Pages

My sweet Surrender

Saturday, July 3, 2010

Cik Lili Yang kejam...

STABIL TAPI MASIH KRITIKAL

Oleh Maria Hisana
rose_avesbelle87@yahoo.com

SHAH ALAM -  Seorang penganggur bekas graduan UPM yang di jangka bergraduat Oktober ini, Zamiy Hisana cedera ringan setelah di serang seekor serangga perosak, Cik Lili. Beliau yang masih dalam keadaan kritikal tapi stabil di rawat di teratak 187, Jalan 3, Kampung Melayu Subang Tambahan, Seksyen U5, Shah Alam di sini, semalam. Emak mangsa berkata, serangan itu telah menyebabkan kaca bertaburan di lantai dan tertusuk di jari tangan dan kaki mangsa. Pembedahan tidak di lakukan memandangkan kecederaan yang di alami mangsa tidak serius. Menurut ibu mangsa, mangsa masih lagi terkejut dengan serangan secara tiba-tiba itu.
"Saya mengharapkan ahli keluarga yang lain turut mendoakan supaya anak saya sembuh dengan segera dari kecederaan ini memandangkan dia masih seorang penganggur yang perlu mencari kerja secepat mungkin," katanya semalam. Serangan di katakan berlaku akibat cemburu kerana mangsa tidak mempedulikan Cik Lili yang sibuk berterbangan ke sana dan ke mari, sewaktu mangsa sedang sibuk menonton televisyen untuk memberi sokongan kepada bakal buah hatinya pemain Brazil, Kaka berjersi biru bernombor 10, yang ketika itu sedang beraksi di tengah padang menentang Belanda. walaupun dalam keadaan kecederaan sebegitu, mangsa masih lagi mampu meneruskan hasratnya untuk terus memberikan sokongan kepada Brazil yang ketika itu sudah berada di ambang ke kalahan 1 gol berbanding Belanda yang sudahpun mendapatkan gol keduanya. Dalam kejadian, sebiji mangkuk kaca turut berkecai selain dari kerosakkan sebuah gitar tong lama yang pecah akibat terjahan kuat dari mangsa yang terkejut dengan serangan yang berlaku itu. Mangsa di lawati dari kenalan rapat dan juga beberapa ahli sanak saudara terdekat sahahja, dan di dapati stabil.

Luka pada jari tangan kanan mangsa, berlubang




3 Luka kecil lain yang di hadapi mangsa pada tangan kanan


Luka pada kaki kanan mangsa


Gitar tong lama yang turut menghadapi kerosakkan, pecah pada bahagian hujungnya

Format berita di petik dari KOSMO.

1 comment:

Hisana said...

memang cik lili tak de hati perut... haha... useless insect! Haha...