Pages

My sweet Surrender

Monday, July 19, 2010

Aku pun tak faham...

Hidup dalam dunia ni, memang ada banyak caranya... Masing-masing ada pilihan hidup sendiri. Baru-baru ni ada seorang member sekolah aku nikah... dia lebih kurang baru je nikah dengan kekasih pilihan hatinya yang baru dia kenal dekat sebulan dia kenal. Aku kesian dengan dia, sebab pernikahan dia dengan lelaki pilihannya di tentang keluarganya sendiri. lelaki tu anak yatim piatu, keje pun ala kadar je. yang member aku ni tengah duk blajar lagi, Fashion designer... di mana dia belajar aku tak mau la cerita...

Yang penting kat sini, aku tengok dia memang nikah lari kat Perak. aku pun tak faham sangat procedure nikah diaorang ni, tapi beberapa hari lepas nikah, dia ni contact aku. Pelik gak, sebab aku dah lama berhenti design, naper lak dia nak cari aku lagi...

Member aku ni memang cantiklah... memang potongan model, kadang-kadang sesak2, aku amek dia jadi model ukuran baju aku...

Aku melepak dengan dia sepetang kat sebuah kedai makan yang makin menjadi port lepak aku sejak akhir-akhir ni... dia memang cantim macam dulu juga, masa aku jumpa dia 2-3 tahun yang lalu... Vivian (Bukan nama sebenar...)

Dia masih sama, tak berubah seinci pun, masih sama, aku sendiri pelik macam mana designer Houte Coute macam dia, tak punya citarasa untuk perubahan... haha, aku memang tak berapa pandai sangat bab-bab Houte Coute, tapi ramai gak member aku kata aku ni essentric, so tak heranla kalau warna pilihan aku pun memang menakutkan... Aku digelar Color terrorist oleh sesiapa sahaja yang kenal aku...

Dia order makan dan minum pun benda yang sama macam dulu gak, sama je... Fresh orange dan sepinggan Nasi goreng cina... Haha... ni menu aku dulu, dia yang tiru, di sebabkan dia suka tiru menu aku ni, aku tukar menu epal juice dengan kuey teaw goreng sekarang... bila aku order nasi goreng cina tu maknanya aku memang tengah ingat dia la ni...

Kami tak rapat... Kami tak se-chemistry, kami tak sehaluan, semua minat pun tak pernah ada yang sama... pandangan dan idea pun tak sama, tapi yang membuat kami di linkkan bersama adalah dia tahu semua tentang aku, dan kebetulan inilah juga membuatkan aku tahu semua tentang dia...

Dia gelak-gelak bila aku tanya dia kenapa dia pakai jam belah kiri, dulu dia pakai jam belah kanan. Aku tanya dia kenapa dia curly kan rambut dia, dia kata sebab nampak menarik. Aku tanya dia kenapa dia ada rantai yang aku pun pakai, dia jawab dengan aku,
"Sebab aku nak jadi macam kau..." Seram jap aku, kenapalah minah ni macam ni. Lelama tu, wajah ceria dia jadi makin muram. dia cakap dengan aku,
"I'm married..." Aku terkebil-kebil kejap, terkejut gak. dia kata dia tak nak kahwin sampai tua. Dia bercerita dengan sangat tenang, senyum tapi aku tahu dia pedih.

Aku bukan nujum pak belalang tapi masa tu aku memang tembak je,
"Parents kau halang ea?" dia ketawa dan cakap,
"You're still the same person that i know 2 years ago, never change... Maria Hamzah..." Aku pun ketawalah.. lama aku tak dengar nama ni di sebut-sebut... tak ramai panggil aku nama ni... sebab ni nama aku masa stil jadi designer dan tak di komercialkan pun... ada la, sorang dua je yang duk panggil aku dengan nama ni lagi...

Aku memang kesian dengan dia sebab dia tak pernah jatuh cinta denga insan yang bernama lelaki, namun setelah pertama kali dia jatuh cinta kepada seorang lelaki namun parents dia halang pula. Boleh di katakan member aku ni special sikit, dia memang suka kat kaum 'hawa' je... dia kata kaum hawa ni cantik, lembut, wangi dan manis je, sentiasa menarik sepanjang masa..

Segan untuk aku katakan aku merupakan dalam list dia jugalah, tapi tak lah serius sangat dia dengan aku, sebab sorry untuk peminat sejenis aku, aku katakan di sini, aku NORMAL. Haha... Aku banyak juga peminat sejenis, aduhai... pening kejap kepala aku ni, aku tak de lah cantik, tapi mungkin bebudak gini tertarik bila dengar aku bercerita... mulut aku ni memang pandai bercakap..

Aku pun tak tahu nak cakap apa kat dia, dia memang nampak tak gembira, tapi dia bhagia... (macam mana tu...) Dia cakap dengan aku dia kahwin lari dan berharap pernikahan dia halal... banyak juga yang kitaorang berborak hari tu, di tambah dengan hari hujannya, aku asyik tengok jam je, bila nak sudah ni... bapak aku dah call tak berhenti-henti ni, pening kepala aku dah... pantang aku hilang kejap, dia mesti carik aku punya...

Betul-betul sebelum kitaorang berpisah, duk berdiri kat depan kedai tu, dia merokok, aku nasihat dia supaya berhenti sebab dia perempuan, nanti masalah plak nak mengandung ke hapa... dia senyum, sambil pegang tangan aku dia cakap,
"Aku tahu kau single lagi lepas makan hati 2 tahun lalu, aku tak de masalah kalau kau nak aku teman kau..." Aku cepat-cepat tarik tangan aku dan blah sambil cakap,
"Hati aku dah lama mati, jadi aku tak perlukan teman..." Aku cabut macam pelesit, takut siot... gaya senyum dia pun dah macam pontianak dah... aku betul-betul tak faham...

Lepas aku lepak duk kat rumah, yakni lepas kena ceramah dua-tiga jam dengan bapak aku, aku dapat satu mesej dari dia, dia minta aku tolong dia carikan rumah sewa kat sekitar Penang. Dia sendiri dah tak tahu nak buat apa lepas bapak dia sekat semua kad kredit dia... Aku tak reply, dia mesej  lagi, kata yang dia sayang aku n so whatever dan kata aku akan menyesal sebab tak reply dia... Aku pun tak reply lagi mesej dia, aku duk tersengih asyik teringat sinetron yang adik aku duk tergila-gila tengok, 'Benci Bilang Cinta'. Haha... Aku forward kat dia satu number member yang kami sama-sama kenal, mamat ni orang penang...

Lama pastu aku pun terlelap...

Pagi-pagi tu, ada sorang mak cik ni call aku, dia panggil aku datang cepat kat rumah dia... aku kenal mak cik ni, tapi aku cakap dengan dia, aku nak pergi keje, mana nak pergi sana. Dia cakap urgent, tpi aku tak pergi juga akhirnya sebab aku punya keje lagi urgent kot...

Petang tu masa aku tengah bawak motor nak balik rumah, ada satu call masuk kat henpon aku, aku kan pemandu berhemah, selit sikit kat topi keledar aku pun jawab call tu. Mak Cik tu lagi...

Aku pergi je umah dia, malas dah nak banyak cakap... sampai je sana aku memang kena kaw-kaw lah...
"How dare you influece my daughter with the dirty way of your life!" Mak aih, aku pun hanginlah, dah lah tengah penat baru balik keje,
"Hello! Stop pointing your finger at me! It's your fault! You don't just simply accuse me, madam! I'm damn sick with you!" Aku blah lepas menghambur maki hamun aku kat dia, dia tak tahu nape anak dia lari lepas tu nak duk marah aku... at the first place may be aku pun salah, sebab aku yang bagi number kat dia malam tadi...

Hari ni, aku dapat satu mesej,
"Maria, Vivian eksiden, dia dengan laki dia dua-dua pun dah tak de lagi." Aku mengeluh banyak kali. Entah lah... mungkin betul cakap dia, aku ada rasa menyesal sebab tak reply mesej dia. Aku tahu, dia hantar mesej kat aku kata sayang aku tu, sebagai seorang kawan. tapi entahlah... aku sentiasa buat keputusan yang silap... silap perkiraan, silap perhitungan, silap mentafsir, silap menilai... silap dan silap... sentiasa silap... huuuhh...


~Ni bukan gambar Vivian... tapi muka dia nak dekat dah dengan Vivian...

2 comments:

BeadworksLola said...

Huih! Btulkah ini cerita?

Apa2 pun, bukan salah kamu ya, itu keputusan dia saja. Lagipun, sebenarnya kalau ikut hukum perkahwinan dia tu sah....

Hisana said...

Haha... aku sendiri pun tak percaya yang aku lalui pengalaman ni... elok je sehari lepas aku eksiden moto gak, ari ahad..