Pages

My sweet Surrender

Monday, June 14, 2010

cermin diri yang pecah...

Manusia... tak pernah tahu tujuan sebenar dia datang ke bumi ni... mungkin pernah tahu tapi di pertengahan jalan, dia lupa...
ni bukan jalan p.Ramlee, atau jalan raya mane2 yang aku perkisahkan... tapi jalan cerita hidup seorang manusia... mungkin juga bukan seorang tapi sape2 je lah yang di kategorikan sebagai manusia..

Setiap langkah yang di langkah oleh seorang manusia itu berbeza, tapi mungkin ada yang sama, setiap kali dia meneruskan perjalanan, setiap kali itu la dia akan jumpa bermacam benda... jumpa pokok yang mana dia boleh berteduh kalau penat... setiap jalan pasti ada simpangnya, kadang-kadang kat simpang ni la ramai yang akan pilih simpang yang salah, mungkin ada yang pilih simpang yang betul.. ada juga yang masih lagi tersadai kat simpang tu, tak bergerak, sampailah satu mahkluk Allah datang jemput dia kat situ..



Simpang yang ada bagi setiap manusia bukan satu, tapi banyak... kalau dia tak pernah bergerak dari simpang pertama yang dia temui, memang dia takkan jumpa simpang lain dalam hidup dia...

setiap jalan yang di lalui itu, akan melalui hutan tebal, di mana dalam hidupya ianya akan menjadi satu pengalaman yang sangat mencabar, kalau dia bernasib baik, dia akan bertemu dengan bermacam-macam barang-barang yang berada dalam hutan tu, yang mungkin boleh bantu dia melalui hutan tebal itu dengan sangat berjaya... lagi nasib baik dapat manusia lain yang di takdirkan bersama untuk melalui sehingga ke hujung hutan itu...



bukan mudah untuk menerima setiap apa yang berlaku masa kat dalam hutan tebal tu, sebab ramai je yang mati, samada mati sebab terlampau takut, atau di bunuh... ada juga yang di lencongkan dan sesat selamanya dalam hutan tebal ni... bergantung kepada satu kotak ajaib yang dipegang oleh setiap manusia ni tadi... kotak ni sangatlah ajaib, kadang-kadang kotak ni banyak compartment, kadang-kadang ada satu je...



selain kotak tu, ada satu lagi benda di bekalkan kepada setiap manusia ni, batu geliga yang agak besar saiznya... ikut saiz manusia tu juga, kadang-kadang besar, kadang kecil je... kedua-dua benda ni kadang bercanggah satu sama lain tapi kadang-kadang ok je dua-dua ni bekerjasama...



ada manusia yang sangat takut bila sesat dalam hutan tebal yang gelap tu, tapi ada yang seronok... adventure la katakan... Siapa kata manusia tu sesat sorang-sorang? banyak je yang sesat-sesat beramai-ramai, siap berhipnosis berkumpulan lagi...

dalam hutan ni, banyak juga mereka yang merupakan makhluk tuhan juga... mereka ni pemburu, pantang ada anak adam yang duk tersesat kat dalam hutan ni, sedap je dia ratah buat sup, sampai tulang pun tak tinggal lagi... tapi kalu si anak adam ni dari awal lagi dah sedar, dia akan cepat-cepat cari peta yang tersembunyi kat dalam hutan tu juga... walaupun gelap, tapi dia boleh guna kotak yang dia ada tu, sebenarnya kotak tu boleh keluarkan satu cahaya, terang, macam lampu suluh gak...



pabila cahaya dari kotak itu sudah menyuluh, maka batu geliga tadi pun juga akan bertukar kepada mode specialnya di mana dia akan mengeluarkan macam-macam idea yang hebat untuk tahu peta untuk keluar dari hutan tu berada kat mana...

siapa-siapa yang bertuah, yang ada dekat-dekat manusia yang kotak dia bersinar ni, mungkin akan sama dapat keluar dari kesesatan kat hutan tadi... walaupun kotak member ni tak bersinar masa tu, namun setiap kotak mempunyai sinarnya tersendiri... nak buat kotak tu bersinar pun, kena lah tengok bateri dia juga... kalau bateri dia tu jenis tahan lama, mungkin bersinar lama sikit, tapi kalau tak... bergantung kepada sinar kotak orang lain, tak pun sesat je la selamanya...

bila dah lepas dari hutan tebal tu, jangan tak tahu ada lagi hutan-hutan tebal yang lain yang mungkin dia akan jumpa kat tengah jalan nanti... sebenarnya ada mantera serapah yang boleh di baca kalau nak mengelakkan dari jumpa hutan ni lagi, cuma mahu dengan tak mahu je baca...



lupa plak, setiap manusia ni tadi, masa nak mulakan perjalanan di awal pangkal jalan, mereka akan di bekalkan dengan perkakas lain, iaitu sebuah cermin, cermin sakti yang sangat menakjubkan...

Cermin tu, ajaib, dia boleh tunjukkan kita siapa musuh dan kawan baik kita sebenarnya sepanjang kita berada atas jalan tu, cermin tu ada kuasa yang sangat hebat, iaitu dia boleh menipu dalam berkata benar dan berkata benar dalam menipu... hebat tak?



Cermin tu tak mampu berkata-kata, bisu tapi ada refleksinya sahaja. tapi cermin ni kena jaga elok-elok, dia sama je macam cermin biasa, cermin kaca...bila tuan punya cermin tu ketawa, dia pun sama tunjuk refleks ketawa, kalau tuan punya dia menangis, cermin tu pun tunjuk refleksi menangis... jangan tak tahu, cermin ni pun boleh pecah... dan ianya pecah... manusia akan mula hilang arah penanda hidup...

Di penghujung jalan kita tu mungkin ada rumah banglo ke, atau... apa-apa je...
Walauapapun... kita semua akan melalui semua frasa ni sume dalam hidup, kehilangan cermin kehidupan...
Lainlah Alien, mungkin laen sket kot jalan dia, ada bukit2 sumer... haha...
Whatever pn, kite masing-masing ada part kite masing-masing, sebagai manusia... (Aku manusia ke????)
Haha.... entah...

2 comments:

maIra said...

dat's right..everyone have life..wif differ path..but d path determine by ur own..how u want it 2look like..(sje jln2 bce blog...means no harm..:)

Hisana said...

it's ok, this is a positive and good comment! Haha... i like it!