Pages

My sweet Surrender

Tuesday, August 25, 2015

Paceri Terung a.k.a Gulai Terung... Resepi ibu

Huhu... nk kongsi resepi...
Maklumlah sejak akhir-akhir ni da mula bnayak habiskan masa di dapur...
Actually, aku suka je masak-masak ni, cuma sedap dengan tak sedap, ataupun.. jadi dengan tak jadi je lah masakkan tu...

So hari ni, aku kongsi resepi terung ni...

senang je... ni resepi dari mak aku... aku selalu masak dah masakkan ni sebab By suka sangat-sangat...

Bahan-bahannya...
- Kulit kayu manis - 1 batang
- Puah pelaga - 3 biji
- Bunga lawang - 2 kuntum
- Bunga Cengkih - 3 kuntum



-bawang putih - 2 ulas
- bawang merah/kecil - 3 ulas



- Serbuk kari daging/ ikan - 1 paket



- Cili giling - 3 sudu (ikut suka..)



- Kerisik - 2 sudu



- Gula pasir - 4 sudu (ikut suka...)



- Garam
- serbuk perisa/ ajinamoto
- Terung panjang - 3 biji (kalau nak pakai terung jenis lain pun okay...)



- Udang kertas/ udang kering segenggam (ikut suka juga...)


- Secubit je asam jawa... tapi kalau nak masam tambahlah lagi asam jawanya...


Asam jawa




Ni antara bahan2nya...


Persiapan sebelum menumis

1) tumbukkan sedikit udang kering jika anda menggunakan udang kering sebagai bahan rencah


2) Campurkan rempah kari dan cili bersama





3) Sediakan air asam jawa




Cara-caranya...

1) Panaskan minyak dan tumis cengkih dan 'rakan-rakannya'.. heee...


Sekejap je.. lama-lama nanti mende2 ni meletup...


2) Masukkan bawang2 yang di hiris... kemudian bila bawang dah nampak garing sikit, masukkan udang kering (kalau guna udang hidup, masukkan masa dah masukkan dalam air asam jawa nanti)


3) Masukkan cili dan rempah kari tadi dan goreng sampai cili dan rempah garing dan 'naik minyak'



4) Masukkan kerisik



5) Masukkan gula


6) Masukkan air asam jawa, tambahkan secawan air (ikut suka), dan biarkan mendidih. Masukkan terung dan biar dalam 5 minit... Jangan terlalu lama sebab nanti terung lembik dan hancur. Jangan lupa masukkan garam dan ajinamoto (kalau nak...) boleh juga guna bahan perasa yang lain... 'cukup rasa' atau pun yang knorr punya brand tu.. (aku tak ingat...)


P/s: Kalau nak pekatkan kuahnya, bolehlah tambah tepung jagung sikit... ikut suka, dalam sesudu kecik tu pun boleh...

Biasanya kalau aku masak paceri terung ni, aku akan lawankan dengan ayam goreng ala KFC... yang ni nanti aku kongsikan resepinya... hehe.. sedap sangat, sampai ibu aku yang tak berapa suka makan ayam pun makan banyak sangat... hehe... Alhamdulillah...


Ok... dah siap... hehe...

SELAMAT MENCUBA!!!!







Saturday, May 23, 2015

Baby...

Tetibe rasa rindu kat baby...
Companion aku masa kat UPM dulu...
hukhuk...

Jadi sedikit information yang aku dapat dari blogwalking pagi ni...
(Haha... kene keje ari sabtu... hukhuk...)

Barulah aku tahu, baki air yang kucing tu minum kita boleh ambil wudhu'...
Subhanallah... tengok, darjat seekor kucing dalam Islam...
Itupun aku tak faham kenapa ada lagi kes-kes aniya kucing...

Sedih sangat sebab By pun ada juga kadang-kadang share cerita pasal dia baca penderaan kucing...
Tapi, tak pelah, kebanyakkan yang gila macam tu, orang kafir...
Duk pijak-pijak kucing lah, bunuh kucing dan banyak lah yang bodoh-bodoh lagi dorang buat...

Jadi, kat bawah ni ada lah sikit information yang aku dah baca... harap information ni soheh dan berguna kepada kita...

Walaupun agak panjang artikel ni.. (bagi aku lah...) tapi, percayalah, tak rugi baca untuk info yang berguna...
Jujur, aku dapat ilmu baru dari bacaan ni mengenai kucing...

Kredit to:

http://sohoque.com/kucing-dan-kedudukannya-di-dalam-islam/


Kucing Dan Kedudukannya Di Dalam Islam

Kucing adalah suatu binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja,makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi haiwan ini seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh haiwan ini.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman haiwan ini dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda tentang kucing berikut:
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.
 Sabda nabi ini yang dilafazkan 1500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains di zaman sekarang. Sains mendapati bahawa kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah haiwan ini pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing dimana benjolan itu berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna dalam membantu membersihkan kulitnya.

Jika kita lihat semasa kucing sedang minum. Kita akan dapati tiada setitis air pun yang akan jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidah haiwan ini.
Hasil ujian:
  • Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
  • Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
  • Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.
  • Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
  • Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di badan kucing. Kesimpulan sains merumuskan bahawa haiwan ini tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.
Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25% kuman berbanding yang ada pada anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding yang didapati daripada manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Mengapa kucing kurang menggemari air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. haiwan ini juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.
Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh haiwan ini.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Subhanallah. Itulah kucing pada pandangan Islam. Menyayanginya adalah sunnah. Membuat perkara sunnah mendapat balasan pahala. Dan hikmah dan kebenaran Islam yang tidak melarang manusia bercampur dengan haiwan ini yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1500 tahun yang lalu telah dibuktikan dengan fakta sains sekarang.
Wallahu’alam…

Sunday, April 12, 2015

Makin lama...

Lama betul aku xmemblog...
Ok.. memang cliche tapi betul... aku buzy...
Haha... sekarang ni bukan setakat ekonomi dalam malaysia je yang ok tak berapa nak ok tu...
Aku pun turut sama rasa tempias ekonomi ni...
And... honestly got so much personal family problem...

Tapi.. apa yang paling menjengkelkn aku baru ni adalah...
Someone yang nampak macam honest but inside perangai... Ya Rabbi... cukuplah menjengkelkan...
Aku tak faham dia nak apa...
Aku tak kacau dia tapi dia sibuk2 provoke aku...
Hello... aku ni bukan macam dia... tak puas haty tapi duk post2 kat media social status yang memang minta penampar n maki...

Kalau betul kau tak puas haty, tolonglah terus terang...
Poyo2 post macam2 perli aku..  bila aku balas sekali pandai pulak kau delete apa kau tulis..
Pastu pura2 tanya2 khabar pulak kat aku...
Pergh... manusia macam ni la paling xgune sekali...
Kau da kata aku macam2 pastu kau pura2 lak nak tngok aku ok ke tak...
Eh.. meh aku bagtau... aku ok lah.. tapi da banyak kali aku sabar lepas hal tu.. ni dah lebih.. melampau pulak...

Kau da masalah dengan 'diorang' kau setel la...
Pastu aku tak faham betul dengan perangai kau yang suka buruk sangka..
Kau ingat aku and diorang xde keje lain ke asyik nak bercakap pasal kau je..
Perangai pelik2...

Aku and diorang tak de cakap pasal kau lagi.. nama kau pun da xdisebut...
Maaf yer... memang xde...
Aku kan banyak lagi benda nak hadap nak fikir...
Kau lainla... asek pk hal remeh temeh je...
Kau pun kena duduk fikir apa salah kau...

Aku senang je... kau ni ada masalah dengan mulut kau.. ada msalah dengan cara kau hormat orang tua.. aku pun tua juga dari kau.. so kau fikirlah...
Aku jujur... memula memang aku rasa kesian tapi lama2 kau suke sangat cari hal dengan aku... so aku da decide nak pangkah kau da...
Aku da xde hati da nak sibuk hal kau...
Berlagak macam baik tapi... mulut kalau bercakap memang xfikir panjang...
Konon2 buat sikit2 xupdate sikit2 n sorok skit hal kau...
Eleh peduli apa dengan kau... haaa... sekarang aku block terus sume... haaa... puas aty? Sama2 xpayah tahu hal masing2...
Aku memang bodoh sebab xdengar cakap laki aku...
Memang betul la cakap laki aku tu kau ni memang manusia yang... entahlah.. aku malas nak describe...
Menyesal aku... memang menyesal...

Friday, January 30, 2015

First ever sup

Sup Pertama Yang aku Buat...

Huhu...walaupun dengar macam tak logik dan menipu, tapi ini memang serius betul...
sepanjang aku hidup dalam kira-kira 27 Tahun ni (Alhamdulillah...) aku memang tak pernah masak sendiri sup...
Semuanya aku just tolong-tolong je la... tuang2, potong2... campak2...
Tapi ni... aku memang kena masak sendiri dari awal sampai akhir...
Masa ni Mak mertua aku tak berapa sihat...
Aku terpaksa ambil alih tugas dapur... hihi...
Jangan salah faham, aku bukan malas...
Cume beselah... carrier woman... (Lah sangat... hakhak!)

Aku banyak kali tanya mak mertua aku, apa bahan and apa nak kena buat...
Jadi, perlahan-perlahan lepas tu aku preparelah bahannya....

Aku pasti semua orang mesti tahu masak punya sup ayam... tapi ni aku saje just nak share... hehe

Bahan

Bahan A
Bunga Cengkih           -3 kuntum
Bunga lawang             - 2 kuntum
Kulit kayu manis         - 1 batang
Buah pelaga                - 3 biji

Bahan B
Bawang kecil (merah) - 3 ulas dihiris
Bawang putih             - 2 biji dihiris
Halia                          - lebih kurang 2cm dihiris/ di penyek
Lada sulah/ lada hitam - 10/10 biji (Jika mahu)

Bahan C
Air                            - lebih kurang 1 liter/ ikut suka
Ayam                        - 1 ekor / ikut suka
kentang                     - 3 biji
Sup bunjut                - 1 bunjut
Bawang goreng dan daun sup/daun bawang sebagai penyeri/penyedap/ hiasan...

* ada dah siap jual sekrang ni, rempah2 sup... nama paket tu sup tulang... so tak payah susah nak fikir bunga2 cengkih semua tu.. dah siap pack dah... aku guna yang tu sebenarnya... hahaha


Bahan yang di hiris





Ayam yang dah di potong








Sup yang sedang di reneh dan hampir siap...



Cara Masak:

Mula-mula tumis semua bahan A... seminit or lepas garing, masukkan bahan B. tumis sampai garing, masukkan air. lepas tu masukkan kentang supaya cepat empuk... masukkan sekali sup bunjut... lepas kentang empuk, masukkan ayam...
Then last sekali bahan-bahan tambahan tu... siap... heeee...
So... xdela susah sangat... tapi masa mula-mula aku nak masak ni, aku memang stress habislah... dengan by yang siap gerenti dengan semua yang aku boleh masak... hahahaha...

~Zamiy Hisana~

Friday, July 18, 2014

Cookies simple dimple... haha...


Hmmm… selalu kalau resepi cookies je mesti macam rumit and banyak betul bahan nak guna…

Tapi ni, resepi cookies yang paling simple yang aku pernah belajar…

Memang sesuai sangat dengan orang macam aku yang memang tak berapa nak reti sangat buat kuih-kuih macam ni… haha…

Dari my best ever chum! Eiki-Chan!!!
Heee… tak susah pun… tapi, cookies ni manis sikit dari biasa, and perlu sejuk baru sedap di makan…

Semua orang pun boleh cuba… Bahan-bahan pun tak delah terlalu costly sangat…

Okie… Ni bahan-bahannya…

(sila abaikan segala getah and sampah yang kelihatan dlam pic ni...)

Biskut Merie (Sepaket) ~ dalam RM5
Susu Pekat Manis (1 Tin) ~ dalam RM3
Quaker Oat (Sepaket) ~ RM5
Milo ( Sepaket) ~ RM5

Harga barang-barang ni aku dah round up, harga asal lebih murah beberapa sen dari harga round up ni. Actually tak semuanya habis di gunakan, macam Oat, guna sikit je. Kalau ada baki-baki yang korang simpan bolehlah guna. Milo pun aku beli yang paket kecil punya. Cara-cara nak buatnya,

Pecah-pecahkan biskut, ramaslah biskut tu. Jangan jadi macam serbuk. Agak-agaklah…

Kemudian campurkan semua bahan-bahan tu ikut suka. Tapi aku nasihatkan masukkan sikit-sikit dulu bahan tu sebab nak dapatkan adunan yang terbaik.

Macam ni, masih lebih lagi. Kalau lembik sangat, nanti susah nak bentukkan dia..



Aku buat sampai dia jadi agak keras sikit…

Ni masih lembik...


Ni dia da keras sikit...



Kemudian aku bentukkan dengan tangan jadi ketul-ketul kecik dan kemudian golekkan atas Oat. Siap, masukkan dalam Fridge…



Try la dulu… baru tahu sedap ke tak… Bagi aku, boleh terima rasa dia… Kalau orang lain, I don’t know….

Termasuklah hubby aku, dia sampai harini belum cuba lagi biskut ni… dia memang gila coklat tapi yang ni dia belum termakan lagi. Haha… without any reason…

Tapi ibu and ayah aku dah makan and happy sebab ibu aku memang suka… dia kata ~~sedap~~ heeee…

Actually, kalau ada idea sendiri, boleh je campur pape yang lain kalau nak lagi sedap… contohnya campurkan badan ke, or kekacang, tapi memang kena goreng kering dululah bahan-bahan kekacang tu…

Tak nak letak oat, boleh letak color rice tu, yang warna warni untuk coating…
Well… selamat mencuba!

~Zamiy Hisana~



Ucuk Acin Step By Step Part 1 (First 6 Months)


Alhamdulillah… aku bersyukur pada Allah…

Aku dapat melihat perkembangan Afiq satu demi satu dan masih lagi mendapat peluang untuk merakamkan setiap saat indah ni…

Memang tiada apa yang lebih indah melainkan dapat melihat sendiri perkembangan anak kita depan mata…

Honestly aku cakap, dulu… perkara paling hidup aku adalah dapat result yang agak2 cemerlang masa sekolah… and happy dengan perkembangan education aku… tapi now, apa yang paling indah ialah perkembangan anak aku…and of course satu masa nanti, education untuk Ucuk Acin ni…






Setiap perkara yang Ucuk Acin belajar dan tahu buat, memang aku and By ambil berat and pay attention..

Mungkin, something about, ‘Daddy@man doesn’t concern on his son/daughter physical development’ dah pun berlalu… cause, daddy @ man today more particular and concern tentang perkara ni than mama@woman...

Ni bukan tipu punya, By lebih peka terhadap Ucuk Acin berbanding aku sebab, dia tahu dulu setiap tahi lalat yang mula naik kat badan Ucuk Acin… (ikut By la ni, banyak tahi lalat…)

Masa aku Nampak first tahi lalat Afiq tu kat pergelangan tangan kanan dia… setitik kecik je.. aku memang curious and happy… curious sebab how benda ni jadi tiba-tiba je… happy sebab dapat discover benda ni… aku story kat By, tapi dia cakap…

“Tahu je… ada lagi kat belakang bahu, and satu lagi kat atas pinggul…”

Wahhhh…. Lepas tu baru aku check Ucuk Acin… hmmm… serious aku rasa terharu dengan kepekaan dia terhadap Ucuk Acin… ternyata dia dah buktikan yang dia bukan just man for a word je…

Memang ramai first time mother (macam aku ni) yang sentiasa tertanya-tanya, apa perkembangan yang baby yang dah lahir ni akan cope day by day, or month by month… kalau sebelum lahir dulu, sibuk nak tahu fetus development day by day… haha…

So… entry ni, aku nak share sikit-sikit perkembangan Afiq and apa yang aku and By prepare untuk dia… may not so much, tapi bolehlah…

0 Bulan…

So, masa Ucuk Acin 0 month dulu, dia tak banyak ada perkembangan dari segi respon and persekitaran. Dia masih lagi bermain dengan ‘uri’ dia… (ni orang tua kata…) Dia ketawa sendiri, tersenyum sendiri masa-masa dia nak tidur tu… masa ni, lebih kepada perkembangan physical dia je… masa-masa yang agak hardest untuk aku, fight dengan jaundis dia…

Tali pusat dia tertanggal tepat-tepat 7 hari lepas dia lahir…

Bulu-bulu halus atau lebih di kenali dengan ‘lanugo’ akan mula gugur dalam 2 minggu lepas kelahiran ni…

Nurse KKIA yang cabut sebab dia kata dah kering sangat dah, and ok untuk di tanggalkan… actually, benda ni tanggal sendiri… tapi Alhamdulillah, masa Nurse tanggalkan tu, tak ada pendarahan apa-apa… memang dah kering…

Please be caution with baby punya tali pusat, if ianya tertanggal dengan cara tak sepatutnya atau belum masanya, boleh menyebabkan pendarahan… boleh datang mudarat pada baby… if that happen, please seek advice from klinik terdekat…

Dalam bulan ni juga, baby punya kulit akan start merekah-rekah and memang akan Nampak macam kelimumur kat kepala baby sebab dia akan tanggal kulit hari… (bagi baby yang belum cucur lepas seminggu lahir) masa nil ah juga, minyak pada kulit baby akan start keluar…



1 bulan

Sebabkan masalah Jaundis Ucuk Acin ni melibatkan perbezaan darah, jadi memang lambat baik kuning… aku still kena ke hospital kajang masa ni… seperti my entry yang lalu berkenaan baby jaundis…

Ucuk Acin masa ni masih lagi bermain dengan ‘uri’ dia tu, or modern people call, ‘imaginary friend…’ dia senyum-senyum masa nak mamai tu, kadang-kadang dia mencemik-cemik macam nak nangis… lucu rasa bila perhatikan…

Nilah first smile Afiq kepada aku… yang sempat aku rakam…



Bertarikh 19 December 2013

Tapi, sebenarnya… masa ni… baby punya pandangan mata masih lagi kabur… dia belum Nampak jelas lagi apa-apa pun di persekitarannya… dia Nampak bayang-bayang… bak kata one of my friend, ‘baby masih Nampak malaikat lagi’ such a nice perception… memang betul… kalau ikut Islam sendiri, memang masa ni, baby Nampak Malaikat, dan juga benda-benda yang mata kasar kita tak 

Nampak such as our eternal foe, Iblis and the geng…

Kalau betul cara, masa ni baby akan naik berat badan, tinggi pun akan naik. Aku memang fully breast feeding untuk Ucuk Acin… Alhamdulillah, rezeki Ucuk Acin, sampai hari ni ada lagi breast milk walaupun aku dah start campur (apa nak buat, bekerjaya… hamboi… haha…)

2 Bulan

Masa ni, baby dah pandai tengok sekeliling and beri respon. Dia memang tertarik dengan objek-objek yang mempunyai warna yang terang. Ucuk acin dan Nampak kurang berinteraksi dengan ‘uri’ dia… dia dah pandai tengok tv… ada sesetengah baby, lebih awal lagi dah pandai tengok tv… hehe…



Afiq masa ni dah start nak berdiri saja… kalau pegang dia pun dia memang nak berdiri…
(gambar afiq nak berdiri)

Baby dah start nak tarik perhatian kita… ni memang kajian… baby dah start menipu, sejak dia umur macam ni… bukan tipu yang serius, dia tipu menangis macam lapar sebab dia nak perhatian…



Aku jarang bedung ucuk acin, tapi memang orang tua-tua marah kalau kite tak bedung baby… actually banyak kelebihan kalau bedung baby… antaranya, tangan dia and kaki dia tak Nampak macam mengagau… elok je.. badan dia pun cantik and pejal… tak delah Nampak lembik2 je otot… jangan tiru macam aku… ucuk acin memang merdeka tak di bedung…


Masa ni, ucuk acin juga dah start main air liur dia… berbuih2 mulut dia…


Berat badan baby pun supposed dah makin menaik… tinggi pun akan bertambah… kulit akan mula nampak cantik dari mengelupas tu… tapi sebabkan kulit ucuk acin ni sensitive, dia punya kulit memang merah-merah sensitive… kaki dan tangan dia memang ada eczema tahap rendah sikit… seperti in my previous entry bout rashes…

3 bulan

His Imaginary friend @ uri has gone for now… tapi, dia create satu dunia baru dia sendiri… ucuk Acin start bermain sendiri… dia main dengan tangan dia…


Alhamdulillah… tahun ni bonus aku banyak habiskan untuk beli barang-barang Ucuk Acin… beselah… semua pun tertanya-tanya kemana perginya bonus aku tahun ni… memang kepada Ucuk 

Acin… tak banyak yang aku spend untuk diri aku and family tahun ni… ala… bonus kecik je pun… tapi, Alhamdulillah… bolehlah nak guna time-time terdesak-mesak kan… so… Ni bulan Afiq first time dalam Stroller… nanti-nanti aku buat budgeting untuk baby lak yer… (just nak share, tak de niat nak tunjuk-tunjuk… heeee…)


First time dalam stroller ni pun kat TESCO… haha… memang dia suka TESCO…
Okie… continue with baby development…

Masa ni, Ucuk Acin dah pandai nak bersembang… dia nak berbual-bual and bercakap dengan kita… dia dah start boleh mendengar bunyi, dan suara… tapi belum boleh diffentiate suara siapa…

 

 

Walaupun dalam gambar ni, Ucuk Acin Nampak macam nak menangis, tapi sebenarnya dia tengah bercerita… memang Nampak macam sedih jugalah cerita dia tu… sebab dia end up buat muka macam ni…

 


Dia memang dah beri respon kalau kita jawab dia… dia akan tenung muka kita… dia dalam proses nak kenal dan tengok… masa ni penglihatan baby dah agak jelas kalau kita duduk dekat-dekat dengan muka dia… dia akan gunakan tangan juga nak sentuh-sentuh muka kita… ini memang proses dia start nak kenal kita…


Ucuk Acin dan start boleh pegang barang-barang… yang ringan je lah ye…


Ucuk Acin juga dah start isap ibu jari… dan juga termasuk segala-gala benda pun dia dah pun start masuk ke dalam mulut… memang fully utilized dia punya keinginan nak merasa tu…

Gambar ni memang gambar sensored ucuk acin… haha…

Berat baby juga memang supposed akan bertambah… aku still fully breast feeding lagi… memang letih sikit sebab aku kena berulang ke rumah setiap kali lunch hour… tak pe lah… sebab nak beri yang terbaik untuk Ucuk Acin… dia special sikit sebab dia memang tak boleh nak terima susu badan dalam botol… masalah sebenarnya… jadi… ibu-ibu bekerjaya kat luar sana please lah train your baby seawall mungkin…

Memang not so good sebab botol susu boleh menyebabkan pertumbuhan gigi baby tak berapa cantik.. tapi kita ada pilihan dan option, boleh cari puting yang mimic original punya… harga still can be consider okay… janganlah beli yang mahal kalau nak beli banyak, yang murah tapi ada kualiti…

Aku memang beli pacifier tapi, memang ucuk acin tak mahu guna… Alhamdulillah jugalah sebenarnya dia tak nak… aku beli pun sebab masa tu, memang tak boleh elak kenapa…
Okay… so lain-lain… rambut pun dah start nak memanjang…

4 bulan

Ucuk Acin dah pandai ketawa main cak-cak…


Aktiviti main air liur dan juga memasukkan mainan ke dalam mulut memang semakin rancak time umur macam ni…

Apa yang paling besar sekali adalah… dia dah start meniarap…
26 February 2014,

Afiq Berjaya meniarap untuk pertama kali…


Dari segi respon, dia dah boleh nak bezakan bunyi… suara dan muzik… Alhamdulillah, Afiq memang nak dengan sesiapa pun… setakat ni lah…

Berat badan baby akan bertambah, tinggi akan bertambah beberapa cm juga…

5 bulan

Masa ni, Ucuk Acin da start tunjuk karekter dia… dia marah, dia bosan… dia da start demand on something yang dia nak…

Dia dah start nak tunjuk interest dia atas apa-apa benda yang dia lihat. Dia dah start ingat benda-benda atau alat permainan yang dia selalu tengok…

Di hujung usia 5 bulan ni, aku dah start bagi Afiq makan… actually, doctor nasihatkan untuk bagi makan bila baby dah masuk 6 bulan… tapi sebab ucuk acin asyik meragam je, aku start bagi dia bubur nasi campur-campur dengan makanan bayi yang lain… termasuk puree… my previous entry… solid food for baby..




Ucuk Acin dah fully meniarap and dah agak lama juga dia tahan kalau dia meniarap…

Ni masa Afiq nak mandi… heee…

Dalam sekitar usia ni aku masukkan Ucuk Acin pertandingan photo bayi anjuran TESCO… my entry on this contest… ucuk Acin..

Honestly, Ucuk Acin tak pernah lagi demam… ni lah first time badan dia agak panas, mungkin demam… aku tak boleh nak sukat suhu dia accurately, tapi around 37.7 degree macam tu…

Dia Nampak lesu and asyik merengek…

Mak mertua aku kata dia nak tumbuh gigi, ibu kata dia nak memandai… Hehe… kedua-duanya di terima pakai… pernah dengar, setiap apa yang kita lakukan ada ganjaran…??? But someother statement also state, there are price for everything… ??? hmmm… masuk sikit bab kemahiran berfikir dan menerima ni…

So apa yang aku buat, just letak cool fever and ada juga guna bye-bye fever... lepas tu aku lap-lap sikit kepala dia dengan tuala basah nak bagi cool down suhu badan dia...

Allah beri sedikit ujian untuk jadi pandai… dan nak kurniakan gigi… kita ni hidup sentiasa di uji… even sejak awal lagi kewujudan kita…

For me, I take the first statement… setiap kesengsaraan dan kepayahan ada ganjaran dari Allah… but some others take the second one… bagi aku lah, ada sedikit tak betul bila kita perlu membayar pada 

Allah untuk sesuatu sebab Allah tak pernah katakan yang kita perlu membayar apapun… sebab…
 kita kena ingat selalu, kita ini Hamba Allah yang tak sepatutnya ada system barter semua ni… kita kena sedar diri… (muhasabah sekejap…) kita kena buat kerana bukan sahaja di suruh, tapi memang wajib atas kita… hmmm… lain orang lain pemikiran… no offense yer… tapi if ada yang lebih pakar dalam soal ni boleh je nak komentar, mana tahu alas an dan logic yang di beri itu boleh membaik pulih the second statement… (maklumlah, Hamba ni jahil… masih mencari ilmu lagi..)

Ok, switch back… hehe… Ucuk Acin demam… 17 April 2014


Aku memang tak tidurkan Ucuk Acin kat dalam buai… ada banyak sebab… paling first, bilik aku sempit tak muat nak letak buai… 2nd sebab aku selalu berjalan… susah kalau baby nak tidur buai je.. tapi aku memang nak ucuk Acin tidur buai… manfaat banyak.. selain dari baby cukup rehat and cukup tidur, kita pun boleh buat kerja… kalau tak memang nak kena tunggu dia je la… lagi aku, yang memang tinggal berdua… bolehlah nak kata ada adik ipar, tapi mereka kerja semuanya, tengah malam baru balik… memang aku susah betul nak buat kerja rumah…

So ni first time aku test bagi Ucuk Acin tidur buai… pinjam buai sepupu dia… heee… Cik Aina…


6 Bulan

Baru masuk 6 bulan, Ucuk Acin dah buat acrobatic… haha… (sorry Afiq… you the only one for now…) Sebelum cecah umur ni pun dia ada buat juga aksi ni, tapi tak tersimpan lak gambar tu… haha…


Okay… Ucuk acin tumbuh gigi… ni memang kalau tak tengok betul-betul tak Nampak… kecik sangat baru naik…


Gambar ni bertarikh 15 May 2014. Ucuk Acin memang dah semakin nak bersosial dengan kita, dia dah start kenal dengan orang di sekeliling…

Dia akan senyum dengan orang yang dia dah biasa tengok… kalau dia first time tengok tu, memang lambat and susah sikit dia nak senyum…

Dia dah start enjoy mandi… sebelum ni memang aku menghadapi kesukaran nak mandikan dia… sebab dia, tak nak…

Dia akan start nangis… bila kena air… even air panas suam pun macam tu… air sejuk lagilah macam nak runtuh bilik air…

Tapi now, Alhamdulillah… he can get over the hydrophobia symptom ni…


Tapi, ada juga masa-masa dia tak nak mandi… memang ada… memang ada… hmmm…

Okie… ni untuk the first 6 months manja ucuk acin punya development yang aku perati… more or less memang ada yang tertinggal and terlebih.. (????) haha…

Kalau tak, nanti berjela-jela entry ni jadi… aku pun tak sanggup nak tulis berjela sangat… yang nak baca pun hilang lak interest… heee…

Kalau nak lebih accurate and details, boleh je cari kat mana-mana website.. sekarang handphone memasing dah canggih manggih, maka bolehla download je apps kat play store… contohnya: baby development, baby’s motor milestones and banyak lagi ler… heee… cari je… ada yang free and ada yang kena bayar… aku amik yang free je…

So… until the next 6 months… 





~Zamiy Hisana~