Pages

My sweet Surrender

Monday, April 21, 2014

Ucuk Acin Afiq Manja First Solid Food…



Sekarang ni kalau pergi kat hypermart ke memang dah berlambak sangat product makanan untuk bayi..

Aku dah pun bagi Afiq makan sikit-sikit… Cuma tak terlalu intensif sangatlah… First day ever aku bagi Afiq makan solid food ni, on 30th March 2014… Ibu aku masaakan Afiq bubur kosong letak garam sikit… banyak juga dia makan. Umur Afiq 158 hari, lebih kurang 5 bulan plus-plus.
Then ni adalah makanan yang aku bagi after tu…



Actually, aku bagi dia makan pisang yogurt jenama Heinz ni… aku mesti rasa dulu sebelum aku bagi Afiq makan… so, rasa dia sedap..

After tu aku ada bagi afiq makan pumpkin and sweet corn, masa aku makan tu memang aku rasa tak sukelah…  tapi bila aku suap kat Afiq, dia boleh terima rasa makanan tu.. haha…

Aku bagi makan nestum perisa wheat and honey.. aku bancuh dengan air suam je… tak masukkan susu pun tapi Afiq boleh terima…

Ada juga bagi biskut Milna tu dah, tapi dia jerit-jerit tak suka pulak… mungkin biskut tu keras… aku dah rasa sendiri biskut tu, manis and sedaplah juga… tapi Afiq tak mahu gigit sendiri… kadang-kadang aku kena lembikkan sikit dulu baru dia nak…

Walaupun tak ada gigi lagi, Afiq kunyah-kunyah dengan gusi dia… walaupun rasa macam kesian, tapi aku tergelak tengok dia kunyah dengan gusi dia makanan yang aku beri, sebab dia siap tayang lagi gusi dia kat aku…

Tapi kalau nak di ikutkan… makanan solid yang pertama Afiq makan sebenarnya awal… masa tu sambut birthday ayah mertua aku, mak mertua aku ada suapkan sikit kek birthday tu kat dia, sebab 
Afiq tengok je kitaorang semua ngap… haha… kesian… masa tu Afiq baru lebih kurang, 108 hari umur dia… dalam 3 bulan plus-plus…

Actually, umur yang terbaik yang di nasihatkan oleh kebanyakkan pakar kanak-kanak untuk pengambilan makanan solid ni ialah umur 6 bulan ke atas. Tapi ye lah… kadang-kadang susu yang bayi tu minum nampak macam tak kenyang je… tu yang mungkin buat kebanyakkan parents bagi anak mereka makan seawal 4 bulan. Tapi… ni ada satu pengalaman aku yang buat aku terkejut sangat-sangat…

Waktu aku belikan Afiq pumpkin and sweetcorn  jenama Heinz tu kat TESCO shah Alam, aku terserempak dengan seorang wanita Indonesia, dia nak cari makanan bayi untuk anak. Aku tak pasti itu anak dia sendiri atau anak orang lain…

Dia belek-belek and Tanya pendapat aku semua… aku pun syorkan cerelac kat dia… ada je jenama lain tapi sebab aku syorkan apa yang aku dah cuba kat dia sebab senang aku bagitahu macam mana bentuknya…

Then aku Tanya dia,

“Umur baby tu berapa bulan?”

“Baby tu baru seminggu…” Aku punya terkejut aku Tanya,

“Baru seminggu udah di beri makan?” Dia jawab,

“Baby tu mahu makan… sudah lapar…”

Huh… bahaya betul ni… macam mana dia boleh tahu baby nak makan… aku Tanya lagi,

“Kenapa tak bagi susu?”

“Udah di  beri, masih mahu makan… susu badan enggak ada, susu tin ini di beri juga tapi masih mahu makan….” Aku pun ikut rentak dia,

“Kalau yang seminggu punya enggak ada di sini, kalau 6 bulan… ada… ni semua pun untuk 6 bulan. Saya tak pernah jumpa lagi makanan untuk baby yang umur seminggu…” akhirnya dia pun blah… tanpa ambil mana-mana makanan bayi pun. Aku cerita kat hubby aku yang ada dekat situ juga, dia pun terkejut.

Mak aku pun terkejut bila aku cerita kat dia… Haha… Awal giler kot… Tak elok nak bagi makan bayi awal sangat sebab takut sistem perut dia tu belum sedia nak hadaam makanan yang complex-complex sangat ni… Well… ni la dulu yang aku boleh sharekan… INGAT… jangan ikut macam wanita tadi tu yer… tak pasal anak kena kanser perut lak kang… sebab dah trending dah penyakit ni sekarang di kalangan baby…

Kesian baby… kalau kita sambil lewa jer uruskan mereka. Walaupun ucuk acin afiq manja ni kadang-kadang susah nak di uruskan dan boleh membuatkan aku pening kepala melayan, tapi dia tetap seorang bayi yang masih tak tahu apapun and masih suci pemikirannya… yang utama sekali, dia adalah amanah Allah kepada kita…

~zamiy Hisana~

No comments: