Lepas aku balik dari Az-Zahra, aku terus balik rumah parents
aku kat Subang…
Aku berpantang kat sini sekejap sebab aku nak berurut
je selama 3 hari… Aku keluar wad hari
Jumaat… Hari rabu minggu depannya tu aku balik cheras dah sebab isteri adik aku
ada interview kat Pahang… jadi semua kat rumah tu nak pergi ke sana lah…
Masa hari Sabtu tu aku dah Nampak dah Afiq naik kuning kat
muka dia dah…
Tapi By kata tak ada apa-apa and dia insist tak nak bawa ke
hospital Sg. Buloh atau mana-mana…
Biasalah… Hubby aku masih lagi terkejut sebab tengok size
Afiq yang kecik tu… dia tak sanggup nak tengok Afiq kena check sana sini… sebab
tu dia tak nak bawa…
Mak aku suh jemur Afiq kat matahari… risau juga aku sebab
sekrang punya matahari pun tak berapa nak sihat..
Tapi aku jemur juga sebab By tak nak bawa ke klinik… Aku
jemur dalam kul 8.30pagi macam tu sampai kul 9.00 pagi. Tak lama, aku jemur
dalam 2 hari je macam tu…
Adik aku and isteri dia suh aku bawa juga ke klinik tapi aku
tak tahu nak buat macam mana… aku pun tak sanggup juga nak menengok Afiq kena
cucuk-cucuk jarum semua tapi dalam masa yang sama aku rasa risau sangat…
Aku balik ke cheras, mak mertua aku pun nasihatkan jemur kat
matahari and beli ubat mandian herba bunga dari kedai ubat cina… tapi jaundis
Afiq tak baik sangat pun, ada dan lepas tu kurang, tapi lepas tu naik semula…
By cakap dengan aku, jangan risau sebab darah Afiq belum nak sesuai lagi tu…
aku kerap susukan afiq sebab nak bagi dia kencing and berak…
Nurse datang melawat kat rumah untuk check aku and baby hari
Khamis tu, and memang dah arahkan aku untuk bawa Afiq ke klinik untuk check
Jaundis hari tu juga…
Sebulan kemudian aku bawa Afiq ke KKIA… hehe, punya lah
marah nurse tu sebab aku tak bawa Afiq ke klinik awal-awal… Doctor pun sama marah,
katanya doctor suruh bawa tu, bersebab… jangan pandai-pandai… aku pun sampaikan
kat By balik apa yang doctor cakap tu… haha…
Last-last aku kena bawa Afiq ke Hospital Kajang… sekali lagi
aku kat sini… aku tak berapa nak berkenan sangat pergi sini lepas kes oligo aku
dulu.. Staff memang ok semua kat sini Cuma tu la, kecekapan tenaga kerja tu
yang buat aku tak berapa nak favour sangat…
Aku bagitahu mak aku… haha… sempat jugalah isteri adik aku
cakap kat mak aku, “along tu nampak macam pandai, semua tahu tapi bila anak
kena kuning tak nak pulak bawa pergi hospital…” heee… berangin kejap hubby aku
dengar benda tu… tapi aku malas nak layan… lantaklah apa dia nak cakap, yang
penting Allah pun dah aturkan semuanya untuk aku…
Tapi ok juga aku tak bawa Afiq awal-awal, sebab kalau pergi
awal pun buat sakit-sakit badan Afiq je… memang kes Afiq punya kuning ni makan
masa lama nak baik… Aku darah B+, tapi Afiq darah O+… ikut By la tu… darah tak
ngam lagi… dan kebanyakkan kes yang melibatkan darah o ni lama sikit… melainkan
sama-sama semua darah o la kot…
Aku kena tunggu sampai petang sebab nak kena ambil air
kencing Afiq… air kencing Afiq terkeluar lak dari beg pengumpul tu, jadi dapat
sikit je… tapi masa tu dah nak dekat pukul 4 petang, so nurse suruh aku bawa
balik botol-botol semua tu dan kumpul air kecing afiq kat rumah, then esok
datang hantar…
Sedih sangat tengok tangan dia yang sememangnya kecik halus
tu dah kena cucuk sebab nak ambil darah…
Aku sendiri pun kumpul kat rumah dapat sikit je sebab memang
beg tu tak berapa nak masuk sangat air kencing..
Ni la barang tu semua yang nurse bekalkan kat aku suh bawa
balik…
Ni botol tempat letak air kencing yang di kumpul…
Esoknya lepas by gi hantar kat hospital kajang pagi…
Resultnya tak keluar lagi, tapi nurse ada cakap akalu teruk ke or ada pape
diorang akan call sebelum appointment
yang lagi 2 minggu tu…
Tapi aku tak de receive pape call pun lepas tu, just pergi
untuk appointment yang diaorang tulis tu je…
Alhamdulillah… doctor kata Afiq sihat dan nampak sangat
aktif… masa pergi appointment tu, berat Afiq dalam 5.5kg macam tu… dalam masa 2
minggu afiq naik 1.3kg… dia nampak sihat dan aktif… doctor pun kata dengan aku
yang aku dah tak payah datang lagi ke sana… heee…
~Zamiy Hisana~
1 comment:
Ana x ckp mcm tu pn. Ibu yg mrh2 msa tu ckp kt ana, alng tu mcm dh branak 10. Mcm pndai sgt. Dia mrh alng xnk pntang subang. Dia ckp alng nk ikutkan sgt mak mrtua alng x pantang dlu. Xpe ana mmg tau fmly am x ske ana. Ye la ana ni blaja x ke mane. Nsib ada anak2.. Ana x fhm org yg jnis nk laga2kn org ni. Allah lbih tahu.. Alhamdulillah...
Post a Comment