Pages

My sweet Surrender

Monday, April 21, 2014

Double Dutch!!!


Hmmm… lepas jer bersalin haritu, aku cukup menggilai ice-cream ni…

Memang boleh di katakan setiap minggu aku beli…

Tak tahu nak cakap… actually rasa dia biasa je kot Cuma aku memang suka combination kacang and marshmallow kat dalam dia tu..




Masa awal-awal dia keluarkan product ni, aku rasa berlambak-lambak kat mana-mana mart…

Tapi sekarang nak cari memang seksa nak jumpa…

Mungkin ramai sangat dah menyedari kot rasanya yang unik tu…

Selamat mencuba kepada penggemar ice-cream yang masih belum cuba..

Aku ada juga try lagi satu perisa strawberry cheese cake.. not bad, cume sebab ianya cheese so aku makan sikit je la… cepat muak…

Heee… entry paling pendek yang aku pernah buat…


sekian.



~Zamiy Hisana~

Sunday, April 20, 2014

Show off... Euwww...



General tajuk entry ni, tapi contentnya akan jadi so specific and straight forward…
Tak de kiasan and memang NORMAL happen nowdays…
Mungkin orang dulu-dulu pun ada buat..
Tapi sebab dulu tak de facebook semua ni,
So memang kuranglah juga penampakkan perkara-perkara yang macam ni…
Semua orang pun nakkan pasangan dalam kehidupan masing-masing and hoping get the best dalam
life diorang…
 
Not even a life don’t want to be happy in this world unless orang tu dah tak nak hidup dah…
Tapi kadang-kadang ada juga orang yang dah tak nak hidup pun nak happy juga kan..
apa yang aku nak curahkan kat blog aku yang dah lama sepi ni, mostly sekarang aku tengok
semua pun sibuk update status kat FB, Twitter, and etc yang mereka sangat bahagia dengan
life mereka yang baru and pasangan mereka…

Well, I’m happy for them too… honest..
tapi bila aku perhatikan balik, sebenarnya mereka-mereka ni update status tu macam seolah-olah nak show kat somebody else yang pernah bersama dengan mereka suatu ketika dahulu, untuk cakap,

“Rugi kau… kalau kau kahwin dengan aku dulu, kau akan dicintai dan di sayangi macam aku sayang pasangan aku hari ni…”

Hmmm… aku tak sure and tak nak pulak fikir tak elok bila tengok benda ni… sebab memang mereka betul-betul sayang dengan pasangan mereka, kalau tak, kenapa kahwin kan? Menyeksakan hati je pun…
Tapi some of it, TOO OBVIOUS dude!

Yang ex-pasangannya tu pula, kalau dah berpasangan pun sama-samalah nak balas balik kat status menyatakan,

“I’m too lucky to meet this new soulmate, because he/she never treat me like s**t..”
Haha… kalau yang ter’single’ lagi,

“I’m so satisfied that I’m alone, I can go anywhere, eat everywhere, out anytime and never bother to send any reports to anyone!”


Pastu masing-masing buat competition meng’upload’ gambar ‘happy’ yang termantap sekali buat tontonan masing-masing…

Haha… aku? Tak de sape kot aku nak tunjuk yang aku happy dengan hubby aku.. coz nobody want to know pun… (sadis sangat rasa untuk diri sendiri… huhu)
Actually to be honest, ada la a few lelaki yang nak mengorat aku dulu.. (ergh...)
Yang try to act like these person juga, smpaikan ada satu masa hubby aku tetiba terasa sendiri...
of course aku akan terkejut, tak ada angin tak ada ribut, hubby aku tanya lepas dia bukak fb aku, 

"Tak menyesal ke kahwin dengan dia?"

Hmmm.... aku mestilah jawab dengan dia, "Mestilah tak...!"

Hubby aku terasa kalau-kalau aku tak happy and tak bahagia...
Aku bukan nak jadi minah romantika or so whatever...
Tapi bukan aku je sorang perempuan kat dunia ni, tapi mostly perempuan lain pun kalau dah kahwin dengan hubby dia, itu bermaksud hubby dia tulah lelaki yang paling faham dan boleh menerima dirinya seadanya...

 

Jodoh memang ketentuan Allah,
Kalau di takdirkan aku menjadi wife hubby aku sampai akhirat,
mestilah aku mahu... Amin...
Sebab, honestly... cuma dia je lelaki yang paling cintakan aku yang setakat ni pernah aku kenal...
Aku mungkin juga takkan jumpa lagi lelaki yang sayang and cintakan aku macam dia buat...
Aku mohon doa, Allah kekalkan jodoh kami sampai bila-bila... (walaupun selalu je gaduh...)
 
(gambar nikah aku n hubby)

Aku pun sure lelaki y aku kenal dulu pun da tak ingat aku da pun,
Dorang ada life dorang sendiri and aku pun tak de la serius or couple dengan kawan terdekat, may be not my style kot...
Sejak sekolah pun aku mmg xde affair dgn rakan sekelas..
Erghhh... awkward bg aku...
Masa aku kat u dulu pun dengan boy from other course and faculty
Hubby aku lah first time aku affair dengan org y sama tempat kerja

Tu pun, aku tak berapa nk favour situation ni...
Tp nk buat mcm mana, aku dah suka by! Haha!
Bila aku ingat balik ayat by nk couple dengan aku dulu, rasa nak terbelahak gelak, dia kalau ingat pun mesti dia gelak sampai pengsan,

"Bila kita nak couple ni? Nak tanda kat kalender ni..."

puasa y ketiga bagi aku and by sepanjang kami kenal...
Puasa yang kedua jadi tunang by
Puasa yang pertama sebagai husband and wife...
InsyaAllah... next Ramadhan puasa keempat  dengan.... (heeee.... punca cuti pnjng aku awal bln aritu... coming soon)

Istimewanya by, dia xmengorat aku...
Xkacau aku msa kami baru kenal
Xkejar2 aku awal2 kenal dulu...
By mengorat aku lepas couple, tunang and paling bnyk ngorat sekarang ni... pas sah! Hehe...
Aku suka type y xover n xtrkejar2, tapi bukan mksud xcare n lnsung xamik kisah pulak kn...
Honest... aku jrg couple dgn lelaki y nampak suka sgt2 kat aku...
First adalah ex aku yang kami couple-clash sejak sekolah smpi masuk u, tapi dia u lainlah... almost 5 tahun aku and ex aku tu couple-clash...

Dia lelaki y baik sgt tapi hati dia cintakan bnyk perempuan..
First time aku clash dengan dia, memang aku rasa macam nak mati sgt,
Aku betul2 suka kat dia, n tak pernah aku suka sape pun sebnyk tu... (ni dulu la, zaman2 batu ice aku dulu)
Smpai ada satu masa, aku sanggup share dia dengan girlfriend dia y sorang lg tu
Hmmmm... bygkn... (hubby trsgt jelous dgn kisah aku ni...)
Tapi... Allah tu adil, lama2 cinta aku pada dia... makin pudar, hlg...
Satu tahap dia tekad nk ajk kahwin aku jd serba salah, tp msa tu aku xde affair dgn mna2 boy pun...

Inilah yang di namakan jodoh Allah... lama macam mana pun, kalau bukan jodoh, tak adalah...
Dia pun dah selamat jd suami orang da dengan gf dia tu, tak lama juga lepas aku and by nikah...
Whatever pun, last aku and ex aku tu, kami jadi kawan baik...
Hopefully smpi sekarang pun, sebb lama tak contact pun...
After aku nikah ada dia hntr mesej, tp aku tak reply pun...
Mestilah... aku kan isteri hubby aku... heeeee...




~zamiy hisana~

Friday, April 11, 2014

Istana kita...


Hmmm...

Ni susah nak elaborate walaupun simple je words dia...
Aku just wondering about benda ni, since aku sendiri pun dah memiliki 'sebuah'...
Semua orang pun nak hidup dengan pasangan secara bahagia, kehidupan rumah tangga yang sempurna...



And most of it, kita nakkan pasangan kita saling menyayangi...
Tak susah nak bagi opinion, and kalau taip kat google, berlambak-lambak tips rumah tangga bahagia boleh jumpa...

tips bahagia

tips rumah tangga

and ada banyak lagi... cari jelah...
Tapi memang senang kata dari buat...

Tapi kalau kita usaha, tak susah nak buat, cuma nak dengan tak nak je...

Aku akui, sepanjang almost 1 tahun plus-plus ni mendirikan rumah tangga, takkanlah tak ada lansung berselisih pendapat kan...
No way man, lagi-lagi awal perkahwinan macam ni, memang lagi banyak benda yang tak suka aja...

Tapi tu lah... yang penting kita nak faham orang tu, and orang tu nak faham kita...
Kadang-kadang, si suami rasa si isteri ni nak menang saja, and ada juga suami rasa isteri nak menang saja...
Mungkin dalam hal macam tu, sama-sama kena duk berehat kejap, fikir betul-betul...
Time tengah marah memang semua pun otak tak center...

Alhamdulillah, setakat ni, aku kalau berselisih pendapat dengan By, memang By suka nak bincang hal tu... Dia tak mengelak...
Biasanya dia akan tanya aku,

 " Apa yang tak kena? Apa yang sayang tak suka dengan benda ni? Bagitahu By.."

Aku je yang kadang-kadang malas nak cakap. Aku selalu nak by discover sendiri apa yang aku tak suka... memang tak boleh nak sangkal, certain perangai perempuan kan suka kalau partner dia discover sendiri dengan hint-hint yang di beri...

Tapi seriously aku cakap... Ada setengah lelaki, dia memang tak faham clue and hint yang kita beri... in case macam tu, kita memang kena cakap... tapi jangan over sangat... biasa-biasa sudah...
And... still... alhamdulillah, so far, By faham mostly semua benda yang senang nak faham ni...



First dalam semua basic rumah tangga... jangan libatkan orang luar dalam hal rumah tangga... ada masalah setel sendiri...
Aku jujur cakap, aku merajuk-rajuk dengan By, aku tak ngadu lagi dengan parents aku walaupun aku tak ada tempat mengadu lain... Kawan pun aku tak share...

Tapi aku tak berhak nak kata or nak bagi nasihat pun sebab, masing-masing pun ada various problem dengan partner masing-masing... Apa yang aku rasa patut, rujuk pada pakar kalau problem rumah tangga tak terkawal...

Yang penting sabar, jangan asyik nak salahkan pasangan je... walaupun kita rasa memang pasangan kita salah, tapi kita kena fikir, kat situ mungkin ada juga sikit-sikit salah kita... Aku mengaku, time marah aku memang asyik nak salah By je.. tapi lepas dah cool down, aku menyesal salahkan dia walaupun memang salah dia... Tapi aku pun salah, aku tak sabar dan cool down...

Bila aku marah By, aku rasa sedih lepas tu, lagi-lagi bila By minta maaf... dia kata, dia tak tahu aku tak suka bila dia buat macam tu... Then... apa nak buat, aku tetap dah bersalah sama sebab marah dengan orang yang tak tahu...




Entahlah... kadang-kadang.... bila bergaduh, benda paling kebanyakkan orang takut adalah 'mengungkit'..
Benda ni memang jadi racun, kalau kita berbaik balik pun, benda tu still terkesan dihati...
Jauhkanlah sifat ni... tak kiralah... ni sikap yang tak baik dalam rumah tangga dan juga dalam berkawan... and dalam apa-apa hubungan pun memang tak baik...

Aku memang tak perfect, semua benda pun aku tak perfect, ada flaw aku tersendiri...
No doubt, ini semua orang pun ada flaw...
Tapi jangan jadikan alasan untuk tidak berubah kepada yang lebih baik...
Sifat negetif benda paling perlu di jauhkan...


Kita asyik fikir orang lain jahat, tapi kita ni baik ke? Nak hukum orang jahat semua and nak aibkan orang lain...

Paling-paling utama adalah, hormat-menghormati...
Kita sebagai isteri, kena hormat suami kita... Dan suami juga kena hormat isteri...
Benda ni subjektif, bukan kepada suami or isteri, kepada semua orang yang kita kenal, yang lebih tua dari kita... and siapa-siapa sahaja..

Kita perlu tahu, hidup kalau kena 'makan sumpah' orang je, takkan bahagia... Niat kita adalah yang utama, kalau niat dah tak baik, sampai bila-bila pun, hati kita takkan tenang...
Benci pada orang yang banyak menyayangi diri kita memang perkara yang amat menyedihkan dan aku rasa simpati pada manusia yang dalam hati dia tiada kasih sayang...

Banyak je cara kita boleh gunakan untuk tegur sesuatu yang kita tak suka di buat oleh orang lain, and sebagai seorang isteri, aku sendiri memang planning pelbagai strategi nak cuba bagitahu By benda yang aku tak suka dia buat tanpa menyinggung perasaan dia... (Haha... ya ke?)

Jangan harapkan orang lain berubah, kalau kita sendiri pun tak nak ubah diri kita...
Kita selalu harapkan orang lain bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan, tapi kita ni dah cukup buat semua ke tanggungjawab kita?

Entahlah... Aku pun sendiri alami masalah macam ni, tapi kena saling faham memahami dan berbincang... Kena banyak sabar dan berbincang... jangan cepat nak menyalahkan orang lain tak sempurna...
Bila kita terlalu melihat diri orang lain tak sempurna, kita tak akan tahu tentang tak kesempurnaan diri kita, dan akhirnya kita takkan belajar apa-apa dalam kehidupan kita...

Penyakit dendam kesumat pun kena di jauhi, sebab inilah penyakit yang lama-kelamaan akan jadi barah yang merosakkan segalanya... Kita kena selalu ingat...

Tapi dalam sesetengah kes, mak bapa campur tangan juga menjadi salah satu punca kenapa sesebuah perkahwinan itu porak peranda...

Jangan batu api or masuk campur hal rumah tangga orang sebab kita pun tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam rumah tangga orang tu.. kita cuma nampak luaran je dan tak tahu apa yang di dalam..

perkahwinan ibarat sebuah buku dan dairy.. setiap hari akan bertambah satu muka surat kehidupan.. kalau kita nampak kulit luar memang la kita tak boleh nak rumuskan isinya...

Bahawa... penceraian adalah benda halal yang dibenci Allah...

Ø£َبْغَضُ الْØ­َÙ„َالِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ اللَّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰ الطَّÙ„َاق

“Perkara halal yang paling Allah benci adalah perceraian.”

Jadi dengan sebaik-baiknya kita cuba elakkan perkara ini dari terjadi...
Memanglah... siapa yang nak bercerai, siapa yang nak berpisah... tapi memang kalau sudah takdir dan suratan kita tak mampu nak berbuat apa-apa...
Bila ini terjadi, anak-anak akan menjadi mangsa, mungkin mereka akan kehilangan seseorang yang mereka sayangi...
Wallahualam...

Semoga kita semua di jauhkan dari segala musibah perpecahan sesama keluarga...

Entahlah.. bila aku lihat sendiri sesbuah perkahwinan nak musnah, jujur aku cakap sedih aku tengok lebih2 lagi melibatkan anak-anak...



Mereka memang mangsa dalam hal macam ni...
susah nak cakap sebab hal rumah tangga ni wide sangat divisionnya...
Aku sentiasa berdoa semoga rumah tangga aku kekal sampai Jannah sebab aku mengaku rumah tangga yang aku and by terbina dengan air mata kesedihan, kegembiraan dan kepayahan...

Aku takkan lupa sampai bila-bila dengan apa yang telah terjadi dan by pun takkan lupa apa yang kami hadapi untuk Jodoh yang Allah dah beri ni..

sampai hari ni pun.. masih lagi kami menghadapi ujian tapi apapun... aku bersyukur kepada Allah atas kurnian ini..
dan aku berdoa semoga rumah tangga orang yang aku sayangi juga akan sentiasa Allah lindungi dan beri yang terbaik...

bila aku sendiri tengok depan mata macam mana perkahwinan tu nk musnah.. aku jujur rasa sangat sedih.. walaupun bukan aku yang terkena..


~zamiy hisana~


Pengalaman bersalin di Az-Zahra Bangi...

Alhamdulillah...
Akhirnya aku ada chance nk tulis pasal pengalamn aku yang sangat tak boleh di gambarkan dengan words...
So... diam tak diam, busy tak busy da almost 6 months 'Afiq' sinari life aku dengan by... Alhamdulillah... ni la anugerah Allah yang tak ternilai...
pengalaman di saat kelahiran Afiq tu pn adalah anugerah Allah juga bagi aku... setiap bakal ibu pun pasti ada pengalaman mereka sendiri yang tak ternilai tu... sama lah aku...
Aku just sharing experince and some info and hopefully dapat memberi sedikit kegunaan kepada semua and jangan exploitasi pape inti blog ni yer...

5 Hari sebelum...
19 Oktober 2013

Aku ke sungai besar...
Jauh sangat rsa perjalanan nak ke sana sebab aku duk dalan kereta sampai ada satu masa tu aku rasakan sakit sangat perut aku macam nak bersalin...
Tapi kalau ikut aku punya due date masih ada 11 hari lagi sebelum delivery tu...
Aku ke sini sebab nak mengikut family by...
One of his best cousin got engaged...
Hmmmm... kisah percintaan dorang ni agak kompleks bagi aku.. tapi aku tak citer kat entry ni... may be in my next punya next next entry ke... hehe...

4 Hari sebelum...
20 Oktober 2013

Aku kat sini... kat Aeon Cheras Selatan ni...
Nak menengok cerita Special ID... cerita Donnie Yen...
Aku memang peminat giler pelakon Ip Man ni...
Citer ni baru juga keluar kat panggung Malaysia...
Hmmm... biasalah contraction perut makin kuat tapi keinginan aku nak menonton movie aand berjalan dating still ada lagi...
sejak pregnant ni memang lama tak gi jalan2 kat luar and shopping ni...
heee... rindu sangat rasa nak dating... tapi now dating bertiga...



3 Hari sebelum
21 Oktober 2013

Aku rest kat rmh sebab esok nk g check up kat KKIA Batu 9, tempat yang biasa aku pergi... actually aku kena pergi 7 oktober hari tu.. sebb now aku punya pregnancy da masuk minggu ke 37 da.. tapi aku tak dapat nak pergi masa tu..
minggu depannya tu da raya haji jadi xdapat nk book tarikh juga..
so.. esk la dapat date appointment...
esok da minggu ke 39 da pun... heee


2 hari sebelum
22 Oktober 2013

Aku ke KKIA Batu 9...
Hari ni barula dapat scan baby...
hurmmm... doktor cakap aku punya air ketuban terlalu sikit...
doctor yang pertama check 2 kali dia kta xde..
aku tak berapa faham sangat bacaan dia. Tapi lebih kurang 5 dan bacaan kedua 7...
then doctor yang kedua pulak scan... bacaan dia 9..
bila aku tanya doctor kata normal 9...
Doctor yang pertama xsedap hati sebab dia kata ni kes oligo and dia buat surat utk aku ke hospital kajang.
Dia takut if apa-apa terjadi nanti dia tak nak di kenakan tindakan undang-undang..



nak o tak... aku n by kena g hospital kajang...
dgn bacaan 7.5 aku di scan... ada Juga 2 org yang nak bersalin kat situ tapi last2 aku n sorang dari mereka balik..
doctor india yang scan aku tu kata air ketuban banyak, ada 12...


So malam tu aku just balik ke rumah.. tapi adik aku call dia kata dia risau kalau2 baby lemas kalau aku tak buat something And push aku untuk call Az-Zahra untuk masuk bersalin..
By pun sama da keresahan sebab menunggu hal kecemasan macam ni..
dia dah pening kepala sebab nak tnggu aku bersalin and kerja...
Alhamdulillah... malam ni By xkeje...

1 hari sebelum
23 Oktober 2013

Aku masuk jumpa Dr.Mashitah, sebab sebulan yang lalu memang aku jumpa dia untuk follow up kes aku ni..
Dia scan perut aku and terkejut sebab air ketuban yerlalu sedikit.. dalam 2 plus2 macam tu... Oligo sangat2 katanya...
Aku memang nervous dengar sebab dia terus nak admit aku masuk wad, induce untuk bersalin awal... 

So.. aku memang xbersedia lagi... By call mak dia, inform hal ni and mak dia bersiap2 nak datang ke Az-Zahra...
aku daftar masuk jam 1.00pm...
masa nak daftar tu sempat lagi by tengok orang nak bersalin.. sampai dia takut...

Dalam kul 2.00ptg..
aku ambil ubat pil pertama y di katakan boleh mempercepatkan kelahiran.
suppose ubat tu paling lama 8 jam nak tunjuk kesannya...

dalam kul 8.00malam...
aku still xbersalin lagi...
nurse datang untuk masukkan ubat y kedua..
parents aku and adik aku datang.. tapi dlm kul 12am macam tu dia balik...

hari kejadian..
24 Oktober 2013

By bawa mak dia balik rumah dalam kul 4.00am macam tu..
perut aku dah start rsa sakit sangat...
tapi belum masanya lagi...
bukaan baru 1.5cm je...
nurse bagi aku injection tahan sakit and aku trtdur...

dalam 6.00am
aku terbangun sebab kesan ubat dah hilang.. rsa sakit sangat...
aku bersiap nak mandi sebab nurse kata doctor nak suruh turun kat bilik bersalin kul 7.00am..

7.30pagi...
aku bru lepas akan ubat flush najis sume..
masa tu aku baru la ternampak lendir 'show' tu..
aku dah siap duduk atas katil nak bersalin...
nervous giler...
Masa tu sempat lagi nurse bancuhkan aku air vico...
sejak ni la aku suka giler minum vico 3 in 1...
air drip masuk kat tangan kiri aku...
lepas ni la baru aku terasa sakit yang tak tahu sakit apa...
yang aku rasa macam nak buang air besar ke...
Ada 1 injection kat peha nurse bagi...

Memang masa bukaan 5cm, masa tu memang rasa sakit sangat...
Segala ayat aku baca nak bagi kurang...
Nurse call By yang memang aku tahu tengah tidur...
Haha.. Aku tak paksa pun dia nak duk dalam labour room sebab aku tahu dia takut...
Masa tengok tv, ada scene potong kaki ke or pape la yang terkena pisau pun dia da "auw... auw..."
Setiap kali contraction kuat datang, diorang ajar aku teran baby... memang semua yang ada kat dalam labour room tu pun sama2 jerit bagi semangat supaya aku teran baby... heee.. ni bukan jerit yang menjerit... tapi beri semangat...
Haha... Last bukaan yang aku ingat sebelum kena gunting tu 8cm...

Betullah semua orang cakap... memang tak rasa pun sakit apa pun masa kena gunting tu...

Alhamdulillah...
9.14am.. dengan berat 2.5kg.. baby boy ni selamat lahir...
aku sebenarnya da tak bertenaga nak teran saat akhir tu.. aku terpaksa juga relakan untuk vacuum.. lepas doctor kata baby da start lemas..
Memula tu nampak bengkak juga kepala dia tapi lama2 da ok da dia...
Sebelum bersalin, bacaan anggaran terakhir berat baby aku dalam 3.0kg mcm u.. tapi lepas lahir memang aku terkejut juga baby 2.5kg...
terdengar2 lagi suara doctor mashitah cakap...

"Ala.. baby kecik... tapi tak pe2.. Alhmdulillah dia nampak sihat... tengok ni (nama aku), baby boy.. alhamdulillah baby pun da berak da ni..."  masa dia angkat afiq tunjuk kat aku, aku tak dwngar pun afiq nangis lagi tapi mata dia terbukak bukan main besar. Dia tengok muka aku ... tu la kali pertama kami bertentang mata... beberapa saat lepas doctor ckap macam tu, lagi sekali dengar suara dia,

"Ala.. baby kencingkan saya..." masa tu aku tak berdaya da nak ketawa pun.. penat... haha...


Ni la Afiq... 2 jam selepas di lahirkan...


Aku berehat sekejap dan aku tengok Afiq di bersihkan dan kepala dia di letakkan dalam warmer... dia nangis masa nurse and bidan2 tu bersihkan dia... tapi dia duk senyp je terkebil2 masa duk dalam warmer tu lepas dibalut and dibersihkan...

Aku di tahan sehari lagi untuk pemeriksaan.. dalam kul 10 lebih macam tu mak mertua n hubby datang..
Dia azankan Afiq... walaupun agak lewat tapi alhamdulillah.. aku lega sebab by sendiri azankan dia...

By punya la membelek baby yang baru lahir ni...
Alhamdulillah sangat sebab aku tak ada rasa sakit sangat pun cuma aku lapar dan mengantuk je...

Aku dapat satu lagi injection kat tempat nak jahit tu... masa jahit cuma rasa ngilu sesikit je...

2 jam lepas bersalin, nurse suruh aku pergi kencing...
Diorang ada bagi multivitamin dan sejenis cecair yang macam gula rasa dia untuk aku minum supaya lawas 'uuk'...


Ni la gambaran lepas bersalin tu.. dalam wad..
By yang tangkap gambar ni...
Heeee...


Aku balik ke rumah mak aku sendiri lepas sehari di jaga begitu rapi oleh staff AZIM ni...
Alhamdulillah... diaorang semuanya mesra sangat dan akan membantu jika kita minta apa-apa pun..

Aku tidur malam tu sambil letak baby aku sama-sama atas katil tapi Nurse yang bertugas shift malam tu yang sentiasa akan check upon pesakit tu ambil baby dan letakkan atas cradle dia sendiri...
Aku tak sedar pun bila dia ambil, sedar-sedar dah tak ada... Haha...
sepanjang malam tu.. aku terdengar ayat2 suci al-quran dia pasang...
tenang sangat rasa... bila da nak tengahmalam diorang perlahankan sikit... memang best la kat sana...

Aku minta diorang slowkan aircorn pun diorang boleh tolong, ikatkan kain bedung baby pun diorang buat.. berkali-kali aku minta diorang datang betulkan kain pun diorang datang dengan senyuman..
Sampai nak balik pun diorang treat aku dengan baik sekali...
bukan specific, tapi semua pun macam tu...

Dalam nak bersalin tu sebenarnya diorang bancuhkan aku air untuk sarapan tapi sebab aku dah sakit nak bersalin dah tak sempat nak minum..
Tapi lepas bersalin diorang bancuhkan aku vico yang baru, yang panas...

Bebrapa minit lepas bersalin tu ada lawatan oleh ustazah kat Azim ni.. mereka akan bacakan doa untuk kita sama-sama untuk kesihatan diri kita dan anak. Lepas kelahiran pun dorang bawakan kurma untuk kita buat tahnik kat baby kita...

Aku pun memang da ready  madu nak buat proses tu...
Ada sebabkan aku induce, jadi tak sempat nak buat air selusuh bagai..
bawak air zam-zam je minum...

lawatan ustazah dan pakar kaunseling tu setiap pagi...

Esoknya sebelum aku balik, doctor nazim, paed kat sini datang melawat... doctor mashitah pun datang juga melawat aku untuk check jahitan.. dia rasa lega sebab bekas bengkak vacuum kat kepala baby da kurang...


Hmmm... berbaloi duit aku bersalin kat sini sebab aku rasa happy.. dan yang penting selesa...

Memanglah orang kata, kalau kita bayar semuanya selesa and best.. tapi ada juga kat tempat lain yang berbayar lagi mahal pun still ada juga dapat layanan tak best...

Kalau aku di takdirkan dapat rezeki seorang lagi cahaya mata, memang aku berhajat nak bersalin kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahra lagi.. InsyaAllah...

Ni la baby boy ku sekarang.. almost 5 months da dia...
Muhammad Afiq...
Nama timangan ucuk acin manja...





~zamiy hisana~

Tuesday, April 8, 2014

Warna alam ini dan manfaat solat kita...


Lama sangat dah tak memblog...
kekangan masa dan tanggungjawab lain buat aku jadi sibuk.. (amboi... gilalah ayat ni...)
Jadi bagi menjadikan mukadimmah entry blog aku untuk tahun ni... aku mulakan memblog dengan info yang sangat2 berguna ni...
Banyak blog lain yang ada posting benda ni...
moga kita semua boleh memanfaatkannya...
InsyaAllah... Amin...


LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solat

-sumber ini di ambil dari perkongsian kawan aku di aplikasi whatapps. Sumber asal tidak di ketahui, pape pn terima kasih kerana berkongsi-

Thursday, October 17, 2013

Get Ready To Go!!!


Kurang 14 hari lagi count-down untuk aku and By nak tengok ‘little one’ ni…
Aku masih sibuk dengan semua kerja-kerja kat Office sebelum
aku nak bercuti ni…
Memang Doc dah bagi satu date untuk deliver,
tapi manalah tahukan, tiba-tiba ‘little one’ ni kuar awal…

Aku memang banyak blog-walking, cari tips
and banyak tengok apa-apa barang yang diaorang prepare untuk
stay kat hospital bersalin nanti…

Aku memang blog-walker yang tegar!
Apa-apa pun memang aku ‘prone’ untuk blog-walking dulu before Tanya orang By kadang-kadang tak berapa gemar aku berguru sangat dengan blog
dia takut aku kaut info yang salah
Ni terpulang kat individu… aku akui betul. Tapi pandai-pandailah digest info
and depends juga dengan tips apa yang kita search kat blog ni…

So, back to the list!

Ni antara List yang aku dah buat untuk preparation ke hospital… (Swasta boleh, kerajaan pun boleh)
For little one:  
 1) Pampers – 4 keping size ‘new born’
2        2) Lampin @ Napkin – 4 helai. Ni untuk lap and balut baby
3    3)  Barut @ kain ikat perut baby – 2 helai. Ni untuk elakkan kembung
4      4) Topi baby – 1 helai. Takut baby sejuk kepala
5    5) Sarung tangan and kaki baby – 2 pairs. Kuku baby agak panjang waktu lahir
)     6) Tuala mandi – 1 helai. Depends juga, tapi untuk lengkap, bawalah
)      7) Baju baby – 2 helai. Kalau boleh baju yang berbutang di depan, senang nak pakaikan.
8      8) Sapu tangan – 1 helai. Ni pun guna untuk lap pape.
9      9) Barang mandian, bedak, dan minyak baby
1   10) Minyak telon
1   11) Wet tissue
1   12) Tisu
1   13) Bantal baby – ni tak perlu pun tak apa. just saje nak alas baby nanti
1   14) Selimut – ni tak perlu pun tak apa.

Ni for mama little one plak
1      1) Pad  - Bawalah dalam 4-5 keping gitu
2      2) Kain batik – 2 helai
3      3) Stoking kaki
4      4) Tuala mandi
5      5) Toiletries (pencuci muka and sabun-sabun semua)
6      6) Air selusuh @ mineral water
7      7) Baju T-shirt – 2 helai
8      8) Tissue
9      9) Selipar
1   10) Roti and kurma – nak makan sebelum berjuang bagi tenaga

Barang-barang lain yang perlu juga di bawa
1      1) Buku mengandung @ buku merah
2      2) IC ibu
3      3) Madu – untuk bertahnik ( belah mulut baby)
Ok… setel da serba sedikit barang yang perlu di bawa dan di siapkan before nak ke hospital. Ada orang kata, kalau ke hospital swasta, kita tak perlu sediakan barang sangat, sebab biasanya pihak hospital yang akan beri. Tapi tak salah juga kalau kita nak prepare. Just in case… kan? Hehe…

Kalau sesuai, stand by kat dalam kereta beg ni
Bagi aku, tempat parkir kereta tak berbumbung.. (maklumlah rumah apartment)
so, aku tak letak kat dalam kereta
aku letak kat rumah je.
tapi aku and By rajin travel balik rumah parents aku
so, kalau kitaorang just bawa je beg tu bersama, tapi tak tinggalkan dalam kereta.
aku tak bawa pun pergi ke office.

Now aku da almost 37 weeks,
By da tak galakkan aku pergi kerja
dia kalau boleh nak suruh aku cuti tanpa gaji sebulan ni…
aku punya due dalam 30 October macam tu..

Tapi aku ada banyak komitmen kerja
Selain tu, aku tak sampai hati nak biar by commit dengan beban kewangan sorang-sorang
Even dia kata tak kisah, tapi aku still rasa tak sampai hati…
Banyak komitmen berkaitan duit nak disetelkan.
Tambahan pula aku bersalin kat hospital Swasta, sebab By nakkan doctor perempuan sahaja yang attend aku…
kalau sakit biasa pun dia lagi suka aku jumpa doctor perempuan…
kereta, sewa rumah, api and air, makan minum, dengan kami yang baru berpindah ke rumah sewa baru hujung minggu ni…

Alhamdulillah… barang baby dah banyak setel,
thanks to my mummy mertua yang banyak tolong setelkan.
Last week masa attend kelas antenatal, aku and By setelkan mana-mana
barang baby yang tak setel lagi…
InsyaAllah, entry lain boleh aku share apa-apa barang yang aku prepare
nak sambut little one ni…
For now… cukuplah kot… huhi!!!

~Zamiy Hisana~