Pages

My sweet Surrender

Monday, February 25, 2013

Ganjaran 100 kali ganda...

Hmmm... ni aku saje nak share dengan semua orang... bukan cerita yang di buat-buat..
Aku sendiri mengalaminya... dan setiap firman Allah itu adalah benar, dan janjiNya juga benar...

Ni pengalaman aku masa dalam bulan January aritu la...
Masa tu, hari ahad, aku and by keluar nak beli makan tengahari, agak nak hujung bulan dah masa tu... hehe... beselah, hujung2 bulan ni, poket kempis sikit...
Ada pun, cukup2 makan nak tunggu sampai hujung bulan...

Lepas beli makan tengahari kat kedai ros sari tu, aku and  by pun jalan ke kereta nak balik rumah dah...
Sambil borak2 dengan by, kami terdengar satu pak cik bawa keropok lekor gitu duk panggil kitaorang. Aku and by, mmg mengelak pakcik tu, kitaorang kona jauh...
Pak cik tu give-up... dia patah balik...

Aku and by sampai kat kereta. Pakcik tu tengok aku dan cakap nak jual keropok dia...
Aku just angkat tangan kata tak mahu... serius aku cakap, kami memang sama2 cukup2 duit je masa tu...

Aku masuk dalam kereta, pak cik tu pun mengangkat bebanan keropok lekor yang berat tu berlalu pergi and duduk atas satu pangkin dekat2 situ...
Kereta belum gerak lagi, hati aku rasa sedih and sayu sebab aku tolak tawaran pakcik tu untuk, membeli keropok dia...
Demi Allah aku cakap, aku tak sampau hati...
Aku bukak beg duit aku, ada dalam RM50 gitu...

Aku cakap kat suami aku,
"By, syg tak sampai hati lah... kecian tengok pakcik tu angkat berat2 macam tu..."

Suami aku kata,
"Syang g la beli kat dia.. by pun kecian tadi, dia duk panggil2 kita...."
 Aku pun terus keluar kereta g kat pak cik tu...
Aku beli sekampit keropok dia, dengan harga belasn ringgit gitu...

Tak pelah, niat dalam hati aku ikhlas sebab aku kesian tengok dia terbongkok-bongkok angkat beg keropok tu tengah panas gitu...
Lagipun, aku fikir, aku tolong orang tua tu, kat tempat lain ada orang tolong mak ayah aku pulak... mak and ayah aku pun dah tua sangat dah, tak larat sangat pun nak buat2 pape..

~kredit google~

Beberapa minggu lepas kejadian tu, suami aku bagitahu aku sesuatu,
"Allah murahkan rezeki kita..."
Rupanya,  barang sukan yang suami aku jual balik modal and dapat untung sikit...

Beberapa hari lepas tu, aku sendiri dapat duit... yang aku rasa and tak rasa dapat, tapi jumlah dia betul2 sama dengan nilai yang aku beli keropok dekat pakcik tu... cuma darab dengan 100 kali je... contohnya RM17 gitu, darab dengan 100, jadi nilainya RM1700...
Contoh ye kat atas tu...

Walaupun duit yang aku dapat tu, memang bonus tahunan syarikat, tapi kalau Allah tak benarkan duit tu, mungkin juga aku tak dapat... bonus tahunan syarikat aku pun ikut nasib...
Kalau dapat banyak, jadi banyak... kalau dapat sikit, sikitlah juga, maklumlah company kecik tak kecik je pun...

Alhamdulillah...  sekarang ni, janganlah takut nak menderma, walau sesen pun, Allah pasti bagi ganjaran setiap apa yang kita dermakan dengan penuh ikhlas dan hanya memerlukan rahmatNya sahaja...



~zamiy hisana~