Pages

My sweet Surrender

Thursday, October 17, 2013

Anugerah Allah Yang Tak Terhingga…




Alhamdulillah…

Aku sekarang dalam masa-masa mengira hari untuk bertemu orang baru…
Baru tak baru, dah 9 bulan dia bersama-sama dengan aku and papa dia.
Walaupun dia belum lagi dapat kami peluk cium,
tapi dia dah ada, dengar dan memberi respon pada aku and by.

By happy walaupun pada awal masa dia hadir, kami honestly tak berapa ready…
Alhamdulillah, akhirnya lama-lama kami tak sabar nak tunggu dia…
Setiap hari aku akan cuba beri yang terbaik untuk dia,
walaupun aku jarang nak berbual dengan dia, tapi aku selalu bayangkan dia…

By hari-hari bagi dia dengar ayat-ayat quran masa tidur waktu malam…
Memang aku akui, tidur semasa mendengar ayat-ayat quran adalah
perkara yang paling menenangkan…
Setiap hari by akan berbual dengan dia…

First time masa dia respon,
By memang excited sangat-sangat…
Even sekarang pun, kalau dia tendang ke dia gerak-gerak ke,
By memang suka tengok and happy sangat dia, lebih excited dari aku.

Kami dah intai dia, banyak kali…
tengok muka dia, tengok kaki dia and tangan dia..
Masa tengok dia tu, dia da start hisap jari dia,
dia malu kitaorang asyik nak duk tengok muka dia,
dia tutup muka dia then menyorok kat celah-celah ‘kembar’ dia tu.
kitaorang intai dia sampai dia letih, dia menguap lagi!

Memang excited sangat perasaan masa tu…
By ketagih asyik nak intai dia and nak tengok dia tengah buat apa…
By call mak, bercerita pasal dia.
Aku pun ada call ibu, bercerita pasal dia.

Raya haritu, cerita raya kami memang di penuhi tentang dia.
Walaupun dia belum lagi berpijak di bumi ni,
tapi ramai orang dah tak sabar nak tunggu kehadirannya.
 
Serius aku cakap, masa awal-awal dia mula hadir, hidup aku sengsara sangat…
aku kehilangan berat badan mendadak, sebab badan aku tak boleh nak biasakan
diri dengan kehadirannya.
aku muntah and tak boleh nak makan apa-apa makanan pun melainkan
nasi putih je
air putih pun tak boleh nak masuk kat tekak.

Memang azab sangat rasa…
prestasi kerja pun memang menurun, sampai bos aku ada suruh aku
bercuti rehat.

Setiap hari aku asyik nak berperang dengan perasaan muntah tu..
atau nama lainnya ‘hyperemesis gravidarum’
semua klinik dah aku pergi, diagnosis kat klinik kerajaan memang sudah…
By pun sama stress bila tengok keadaan aku macam tu…
memang tak ada solution sampailah dah 5 bulan kemudian baru beransur hilang…

Pengalaman memang tak boleh nak cerita,
terlalu banyak sepanjang 9 bulan ni…

bayangkan memang kami tak bersedia dari segi mental and fizikal…
kewangan memang masih belumlah kan, sebab aku and by pun masa tu baru
3 bulan gitu berumah tangga…
rumah sewa pun masih belum proper lagi
memang tengah nak rancang honeymoon and dating je waktu-waktu macam tu
Kalau aku ada masa, nanti aku elaborate and share pengalaman tu dengan semua
dari aspek persedian rohani and jasmani.. InsyaAllah…

Bayangkan rumah sewa aku tingkat 4, aku bersabar naik tangga sampai dia dah berusia 9 bulan.
aku bawa dia sekali dengan berat badan aku lagi yang memang naik mendadak
lepas selera makan aku kembali.

Tapi apapun, Allah dah takdirkan dan tentukan yang terbaik
untuk semua hambaNya
Semuanya dah dapat kami tangani sedikit demi sedikit
dan semuanya Alhamdulillah now…
tunggu masa and doakan yang terbaik untuk dia datang…




~Zamiy Hisana~

No comments: