Pages

My sweet Surrender

Friday, July 18, 2014

Ucuk Acin Step By Step Part 1 (First 6 Months)


Alhamdulillah… aku bersyukur pada Allah…

Aku dapat melihat perkembangan Afiq satu demi satu dan masih lagi mendapat peluang untuk merakamkan setiap saat indah ni…

Memang tiada apa yang lebih indah melainkan dapat melihat sendiri perkembangan anak kita depan mata…

Honestly aku cakap, dulu… perkara paling hidup aku adalah dapat result yang agak2 cemerlang masa sekolah… and happy dengan perkembangan education aku… tapi now, apa yang paling indah ialah perkembangan anak aku…and of course satu masa nanti, education untuk Ucuk Acin ni…






Setiap perkara yang Ucuk Acin belajar dan tahu buat, memang aku and By ambil berat and pay attention..

Mungkin, something about, ‘Daddy@man doesn’t concern on his son/daughter physical development’ dah pun berlalu… cause, daddy @ man today more particular and concern tentang perkara ni than mama@woman...

Ni bukan tipu punya, By lebih peka terhadap Ucuk Acin berbanding aku sebab, dia tahu dulu setiap tahi lalat yang mula naik kat badan Ucuk Acin… (ikut By la ni, banyak tahi lalat…)

Masa aku Nampak first tahi lalat Afiq tu kat pergelangan tangan kanan dia… setitik kecik je.. aku memang curious and happy… curious sebab how benda ni jadi tiba-tiba je… happy sebab dapat discover benda ni… aku story kat By, tapi dia cakap…

“Tahu je… ada lagi kat belakang bahu, and satu lagi kat atas pinggul…”

Wahhhh…. Lepas tu baru aku check Ucuk Acin… hmmm… serious aku rasa terharu dengan kepekaan dia terhadap Ucuk Acin… ternyata dia dah buktikan yang dia bukan just man for a word je…

Memang ramai first time mother (macam aku ni) yang sentiasa tertanya-tanya, apa perkembangan yang baby yang dah lahir ni akan cope day by day, or month by month… kalau sebelum lahir dulu, sibuk nak tahu fetus development day by day… haha…

So… entry ni, aku nak share sikit-sikit perkembangan Afiq and apa yang aku and By prepare untuk dia… may not so much, tapi bolehlah…

0 Bulan…

So, masa Ucuk Acin 0 month dulu, dia tak banyak ada perkembangan dari segi respon and persekitaran. Dia masih lagi bermain dengan ‘uri’ dia… (ni orang tua kata…) Dia ketawa sendiri, tersenyum sendiri masa-masa dia nak tidur tu… masa ni, lebih kepada perkembangan physical dia je… masa-masa yang agak hardest untuk aku, fight dengan jaundis dia…

Tali pusat dia tertanggal tepat-tepat 7 hari lepas dia lahir…

Bulu-bulu halus atau lebih di kenali dengan ‘lanugo’ akan mula gugur dalam 2 minggu lepas kelahiran ni…

Nurse KKIA yang cabut sebab dia kata dah kering sangat dah, and ok untuk di tanggalkan… actually, benda ni tanggal sendiri… tapi Alhamdulillah, masa Nurse tanggalkan tu, tak ada pendarahan apa-apa… memang dah kering…

Please be caution with baby punya tali pusat, if ianya tertanggal dengan cara tak sepatutnya atau belum masanya, boleh menyebabkan pendarahan… boleh datang mudarat pada baby… if that happen, please seek advice from klinik terdekat…

Dalam bulan ni juga, baby punya kulit akan start merekah-rekah and memang akan Nampak macam kelimumur kat kepala baby sebab dia akan tanggal kulit hari… (bagi baby yang belum cucur lepas seminggu lahir) masa nil ah juga, minyak pada kulit baby akan start keluar…



1 bulan

Sebabkan masalah Jaundis Ucuk Acin ni melibatkan perbezaan darah, jadi memang lambat baik kuning… aku still kena ke hospital kajang masa ni… seperti my entry yang lalu berkenaan baby jaundis

Ucuk Acin masa ni masih lagi bermain dengan ‘uri’ dia tu, or modern people call, ‘imaginary friend…’ dia senyum-senyum masa nak mamai tu, kadang-kadang dia mencemik-cemik macam nak nangis… lucu rasa bila perhatikan…

Nilah first smile Afiq kepada aku… yang sempat aku rakam…



Bertarikh 19 December 2013

Tapi, sebenarnya… masa ni… baby punya pandangan mata masih lagi kabur… dia belum Nampak jelas lagi apa-apa pun di persekitarannya… dia Nampak bayang-bayang… bak kata one of my friend, ‘baby masih Nampak malaikat lagi’ such a nice perception… memang betul… kalau ikut Islam sendiri, memang masa ni, baby Nampak Malaikat, dan juga benda-benda yang mata kasar kita tak 

Nampak such as our eternal foe, Iblis and the geng…

Kalau betul cara, masa ni baby akan naik berat badan, tinggi pun akan naik. Aku memang fully breast feeding untuk Ucuk Acin… Alhamdulillah, rezeki Ucuk Acin, sampai hari ni ada lagi breast milk walaupun aku dah start campur (apa nak buat, bekerjaya… hamboi… haha…)

2 Bulan

Masa ni, baby dah pandai tengok sekeliling and beri respon. Dia memang tertarik dengan objek-objek yang mempunyai warna yang terang. Ucuk acin dan Nampak kurang berinteraksi dengan ‘uri’ dia… dia dah pandai tengok tv… ada sesetengah baby, lebih awal lagi dah pandai tengok tv… hehe…



Afiq masa ni dah start nak berdiri saja… kalau pegang dia pun dia memang nak berdiri…
(gambar afiq nak berdiri)

Baby dah start nak tarik perhatian kita… ni memang kajian… baby dah start menipu, sejak dia umur macam ni… bukan tipu yang serius, dia tipu menangis macam lapar sebab dia nak perhatian…



Aku jarang bedung ucuk acin, tapi memang orang tua-tua marah kalau kite tak bedung baby… actually banyak kelebihan kalau bedung baby… antaranya, tangan dia and kaki dia tak Nampak macam mengagau… elok je.. badan dia pun cantik and pejal… tak delah Nampak lembik2 je otot… jangan tiru macam aku… ucuk acin memang merdeka tak di bedung…


Masa ni, ucuk acin juga dah start main air liur dia… berbuih2 mulut dia…


Berat badan baby pun supposed dah makin menaik… tinggi pun akan bertambah… kulit akan mula nampak cantik dari mengelupas tu… tapi sebabkan kulit ucuk acin ni sensitive, dia punya kulit memang merah-merah sensitive… kaki dan tangan dia memang ada eczema tahap rendah sikit… seperti in my previous entry bout rashes…

3 bulan

His Imaginary friend @ uri has gone for now… tapi, dia create satu dunia baru dia sendiri… ucuk Acin start bermain sendiri… dia main dengan tangan dia…


Alhamdulillah… tahun ni bonus aku banyak habiskan untuk beli barang-barang Ucuk Acin… beselah… semua pun tertanya-tanya kemana perginya bonus aku tahun ni… memang kepada Ucuk 

Acin… tak banyak yang aku spend untuk diri aku and family tahun ni… ala… bonus kecik je pun… tapi, Alhamdulillah… bolehlah nak guna time-time terdesak-mesak kan… so… Ni bulan Afiq first time dalam Stroller… nanti-nanti aku buat budgeting untuk baby lak yer… (just nak share, tak de niat nak tunjuk-tunjuk… heeee…)


First time dalam stroller ni pun kat TESCO… haha… memang dia suka TESCO…
Okie… continue with baby development…

Masa ni, Ucuk Acin dah pandai nak bersembang… dia nak berbual-bual and bercakap dengan kita… dia dah start boleh mendengar bunyi, dan suara… tapi belum boleh diffentiate suara siapa…

 

 

Walaupun dalam gambar ni, Ucuk Acin Nampak macam nak menangis, tapi sebenarnya dia tengah bercerita… memang Nampak macam sedih jugalah cerita dia tu… sebab dia end up buat muka macam ni…

 


Dia memang dah beri respon kalau kita jawab dia… dia akan tenung muka kita… dia dalam proses nak kenal dan tengok… masa ni penglihatan baby dah agak jelas kalau kita duduk dekat-dekat dengan muka dia… dia akan gunakan tangan juga nak sentuh-sentuh muka kita… ini memang proses dia start nak kenal kita…


Ucuk Acin dan start boleh pegang barang-barang… yang ringan je lah ye…


Ucuk Acin juga dah start isap ibu jari… dan juga termasuk segala-gala benda pun dia dah pun start masuk ke dalam mulut… memang fully utilized dia punya keinginan nak merasa tu…

Gambar ni memang gambar sensored ucuk acin… haha…

Berat baby juga memang supposed akan bertambah… aku still fully breast feeding lagi… memang letih sikit sebab aku kena berulang ke rumah setiap kali lunch hour… tak pe lah… sebab nak beri yang terbaik untuk Ucuk Acin… dia special sikit sebab dia memang tak boleh nak terima susu badan dalam botol… masalah sebenarnya… jadi… ibu-ibu bekerjaya kat luar sana please lah train your baby seawall mungkin…

Memang not so good sebab botol susu boleh menyebabkan pertumbuhan gigi baby tak berapa cantik.. tapi kita ada pilihan dan option, boleh cari puting yang mimic original punya… harga still can be consider okay… janganlah beli yang mahal kalau nak beli banyak, yang murah tapi ada kualiti…

Aku memang beli pacifier tapi, memang ucuk acin tak mahu guna… Alhamdulillah jugalah sebenarnya dia tak nak… aku beli pun sebab masa tu, memang tak boleh elak kenapa…
Okay… so lain-lain… rambut pun dah start nak memanjang…

4 bulan

Ucuk Acin dah pandai ketawa main cak-cak…


Aktiviti main air liur dan juga memasukkan mainan ke dalam mulut memang semakin rancak time umur macam ni…

Apa yang paling besar sekali adalah… dia dah start meniarap…
26 February 2014,

Afiq Berjaya meniarap untuk pertama kali…


Dari segi respon, dia dah boleh nak bezakan bunyi… suara dan muzik… Alhamdulillah, Afiq memang nak dengan sesiapa pun… setakat ni lah…

Berat badan baby akan bertambah, tinggi akan bertambah beberapa cm juga…

5 bulan

Masa ni, Ucuk Acin da start tunjuk karekter dia… dia marah, dia bosan… dia da start demand on something yang dia nak…

Dia dah start nak tunjuk interest dia atas apa-apa benda yang dia lihat. Dia dah start ingat benda-benda atau alat permainan yang dia selalu tengok…

Di hujung usia 5 bulan ni, aku dah start bagi Afiq makan… actually, doctor nasihatkan untuk bagi makan bila baby dah masuk 6 bulan… tapi sebab ucuk acin asyik meragam je, aku start bagi dia bubur nasi campur-campur dengan makanan bayi yang lain… termasuk puree… my previous entry… solid food for baby..




Ucuk Acin dah fully meniarap and dah agak lama juga dia tahan kalau dia meniarap…

Ni masa Afiq nak mandi… heee…

Dalam sekitar usia ni aku masukkan Ucuk Acin pertandingan photo bayi anjuran TESCO… my entry on this contest… ucuk Acin..

Honestly, Ucuk Acin tak pernah lagi demam… ni lah first time badan dia agak panas, mungkin demam… aku tak boleh nak sukat suhu dia accurately, tapi around 37.7 degree macam tu…

Dia Nampak lesu and asyik merengek…

Mak mertua aku kata dia nak tumbuh gigi, ibu kata dia nak memandai… Hehe… kedua-duanya di terima pakai… pernah dengar, setiap apa yang kita lakukan ada ganjaran…??? But someother statement also state, there are price for everything… ??? hmmm… masuk sikit bab kemahiran berfikir dan menerima ni…

So apa yang aku buat, just letak cool fever and ada juga guna bye-bye fever... lepas tu aku lap-lap sikit kepala dia dengan tuala basah nak bagi cool down suhu badan dia...

Allah beri sedikit ujian untuk jadi pandai… dan nak kurniakan gigi… kita ni hidup sentiasa di uji… even sejak awal lagi kewujudan kita…

For me, I take the first statement… setiap kesengsaraan dan kepayahan ada ganjaran dari Allah… but some others take the second one… bagi aku lah, ada sedikit tak betul bila kita perlu membayar pada 

Allah untuk sesuatu sebab Allah tak pernah katakan yang kita perlu membayar apapun… sebab…
 kita kena ingat selalu, kita ini Hamba Allah yang tak sepatutnya ada system barter semua ni… kita kena sedar diri… (muhasabah sekejap…) kita kena buat kerana bukan sahaja di suruh, tapi memang wajib atas kita… hmmm… lain orang lain pemikiran… no offense yer… tapi if ada yang lebih pakar dalam soal ni boleh je nak komentar, mana tahu alas an dan logic yang di beri itu boleh membaik pulih the second statement… (maklumlah, Hamba ni jahil… masih mencari ilmu lagi..)

Ok, switch back… hehe… Ucuk Acin demam… 17 April 2014


Aku memang tak tidurkan Ucuk Acin kat dalam buai… ada banyak sebab… paling first, bilik aku sempit tak muat nak letak buai… 2nd sebab aku selalu berjalan… susah kalau baby nak tidur buai je.. tapi aku memang nak ucuk Acin tidur buai… manfaat banyak.. selain dari baby cukup rehat and cukup tidur, kita pun boleh buat kerja… kalau tak memang nak kena tunggu dia je la… lagi aku, yang memang tinggal berdua… bolehlah nak kata ada adik ipar, tapi mereka kerja semuanya, tengah malam baru balik… memang aku susah betul nak buat kerja rumah…

So ni first time aku test bagi Ucuk Acin tidur buai… pinjam buai sepupu dia… heee… Cik Aina…


6 Bulan

Baru masuk 6 bulan, Ucuk Acin dah buat acrobatic… haha… (sorry Afiq… you the only one for now…) Sebelum cecah umur ni pun dia ada buat juga aksi ni, tapi tak tersimpan lak gambar tu… haha…


Okay… Ucuk acin tumbuh gigi… ni memang kalau tak tengok betul-betul tak Nampak… kecik sangat baru naik…


Gambar ni bertarikh 15 May 2014. Ucuk Acin memang dah semakin nak bersosial dengan kita, dia dah start kenal dengan orang di sekeliling…

Dia akan senyum dengan orang yang dia dah biasa tengok… kalau dia first time tengok tu, memang lambat and susah sikit dia nak senyum…

Dia dah start enjoy mandi… sebelum ni memang aku menghadapi kesukaran nak mandikan dia… sebab dia, tak nak…

Dia akan start nangis… bila kena air… even air panas suam pun macam tu… air sejuk lagilah macam nak runtuh bilik air…

Tapi now, Alhamdulillah… he can get over the hydrophobia symptom ni…


Tapi, ada juga masa-masa dia tak nak mandi… memang ada… memang ada… hmmm…

Okie… ni untuk the first 6 months manja ucuk acin punya development yang aku perati… more or less memang ada yang tertinggal and terlebih.. (????) haha…

Kalau tak, nanti berjela-jela entry ni jadi… aku pun tak sanggup nak tulis berjela sangat… yang nak baca pun hilang lak interest… heee…

Kalau nak lebih accurate and details, boleh je cari kat mana-mana website.. sekarang handphone memasing dah canggih manggih, maka bolehla download je apps kat play store… contohnya: baby development, baby’s motor milestones and banyak lagi ler… heee… cari je… ada yang free and ada yang kena bayar… aku amik yang free je…

So… until the next 6 months… 





~Zamiy Hisana~

No comments: