Pages

My sweet Surrender

Sunday, July 4, 2010

Rahsia yang tak pernah lagi terbongkar...

Di situ...
Dia berdiri tersenyum, namun entah kenapa, setiap kali dia tersenyum, diri aku yang lesu jadi sangat segar, dan paling membuatkan senyuman itu nampak menarik bila dia menyelak rambut dia. Minah ni, memang boleh pikat ramai lelaki. Tapi yang penting kau tak boleh nak pikat lelaki sesuka hati sebab.... kau ada aku...

Dia..
Sejak akhir-akhir ni tak dengar setiap apa yang aku cakap. Kau buat suka kau je, walaupun aku tua dari kau 2 tahun tapi kau buat aku macam sebaya kau jer...

Dia...
Masih lagi tak berhenti tersenyum, walaupun semalam kita baru je bertengkar. bertengkar atas perkara yang bukan-bukan. mungkin juga kerana aku matang sikit, sebab itu aku cepat ok. Kau? Kau bukan jenis yang suka ingat sangat pasal bergaduh melainkan pergaduhan itu benar-benar melukakan hati kau. biasalah, kau akan anggap macam tak ada apa-apa yang berlaku. dan kerana sikap kau yang nilah buat hati aku makin terpaut terjerat dekat kau...

Dia...
Memiliki banyak kesukaan yang sama dengan aku, walaupun kita punyai pendapat yang kadang-kadang tak sama, namun aku bahagia je bagi hujah panjang lebar kat kau.. kadang-kadang kau buat macam dengar, tapi sebenarnya otak kau tah ke mana... tapi tak pe... aku masih suka kat kau...

Dia...
Terkejutlah konon bila dengar apa aku cakap... Haha... aku rasa akulah mamat yang paling poyo sebab minta couple dengan kau dekat depan orang ramai di majlis hari jadi aku sendiri! Malu tapi aku bangga, sebab kau terima aku dalam hidup kau. Aku rasa bahagia... 1000 kuntum mawar tu memang berjaya menawan hati kau, aku bahagia... Percayalah... aku adalah lelaki yang pertama dan yang terakhir, dan yang satu-satunya mampu buat macam tu untuk kau... sebab aku suka kat kau, suka sangat... Kau bahagia tak bersama aku?

Dia...
Walaupun jarak kita agak jauh, namun kau tahu tak, tiada jarak seinci pun kau dalam hati aku. aku tahu, kau pun macam tu sebab malam tadi kawan baik kau bagitahu aku yang kau rindu aku tapi tak nak telefon aku. Apasal? Egolah tu...

Dia...
Dah balik terus tanpa pusing belakang kat aku sikit pun.. memang lurus betul minah ni... Baru tadi kita jumpa tapi aku tak puas tengok kau senyum, aku rasa senang hati bila tengok kau senyum macam tu... bunga layu pun boleh mekar... percayalah... kau tetap akan mekar dalam hati aku, sampai akhir hayat aku...

Dia...
Diam panjang bila aku cakap aku nak sambung belajar kat luar negeri. tahukah kau, sebenarnya aku tak punyai banyak masa... aku nak kau  bersama aku selamanya, boleh tak kau ikut aku? aku... tak mampu nak teruskan hidup tanpa kau...

Dia...
Tak datang-datang... sampai ke akhirnya... walaupun kawan kau kata kau takkan datang, tapi aku tetap akan tunggu kau... aku tunggu sampai kau datang... walaupun semua orang kat pasar seni ni dah tengok pelik je kat aku tapi aku tak kisah, tempat ni tempat kita pertama kali bertemu dan pertama kali itulah aku sudah jatuh hati pada kau... aku dah jatuh hati kat kau sejak kita jumpa kat kedai buku tu... aku sentiasa percaya yang kau akan datang.. perasaan suka ini telah bertukar kepada perasaan cinta... aku cintakan kau...

Dia...
hilang terus tanpa aku dapat hubungi lansung. Nombor telefon kau dah tukar, aku cuma tahu seorang je kawan kau. kapal terbang aku dah nak berlepas, tapi kau masih tak datang lagi. aku tak tahu nak buat apa lagi, aku tak tenteram... aku cintakan kau... andainya kau tak cintakan aku, aku tak kisah... tapi, percayalah... kau takkan jumpa lelaki yang macam aku, yang sangat cintakan kau...

Dia...
Aku masih tak mampu lupakan kau... aku rindu kau, setiap saat yang aku lalui seakan melukakan aku... kau takkan bahagia dengan sesiapa pun, sebab kau telah lukakan hati aku... tapi kau jangan risau, aku tak benci kau, sesaat pun dalam hidup aku, aku tak pernah bencikan kau sesaat pun, hanya cinta sahaja yang ada untuk kau..

Dia...
Bersama dengan seorang lelaki yang sama sekolah dengan dia... budak tu muda dari kau setahun... memang aku sakit hati, aku sumpah kau... kau takkan bahagia dengan dia.. aku cintakan kau, sehingga aku rasa sakit sangat kat hati aku, macam mana kau boleh cintakan dia? aku tak mampu doakan kebahagian kau dengan orang lain... dia takkan dapat bahagiakan kau, percayalah cakap aku, kau akan merana kerana pilih dia... cuma aku je yang mampu bahagiakan kau...

Dia...
Ditinggalkan lelaki tu... lelaki tu mesti gembira sebab dah sakitkan hati kau... kan aku dah cakap dengan kau, cuma aku je yang cintakan kau, kau takkan jumpa orang macam aku lagi seumur hidup kau, cuma aku je...

Dia...
Aku rindukan kau... kau tahutak? Aku... tak mampu hidup tanpa kau... akhirnya, Allah dengar permintaan hati aku... Allah Maha Mengetahui, Dia tahu betapa aku seksa sebab kau tak mahu hidup dengan aku... kau tak mahu hidup dengan aku sebab kau tak cintakan aku lagi, kau tak nak mainkan perasaan aku... tahu tak, yang aku tak kisah itu semua...

Dia...
Masih lagi ceria, ketawa setiap kali aku buat lawak bodoh... aku minta kau kata dengan aku yang kau cintakan aku, saje cakap... walaupun kau tak suka aku, tak cintakan aku lagi... aku cuma nak dengar perkataan itu dari mulut kau buat kali terakhir... aku kempunan... aku dah tak banyak masa... tapi sampai ke akhirnya pun kau tak nak cakap...

Dia...
Menangis bila aku kata aku masih cintakan kau... terlalu cinta sehingga siang dan malam aku hanya nampak kau sahaja di mata aku... kau menangis sebab kau rasa sedih kau tak mampu nak cintakan aku lagi... mungkin salah aku juga sebab dulu aku yang tinggalkan kau dulu... tapi percayalah... aku tak pernah lupakan kau, aku tak pernah sesaat pun berhenti cintakan kau... aku tak pernah putuskan cinta ni... jarak yang memisah kita buat kau rasa aku putuskan cinta kita...

Dia...
Mungkin sedang tidur kat bilik asrama... aku sempat buat lawak dengan kau semalam kat dalam telefon. aku nak jumpa kau tapi kau tak mahu, sebab kau kata kau dah berubah... aku tahu... tapi walau macam mana berubah pun kau, tapi aku tetap cintakan kau seadanya... kau dah pakai tudung sekarang... dan lebih dari itu...

Dia...
akan jadi orang terakhir yang aku cintai sehayat aku ini... Ya Allah, seandainya dia bertemu lagi dengan orang yang benar-benar dia cintai, yang Kau telah ciptakan untuk dia, Kau berikanlah dia kebahagian, di mana kebahagian itu aku tak dapat nak berikan pada dia kerana kesuntukkan waktu. Kau janganlah buka pintu hati dia kepada lelaki yang bukan tercipta untuk dia, kerana aku tak mampu melihat dia kesedihan kerana cinta yang sia-sia. Kau satukanlah hati mereka, dengan rahmatMu ya tuhan...

sesungguhnya, aku tak mahu dia rasa lagi kecewa di hati, kerana hati itu, suatu ketika dulu pernah mencintai aku, pernah merindui aku, dan pernah menyayangi aku... walaupun kini cintanya bukan lagi untuk aku, namun aku Redha dengan ketentuanMu...

Maafkan aku, kerana terpaksa meninggalkan kau seumur hidupku, mungkin sampai sini sahaja cinta aku untu kau, namun di akhirat kelak, ku pohon Allah agar berikan kau sebagai bidadariku... aku pergi dulu, menyambut seruan Tuhanku...

~Al-Fatihah kepada Allahyarham Syafi Muammar Bin Yasmin Narina yang telah meninggaldunia pada tanggal 4 June 2006 kerana barah otak. ini adalah nukilan terakhir dan beberapa nukilan sebelum arwah tidak sedarkan diri, nukilan yang di tujukan kepada gadis yang di cintainya.

No comments: