Pages

My sweet Surrender

Thursday, October 17, 2013

Anugerah Allah Yang Tak Terhingga…




Alhamdulillah…

Aku sekarang dalam masa-masa mengira hari untuk bertemu orang baru…
Baru tak baru, dah 9 bulan dia bersama-sama dengan aku and papa dia.
Walaupun dia belum lagi dapat kami peluk cium,
tapi dia dah ada, dengar dan memberi respon pada aku and by.

By happy walaupun pada awal masa dia hadir, kami honestly tak berapa ready…
Alhamdulillah, akhirnya lama-lama kami tak sabar nak tunggu dia…
Setiap hari aku akan cuba beri yang terbaik untuk dia,
walaupun aku jarang nak berbual dengan dia, tapi aku selalu bayangkan dia…

By hari-hari bagi dia dengar ayat-ayat quran masa tidur waktu malam…
Memang aku akui, tidur semasa mendengar ayat-ayat quran adalah
perkara yang paling menenangkan…
Setiap hari by akan berbual dengan dia…

First time masa dia respon,
By memang excited sangat-sangat…
Even sekarang pun, kalau dia tendang ke dia gerak-gerak ke,
By memang suka tengok and happy sangat dia, lebih excited dari aku.

Kami dah intai dia, banyak kali…
tengok muka dia, tengok kaki dia and tangan dia..
Masa tengok dia tu, dia da start hisap jari dia,
dia malu kitaorang asyik nak duk tengok muka dia,
dia tutup muka dia then menyorok kat celah-celah ‘kembar’ dia tu.
kitaorang intai dia sampai dia letih, dia menguap lagi!

Memang excited sangat perasaan masa tu…
By ketagih asyik nak intai dia and nak tengok dia tengah buat apa…
By call mak, bercerita pasal dia.
Aku pun ada call ibu, bercerita pasal dia.

Raya haritu, cerita raya kami memang di penuhi tentang dia.
Walaupun dia belum lagi berpijak di bumi ni,
tapi ramai orang dah tak sabar nak tunggu kehadirannya.
 
Serius aku cakap, masa awal-awal dia mula hadir, hidup aku sengsara sangat…
aku kehilangan berat badan mendadak, sebab badan aku tak boleh nak biasakan
diri dengan kehadirannya.
aku muntah and tak boleh nak makan apa-apa makanan pun melainkan
nasi putih je
air putih pun tak boleh nak masuk kat tekak.

Memang azab sangat rasa…
prestasi kerja pun memang menurun, sampai bos aku ada suruh aku
bercuti rehat.

Setiap hari aku asyik nak berperang dengan perasaan muntah tu..
atau nama lainnya ‘hyperemesis gravidarum’
semua klinik dah aku pergi, diagnosis kat klinik kerajaan memang sudah…
By pun sama stress bila tengok keadaan aku macam tu…
memang tak ada solution sampailah dah 5 bulan kemudian baru beransur hilang…

Pengalaman memang tak boleh nak cerita,
terlalu banyak sepanjang 9 bulan ni…

bayangkan memang kami tak bersedia dari segi mental and fizikal…
kewangan memang masih belumlah kan, sebab aku and by pun masa tu baru
3 bulan gitu berumah tangga…
rumah sewa pun masih belum proper lagi
memang tengah nak rancang honeymoon and dating je waktu-waktu macam tu
Kalau aku ada masa, nanti aku elaborate and share pengalaman tu dengan semua
dari aspek persedian rohani and jasmani.. InsyaAllah…

Bayangkan rumah sewa aku tingkat 4, aku bersabar naik tangga sampai dia dah berusia 9 bulan.
aku bawa dia sekali dengan berat badan aku lagi yang memang naik mendadak
lepas selera makan aku kembali.

Tapi apapun, Allah dah takdirkan dan tentukan yang terbaik
untuk semua hambaNya
Semuanya dah dapat kami tangani sedikit demi sedikit
dan semuanya Alhamdulillah now…
tunggu masa and doakan yang terbaik untuk dia datang…




~Zamiy Hisana~

Tuesday, July 9, 2013

My Perception...



Hmmm… aku terkejut sangat…
Ni pasal adik ipar lelaki aku yang second tu…
Diam2, dia simpan rahsia sorang-sorang je…
Tapi tak de lah pelik pun sebenarnya sebab memang dia tu pendiam dan perahsia…
aku sampai harini pun tak pernah lagi berbual dengan dia, sekali je kot kat hp, tu pun dia gi amik hp mak mertua aku, aku nak cakap dengan mak mertua aku masa tu…

Walaupun kadang-kadang makan sama-sama sekeluarga bila mak mertua aku datang, kami still tak pernah bertegur sapa…
mungkin sebab segan sesame sendiri…
even kitaorang dah lama dah juga tinggal serumah ni…
tapi adik by yang third tu aku okey je so far, boleh je berbual kalau aku tinggal berdua je dengan dia…
dia pemalu tapi dia peramah… hmmm… macam mana tu…

Apapun, entry ni aku nak describe adik ipar lelaki aku yang second tu,
dia memang pendiam yang amat sangat..
even dengan mak dia sendiri pun dia jarang nak bercerita sangat pun..
memang aku gelar dia ‘lelaki misteri identiti’
dia tak pamerkan apa-apa perasaan pun, senyap je, tak tahu dia suka ke or dia tak suka ke, dia tak selesa ke atau apa je la… tapi yang paling aku Nampak kat dia, dia ni tak tunjuk minat kat perempuan.

 
dia dengan dunia dia je..
dia nak beli makan kat kedai makan pun malu, dia sampai sanggup masak sendiri kat rumah walaupun dia kerja dari kul 7.00pagi sampai 11.00malam… tak kisahkan penat pun…
Tapi…
hujung minggu lepas yang lalu telah mengelirukan aku dengan apa yang aku lihat…
Jeng jeng jeng…
 
aku jenjalan dengan hubby aku kat JUSCO sebab nak tengok wayang, then…
waktu aku dari rooftop parking nak turun ke cinema,
hubby aku tunjuk-tunjuk kat aku,
“tengok tu, tengok tu… dating…” aku tercari-cari,
and memang adik ipar aku tu captured terus mata aku samapi aku tak sempat nak tengok ‘seorang gadis bertudung biru’ berjalan sambil mesra lagi dengan dia..
Huhhh!!! Terkejut besar aku, bukan aku rasa pelik sangat Cuma, dia Nampak happy ketawa…


Hmmm… betullah cakap By, “Perempuan memang kelemahan lelaki… dan keajaban yang muncul dalam hidup lelaki…” kalau dulu by selalu cakap kat aku, aku malas nak layan, sebab aku Cuma fikir By nak amik hati aku je..
Tapi bila aku tengok adik dia macam tu, may be betulla kot, lelaki kalau dilamun cinta, akan berubah 100%...



Well at least…
aku tak delah lagi salah anggap bila dia peluk2 dengan Cumau… (Ergh… sorang lagi sepupu dia yang lain…)
Family hubby aku memang banyak lelaki.. adik beradik hubby aku tak ramai..
3 org je pun, tapi semua lelakilah..
Pak cik dia pun anak 3 orang je, pun semua lelaki…
So, memang banyak lelaki je lah…

Mak mertua aku cakap dengan aku,
aku beruntung sebab tak ada adik ipar perempuan sebab semua anak-anak dia lelaki..
Tapi betul juga mak mertua @ mak aku tu cakap..
kalau by ada adik perempuan memang susah sikitlah..
aku dah lah jenis yang ada masa-masa aku tak nak bercakap dengan orang.
kalau adik ipar lelaki, lantakkan dial ah nak buat apa, tak payah nak bertegur sapa sangat..
kalau perempuan kang… hmmmm… susah sikitlah kot…
ada pro and cons nya, Cuma aku prefer tak ada.
~Zamiy Hisana~
credit to google for pictures... heeeee

Friday, May 10, 2013

Powers of the hands...

Ada banyak benda boleh diceritakan berkenaan ini..
Well... kali ni aku nk cerita pasal topik yang aku baru share dengan hubby aku..
Actually da lama aku dengar 'cerita' ini menjadi sebutan dan telah pun di ketahui umum...
Cuma, baru2 ni je aku and hubby dapat berbual panjang...
Susah nak dapat peluang macam ni, memandangkan waktu kerja yang berlainan...

Lately aku banyak habiskan masa dengan bercuti...
Cuti kenapa tu, biar aku je la simpan dulu..
Nanti agak2 aku da ok, aku ceritalah kenapa...

Balik kat topik ni, aku sungguh sangat tertarik dengan isu ni...
Sangat logik...
Kuasa tangan...

Ok.. let say lah korang nak melintas jalan kat tempat yang sangat sibuk and kebnyakkannya kenderaan yang lalu pun laju sangat2...
Kalau korang main lintas je, memang cari penyakit...
Tapi cuba korang nak lintas tu korang angkat tangan...
Ni betul punya... kereta yang laju pun boleh berhenti sebabkan korang angkat tangan tu...
Tapi, agak2 la yer.. jangan jadi macam bangla, melintas highway macam ayam...
Ni aku selalu terkena..
Korang jangan melintas highway sambil angkat tangan lak, highway besenya ada jejantas dan kenalah ikut jejantas, keta yang berada atas highway paling low pun 80km/h, mana mau dia nk berhenti kan...



Next thing, khas buat mereka yang menaiki motor...
Kalau2 nak tukar lane masuk simpang or mana2 la, cuba angkat tangan n kepak2 sikit tangan anda tu... InsyaAllah... besenya pengguna jalan raya akan jadi sangat prihatin dan mengutamakan anda...
Beselah, manusia zaman sekarang ni ego.. lagi2 bila atas jalan raya... susah nak jumpa yang boleh tolak ansur...
Paling teruk sekali time nak masuk kul 8pagi and time kul 5 petang... sepanjang jalan menyumpah saja... Nauzubillah..







Selain tu, sebenanya kita boleh guna tangan ni untuk menjalinkan ukhuwah...
Hehe... bnyak ukhuwah boleh terjalin ni...

yang ni pun boleh juga yek...









And yang paling utama sekali, sebagai umat Islam, kuasa tangan...
Adalah berdoa...
Angkat dua2 tangan, iaitu tadah tangan...
Mintalah pada Allah.. jangan minta selain dari Dia..



Kita kena faham konteks mintalah hanya pada Allah ni...
Contohnya, kalau kita tak faham macam mana nak belajar sesuatu,
Minta pada Allah dulu, untuk permudahkan dan bukakan minda kita, kemudian tu baru kita ikhtiar cari cikgu ke or tanya dengan orang...
 Manusia ni selalu macam tu...
Kalau susah kang minta kat tok bomoh bagi dapat duit banyaklah, n ntah pape lagi lah...
Mintalah dekat Allah, doa banyak2...



Hmmm...  malas nk buat entry panjang sangat...
(Ni pun dah boleh tahan panjang da... haha... )
So... Hmmm.. ada banyak benda boleh buat dengan tittle ni... Heeeee...

~Zamiy Hisana~

Monday, February 25, 2013

Ganjaran 100 kali ganda...

Hmmm... ni aku saje nak share dengan semua orang... bukan cerita yang di buat-buat..
Aku sendiri mengalaminya... dan setiap firman Allah itu adalah benar, dan janjiNya juga benar...

Ni pengalaman aku masa dalam bulan January aritu la...
Masa tu, hari ahad, aku and by keluar nak beli makan tengahari, agak nak hujung bulan dah masa tu... hehe... beselah, hujung2 bulan ni, poket kempis sikit...
Ada pun, cukup2 makan nak tunggu sampai hujung bulan...

Lepas beli makan tengahari kat kedai ros sari tu, aku and  by pun jalan ke kereta nak balik rumah dah...
Sambil borak2 dengan by, kami terdengar satu pak cik bawa keropok lekor gitu duk panggil kitaorang. Aku and by, mmg mengelak pakcik tu, kitaorang kona jauh...
Pak cik tu give-up... dia patah balik...

Aku and by sampai kat kereta. Pakcik tu tengok aku dan cakap nak jual keropok dia...
Aku just angkat tangan kata tak mahu... serius aku cakap, kami memang sama2 cukup2 duit je masa tu...

Aku masuk dalam kereta, pak cik tu pun mengangkat bebanan keropok lekor yang berat tu berlalu pergi and duduk atas satu pangkin dekat2 situ...
Kereta belum gerak lagi, hati aku rasa sedih and sayu sebab aku tolak tawaran pakcik tu untuk, membeli keropok dia...
Demi Allah aku cakap, aku tak sampau hati...
Aku bukak beg duit aku, ada dalam RM50 gitu...

Aku cakap kat suami aku,
"By, syg tak sampai hati lah... kecian tengok pakcik tu angkat berat2 macam tu..."

Suami aku kata,
"Syang g la beli kat dia.. by pun kecian tadi, dia duk panggil2 kita...."
 Aku pun terus keluar kereta g kat pak cik tu...
Aku beli sekampit keropok dia, dengan harga belasn ringgit gitu...

Tak pelah, niat dalam hati aku ikhlas sebab aku kesian tengok dia terbongkok-bongkok angkat beg keropok tu tengah panas gitu...
Lagipun, aku fikir, aku tolong orang tua tu, kat tempat lain ada orang tolong mak ayah aku pulak... mak and ayah aku pun dah tua sangat dah, tak larat sangat pun nak buat2 pape..

~kredit google~

Beberapa minggu lepas kejadian tu, suami aku bagitahu aku sesuatu,
"Allah murahkan rezeki kita..."
Rupanya,  barang sukan yang suami aku jual balik modal and dapat untung sikit...

Beberapa hari lepas tu, aku sendiri dapat duit... yang aku rasa and tak rasa dapat, tapi jumlah dia betul2 sama dengan nilai yang aku beli keropok dekat pakcik tu... cuma darab dengan 100 kali je... contohnya RM17 gitu, darab dengan 100, jadi nilainya RM1700...
Contoh ye kat atas tu...

Walaupun duit yang aku dapat tu, memang bonus tahunan syarikat, tapi kalau Allah tak benarkan duit tu, mungkin juga aku tak dapat... bonus tahunan syarikat aku pun ikut nasib...
Kalau dapat banyak, jadi banyak... kalau dapat sikit, sikitlah juga, maklumlah company kecik tak kecik je pun...

Alhamdulillah...  sekarang ni, janganlah takut nak menderma, walau sesen pun, Allah pasti bagi ganjaran setiap apa yang kita dermakan dengan penuh ikhlas dan hanya memerlukan rahmatNya sahaja...



~zamiy hisana~

Thursday, February 21, 2013

Kes Amah Indon Psyco

Aku rasa mana-mana blog pun dah banyak cover case perempuan ni...
Aku tetiba rasa sentap gila lepas tengok video ni, kesian betul tengok bayi tu yang tak berdaya di lambung-lambung macam barang..

Aku baca laporan, amah ni dah pun ada 2 anak kat negara asalnya, and waktu hakim tanya dia bahawa dia tahu tak perbuatan dia tu boleh menimbulkan kematian, dia jawab dia tahu...

Nak kata dia gila pun, tapi dia nampak normal, kesusahan kat negara dia mungkin buat dia stress.. tapi kalau ye pun, tak payah lah nak buat macam tu, boleh membunuh tu...
Nak kata dia tak puas hati dengan majikan dia, for sure aku cakap amah ni baru satu hari bekerja kat rumah tu, apalah sangat majikan dia buat kat dia pun...

Ada juga ihsan komen2 orang aku baca, cakap majikan dia tak ambil maid dari agen yang berdaftar, sebab tu berlaku kes amah ni macam ni, kononnya amah ni tak terlatih...
Masalahnya,ni bukan soal dia tak cukup latihan, tapi dia ni tak tau bersyukur... orang dah bagi keje, tak nak buat elok2...
Honestky, aku sendiri tak tahu sangat nak jaga baby, aku ada adik yang sebaya selang setahun je dari aku, so aku tak ada adik kecil, anak pun belum ada rezki lagi nak dapat... so kesimpulannya aku nak cakapnyang aku pun tak terlatih jugaklah kan...
Tapi aku rasa kalau aku kena jaga baby pun, tak delah aku nak lambung baby tu kan jadi gitu... lagi2 anak orang lak tu...

Di yak fikir nasib anak dia kat negara dia, dah lah hidup susah lagi nak buat hal...
Aku memang menyirap betul tengok video ni...
Dia dah pernah beranak, dah confirm tau apa perasaan dan kesakitan yang di tanggung masa nak beranak. Tak ke suka hati dia je melambung baby tu...

Tak berperikemanusian lansung... memang bagus tindakan memasang cctv yang dilakukan majikan tu, orang lain pun patut contohi benda ni. Jangan percaya dengan orangmacam ni sangat, dia orang ni bukan boleh pakai sangat...

Kalau diorang kena dera jap lagi, pandai pulak tak puas hati bagai nak rak... nak ganyang sana ganyang sinilah... aku pun tak faham dengan pemikiran orang macam gini...

Untuk melupakan dan meredakan kemarahan aku, aku anggap je dia ni psyco... ada masalah mental...

Jujurlah aku cakap, melayu jarang nak dera amah ni... cuma ada satu bangsa je tu yang rajin dera mendera ni, tak perlulah aku mention kan, tak pasal jadi isu perkauman lak kat blog aku ni... sume orang pun tahu saje. Kalau kuar kat tv pun memang bangsa tu saje yang kuat mendera orang pun... bunuh orang atas jalan raya pun diorang juga...

Sorry to say lah, tapi yang langgar orang and cabut lari besenya memang bangsa tu pun yang buat, aku pun penah nampak depan mata aku, sombong berlagak tak reti minta maaf pun... kasar, tak payah katalah kan, memng dorang number 1 lah bagi aku... ada yang baik, terlebih baik terlebih baik sangat dah... (aku dah melalut benda lain... )

Amah Yuliana ni kalau ikut berita di kenakan hukuman penjara 20 tahun, dan denda RM20, 000. Pandailah dia takut and nangis kata tak ada duit nak bayar...
Hmmmm.... cetek betul pemikiran dia... tak nak fikir panjang masa buat benda tu...

Mungkin juga amah ni ingat kalau dia lambung bayi tu, tak ada orang tau... dia mungkin tak tahu kewujudan cctv and mungkin juga dia tak tahu kecanggihan sistem perubatan kat malaysia ni boleh track kesan2 penderaan..

Tak pun, dia pulak tukar statement mengatakan majikan dia sendiri dera bayi tu, tapi papepun, cctv dan kecanggihan teknologi banyak membantu juga walaupun banyak juga yang merosakkan...

Video amah Iindon... ihsan dari YouTube..

Video ni aku muat turun kat blog aku bukan untuk buat orang semua marah kat Yuliana, tapi cuma mahu berkongsi perasaan geram dan sedih untuk baby tu dan family dia, yang menjadi mangsa keganasan...

Ni ada cover berita pasal amah ni...

http://greenboc.blogspot.com/2013/02/video-amah-lambung-bayi-dipenjara-20.html
Ihsan dari Kelab greenboc


~zamiy hisana~

Tuesday, February 19, 2013

Masjid Jamek di Lrt...

Hmmmm.... aku sendiri tak sure bile benda ni jadi da...
Lama sangat dah kejadian sadis ni...
Tiba je aku teringat...

Semalam aku terbaca satu fb status kawas sekuliah aku dulu time blaja kat upm,
Dia berhenti keta untuk shopping kt giant, seorang diri. Belum sempat kuar keta dia kata tiba-tiba ada seorang budak ketuk tingkap keta dia bertalu - talu dan jerit "duit, duit, nk duit"

Member aku mmg terkejut lah, budak tu siap tunggu lagi kt luar keta dia, lepas tak berjaya bukk pintu keta yang dia da lock. Sebb dia ni baru je smpi kat giant tu nk beli brg, tak sempat turun keta lgipun...

Lepas budak tu dah blah, dia tukar g parking kat tmpt lain...
Tapi... kalau aku lah, mungkin aku dah balik kot, tak shopping punya kat tempat tu... confirm kalau aku bagitahu hubby aku, t aku yang kena marah...

Sebab di selalunya asek tak bagi aku g sorang, kalau g juga degil katanya. Semalam aku cerita kat dia pun dia kata dengan aku, perempuan bahaya keluar seorang2.. lagi2 zaman sekarang ni...

Tapi mungkin juga member aku ni terdesak nk beli barang kot... nk o tak terpaksa g juga lah...
Aku baca kisah dia ni membuatkan , aku teringat kembali sejak bila aku mula merasakan dunia ni realitinya menakutkan...

Buat pertama kalinya dalam hidup aku, kenal dunia yang kejam ni masa aku duk jalan2 kat pasar seni, aku beli brg masa tu dengan kawan aku...
Masa tu aku nk solat zuhur, kitaorang berdua tinggalkan beg kat dlm masjid jame yang dekat dengan stesen LRT kat area masjid india tu, dan kedua2 nya g amik wudhu'...

Masjid Jame di Kuala Lumpur...


Naifnya aku masa tu, aku anggap orang yang datang masjid mesti nak solat and buat keje baik lah kan...
Tapi tu la benda bodoh y aku and kawan aku buat...
Kitaorang hilang tunai. Kawan aku hilang hp... masa tu umur pun dalam 16 gitu kot... dekat 10 tahun dah berlalu..
Lama aku dah tak solat kat situ dah... just lalu je...
Kalau ke sana pun mesti teringt benda tu...

Hmmmm.... apa yng aku nk cakap... orng jahat pun ada dalam masjid... tak malu betul buat kerja terkutuk dalam rumah Allah...
Subhanallah... moga aku di jauhkan dari yang demikian...

Hmm... member aku ni pun dah selamat dah melahirkan seorang bayi lelaki kelmarin malam, di Hospital Sg. Buloh... anak sulung mereka...
Happy for the three of them...
Hehe...
Aku bila pula? Hehe.. belum ada rezeki lagi...


~Zamiy Hisana~

Friday, February 15, 2013

Tidak boleh!

Baru sekarang...
Subhanallah.... takutnya bila aku fikir balik apa yang aku pernah buat dahulu2 sewaktu sangat jahil itu...

Masa cuti aritu, aku duk sembang2 dengan hubby aku, bukan selalu pun dapat sembang dengan dia macam ni...
Maklumlah... dia keje malam, aku keje siang...
Ari cuti and hujung minggu je la dapat sembang panjang...

Memandangkan tempat keje aku semuanya cina, jadi By saje2 share something dengan aku and aku rasa boleh juga aku share dengan mereka y tak tahu....
Sebenarnya, kite sebagai umat Islam.... tidak boleh yang membawa kepada haram jugalah mengucapkan selamat hari raya cina kepada orang cina or apa selamat kepada hari raya kepada orang bukan islam yang menyambut perayaan yang bukan islam lah kan....

Kerana... jika kite ucap juga, bermakna kita mengiyakan agama mereka kerana perayaan yang sedang mereka rayakan itu adalah mengenai agama mereka...
Untuk org islam cuma ada satu agama sahaja, dan hanya ada 1 Tuhan sahaja iaitu Allah S.W.T...

Nauzubiallah.... aku mohon Allah ampunkanlah dosa atas kejahilan aku ini...

Zamiy hisana