Pages

My sweet Surrender

Monday, November 22, 2010

Aku dan November...

Sejak akhir-akhir ni...
Macam-macam jadi dalam hidup aku...
Aku bukan tak nampak atau buat tak nampak...
Aku bukan tak faham atau buat tak faham...

Aku dah sampai pada turning point aku ke?

Tapi... inilah dia yang aku nak katakan...


Aku tak berubah...


Berubah di sini maksudnya hati dan perasaan aku terhadap kawan-kawan dan keluarga...
Cuma... aku telah menambah satu lagi perasaan kepada seseorang...


Aku tahu dan mengerti,
Ramai yang sangat-sangat kecewa dengan pilihan aku...


Mungkin juga semua orang.. sedang menantikan statement aku ni... (ya ke???)

Ya...
Aku sudah jatuh cinta...
Aku sedang di lamun cinta...

Di mana pilihan hati aku ni,
Tak di sukai oleh teman-teman...
Tak di terima oleh ibu dan ayah aku...

Tapi...

Aku sendiri tak tahu macam-mana nak terangkan pada semua...
Mungkin juga... kisah aku dan si dia ini akan sesuatu yang aku dan dia sahaja yang memahaminya...

Aku tahu kenapa dan mengapa dia tak menjadi kegemaran bagi semua orang di sisi aku...

Kenapa aku jatuh cinta pada dia...?

Dia...
Sangat biasa...
Dia seorang lelaki yang biasa, macam lelaki yang ada kat dunia ni...

Dia bukan doktor,
Dia bukan lawyer mahupun engineer...

Dia despatch jer...
Dia belajar pun tak setinggi mana...
biasa je..

Badan dia tak de la tough mana pun, (tapi aku sukee...)
Muka dia boleh tahan la... (bagi aku memang habis Handsome dah~)
Suara dia... sedap juga la telinga mendengar... (Habis romantik la...~)
Kulit dia, lebih putih dari aku la... (Aku jeles...)

Tapi sungguhpun begitu...
Dia rajin bekerja dan tak pernah menyusahkan orang lain...
Dia tak pernah menyesal atas apa yang telah berlaku ke atas diri dia sebelum ni,
Dia teruskan kehidupan dan Redha..

Dia sedar dengan ketentuan Allah,
Dia sedar diri...

Bukan semua orang je tahu, namun aku dan dia sendiri tahu,
Percintaan kami ni memang dah ala-ala antara 2 darjat dah... (bukan ala-ala da...)

Dia tak pernah terfikir nak memikat aku pun, tak pernah terfikir nak bercinta dengan aku...
Namun...
Memang tak di jangka kerana aku sendiri jatuh cinta pada dia...

Terus-terang aku katakan di sini,
Aku pernah nak jalankan dia dengan Eiki aku sendiri...
Eiki pun agak berkenan dengan dia... termasuklah dia sendiri...

Tapi tu lahkan...
Aku tak de perkataan lain nak katakan melainkan Allah punya ketentuan...
Aku agak keliru juga dengan apa pun aku tak tahu...
Aku tak tahu samada perlukah aku perkenalkan dia dengan kawan-kawan aku atau tak,
Sebab...

Aku tak nampak relevennya kenapa aku nak perkenalkan dia dengan kawan-kawan,
Kerana semua tak boleh menerima dia sejak awal lagi...

Sebab itu aku masih berdiam diri..
Simpan je dia.. (haha... buat pekasam...)

Aku tak tahu nak terangkan pada semua macam mana dia...
Bila aku kata dia baik... baik ni kan subjektif dan meluas sangat...
Bila aku kata dia ni jujur... jujur pun terlalu abstrak...
Bila aku kata dia ni setia... setia pun adalah sesuatu yang boleh di manipulasikan...

Entahlah...

Aku cuba kenalkan dia dengan family aku, namun diaorang pun sendiri awal2 dah kata...

"Tak payah... aku tak nak kenal dia..."

Jujur aku katakan, aku sedih dengar kata-kata tu... kenapa tak nak kenal dia dulu...?
Kenapa judges dia macam-macam...?

Tapi... lama-lama ibu dan ayah nampak boleh menerima dia sebab kata ibu,

"Dah itu yang buat kau bahagia, dan kau gembira... asalkan kau gembira sudahlah... ibu kecewa pun tak pe..."

Aku faham.... aku waras masa buat pilihan tu...

Keputusan aku ini memang menyakitkan dan mengecewakan ramai orang dan menghancurkan banyak hati...

Termasuk dia yang sebelum dia... termasuk si dia yang sebelum aku untuk dia...

Maafkan kami...
Tiada apa yang mampu aku katakan setakat ini melainkan kata-kata maaf...
Maaf... kerana kami sudah jatuh cinta...

Aku tahu, banyak yang rela sahaja dengan percintaan kami ini, namun restu dan doa mungkin sangat sedikit yang mengiringi kami... namun aku mohon agar jangan doakan kecelakaan kami berdua...

Kerana, aku yakin, kami bercinta untuk mencari kebahagian walaupun percintaan ini adalah antara dua kufu yang berbeza untuk zaman dan era masa sekarang ni...

Walaupun agak tak leh blah dan mengarut... namun... apa yang aku boleh klasifikasikan percintaan ni setakat ini adalah...

Percintaan terlarang di muka bumi ni...

Aku sendiri tak sangka, November ini... aku sedang bercerita mengenai kisah percintaan terlarang aku sendiri...
yang highlightnya di sini adalah AKU yang bercinta...
Tak pernah sekali pun aku terfikir yang aku akan berhadapan dengan kisah cinta seperti ini...
(bercinta pun tak pernah aku terfikir... haha.. tak leh blah...)

Mungkin keputusan nak berkahwin dalam masa terdekat ni buatkan semua orang naik darah kot...
Haha...

Keluarga dia dapat menerima aku dengan baik... Alhamdulillah...

November 2010 kali ini banyak memberikan dan meninggalkan kesan dalam hidup aku...
Kisah yang aku sendiri tak pernah bayangkan...
Kisah yang tak pernah aku karang...
Skrip yang sebenar bukan seperti yang selalu aku coretkan...
Ceritera yang asli bukan seperti yang selalu aku ilhamkan...

November ini,
Membuka satu lembaran baru untuk aku...
Lembaran yang istimewa bagi aku, namun kekecewaan bagi orang lain...

Kepada mereka yang mengenali dia, terima kasih aku ucapkan...  kerana memberikan sokongan..
Terima kasih...
Kepada kawan-kawan aku yang lain, setiap nasihat anda semua jujur dari hati aku menerima dan jadikan ingatan...

Nasihat anda semua membuktikan bertapa aku amat penting (hehe... tak leh blah...) dalam hidup anda... terutama Paro... thanks pal.. walaupun aku tak berdaya nak ucap sendiri dengan mulut aku ni, namun aku tahu kau care and memang aku hargai dan terharu.... (heee.... malu plak...)

Maafkan aku sekali lagi...
Maaf kerana aku telah jatuh cinta... dengan dia...


~Zamiy Hisana~

Monday, November 8, 2010

IB dan kakak bon bon pink...

Heee..... gross kan ayat aku kat atas ni...

Haha...
Well... tak dela banyak mana aku nak story pasal akak ni..
Cuma dia menjadi bahan gelak antara aku dan Paro je la...
Aku dan Paro pergi ke IB (istana Budaya)
sebab nak ambil tiket teater "NATRAH" yang Paro da booked aritu secara online...

Kitarorang g naik motor je pun...
Aku dan Paro sampai kat IB pun ambil masa sekejap je...
Seingat aku... tarikh kami ke IB ni 23 October...

Papepun...
Aku sampai je kat IB tu, orang ramai, ada event kot..
Tapi yang penting kaunter tiket nampak kosong...
Maka kami pun melangkah menuju ke sana..

Aku tak berapa amek port sangat dengan kakak yang duk terhongek kemain depan aku..
Tapi...
Tidak Paro...
Dia memang cekap, tak sampai beberapa minit je dia snap gambar kakak tu...

Seksa tak menonton?

Paro cakap dengan aku...
"Amacam? cantek tak?"

Aku sengih dan jawab..

"Boleh jadi bahan..."

Lama gak akak tu duk kat kaunter tu...
Aku tak tahu nak kata apa...
Dia melayu...
Bagi aku, ada2 masa kita perlu menghormati dan mengadabi tata rules dalam dressing ni..
Aku mengaku yang kadang-kadang aku pun mengaku yang aku pun ada msa 'seksa'..
tapi tak de la gini extreme seksanya kan...

papepun...
sory la kak... sy ni memng pantang nampak benda-benda gini...
nak aje di post kt sini...
wuuuu~~~~

anyway...
pas sibuk duk mengata kakak tu, n after kami dah amik tiket yang dapat diskaun...
kitaorang gerak ke Jusco kepong... Dekat sikit dengan umah PAro...

Setelah gedebak-gedebuk..dengan Paro...
kami pun decide...

"cuti-cuti cinta"

Tak leh blah kan...
Aku tak sangka yang aku akan menonton citer ni...
Paling tak di sangka, Paro pun menonton cerita yang sama... dengan aku...
Hahaha...
Lawak weh...

biasanya aku tak menonton kat panggung citer macam ni...
Genre kat panggung biasanya,
Takers, chen zhen, 2012, transformer... and RED!

Haha... tak leh blah tul...

Cerita dia ok lah...
Cerita melayu, what do you expect kan? takkanlah cite cinta gini ada lak aksi terbang-terbang kat langit...
haha...

Habis menonton... kitaorang pun bersidai ke luar Jusco...
Hujan baru reda...
Kami jalan g tempat parking moto...
huhu...
Aku sampai je kat motor...
Mahu nak terkeluar semua anak tekak aku... (aku ada 8 anak tekak!)

Xleh blah...
Paro sengih2 je menyaksikan benda yang aku tak pernah lagi tengok...
First ever dalam hidup aku!

Helmet paro...

Helmet paro yang tergantung di sisi motor aku...

Motor kesayangan yang dah makan tuan dia banyak kali...

Aku pun tak tahu apa nak kata...
Paro sarung je benda tu buat tak tahu...
seb bek dekat je rumah dia...
Hehe...
Moral of the story: sila jaga tepi kain dan helmet anda... haha!
Aku selamat dan bersyukur tak kene pape... (ya ke? bapak aku mengamuk kat rumah...)

~zamiy hisana~


Aku dan Sunway...

Aku, Master dan Paro...
Merayap lagi...
Kitaorang memang tak pernah duk bilik...
Berjalan je keje kitaorang...

Kami ke SUNWAY PYRAMID...
Tujuannya... menemani Paro untuk menghantar broadbandnya...
Nak tukar plan katanya...

Tak pe...
Aku dan mereka-mereka ni, duk la bersantai jap...
Tak terperasan lak aku yang kaler baju aku sebijik da macam kaler sofa maxs center ni...
Hahaha...

tak leh nak edit banyak... hilang kaler lak jap lg.. (wajah aku semakin kelihatan...)

Aku bangga... patutlah semua orang dalam kedai pun duk perati aku...
Haha...
Budget aku ikon mxs ke????

Ni paro dan master....

Dah setel sumer... kitaorang jalan-jalan kat ice-ring...
Saje nak tengok2 sape2 yang melekat kat cermin ice-ring tu...
Hehehe...

Tapi... rezeki kot malam ni, nak tengok bebudak ice-hockey...
Tak leh blah...
Teringat aku kat cerita biru violetku tu... obata yuki punya manga...

Mamat yang si Violet kinoshita tu minat, budak ice-hockey..
Cerita yang betul2 meruntun hati aku...
 gini la muke depannya...

Lama gak kitaorang duk bersifai kat situ...
dari sesi memanaskan badan...

warming up...

abg ice-hockey tengah senam...

senam sensorang... kat hujung...

Sampaila sesi briefing... (kot...)

Tengah duk berkumpul...

Masa ni last touch kitaorang...

kami...

Kami bertolak pulang memandangkan... semuanya 'budak kolej' lagi...
tak pasal tak leh nak masuk kolej lak kang... (before 12 ok!)

~zamiy hisana~

Buried yang Buried...

Aku melajukan diri untuk menuju ke GSC ALAMANDA...
Memang mengujakan, bawa kereta macam dah nak giler dah...
Aku pun tak tahu sangat apa yang berlaku dengan diri aku ni,
Bersemangat sangat nak tengok wayang yang beberapa hari aktiviti ini aku tak buat...

Sampai kat sana..

Terus meluru kat kauter...
Sambar 4 tiket... Burried...
Walaupun dah lambat setengah jam. tapi kitaorang redah je masuk...
Masuk2 je, aku nampak kat screen besar tu ada seorang lelaki (ryan renolds) tengah duk kat dalam kotak...
Cemas sungguh beliau kelihatan ketika itu...
Aku dan kesemua ahli penjejak movie duk perati, apa yang mamat dalam kotak ni tengah nak buat...
Heeee....

Aku shortcut terus la...
Lebih kurang sejam lebey kemudian...
Aku dan kesemua ahli penjejak movie, ketawa berdekah melihat aksi lelaki itu mati dalam kotak...
Kejam sungguh kitaorang kan?

Tapi... aku memang serius, mengaku kat sini...
Aku tak pernah lagi jumpa movie yang macam ni...
First ever in my life!!!!!!

First time dalam hidup aku tergelak macam nak habis nyawa
lepas tengok ending...
Firts time aku tengok movie yang pelakon dia cuma seorang sahaja all the time... (pelakon suara tu ramai... sebab dia asyik cakap telefon...)
First time aku tengok movie yang cuma ada satu je tempat shooting... iaitu di dalam coffin atau kotak dia tu...

Tapi citer ni banyak pengajaran...
Sensitif sikit, tapi bagus untuk warga America la kan...
Sebagai manusia, dan seorang Islam...
Aku faham apa yang mereka lalui,
Namun kita semua manusia, kemarahan kadang-kadang mengatasi kewarasan beragama...

Orang yang letak dia dalam kotak tu, nakkan wang tebusan,
dari kerajaan America, sebab mamat ni warga America...
Orang tu kata, dia minta gitu sebab askar america serang negara dia dan menyebabkan dia hilang keluarga...
Sebabkan lelaki itu America juga (walaupun bukan askar) dia tetap nak balas dendam... dan minta duitla kan...
Tapi kerajaan America tak mampu nak tunaikan,
atas dasar-dasar yang aku sendiri tak berapa nak faham...
Mungkin kalau korang tengok, korang akan faham la apa yang di maksudkan beliau-beliau yang menjadi pengarah dan penerbit cerita ni...

lepas habis tgk buried ni... aku dan geng2 penjejak movie pergi melantak jap kat Maulana...
Aku terpegun tengok suasana kat Maulana yang begitu meriah, terutamanya pada malam hari...

Paro yang melantak megi goreng...

Ni pinggan Master.. hehe...

Snapshot lebey gambar paro... sebelah aku poyo (nickname)...

Aku kagum dengan cara ikan dalam aquarium kat maulana ni tidur...
Walaupun... Paro kata...

"Ei... Ikan memang tidur macam tu la... kalau nampak dia landing kt bawah ke atau dia senget je maknanya dia tidur la tu..."

 ikan Maulana yang sedang beradu....

Hahaha!!! Masa aku kecik dulu... mak aku memang suka bela ikan, bila ikan tu senget je aku selalu cakap dengan mak aku...

"ibu... ikan tu nak mati... dia senget..."


 ikan yang melandingkan diri....

Haha! Baru aku tahu... sepanjang dekat 23 tahun aku hidup ni, baru aku tahu ikan tidur macam tu... haha...

Aku tiba-tiba penat...

Hidup yang penuh dengan masalah...
Memang merunsingkan...
Tapi...
Kalau hidup tak de masalah juga...
boleh merunsingkan...

Ini tuntutan sebuah rencana yang di panggil kehidupan...
Bukan semua masalah jelas nampak depan mata...
Banyak daripadanya terselindung,
Tak terluah...

Aku ada masalah ke?
Aku pun tak tahu nak jawab, sebab aku ni memang jenis orang yang banyak masalah...
Rutin dalam setiap hari aku adalah memikirkan solution masalah...
Aku tetiba rasa tension plak...

Aku bukan nak buat cerita donggeng kat sini....
Ni memang pengalaman aku sendiri,
Tak pernah lagi aku alami, inilah pertama kali...

Aku tak faham orang lelaki ke? (sebab aku perempuan)
Atau...
Aku tak faham dia je?
Aku pertama kali kenal dia masa aku buat praktikal kat kilang kordial dulu...
Tapi aku dan dia jarang berbual...
Boleh kata tak pernah berbual..

Aku pernah tegur dia tulis nama air, dia salah eja...
Itu je la... seingat aku..
Ada sekali lagi masa aku dengan dia duk berbual2 tanya asal-usul...
Dan itu adalah yang terakhir...

Aku dah habis praktikal kat double lion lebey kurang nak masuk 1 tahun gitu...
Tapi lelaki ni... mengekori aku sehingga ke saat ini...
Aku tak tahu kenapa tapi dia sangat menjengkelkan...!
Dia nak mengorat aku, tapi dia mungkin tak jumpa cara terbaik untuk menambat hati aku...

Dia hantar mesej setiap hari pada aku...
Lagi-lagi sejak akhir-akhir ni...
Aku pun tak tahu nape, tapi pas baca mesej dia...
Aku jadi geram...
Kadang-kadang jadi marah sangat...
Kadang-kadang aku kesian pun ada juga...

Dalam mesej dia, dia selalu cerita yang dia ada rumah...
dia ada kereta mewah, dan gaji dia banyak..
dulu dia keje kt kilang kordial tu sebagai pembantu stor...
ketua dia pun pakai kete wira je... (Ah siang...)
masa dia keje kat kilang kordial tu, dia pakai RXZ...

Hurm... aku curious dengan dia,
tapi ye lah kan, nasib manusia, Allah je yang menentukannya...

Mesej terakhir dia pada aku ni, pagi tadi pukul 4.53am..
tah apa tebiat nak mampus agaknya...

dia tulis 'syg'... tu je..

semalam dia kata aku 'mcm bosia'... tapi aku tak pernah reply da mesej dia...
lantak dia la nak membebel sorang-sorang...
Tak kuasa aku nk layan orang yang memang aku tak faham lansung ni...
Dia bukan kawan aku pun, kenalan? boleh ke aku gelar dia gitu?
Dia bukan sape-sape untuk aku...

Kalau dia buat perangai elok-elok, mungkin kita boleh jadi at least kawan...
tapi perangai serupa itu, i'm so sorry... bukan perempuan je, kalau kak pon pun tak mahu ok...

aku malas nk describe sedasyat mana dia ni...
Just aku boleh bagitahu...

Nama dia SABRI.
No Phone : 0122604023

Korang atau sesape boleh call tanya dia kenapa dia macam tu...
Aku sendiri tak faham sampai arini...
sedangkan aku dah beritahu dia aku dah ada anak 2 orang dah...
Believe it or not, dia kata dia tak kisah..
Adui... tak pernah lagi aku jumpa lelaki dan manusia macam ni...
selalu wujud dalam novel dan drama je...
kali ni, reality life in me!
Sape2 yang member aku, mesti confirm da tahu kes ni..

Berbuih da mulut aku mencarut kat mamat ni...
kawan2 aku sendiri pun join venture kutuk mamat ni..
Nauzubillah...
Sampai aku terlampau marah, aku gelar dia... "Syaitonirajimmmmm...."
Dahsyat tul dia buat aku marah kan...
Haha...
Memang sangat annoying...

~zamiy Hisana~

Friday, October 29, 2010

Kalau tak suka, say NO....

Cerewet???
What is that?
Haaa... ni isu yang memang agak complicated dalam masyarakat manusia...
Bab makanan menjadi satu benda pertama kat dalam hidup ni yang perlu di titik beratkan...
(Perggghhhh.... formal gila ayat aku...)

Macam-macam perangai manusia ni terserlah depan makanan...
Ramai orang kata, bila someone tu tak makan sesuatu makanan or beberapa makanan lain, dia akan di gelar cerewet...
Hurmmm...
Aku punyai persepsi dan pandangan berbeza sedikit berkenaan cerewet ni...

Pandangan aku tiada kene mengena dengan mana-mana pihak, ni just my analisis...

Heee...

Aku amek contoh dekat je la, diri aku sendiri...

Aku tak makan bawang... (kalu tumbuk halus aku makan je...), aku tak prefer makanan pedas...  (dulu aku tak makan lansung pepedas ni...) aku tak makan ikan2 darat, aku tak minum air teh susu, aku tak minum nescafe dan ada la lagi beberapa item makanan yang aku tak sentuh...



Orang akan kata aku memang stock mengada-ngada, cerewet... 

Tapi, aku tak rasa aku cerewet... aku bukan suka2 tak makan, cuma ada certain item tu memang aku tak suka nak makan or memang tak boleh makan la kan, sebab perut tak leh terima...



Kalu orang cerewet pulak, bagi aku yang macam ni...

"Saya cuma makan roti jenama Gardenia sahaja. selain dari jenama gardenia saya tak akan makan... kalau sos cili pun jenama kimball sahaja, selain dari itu saya tak akan makan...."



Haha! aku seyes ada kenal dengan seseorang macam ni... tapi apapun, dia punya hak untuk menjadi sebegitu. bukan apa, orang cerewet ni bagus, sebab dia pentingkan ketetapan dan kualiti... bak kata ibu aku, 'celici' gitu...

Apa yang aku rasa semua ni, cuma pandangan peribadi aku je... ini apa yang aku fikirkan dan analisakan... aha! aku busan tak de benda nak pk.... (ye la sangat tak de benda nak pk...)

Baru2 ni, Paro terkena alergik protein, dia tak boleh makan apa-apa makanan pun dari sumber protein...
Aku simpati dekat dia, tapi nak buat macam ne, aku kalau seminggu tak kene McD, boleh kene sawan...
Hahaa!! Aku makan McD, dia mana boleh tahan tengok... mestilah hentam sekali... setiap kali dia consume protein je, mula la dia di serang kelompok-kelompok merah atas kulit dia...

walaupun alergik dia tu tak berjangkit dengan aku, tapi aku ada satu paranoia dalam diri sendiri yang aku senang nak dapat 'saka' paro ni...

Hahaha!!!!

Well, apapun, dia baru je sembuh dari penyakit dia ari rabu aritu, 27 Oct 2010...
Tahniahlah kat dia, dia dah boleh makan protein dah...


Dia punya penyakit datang bermusim... Alergik tu dtg tetibe je pun...
Tapi masa hari pertama dia kene alergik, Dr yang rawat dia tu cakap dengan dia,



"You stress ea? tu yang alergik ni..."

aku agak terkejut dengar, ni first time aku dengar orang kena alergik gitu sebab stress... hehe... tambah satu ilmu aku lagi... (kalau Dr tu tak tipu la...)

Apapun, selagi boleh makan, kita harus makan... makan pun ibadah juga...
Orang kata, nak cari pahala senang je, nak cari dosa pun lagi senang... haha... aku terbaca notes facebook member aku ni, aku letakkan keratannya yang menarik perhatian aku... (sebab aku selalu buat...)

Larangan mencela makanan
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

Huhu... jadi, dengan ini aku akan kurang mengomen makanan... kalau tak suka, say no... hehe...
Jangan ikuti amalan syaitonirajim...

credited to i luv islam.com

~zamiy hisana~

Thursday, October 28, 2010

I'm just me.... Wasiat aku...

Dua tiga hari ni...
Ada fius terbakar...
Kat mana????
Kepala aku...

Aku memang ting-tong sikit kot minggu ni, semua aku buat macam tak kena...
Aku sendiri macam tak faham sangat kenapa dengan aku sebenarnya ni...

Aku kena Alzheimer ke apa?
Aku kena jumpa pakar sakit jiwa kot, jiwa aku kacau kot..
Tapi kalau di fikirkan balik, tak de apa pun nak di kacaukan...

Nak kata serabut sebab boyfriend, bila pulak aku ada boyfriend...( tapi aku still hot! Tett...)
Nak kata masalah kewangan... Hurmmm.... biasa2 je la...(Impian aku nak jadi jutawan)
Nak kata masalah kawan2, hurm... so far ok je, not bad... (besela kalau kena bahan sikit2 dgn member...)
Nak kata masalah penghadaman... aku punya perut ni besi pun boleh hadam lagi... (Xleh blah, baru je baik dari food poisoning...)
Nak kata masalah study... (aku tamat belajar jun 2010, noktah!)
Nak kata masalah kerja... orang jerit kat aku, aku jerit kat orang lain pulak... (aku bukak jobstreet tiap hari...)
Nak kata masalah parents... ayah and ibu, kenyang je makan... (ayah cut elaun aku bulan ni... noktah!)

Jadi....

Apa masalah aku sebenarnya.... aku sendiri pun tak tahu...
Aku tak faham kenapa dan apa yang buat aku macam runsing...

Benda ni menjadi-jadi sampai...

Aku malu dengan Paro dan Master (bukan nama sebenar. pertama kali di sebut dalam blog aku ni...)

Beberapa malam yang lalu... (aku da tak ingat)
Aku dan Paro melayan cerita 'Nak balik raya'
Seyes lawak nak mati... cuma ada beberapa part yang bagi aku scary (walaupun aku macam ni, tapi aku penakut...)
Lepas melayan cerita tu, aku pun membutala... esok nak keje, kena la tidokan...
Paro memang senyap je kat sebelah aku, Master last sekali tido...
Lepas tutup lampu tu, dalam keheningan malam yang nak merangkak ke pagi tu,

kedengaran satu suara bak buluh perindu berkumandang~

"Susah betul jaga budak ni..." Mata aku terkebil-kebil mendengar...
Seketika kemudian, kedengaran suara Master,

"Hah... siapa pulak yang cakap tu..." Kemudian aku menjawab dengan tanpa segan silu,

"Eh... aku ke yang cakap?"

Tetttt.......

Pecah perut aku jap, ketawa sebab aku sendiri yang mengigau, beberapa malam sebelum tu aku gelakkan Paro sebab dia pun sama gak kes macam aku... siap ada extension lagi,

"Eh... tercakap pulak... (ingatkan nak cakap dalam hati je...)"

Ni kes yang agak severe gak la melanda aku...

Ada kes lebey severe....

Aku, Paro dan Master keluar meronggeng... (memang tiap malam aku tak duk kat bilik...)
Master yang duduk kat seat belakang En K, roger aku yang sedang berada di seat depan En. K,

"Aku nak 'menyiram' la..." aku pun berhentikan dia di stesen minyak petronas (kat UPM),
beberapa minit kemudian dia selesai menyiram kat dalam toilet, kami pun laju menuju ke McD (tempet feveret)
Aku dan Paro beratur sambil perah otak pk nak makan apa...
Master duk kat kerusi, perati je aku dan Paro yang confius...

Tak lama lepas tu...
Aku pandang Master sambil bersuara...
"Eh, ko nak g toilet kan tadi?
Master terkebil-kebil memandang aku, Paro muka terkejut memandang aku...

Aku....

Malu sendiri sambil berlalu aku bersuara,
"Tak pelah... aku nak g toilet..." senyuman manis aku berikan kepada mereka, yang di balas dengan ketawa yang indah serta di iringi dengan sebaris lirik khas dari Paro untuk aku...

"Orang tua ni kenapa?"

Haha...banyak lagi ekside2 yang menyayat hati berlaku kepada aku yang tak sampai hati untuk aku ceritakan di sini...

Haha! Aku pelupa yang teramat sangat sejak akhir-akhir ni...

Rakan-rakan yang tersayang, seandainya aku benar-benar telah sakit yang kronik gila, iaitu lupa ingatan ke... aku harap anda semua tahu, aku tak pernah ingin melupakan anda semua... (xleh blah...)

 Ni antara kawan2 aku ler... (telah di edit)

Aku banyak sweet2 moment dengan kengkawan semua... mungkin di mata mereka aku kelihatan sedikit unik... (kot la...)
Tapi honest aku meluahkan di sini... aku tak berniat nak menjadi lain dari yang lain...
Aku tak minat nak jadi isolated, tak rasa nak jadi berbeza dari kawan-kawan aku...

Tapi apa yang telah berlaku dan apa-apa yang kita jalani bersama selama ini berlaku dan terjadi tanpa aku sedari! (Haha... seyes...)

Ramai orang kata aku unik and pelik sikit,
Aku tak buat-buat perangai pelik tu... (Natural...)
Aku sedaya habis menjadi normal, mahu menjadi sebahagian dari normal yang dominan ini...
Golongan dominan yang menarik perhatian aku, benda yang biasa itu lebih menarik di mata aku... (tips mengorat aku... haha!)

Kalau ada antara yang kenal dengan aku, dan pernah bertembung muka dengan aku, terperasan perangai aku yang unik tu, silalah jangan menganggap aku ni mengada-ngada... serious, aku memang gitu, seperti yang korang nampak...

Pape pun, aku rindukan zaman belajar aku... (yang baru berlalu beberapa bulan yang lalu...)
Terlalu banyak moment yang sweet, dengan member aku semua...
Aku tak mahu melupakan segala memori tu...
Aku tak melupakan semua yang aku pernah kenal...

Aku mungkin kurang menyayangi orang (hati kering skit...)
Tapi... percayalah, setiap apa yang korang buat, aku sentiasa perhatikan...(bukan stalker... ok...)
Walaupun aku lupa, tapi aku memang perhatikan, tak kiralah aku dan kau hanya bercakap sebaris dua je sesama sendiri sepanjang dan selama ini...

Aku tak mahu melupakannya...
Dan paling penting...
Aku tak mahu melupakan dia ni....

Dia... Jjing jjing....

Yesterday, now and forever... aku mahu mengingatimu... dan sentiasa...

Dia orang pertama yang kenal 90% diri aku...
Bagi aku... ini satu keajaiban... ada juga orang kenal aku 'sekenal' ini...
bukan setakat kenal, tapi dia faham, dan dia mampu baca hampir seluruh pemikiran dan tindakan aku...
Aku serius sangat terkejut!
Dia biasa-biasa je kat manusia lain, tapi dia ada tittle istimewa kat dalam hati aku...
'My best Chum ever!' ni tittle yang dia sandang...

Tapi, kawan2 aku yang lain pun ok je, tapi, rata-rata statistik kat malaysia atau statistik berkawan ni, cuma 50% je kawan nak kenali dan fahami diri kita... (ni analisis dan eksperimen aku sendiri... tiada kene mengena dengan orang lain, ok...)

Apapun... inilah diriku, yang aku telah dedicated kan kepada ibu and ayah aku, and untuk diri aku sendiri, and future husband (kalau kahwin), untuk kengkawan and yang pastinya dan utamanya... untuk Dia... (Yang Maha Agung)...

~zamiy hisana~