Pages

My sweet Surrender

Saturday, September 25, 2010

Aku terfikir sejenak...

Lama dah aku dengan dia tak bertegur sape...
Tapi dia bukan orang lain, kawan aku sendiri gak...
Banyak dah berlaku antara kami...

Aku sendiri tak pasti adakah dia yang tertuduh, dan aku sebenarnya yang bersalah..
Masing-masing ada pendapat sendiri, dan pendirian kukuh tentang pendapat masing-masing...
Mungkin aku tak berapa nak buka hati aku untuk dia, dan mungkin juga aku tak beri ruang kat dia untuk dia buat aku kenal dia...

Aku memang tak tahu apa yang harus aku buat, takkanlah sampai mati nk macam ni, tak bertegur sapa...
Dia kawan aku, dan dia baik... tapi aku tak boleh nk terima apa yang dia cakap... hampir semuanya sebab aku dan dia memang sangat berbeza dan mempunyai pendirian yang sangat kontra, masalahnya di sini, kontra yang bukan saling melengkapi... tapi kontra yang saling bertentangan...

Salah apa yang aku buat ni... iaitu membenci dia...
tapi, aku tak de la benci dia sangat... cume aku tak boleh nk terima apa yang dia buat kat aku...
aku tak pernah nak benci dia, tapi aku... membenci dia...
sekarang ni... aku pnya tahap benci kat dia makin surut...

dalam beberapa minggu lagi nak bersua muka kot...
apalah aku ni... gelisah perkara ni...
Dia mesti tak terpk pun.. aku pun tak tahu perlu ke aku buat macm tak de apa yang berlaku padahal aku sendiri yang tak nak reply mesej dia masa tu...

Ego aku ni pun kadang-kadang tak bertempat gak...
tapi sungguh aku mengaku dengan tulus ikhlas yang aku bukan seorang yang ego berada nombor 1 dalam diri...

Entahlah... pening kepala fikir pasal hal ni...

No comments: