Pages

My sweet Surrender

Showing posts with label AEON. Show all posts
Showing posts with label AEON. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

My Perception...



Hmmm… aku terkejut sangat…
Ni pasal adik ipar lelaki aku yang second tu…
Diam2, dia simpan rahsia sorang-sorang je…
Tapi tak de lah pelik pun sebenarnya sebab memang dia tu pendiam dan perahsia…
aku sampai harini pun tak pernah lagi berbual dengan dia, sekali je kot kat hp, tu pun dia gi amik hp mak mertua aku, aku nak cakap dengan mak mertua aku masa tu…

Walaupun kadang-kadang makan sama-sama sekeluarga bila mak mertua aku datang, kami still tak pernah bertegur sapa…
mungkin sebab segan sesame sendiri…
even kitaorang dah lama dah juga tinggal serumah ni…
tapi adik by yang third tu aku okey je so far, boleh je berbual kalau aku tinggal berdua je dengan dia…
dia pemalu tapi dia peramah… hmmm… macam mana tu…

Apapun, entry ni aku nak describe adik ipar lelaki aku yang second tu,
dia memang pendiam yang amat sangat..
even dengan mak dia sendiri pun dia jarang nak bercerita sangat pun..
memang aku gelar dia ‘lelaki misteri identiti’
dia tak pamerkan apa-apa perasaan pun, senyap je, tak tahu dia suka ke or dia tak suka ke, dia tak selesa ke atau apa je la… tapi yang paling aku Nampak kat dia, dia ni tak tunjuk minat kat perempuan.

 
dia dengan dunia dia je..
dia nak beli makan kat kedai makan pun malu, dia sampai sanggup masak sendiri kat rumah walaupun dia kerja dari kul 7.00pagi sampai 11.00malam… tak kisahkan penat pun…
Tapi…
hujung minggu lepas yang lalu telah mengelirukan aku dengan apa yang aku lihat…
Jeng jeng jeng…
 
aku jenjalan dengan hubby aku kat JUSCO sebab nak tengok wayang, then…
waktu aku dari rooftop parking nak turun ke cinema,
hubby aku tunjuk-tunjuk kat aku,
“tengok tu, tengok tu… dating…” aku tercari-cari,
and memang adik ipar aku tu captured terus mata aku samapi aku tak sempat nak tengok ‘seorang gadis bertudung biru’ berjalan sambil mesra lagi dengan dia..
Huhhh!!! Terkejut besar aku, bukan aku rasa pelik sangat Cuma, dia Nampak happy ketawa…


Hmmm… betullah cakap By, “Perempuan memang kelemahan lelaki… dan keajaban yang muncul dalam hidup lelaki…” kalau dulu by selalu cakap kat aku, aku malas nak layan, sebab aku Cuma fikir By nak amik hati aku je..
Tapi bila aku tengok adik dia macam tu, may be betulla kot, lelaki kalau dilamun cinta, akan berubah 100%...



Well at least…
aku tak delah lagi salah anggap bila dia peluk2 dengan Cumau… (Ergh… sorang lagi sepupu dia yang lain…)
Family hubby aku memang banyak lelaki.. adik beradik hubby aku tak ramai..
3 org je pun, tapi semua lelakilah..
Pak cik dia pun anak 3 orang je, pun semua lelaki…
So, memang banyak lelaki je lah…

Mak mertua aku cakap dengan aku,
aku beruntung sebab tak ada adik ipar perempuan sebab semua anak-anak dia lelaki..
Tapi betul juga mak mertua @ mak aku tu cakap..
kalau by ada adik perempuan memang susah sikitlah..
aku dah lah jenis yang ada masa-masa aku tak nak bercakap dengan orang.
kalau adik ipar lelaki, lantakkan dial ah nak buat apa, tak payah nak bertegur sapa sangat..
kalau perempuan kang… hmmmm… susah sikitlah kot…
ada pro and cons nya, Cuma aku prefer tak ada.
~Zamiy Hisana~
credit to google for pictures... heeeee

Tuesday, November 1, 2011

Aduhai AEON Kredit Service....

AEON Kredit Service...

Aku tak tahu nak kata apa...
Makin hari aku rasa makin memeningkan kepala akulah syarikat ni...

Bukan apa...
May be lah... may be okay...
May be... syarikat ni tak bermasalah sangat...
TAPI... Staff dia...

Nak kutuk lebih-lebih kang, takut aku kena 'GAM' pulak kan...
Tak pun kena saman plak...

Kalau boleh cepatlah habis hutang motor aku,
seksa kot pakai service diorang ni...

Janji bayar motor 2 aribulan every month...
Tapi jibauk mana tah call pak long aku (penjamin) kata aku tak bayar motor lagi...
Hello! Arini 1 November 2011 okay...
Ke? kita guna lain-lain kalender?

Selalunya... okay jer.... tak de lah buat hal macam hari ni...
Bulan-bulan sebelum ni, tak de pulak nak call 1 aribulan...

Kadang-kadang aku geram sampai 5 aribulan baru aku bayar,
Tak delah jibauk-jibauk telefon...
Tah apahal tah... arini sebuk sangat...
C**** betul!
Terpaksalah aku mengsensoredkan apa-apa jer...
Urghhh!

Bila aku call tak pernah ada orang jawab!
Kerja ke tidur?

sampai aku terpaksa call bahagian kad kredit nak bertanyakan kenapalah tak de orang nak jawab kat bahagian loan service tu...
Biasalah... jawapan standard operator... "Saya kurang pasti..."
Kira okaylah tu... dari diaorang kata "Saya tak tahulah cik"
Lagi menyirap aku rasanya...

Sejak awal lagi aku guna service diaorang, aku tak puas hati...
Service dia.... tak menyenangkan aku...
Tambah menyusahkan lagi ada...

Mungkinlah, dioarng busy kan, tak dapat nak jawab call aku,
Tapi...
Banyak pulak masa dia nak call orang sebelum masa sepatutnya...
Aduh... geram giler aku...

Pak long aku plak, malam ni baru cakap...
sepanjang siang tadi tak nak pulak dia bagitahu...
Kalau tak memang aku call dah awal-awal...

Esok pagi memang aku planning nak call....
Dah lah aku banyak lagi benda lain nak uruskan...
satu hal lak diorang ni nak tambah menyusahkan aku plak...

Tolonglah....
Perbaikilah service tu skit...
Bagi senang...
Aku tahulah... kalau takat aku seorang jer, tak rugi tak bankrap der syarikat tu...

Tapi aku terfikir, kesian kat orang lain plak kalau terkena macam aku...
Janganlah tahu nak makan duit orang jer,
cubalah menyenangkan customer skit...
Buatlah service dengan baik, bukan aku suruh buat service percuma pun...

Tak ada apa yang percuma dalam dunia ni...
korang pun buat service sebab kena bayar...
kalau tak di bayar... tak dapat aku nak bayangkan apa plak...

Nasib baik aku tak buat kad kredit service dengan diaorang...
Kalau tak mesti aku lagi menyesal kot...
sebab aku dapat bayangkan...
masalah yang jenis-jenis macam ni akan muncul...
walaupun diaorang hari-hari pujuk aku suruh buat kad kredit dulu...
Tapi tak pelah...
aku menghadapi pengalaman pahit dengan service diaorang yang tak consistent tu...

Mungkin tak semualah kena...
Adalah kot mana-mana makhluk lain yang dapat service ok..
kalau tak, takkanlah diaorang ni makin kaya kan...
Pada sapa-sapa yang terbaca luahan ni,
Janganlah korang terpengaruh...
Ni cuma, aku tak de tempat nak mengadu pasal apa yang aku kena...

Sorrylah AEON Kredit Service....
Mungkin aku tyak sesuai jadi customer kau...
Sabar jelah...
Lagi setahun lebih aku nak bertahan dengan service kau...

~Zamiy Hisana~