Pages

My sweet Surrender

Tuesday, June 29, 2010

The most wonderful interview in my life!

This story is about me and my time revolution group!

Aku memang cukup pnya berdebar-debar hari ni... apa la aku nk jawab masa interview, bak kata Paro, kali ni interview untuk 2nd ni, agak serius sikit, ada projek yang di berikan, still dalam kumpulan gak... aduhai, risau giler aku...

Duk ngafal je jawapan lazim ni ha,
"I'm taking food tech is because my education background from high school is more towards the science subject... and bla bla bla..." haduhai.... haduhai...

aku pnya interview kul 2 ptg... tapi aku dh tercongok kat kl central dengan si guardian (bukan nama sebenar...) ni kul 10 pagi...

tapi... kitaorang beborak je... hee.... girl's talk... (aku 'girl' ke? haha...!!!) well, masing-maisng citer pasal diri sendiri dan kerjaya masing-masing... pastu masuk bab family's talk plak, then boyfriend's talk plak! haha... lawak sungguh... dalam dekat kul 12 gitu paro datang...

sambung lagi borak... masuk semua ketupat, pengetuk... semua ada... haha...

dalam kul 1 lebey sket gitu, kitaorang gerak g KLCC... y ada dua bangunan berkembar tu, feymes tu..

Kat menara ni, G (Bukan nama sebenar....) dah tunggu... pot-pet2, kitaorang gerak g ambank dalam kul 1.50pm gitu, awal seh sampai sana... kat sana jumpa sorang member group interview 1st, batch Paro... Safura (Nama sebenar...)

Aku tak ingat masa bile aku dapat penyakit kaki n tangan kebas, tapi masa tu, aku memang dapat penyakit tu, lagi buat aku rasa macam satu badan kene bius lepas aku ternampak kelibat interviewer aku masa yang 1st punya...

pot-pet2....

ha... aku duk dalam bilik aritu interview 1st... ramai gak la dah ada... isi-isi borang, hantar resume n what so ever, interview start...

the first question as far as i remember is, why is the basketball player is taller? haha... amek kau... ok la, aku tak nak cakap la apa yang kitaorang duk merepek-repek jawab masa interview tu... perut aku kalau nak tahu, baru je semalam jahitan dia sembuh, sebab masa hari interview tu pecah la... Gelak lebih... haha...

antara soalan-soalan masa interview yang kedua tu adalah tersenarai seperti di bawah:

Why is a football player must also tall?
Why is a badminton player can be a short person?
How many 8's will you found from 1 to 99?
Where is the 'old-factory' in our body?
Kenapa ramai orang pakai jam tangan di tangan kiri?
Macam mana cara awak pakai baju, pakai dari kepala dulu ke atau dari tangan dulu?
Tahu tak medula oblongata kat mana?

sila ambil perhatian, semua soalan ini dalam lisan ok... dh puas warming up ni, dia pun masuk ke tujuan asalnya, maka sesi interview yang penuh hectic itupun bermulalah...

kami di berikan di arahkan bentuk beberapa kumpulan, setelah dekat 5 - 10 minit berpk, maka sebuah kumpulan pun terbentuk, mestila aku, G, Paro, Guardian, Safura, Ain (nama sebenar), dan PM (projek manager...) kami... Arif (nama sebenar)..

kami di sediakan dengan 3 model binaan, setiap kumpulan di berikan 200 point, aku pun  cuma ada aku pnya model asal je la...

ni model asal... ni lah harga bangunan paling murah kat auction ni.. harga dia 40 point je.. kami kena ubah suai bangunan ni supaya jadi setinggi bahu interviewer tu, tapi apa-apa perubahan kena mula dari bawah, bukan dari atas dan ciptaan asal tidak boleh di ubah sama sekali! ciptaan itu mestilah kukuh tak tumbang jika di tiup angin... haa... tu dia...

maka persiapan pun di mulakan dan mulalah kami duk tunggang-terbalik siapkan menara ni, menjerit-jerit, riuh boleh tak... rasa bangga sket sebab interviwer gerenti kata group aku boleh menang walaupun bangunan paling teruk... n komferm jatuh kalau kena tiup angin...



so ni la dia hasil lepas dekat sejam kot berhempas pulas..
jangan tak tahu, nampak je gitu, tendang pun tak jatuh ok! haha...


nk di pendekkan ceritanya, time revolution menjadi juara untuk pertandingan ni.. masa nk komen-komen pasal setiap project manager semua kumpulan, kami di berikan pilihan dan peluang masing-masing... tapi sayangnya, cuma kumpulan kami je yang tak perlu beri komen, kata interviewer ni, obvious kot kitaorang suka PM kitaorang ni... haha...

selain tu, kami pun diberi pilihan, jika kami di berikan peluang untuk bekerja dengan memilih 3 orang dari kumpulan itu, siapa yang kami akan pilih... biasalah, aku main tangkap muat je masa pilih ni, asalkan habis cepat... dah pukul 6 dah ni, ayah aku tak berhenti-henti duk call je...

whatever it is, interview ni mmng the best laa!!! kami tukar-tukar number phone, siap tangkap gambar bersama lagi... huhu...



aku suka kalau dapat bekerja bersama-sama dengan semua mereka ni... Insaya_allah, kalau tak kat dalam ambank, mungkin kat tempat lain ke... manalah tahukan... haha...

No comments: