tu, ada kubur ahli keluarga aku yang lain-lain... sebelah kawasan ni pun ada tanah penempatan, baru jugalah buat rumah and semua kat situ rata-rata sedara mara aku and a few orang luar juga. Ibu aku ada tanah kat situ, dia offer aku kalau aku nak tinggal sini, buatlah rumah kat atas tanah tu...

Ibu aku kata, dulu rumah ayah dia kat bawah tu, kat air sana..

Ada tangga sebenarnya kat sini, menuju ke bawah, kawasan penempatan orang dulu2...

Tanah seluas lebih kurang 2 ekar lebih tu, kepunyaan Tuan Makmur Bin Sabtu. Semua orang decide untuk tinggal kat situ secara beramai-ramai, sebab kat situ asal mula keturunan kitaorang buat penempatan.

 
Ni kawasan penempatan yang menghadap ke kawasan tadahan air...

Aku dari halaman rumah salah seorang sepupu aku...
 

Actually tapak rumah asal dah pun tersemadi kat dasar empangan air Melak tu, kerajaan Melaka buat kawasan tadahan air untuk negeri Melaka.

Well itu lah dia... sebelum ini memang aku tak ambil pusing sangat asal keturunan aku. Tapi bila dah tahu ni, aku try nak cari lagi pasal Tok Machap.


Semua sedang memerhatikan Board kat bawah ni sebenarnya... hehe...

Berkenaan Tok Machap dan masjid...

Namun orang banyak tahu pun dah banyak tak ada, contonya 'Tok Khalik' yang simpan barang-barang adik Tok Machap, Mendik Mahamad, dah meninggal dunia 2-3 tahun yang lalu. Yang aku jumpa aritu pun cuma anak lelaki dia je, Jasmi, sepupu mak akulah kiranya... Ayah dia, adik beradik dengan atuk aku...

Hubby aku tengah memerhatikan kawasan tu...


Ada sampan.. heeeee....

Actually aku pun tak pernah jumap atuk aku, dia meninggal pun time ibu aku belum kahwin lagi... Tak pe lah, aku pun just tahu gitu-gitu je cukuplah... apa yang aku tahu, mana asal keturunan kita, semuanya pun datang dari ALLAH..

Tanah merah Melaka...

Dalam hal ni, tak adalah nak rasa bangga yang ntah pape pun, cuma rasa bangga sebab 'Tok Machap' ni orangnya alim... (Wallahualam...) dan dikatakan rajin solat. Sebagai keturunan dia, banggalah sikit and memang terbukalah kat kepala ni, contohilah dia dalam beramalan kepada Allah... (Insaf...)





~Zamiy Hisana~

32 comments:

syafiq radzali said...

Assalamualaikum mak sedare..sy cucu arwah paklong aka abg sulong mak anda..cucu arwah tok mamat (mahmud)..sy pon baru tau asal usul ni..paklong ajak (syaril) cerita.. :) bole sy tau nnek sedare sy dduk mne?

Anonymous said...

salam semua....sy boleh rumuskan bahawa tok machap adalah anak raja bugis yang merupakan ulama besar...berdagang di Melaka namun dapat dikesan oleh bendahara Melaka tentang kewarakannyanya sehingga dilantik imam diraja,lari ke hulu sungai Melaka a.k.a machap bersama dengan pengikut kerana diburu portugis ..lalu membina penempatan dikawasan terpencil ini dan dinamakan machap...ironinya masjid machap yang kita lihat hari ini sebenarnya adalah masjid tertua di Melaka kerana dibina sekita 1530 oleh tok machap...memang betul muallaf cina yang renovated tahun 1856 tetapi binaan asal masjid yang diperbuat daripada kayu masih berada pada bangunan batu masjid ini...saya menemukan porcelain dari belanda dan china sewaktu melawat masjid ini dan kesimpulan saya bahawa penempatan terasing machap adalah yang terawal selepas kejatuhan Melaka .......hebat kuasa Allah...sebelum ini sy percaya bahawa masjid hulu dan masjid tengkera yang paling lama di Melaka tetapi rupanya masjid machap adalah masjid yang tertua dimelaka selepas mengalami beberapa pengubahsuaian.....hubungi saya untk kongsi fakta di irwan2239@yahoo.com..

Hisana said...

Waalaikumsalam.. maaf lambat baru reply.. ni cucu pak long y tinggal kt banting tu ke?

Hisana said...

Thank you en.irwan. saya pun tak berapa tahu sangat kisah tok machap sebab dengar cerita je dari mak and pak sedara... pape pn tq sgt share!

Hisana said...

Saya baru call mak saya tadi ni, adik ni ank wn.razali y polis kat johor ke? Parents saya aka nenek sedara anda duduk di subang shah alam sekarang.

syafiq radzali said...

Betul tu,saya anak Radzali..skrg kt sabah tp sy stdy kt melaka..kalau nnek balik machap lg,bgtau la..mcm nk jmpa sbb rse mcm xpnah jumpa..mybe pernah jumpa tp kecik2 dulu kot..tak igt dah..skrg selalu jumpa tok lang je kt masjid durian tunggal..btw, terima kasih :D

Hisana said...

Syafiq email la contact number kat saya nanti saya reply kt phone ke o mail snang n cpat. Kami pun last year ada jmpa pak lang tu.. kdg2 blik machap tdo rmh pak lang tu. Ni email saya, nanti email la saya contact details. Hehe... tq sebb reply.
zam_amz69@yahoo.com

Unknown said...

assalamualaikum.. tok machap kan ada 2 org adik lagi yg masih hidup.. adakah tok gubah di kg. gubah, nyalas salah seorg adik beliau? cuma tertanya2 je

Anonymous said...

Sepatutnya bila dikatakan "keturunan" kenalah bercerita tentang diri datuk macap nih. Siapa sebenarnya datuk Macap, sedikit sebanyak sejarah hidup beliau. Mungkin ada diantara pembaca termasuk saya ingin tahu lebih lanjut berkenaan datuk Macap dan bagaimana beliau boleh menjadi begitu terkenal. Kalau citer macam nih samalah juga kita tahu keturunan kita dari Nabi Adam tapi tak ramai yang lebih tahu lebih dari itu. Diharapkan admin dapat sambungkan citer Datuk Macap nih.

Unknown said...

Ingt lg masa kecik2 dulu g masjid ni naik sampan. Jln darat dulu xde. Blakang masjid smua hutan rimba

Unknown said...

Ingt lg masa kecik2 dulu g masjid ni naik sampan. Jln darat dulu xde. Blakang masjid smua hutan rimba

Unknown said...

Betul..

Unknown said...

Assalamualaikum ada jugak sedara saya.saya abdul kadir cucu tok mamat.anak kepada ismail.dulu saya kecik2 memang slalu jumpa arwah tok husin.sbb saya tggl diarea sana.cuma saya x berapa kenal sedara blh arwah atok.sbb ayah jarang bercerita.klu ada rezeki saya ingin jumpa semua sedara sebelah arwah atok mamat

Mazzccarrycinta77 said...

Asslm.saye nk tye...yg di cerite nme tok mamat ni pendekar tok mamat ke.
Saye keturunan tok mamat keturunan ke-6... Sye mncari waris2 susur galur tok mamat call no 0169844219

Mazzccarrycinta77 said...

Asslm.saye nk tye...yg di cerite nme tok mamat ni pendekar tok mamat ke.
Saye keturunan tok mamat keturunan ke-6... Sye mncari waris2 susur galur tok mamat call no 0169844219

Mazzccarrycinta77 said...

Maaf puak-16 bkn keturunan ke-6

Mazzccarrycinta77 said...

Maaf puak-16 bkn keturunan ke-6

Unknown said...

Assalammualaikum, saya Mohd Al Muhaimin Bin Nordin cucu Tok Mamat anak Kepada Nordin Bin Mamat...Ayah Saya adalah Anak Sulong Tok Mamat bersama Saamah.
Saya keturunan Tok Machap yang ke 8.
saya dibesarkan di Melaka dari kecil ...
Dan sekarang berkerja di Kuala Lumpur .
saya pun ingin mengenali lebih ramai lagi saudara2 dari keturunan saya...
Boleh lah email saya dan berjumpa jika masa terluang
chef_muhaimin@yahoo.com

Izmaya said...

W'salam, Muhaimin. Muhaimin tahu tak arwah Tok Mamat Muhaimin ada dua orang adik yang masih hidup. Seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Adik lelaki Tok Mamat awak tinggal di Durian Tunggal dan adik perempuan Tok Mamat tinggal di Kg. Melayu Subang.

Izmaya said...

W'salam, Muhaimin. Muhaimin tahu tak arwah Tok Mamat Muhaimin ada dua orang adik yang masih hidup. Seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Adik lelaki Tok Mamat awak tinggal di Durian Tunggal dan adik perempuan Tok Mamat tinggal di Kg. Melayu Subang.

Unknown said...

As salam..semua saudaraku..boleh dptkan dgn lebih tepat ,,sy sedang mencari susur galur tentang ini..kerana keluarga sy di katakan keturunan dr sini jugak..cuma blum dpt yg tepat..boleh hubungi sy 01139393500..sgt ingin tahu..Al fatihah di hadiahkan dariku buat keturunan ku,,Allahumma Amin

Unknown said...

Sama la kita keturunan ke-7. Saya cucu hj khalik😀

Unknown said...

Saya adalah cucu bibik kimbong bte sabtu adalah adik kepada hj khalik

zwanskywalker studio said...

RAMAI JUGA YE CUCU ARWAH PAKLONG MAMAT SAYA WAN ANAK ARWAH YUSOF MAKMUR ADIK KEPADA PAKLONG MAMAT KEPADA KETURUNAN TOK MACHAP SILA2 LA MELAWAT KUBUR WAKAF KT BELAKANG TU KUBUR AYAH SY PUN ADA KT SANA SINGGAH UMA CIK SITA ISTERI KEPADA HAJI MOD HUSIN MAKMUR APA PUN KEEP IN TOUCH COUSIN

SY MENETAP KT TMN BERTAM IMPIAN

APA PUN YG MANA CUCU TU ADA PELUANG DTG MELAKA RAJIN2 LA KEMAS AREA MAKAM DAN AREA KUBUR WAKAF CZ SELAMA NI CIK SITA YANG HANDLE SEGALA AKIVITI PEMBERSIHAN AREA MAKAM ITU,CIK SITA BUKAN MUDA DA MENJANGKAU UMUR 70AN

DAN JANGAN LUPA MELAWAT RUMAH PAKCHIK SENIN (PAK LANG) DI PADANG KELADI DYE UZUR DA

SELAMA NI YANG JAGA KAWASAN MASJID TOK MAHCAP DUA INSAN INI
HAJI MOD HUSIN
HAJAH MASHITA
MEREKA IBU DAN BAPE SEDARA SAYA

Unknown said...

alfatiha..

Ibnu Muhammad said...

Nama sebenarnya Sayyid Muhammad. Itu menurut kitab salasilah asli yg masih tersimpan di atas loteng rumah yg didiami Busu Jasmi.(Rumah tok long khalik dan Tok Fatimah a.k.a Pisang. Tok long Pisang adalah keturunan sebenar Sayyid Muhammad / Tok Machap. Saya masih ingat cerita salasilah sebenar kerana kerana sudah agak dewasa ketika Allahyarham ayah dan nenek saya memceritakn hal ini.

Ibnu Muhammad said...

Nama sebenarnya Sayyid Muhammad menurut kitab asli salasilahnya yg masih tersimpan di atas loteng rumah yg didiami Busu Jasmi. Terdapat juga barang lama peninggalan kerabat moyang kami.

Ibnu Muhammad said...

Kalau nak saya ceritakn secara panjang lebar blh emailkan di alamat ni: hambali5253@gmail.com

Anonymous said...

AL Fatihah

Anonymous said...

Ada sesiapa kenal arwah tok md isa ke kat sini 🤨

Anonymous said...

Alhamdulillah saya keturunan bongsu lelaki dari salasilah anak perempuan almarhum moyang saya kiyai haji machap..cerita tuan cerita sebenar..skang sibuk gak cari 2 beradik lelaki almarhum tok gubah dan tok bisu ntah mana lah makam moyang2 sedara ni

M. Firdaus said...

Assalamualaikum,

Saya cucu kepada Hajjah Mimah sepupu Nek Pisang. Pernah g umah dulu di Machap sebab bawak nenek nak ziarah sepupu dia Nek Pisang. Kerabat kami la ni banyak duduk di Batu Berendam, Melaka.