Pages

My sweet Surrender

Friday, July 11, 2014

Rashes!


Ucuk acin Afiq manja punya kulit sangat-sangat sensitive…

Aku now tengah nak pberpantang makan… aku punya favourite udang, sotong and yang paling-paling craving sekali, KETAM terpaksa aku lupakan buat masa ni…

Pening juga kepala aku fikir apa punca utama rash kulit Afiq ni…

Banyak juga aku cuba krim and ambil ubat doctor kat KKIA tu tak payah cakaplah dah berkali-kali…

Memula masa awal rash ni nak jadi, Afiq baru nak msuk 3 bulan macam tu… Nurse ada Tanya aku, ada ke aku ambil soya…

Aku jawablah ada… tapi after bersalin…

Dia kata mungkin sebab tu la jadi rash, kulit anak aku sensitive… aku stop minum soya… sebab Doctor pun ada kata masa tu Afiq ni kena eczema tahap awal.

Actually aku minum soya sebab nak ambil sumber protein dari soya tu tapi tak sesuai pulak untuk Afiq…

Tapi… setelah banyak juga aku cuba…
Ni lah satu-satunya yang beri Afiq sinar baru untuk rash dia!



Ezerra!
Now dah jadi favourite aku dah.. harga so-so je… Dalam Rm33 macam tu. Ni aku guna untuk muka… Daripada apa yang di beritahu oleh pharmacist tu, ointment ni organic base so kalau Afiq yang suka masukkan tangan dalam mulut ni termakan sikit-sikit should be no problem sebab basenya di buat dari campuran kulit roti. Klinik Mediviron yang kat Bandar Damai perdana tempat aku selalu pergi check up Afiq pun syorkan product ni...




Yang ni untuk mandian. Yang untuk losyen satu badan aku tak beli coz Afiq tak de rash kat badan pun Cuma kulit dia kering sikit je…

Kat bawah ni, ada seorang dari friend aku guna... dia kata berkesan juga untuk kulit sensitif bayi...




Aku guna krim ni…




Untuk rawat kering kulit Afiq and Alhamdulillah sesuai untuk Afiq… Officemate aku yang syorkan kat aku. Kadang-kadang aku guna je losyen yang ni untuk Afiq.




Disebabkan Afiq ni Bambam… leher dia merah-merah and melecet kadang-kadang.. aku try bedak ni, kering tapi nak kena letak selalu… Tapi lepas officemate aku yang sama syorkan aku bedak ni, Alhamdulillah… terus elok! Memang bersih and licin and kering leher Afiq…





Bedak ni pun aku guna juga kadang-kadang...



Hmmmm… sebelum ni aku guna carrie junior punya mandian, tapi mungkin tak berapa sesuai untuk Afiq, jadi sekarang daday Afiq yang pakai… haha… Aku guna pureen yougurt ni je untuk Afiq selang seli dengan ezerra punya mandian and sometimes aku guna ni…



Untuk minyak sapu-sapuan aku gunakan product ni… dah nak masuk botol kedua pun… memang Alhamdulillah sejak aku gunakan minyak ni, Afiq tak pernah kembung… ada sekali je dia kembung teruk sebab aku tak dah lama berhenti sapu minyak ni kat dia…



Tempat afiq Mandi!!! Heee....



Actually banyak je lagi product lain yang boleh guna… ikut kesesuaian kulit baby kita tu ler… Yang penting kena rajin Tanya… and cari… heeee…




~Zamiy Hisana~


Saturday, April 26, 2014

Baby Carrier dan Breast Pump…


Biasalah… zaman sekarang ni kebanyakkan ibu and bapa semuanya jenis yang bekerjaya…
Aku tak lah kata aku ni berkerjaya sangat pun.. tapi yang pasti aku bekerjalah… as food technologist kat sebuah kilang makanan yang buat food paste and food filling.. kilang ni kecik je pun tapi agak terkemuka jugalah… (chewah…)

Pape pun aku sebenarnya nak share pasal barang yang aku beli kat kioks manjaku kat Bangi ni…
Memang dekat tak dekat jugalah dari location rumah aku, 15 minit je gitu nak pergi…

Aku tak survey sangat pun breast pump yang ada dalam kedai ni… beli yang mana Nampak depan mata je sebab aku dah nak kena pump susu dah… masa tu aku ada lagi 2 hari je lagi nak habis maternity leave aku yang 2 bulan tu… haha…

Aku ni bukannya kaya raya bebenar… beli yang murah tapi ok… murah tak murah jugalah bagi aku…

Jenama japlo… harga dia lebih kurang harga breast pump jenama pureen juga… kalau tak silap aku dalam rm150 plus2… aku dah lupa sebab masa beli ni bulan 12 tahun 2013… dah dekat 4 bulan dah pun…

Ni la dia... botol kat bawah tu beli asing....

Ni set box breast pump tu...


Adik ipar aku beli breast pump kat motherhood expo 2014 bulan march aritu kat KLCC dalam rm180 macam tu jenama pureen kot… aku tak sure sebab aku beli kat kiosk manjaku… mungkin price dah naik ke tak tahulah… jenama avent pun ada kat pameran tu tapi tak sure berapa… memang nak bagus gunalah jenama avent or ada lagi jenama lain yang aku pernah tengok… harga memang dalam 600 – 1k macam tu…

Aku beli baby carrier sekali sebab tak larat kot… afiq masa umur sebulan dia dah 4.2 kilo… now memang dah jadi almost 8 kilo dah… memang carrier ni pun aku tak guna dah… tapi aku guna stroller dah sekarang…



Tapi nasib baik juga aku tak beli mahal-mahal sebab Afiq ucuk acin manja ni memang tak mahu lansung minum susu pam ni.. aku punya extra kerja sekarang memang kena berulang alik dari tempat kerja ke rumah, waktu lunch sebab nak susukan dia…

Masa awal-awal dulu memang paksa juga Afiq minum susu pam dalam botol tu..

Tapi buat basah and masam baju dia je bau susu basi… dia sanggup tahan lapar dekat 9 jam semata-mata nak tunggu aku balik kerja kul 5.30 petang…

Yela… hati ibu mana yang tak rasa sedih kalau anak kecil tahan lapar kan… memang kalau di ikutkan budak ucuk acin manja ni mengada-ngada… tapi sebagai ibu dia… aku berkorbanlah.. ulang alik setiap hari waktu lunch… memang terkejar-kejar and stress sebab jammed kat highway cheras-balakong ni… (xtaw name sebenar highway ni)… lagi-lagi dekat rumah aku ni ada sekolah menengah… time2 aku lunch tu time budak balik and masuk sekolah…

Tak pe lah… niat nak bagi Afiq susu badan sampai umur dia 2 tahun… InsyaAllah Taala… hehe…
Ni  kad ahli aku…



Tapi kad ni kad diskaun untuk preggy mommies je… aku daftar masa dekat 7 bulan preggy gitu sebab masa tu baru aku gi cari barang baby…

Orang tua-tua kata baby dah 7 bulan lebih macam tu baru pergi sediakan dan beli barang-barang dia… hehe… tak sure nape… ni orang tua-tua kata… tapi apapun kita sebenarnya percaya dengan Allah  dan sunnah Rasulullulah je yer…

 Tapi kad diskaun ni expired tarikh EDD yer… (Expected Delivery Date)… heeee





~Zamiy Hisana~

Afiq Jaundis…



Lepas aku balik dari Az-Zahra, aku terus balik rumah parents aku kat Subang…

Aku berpantang kat sini sekejap sebab aku nak berurut je  selama 3 hari… Aku keluar wad hari Jumaat… Hari rabu minggu depannya tu aku balik cheras dah sebab isteri adik aku ada interview kat Pahang… jadi semua kat rumah tu nak pergi ke sana lah…

Masa hari Sabtu tu aku dah Nampak dah Afiq naik kuning kat muka dia dah…

Tapi By kata tak ada apa-apa and dia insist tak nak bawa ke hospital Sg. Buloh atau mana-mana…

Biasalah… Hubby aku masih lagi terkejut sebab tengok size Afiq yang kecik tu… dia tak sanggup nak tengok Afiq kena check sana sini… sebab tu dia tak nak bawa…

Mak aku suh jemur Afiq kat matahari… risau juga aku sebab sekrang punya matahari pun tak berapa nak sihat..

Tapi aku jemur juga sebab By tak nak bawa ke klinik… Aku jemur dalam kul 8.30pagi macam tu sampai kul 9.00 pagi. Tak lama, aku jemur dalam 2 hari je macam tu…

Adik aku and isteri dia suh aku bawa juga ke klinik tapi aku tak tahu nak buat macam mana… aku pun tak sanggup juga nak menengok Afiq kena cucuk-cucuk jarum semua tapi dalam masa yang sama aku rasa risau sangat…

Aku balik ke cheras, mak mertua aku pun nasihatkan jemur kat matahari and beli ubat mandian herba bunga dari kedai ubat cina… tapi jaundis Afiq tak baik sangat pun, ada dan lepas tu kurang, tapi lepas tu naik semula… By cakap dengan aku, jangan risau sebab darah Afiq belum nak sesuai lagi tu… aku kerap susukan afiq sebab nak bagi dia kencing and berak…

Nurse datang melawat kat rumah untuk check aku and baby hari Khamis tu, and memang dah arahkan aku untuk bawa Afiq ke klinik untuk check Jaundis hari tu juga…

Sebulan kemudian aku bawa Afiq ke KKIA… hehe, punya lah marah nurse tu sebab aku tak bawa Afiq ke klinik awal-awal… Doctor pun sama marah, katanya doctor suruh bawa tu, bersebab… jangan pandai-pandai… aku pun sampaikan kat By balik apa yang doctor cakap tu… haha…

Last-last aku kena bawa Afiq ke Hospital Kajang… sekali lagi aku kat sini… aku tak berapa nak berkenan sangat pergi sini lepas kes oligo aku dulu.. Staff memang ok semua kat sini Cuma tu la, kecekapan tenaga kerja tu yang buat aku tak berapa nak favour sangat…

Aku bagitahu mak aku… haha… sempat jugalah isteri adik aku cakap kat mak aku, “along tu nampak macam pandai, semua tahu tapi bila anak kena kuning tak nak pulak bawa pergi hospital…” heee… berangin kejap hubby aku dengar benda tu… tapi aku malas nak layan… lantaklah apa dia nak cakap, yang penting Allah pun dah aturkan semuanya untuk aku…

Tapi ok juga aku tak bawa Afiq awal-awal, sebab kalau pergi awal pun buat sakit-sakit badan Afiq je… memang kes Afiq punya kuning ni makan masa lama nak baik… Aku darah B+, tapi Afiq darah O+… ikut By la tu… darah tak ngam lagi… dan kebanyakkan kes yang melibatkan darah o ni lama sikit… melainkan sama-sama semua darah o la kot…

Aku kena tunggu sampai petang sebab nak kena ambil air kencing Afiq… air kencing Afiq terkeluar lak dari beg pengumpul tu, jadi dapat sikit je… tapi masa tu dah nak dekat pukul 4 petang, so nurse suruh aku bawa balik botol-botol semua tu dan kumpul air kecing afiq kat rumah, then esok datang hantar…


Sedih sangat tengok tangan dia yang sememangnya kecik halus tu dah kena cucuk sebab nak ambil darah…
Aku sendiri pun kumpul kat rumah dapat sikit je sebab memang beg tu tak berapa nak masuk sangat air kencing..


Ni la barang tu semua yang nurse bekalkan kat aku suh bawa balik…



Ni botol tempat letak air kencing yang di kumpul…


Ni air kencing yang di collect… kena masukkan dalam botol…



Esoknya lepas by gi hantar kat hospital kajang pagi… Resultnya tak keluar lagi, tapi nurse ada cakap akalu teruk ke or ada pape diorang akan call sebelum  appointment yang lagi 2 minggu tu…

Tapi aku tak de receive pape call pun lepas tu, just pergi untuk appointment yang diaorang tulis tu je…

Alhamdulillah… doctor kata Afiq sihat dan nampak sangat aktif… masa pergi appointment tu, berat Afiq dalam 5.5kg macam tu… dalam masa 2 minggu afiq naik 1.3kg… dia nampak sihat dan aktif… doctor pun kata dengan aku yang aku dah tak payah datang lagi ke sana… heee…

~Zamiy Hisana~

Friday, April 25, 2014

Thank you very much!


Sesaje nak post kat sini hadiah-hadiah yang Afiq dapat…
Thank you sangat kat semua friends and family aku yang hadiahkan kat Afiq..
Ada juga yang bagi ‘ang pau’… heee… thank you semua, Afiq boleh guna nanti untuk beli apa-apa yang dia nak…

Hadiah yang semua hadiahkan ni pun Afiq dah guna dah pun dan semuanya best…
Ni dari Pusat Rawatan Islam Az-Zahra… masa bersalin kat sana, time nak balik tu mereka bagi hadiah ni…




 Ni kad ucapan tahniah yang mereka bagi juga sebab mendapat cahaya mata…



Ni pulak dari aku punya Junior sekolah menengah aka one of my best friend… memang friend in need dia ni… kalau kau susah memang dia sentiasa cuba bantu kau… masa aku nak kahwin dulu, dia lah banyak tolong-tolong prepare untuk aku… jadi pengapit aku masa aku nikah…



Ni hadiah dari bakal adik ipar suami aku… hehe… lebih kurang aku punya biras to be la ni… Cute…



Ni dari Best friend aku masa aku sekolah menengah dulu… Mak aku datang bawakan masa diorang datang ke rumah sewa cheras aku…



Ni pula dari my dear laling Eiki-Chan!!!! Dia datang melawat aku dengan mak dia and adik perempuan dia… Akhirnya jumpa juga dekat setahun jumpa, last masa wedding aku tu… rindu sangat kat dia… my coursemate, best ever chum!



Ni dari pak lang, adik mak mertua aku…



Ni pulak dari office-mate haku.. semua barang-barang yang diorang beri memang useful sangat untuk aku…



Thank you very much!!! Arigatou gozaimasu!


~Zamiy Hisana~

Tambah susu badan?




Ni apa yang aku buat untuk memperbanyakkan susu ibu… dan antara yang aku survey kat blog sana ler…
1)      Longan aka mata kucing
Aku tak pasti betul ke sebenarnya ianya ada kesan terhadap aku tapi aku minum je sebab mak mertua aku kata benda ni menjadi..
Aku beli buah longan aka mata kucing kat kedai ubat cina…
Dorang ada jual longan kering macam ni…




Senang je nak buat, ambil lah dalam segenggam dan basuh. Lepas tu rebus dengan sukatan air…
Ikut suka.. tapi biasanya aku sukat pakai botol aku ni, 1 liter air lebih kuranglah…
Nak sedap masukkanlah sesudu dua gula…
Aku kadang-kadang campur dengan gula Melaka…
Biasanya aku minum panas and suam.. sehari sebotol…
Ada juga yang masuk kat peti ais… tapi kalau boleh biarlah minum suam and suhu  biasa pun ok…


2)      Oat
Aku selalu beli 3 in 1 oat… yang ada dalam vico tu… heee… aku tak berapa nak makan sangat oat ni… hubby aku lagi lah.. dia tengok oat kosong tu pun dia tak lalu siap cakap macam muntah kucing lagi… tapi sebabkan nak diet, dia makan juga oat…
Nampak je macam muntah kucing tapi penuh khasiat oat ni… memang elok untuk serap kolesterol…
3)      Kacang buncis
Aku memang suka makan sayur ni.. selalunya aku buat simple-simple je… potong la 2-3 ulas bawang putih and bawang merah yang kecik tu, tumis dan masukkan kacang buncis yang dah potong-potong ni… lepas tu masukkan telur… heee… sedap sangat…

4)      Kurma
Ni aku baca kat blog orang.. tapi memang aku dah amalkan makan kurma sejak preggy lagi… aku pernah baca nak bagi anak kita kurang dapat penyakit kuning pun boleh membantu juga kurma ni.. tapi ye la… penyakit kuning ni bukan dapat elak pun… Afiq still kena kuning dekat 3 bulan.. ada penjelasan scientificnya… may be next entry aku share pengalaman kuning ni… hehe…

5)      Bayam and sawi
Aku tak sure ada effect kat susu badan or tak tapi yang aku pasti bayam memang oraang makan untuk tambah darah. Aku memang suka makan bayam tumis air… mak aku selalu masak simple-simple je… tumis bawang, masuk air nak jadikan kuah, didihkan… masuk bayam… siap… sedap giler… haha…

6)      Susu
Sebab tu ada jual susu lacta kat pasaran… hehe… sumebr yang aku percaya memang terbaik untuk tambah susu badan. Apa-apa brand pun sama je sebenarnya… tapi aku prefer anmum… sebab rasa dia sesuai dengan tekak aku ni.. walaupun banyak je orang buat kajian kata yang susu anmum banyak fat gitu… tapi susu full cream memang la banyak fat… tu yang sedap lemak berkrim minum…

7)      Makanan yang ada yis
Contonya roti… tapi mak aku tak bagi aku makan masa aku dalam pantang… entahlah… sebab dia nak suh aku berdiet and shaping badanglah katakan… (haha… aku tak berapa nak pantang makan… sebab aku ni pantang Nampak… ngap aje…) tapi boleh cubalah kot…

8)      Madu
Awal-awal preggy aku kena paksa makan madu… Hubby aku memang paksa aku makan.. tapi masalahnya masa aku preegy awal-awal dulu aku kena hyperemesis gravidarum tu… yang muntah2 tak tentu ke hala tu… haha.. jadi.. memang tak lalu sungguh nak telan madu ni… tapi lepas bersalin lak aku tak berapa nak lalu makan madu juga sebab aku rasa perit kat tekak… tapi boleh cubakan.. hehe…

9)      Alfafa…
Haha.. aku pun terkena tempias produk Shaklee juga… ada kawan aku distributor Shaklee ni… aku beli kat dia.. tapi aku jarang makan ontime… ikut dan and ikut ingat je… kalau ingat makan kalau tak sampai seminggu pun aku skip… haha… tapi kebanyakkan orang yang makan alfafa ni kata berkesan.. so… cubalah… bagi aku ok lah kot sebab product ni prove by many… hehe…
TAPI… kawan aku ni pesan kalau baby ada jaundis aka kuning, kena tunggu baby tu stabil dulu baru boleh makan alfafa ni… heeee
Ada banyak lagi tips lain… boleh cari kat sini….

Tapi aku pernah tanya nurse kat KKIA yang aku selalu pergi tu, dia kata dengan aku tak ada makanan pun yang boleh banyakkan susu badan Cuma aku perlu amalkan diet makanan yang seimbang dan sihat je…
Aku banyak ambil sumber protein… sejak-sejak mengandung dan dah bersalin dan now breast feeding ni aku jadi pemakan ikan dah… haha…
Aku ‘kureng’ sikit makan ikan semua ni… tapi ye la… sumber tu yang ok untuk protein and omega ni…
So… boleh cari kat web site lain kalau nak cari pasal banyakkan susu badan ni…


~Zamiy Hisana~