Pages

My sweet Surrender

Thursday, July 17, 2014

#Kiki Peugeot CDM 25

Hmmmm... walaupun aku tahu dah memang banyak orang blogging pasal ni...

Aku pun nak menyibuk sikit...

Actually baru semalam aku tahu pasal benda ni lepas tengok fb sebelum nak tidur... (nampak sangat aku bz jaga ucuk acin)...
Aku memang terkejut sebab benda ni dah jadi trending world wide... hubby aku pun tak tahu (ni lagi buat aku terkejut)... memang kami berdua bz benor lah ni... haha...

Pagi tadi masa aku tengah drive, odw nak ke office aku sempat juga layan radio pagi... adalah dengar cik kiki ni buat permohonan maaf secara terbuka kepada Uncle Sim... dia datang studio Era dan call uncle tu...

Aku pun tahu.. apa yang aku nak blogging may be some other blogger already shared...

Memang tak di nafikan apa yang kiki ni buat memang memalukan and sorry to say... bodoh...
Tapi dia dah cakap yang dia tak dapat nak kawal diri dia masa tu... maklumlah aku dengar cerita kerta dia tu mahal and baru...

Aku keje kat company chinese and its really2 true that i'm the only one muslim worker at office department...
Semua orang tahu... tak kira apa pun agama... bila time muslim berpuasa memang biasanya 'sabar' adalah elemen yang di utamakan...

kiki.ni dah buat sesuatu yang merendahkan martabat agama Islam... dengan memaki hamun, dengan tak sabarnya dia, dengan keganasan sampai tahap nak mencederakan orang... dengan adab kesopanan dan kelembutan seorang wanita yang lenyap...

Memang memalukan bila dengar uncle tu cakap...

"I'm a katolik, christian... dalam agama saya ada cakap kita perlu memaafkan orang kalau orang buat kesalahan dengan kita"

Haaa... malu tak? Jatuh nilai agama Islam bila dia buat macam ni... ni la yang orang kata... kerana nila setitik.. susu binasa sebelanga! (Aku edit skit peribahasa ni)

Bulan2 mulia macam ni pulak tu... patutnya bulan ni lah lagi kita sepatutnya menjadi contoh terbaik umat manusia sebab bulan2 lain kita selalunya tak terkawal diri kita dengan hasutan iblis... (bulan ni kan Allah bagi kelebihan kepada hati kita dari gangguan iblis kerana iblis di rantai... heeeee)

Tapi... apapun kiki dah pun menyesal dan mohon maaf atas apa yang dia buat... dia mengaku yang dia dah buat silap...
Ini satu pengajaran buat diri kita semua...

Memang pengajaran juga untuk aku sebab aku pun bawa kereta sendiri... memang aku akui... setiap hari bawa kereta ni, aku sepanjang jalan marah saje dengan sikap pemandu lain.. yang tak sabar nk que... semua orang pun nak cepat... maklumlah awal pagi nak masuk office...

Apapun... kita ambil iktibar dan pengajaran berkenaan perkara ni... ini viral yang menjadi pengajaran kepada semua...

Aku tak tahu cerita sebenarnya... sebabnya...

-aku tak de di tempat kejadian...
-sampai sekarang ni aku tak tengok video tu
-aku tak tengok berita

Tapi... dari apa yang khabar angin dan wartawan bertauliah di fb cover cerita mengatakan...

-uncle sim terlanggar kereta kiki yang mahal dan baru
-kiki marah dan memaki hamun berunsur perkauman
-kiki ambil stereng lock dan hentam kereta uncle
-kiki turut matikan enjin kereta uncle sim
-kiki masih simpan alarm lock kereta uncle sim (ni aku rasa macam TIPU)
-kiki & uncle sim ke balai buat report
-mereka dah bermaafan
-timbul.viral kat fb
-kiki kena kecam. Fb kena hack
-kiki datang station radio dan buat permohonan maaf secara terbuka kepada uncle sim dan isteri.

Hmmmm...  by this... all of it should be settle down already...
Jadi kita semua pun patutnya pun sama2 dah settle down dah.dengan kecaman dan kemarahan kita...

Dengar dia menangis masa kat one.fm tadi, rasa kesianlak dengar... dia memang ikhlas minta maaf and rasa bersalah...

So everybody... please take note on this as a lesson for this year... because this issue already being worldwide... it will be a history in our memory for some time.. and will be one of the most bitter memory for kiki whole life...
Wallahualam...

~zamiy hisana~

No comments: