6th April 2014, Sunday…
Heee… semuanya tak di rancang.. memang on the spot…
Aku ikut adik aku keluar pergi Shah Alam. Dia kata wife dia
nak cari beg untuk baby sebab dia nak bersalin anak keduanya tak end may macam
tu..
Aku beli sikit-sikit barang kat TESCO extra tu… dalam dekat
RM80 plus-plus juga masa tu…
Kat Food court tu kitaorang lepak-lepak jap tunggu Aina,
anak buah kesayangan aku ni nak main kat arcade kat area tu.
Ni antara gambar-gambar si cumel ni… (haha.. cumel sangat
dia tatot…)
Sambil-sambil duduk tunggu tu, aku duk perati ada satu
contest photo untuk baby.. setiap pembelian RM50 ke atas dapat masuk secara
percuma and kalau-kalau nak sewa baju ke kat situ Cuma bayar RM10.
By berminat nak masukkan Afiq contest tu…
Aku call photographer tu yang masa tu tengah makan… Adik aku
masa tu nak gerak g giant shah alam dah…
So lepas menunggu, beberapa minit, photographer pun sampai
and tak sangka juga beberapa orang yang ada duk makan-makan kat situ juga
memang tengah tunggu nak masuk contest tu… Ni la hasilnya…
Heee… ni lah satunya-satunya gambar Afiq tersenyum and
gambar yang aku and By select untuk masukkan dalam peraduan tu… Afiq tak mahu
tersenyum… mungkin juga dia baru je bangun tidur and baru lepas menyusu, dia
meniarap tak rasa selesa tu yang dia tak nak senyum. .
Gambar dia sengih tu pun lepas aku duk ‘kuak dede’ kat dia…
haha…
Kuak dede ni aku baru je belajar dengan abang aku, katanya ni
bugis punya perkataan masa timang-timang anak…tak tahu lah apa maksudnya…
Hehe… saje masuk suka-suka, nak jadikan kenangan… tapi
meamng serius letih nak bekerja dengan baby yang belum faham apa… kita nak suh
dia tersenyum memang sampai sakit tekaklah buat lawak kat dia… haha…
Aku respect photographer yang bertugas untuk tangkap2 gambar
baby usia bawah setahun ni… afiq pun baru je 5 bulan plus-plus, kalau kita
cakap kat dia,
“Senyum… senyum…” memang tak senyum pun, kalau nasib tak
baik dia menangis terus… Afiq tengok je dengan mata bulat dia. Dia Cuma
berminat nak makan karpet bulu-bulu yang jadi alas dia meniarap tu jer… haha…
Afiq mesti pelik tengok gelagat orang-orang kat situ yang memang bising nak
tarik perhatian dia and nak buat dia gelak, dalam pemikiran dia mesti ada,
“Apa yang diaorang ni semua bising ni…” Haha… serius aku
sakit tekak lepas sesi photography tu… Tapi papepun.. happy sebab ada kenangan
yang boleh di simpan dalam ingatan… hehe…
~Zamiy Hisana~
No comments:
Post a Comment