Pages

My sweet Surrender

Saturday, April 26, 2014

Baby Carrier dan Breast Pump…


Biasalah… zaman sekarang ni kebanyakkan ibu and bapa semuanya jenis yang bekerjaya…
Aku tak lah kata aku ni berkerjaya sangat pun.. tapi yang pasti aku bekerjalah… as food technologist kat sebuah kilang makanan yang buat food paste and food filling.. kilang ni kecik je pun tapi agak terkemuka jugalah… (chewah…)

Pape pun aku sebenarnya nak share pasal barang yang aku beli kat kioks manjaku kat Bangi ni…
Memang dekat tak dekat jugalah dari location rumah aku, 15 minit je gitu nak pergi…

Aku tak survey sangat pun breast pump yang ada dalam kedai ni… beli yang mana Nampak depan mata je sebab aku dah nak kena pump susu dah… masa tu aku ada lagi 2 hari je lagi nak habis maternity leave aku yang 2 bulan tu… haha…

Aku ni bukannya kaya raya bebenar… beli yang murah tapi ok… murah tak murah jugalah bagi aku…

Jenama japlo… harga dia lebih kurang harga breast pump jenama pureen juga… kalau tak silap aku dalam rm150 plus2… aku dah lupa sebab masa beli ni bulan 12 tahun 2013… dah dekat 4 bulan dah pun…

Ni la dia... botol kat bawah tu beli asing....

Ni set box breast pump tu...


Adik ipar aku beli breast pump kat motherhood expo 2014 bulan march aritu kat KLCC dalam rm180 macam tu jenama pureen kot… aku tak sure sebab aku beli kat kiosk manjaku… mungkin price dah naik ke tak tahulah… jenama avent pun ada kat pameran tu tapi tak sure berapa… memang nak bagus gunalah jenama avent or ada lagi jenama lain yang aku pernah tengok… harga memang dalam 600 – 1k macam tu…

Aku beli baby carrier sekali sebab tak larat kot… afiq masa umur sebulan dia dah 4.2 kilo… now memang dah jadi almost 8 kilo dah… memang carrier ni pun aku tak guna dah… tapi aku guna stroller dah sekarang…



Tapi nasib baik juga aku tak beli mahal-mahal sebab Afiq ucuk acin manja ni memang tak mahu lansung minum susu pam ni.. aku punya extra kerja sekarang memang kena berulang alik dari tempat kerja ke rumah, waktu lunch sebab nak susukan dia…

Masa awal-awal dulu memang paksa juga Afiq minum susu pam dalam botol tu..

Tapi buat basah and masam baju dia je bau susu basi… dia sanggup tahan lapar dekat 9 jam semata-mata nak tunggu aku balik kerja kul 5.30 petang…

Yela… hati ibu mana yang tak rasa sedih kalau anak kecil tahan lapar kan… memang kalau di ikutkan budak ucuk acin manja ni mengada-ngada… tapi sebagai ibu dia… aku berkorbanlah.. ulang alik setiap hari waktu lunch… memang terkejar-kejar and stress sebab jammed kat highway cheras-balakong ni… (xtaw name sebenar highway ni)… lagi-lagi dekat rumah aku ni ada sekolah menengah… time2 aku lunch tu time budak balik and masuk sekolah…

Tak pe lah… niat nak bagi Afiq susu badan sampai umur dia 2 tahun… InsyaAllah Taala… hehe…
Ni  kad ahli aku…



Tapi kad ni kad diskaun untuk preggy mommies je… aku daftar masa dekat 7 bulan preggy gitu sebab masa tu baru aku gi cari barang baby…

Orang tua-tua kata baby dah 7 bulan lebih macam tu baru pergi sediakan dan beli barang-barang dia… hehe… tak sure nape… ni orang tua-tua kata… tapi apapun kita sebenarnya percaya dengan Allah  dan sunnah Rasulullulah je yer…

 Tapi kad diskaun ni expired tarikh EDD yer… (Expected Delivery Date)… heeee





~Zamiy Hisana~

2 comments:

Anonymous said...

ada nak letgo ke breastpump tu ?

Cik Iman said...

sakit tak breast pump tu?