Pages

My sweet Surrender

Tuesday, January 29, 2013

Semut dan Laptop... masih tiada penyelesaian...

Laptop... BEN Q

Nama timangannya di sini, cukuplah sekadar Cik Ben...
Aku tak sure dia girl or boy...
So... Amik dua2 part, Cik and juga Ben...

Lappy kesayangan intan payung brung but-but aku ni, memang dah lama ada problem..
Problemnya... aku dah lupa password baru yang aku set-up kat lappy tu...
Tapi, sebabkan aku ni celik IT.. (sangat!)



So, aku dah jumpalah beberapa software yang boleh guna untuk reset password (yang sepatah haram aku dah tak ingat) tu...
Aku pun sebaik jumpa software tu memang tak sabar-sabar dah nak balik rumah nak reset password...
Tapi, bila tiba masanya, lappy tu tak boleh hidup2..

Aduhai...
Sedih giler rasa hati aku ni...
Pastu sekor-sekor semut keluar...
Aku 'tos-tos' lappy aku tu,
Berkoloni keluar... aku try cari jalan penyelesaian dengan menghubungi en. google...

Pastu aku baca macam-macam proffesor lappy 'bertauliah'dan 'berdegree' kat sini...
Haha... tapi banyak-banyak prof, yang sorang ni memang geliga and geli hati jugalah bila aku terbaca...
 http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-369509.html

Terbaiklah... suh semut bayar sewa... confirm pindah...
Haha...!

Neway... aku tengah fikir nak simpan lappy aku kat dalam keta time aku parking kat tempat kerja...
Hehe...
Takpun masukkan dalam oven yang bos aku bagi kat rumah aku tu...



Heeee.... tengoklah... aku usir semut-semut tu bebaik kot...
Tak baik buat panaskan dorang lak...
Huhu...

~zamiy Hisana~

Monday, December 31, 2012

Dia Asal Keturunan Aku...

Kepulangan aku ke Melaka sempena meraikan majlis perkahwinan sepupu aku aritu membawa kepada satu pemahaman yang tak berapa kompleks tapi baru sekarang aku faham..

Entah sebab sebelum ni aku tak ambil perhatian ke, atau aku tak pernah nak tanya ke, or memang aku sengal sangat ke... tapi yang kenyataannya Ibu aku tak pernah rahsiakan pape pun... (Gaya macam suspen je kebenaran ni...)

Ni bukan kali pertama aku melawat ke situ, tapi nak kata banyak kali pun tak juga.. ada lah dalam 2-3 kali je gitu...

Tempat yang aku jarang pergi ni...

Tempat ni memang rasa asing bagi aku, mungkin one of the factor 'aku bukan anak kampung'... That's not mean aku ni 'anak bandar'... Cuma adalah sebabnya aku jarang balik kampung and coz of that, this kind of environment not really suit me... May be untuk vacation ke, mungkinlah...

Hubby aku, just so-so... dulu dia selalu duk rumah Tok dia masa cuti sekolah, mungkin dia memang no hal lah dengan tempat macam ni...

Ni lah tempatnya yang aku pergi aritu...

Sampai je kat tempat tu, aku pun duk me-round area tu tunjuk-tunjuk kat Hubby aku kawasan sekitar, dia excuted sebab tempat ni memang legend lah satu ketika dulu... Tempat ni tempat tumpuan orang minta nombor ekor...

Ibu aku start cerita kat Hubby aku,

        "Dulu tempat ni banyak orang cina datang sembahyang, dorang nak minta nombor ekor. Kubur ni dulu tak macam ni, lepas ada cina menang besar, cina tu datang buat marmar ni semua, bagi cantik ada pagar semua bertutup, dorang pun sembahyang besar dan makan besar sume kat sini..."


Semua tengah sibuk memerhati sekeliling tempat tu...

Aku pun tanya ibu aku, entah kenapa soalan ni dulu aku tak pernah tanya pun kat dia...

    "Siapa Tok Machap ni?"

Ibu aku jawab,

     "Dia ni yang bina masjid kat belakang tu, lepas tu ada orang datang renovate jadi cantik macam ni... Orang panggil dia datuk keramat, orang percaya kubur dia keramat..."


Ni lah masjid lama Machap...

Aku curious lagi,

     "Siapa Tok Machap ni dengan kita? Kenapa Atuk jaga makam ni dulu? Pastu kenapa Pak Husin (Abang mak aku, tapi now dia dah meninggal dunia...) lak tunggu tempat ni?

Ibu aku jawab,

      " Tok Machap ni kita punya atuk-atuk moyang, oneng-oneng semua..."

Wow... Really? Haha... Aku pun tak tahu, sebelum ni ada je ibu aku cerita pasal 'tok keramat' ni, cuma aku rasa macam tak pernah lak dengar dia kata kitaorang semua ni asal keturunan dari Tok Machap ni...

Well, lepas aku baca kisah Tok Machap yang dorang tampal kat board tu, aku macam terkedu jap... Cerita tu dari Arwah Pak Husin aku, ibu aku punya abang, ibu aku yang last. Aku pun actually tak lah rapat sangat dengan cousin sebelah ibu aku semua, kenal-kenal gitu je pun.

Terserempak kat jalan pun tak perasan punya... Kalau ikutkan, Pak Husin ni keturunan yang ke-6, so terus menjawab soalan aku, yang aku ni keturunan yang ke-7 la gitu...
Aku memang tahu ayah aku ni memang bugis asli dari Sulawesi, sebab parents ayah aku berhijrah dari sana ke Johor (Malaysia)... Aku ingat ibu aku memang orang sini (melayu Malaysia now days...) tapi dia pun rupanya susur galur Bugis...

Ni Board ada papar berita...

Tapi kalau aku tengok keturunan ibu aku yang atas-atas, semua putih-putih macam cina, ada kemungkinan mubaligh cina yang datang menumpang bak buat penempatan kat Kg. Machap (mengikut sejarah yang di ceritakan) ni dulu ada yang kahwin campur dengan keturunan Tok Machap ni...

Makam Tok Machap

Ahli keluarganya atau mungkin pengikut2 setianya...

Tapi ibu aku hitam manis orangnya.... Hehe...

Sekarang kerajaan Melaka tak benarkan lagi orang datang sembahyang kat makam ni minta nombor ekor, khurafat... lagi pun, ni kubur orang islam yang alim (mengikut sejarah), sepatutnya tak berlaku perkara macam ni...

Belakang-belakang kawasan sekitar tu, ada kubur ahli keluarga aku yang lain-lain... sebelah kawasan ni pun ada tanah penempatan, baru jugalah buat rumah and semua kat situ rata-rata sedara mara aku and a few orang luar juga. Ibu aku ada tanah kat situ, dia offer aku kalau aku nak tinggal sini, buatlah rumah kat atas tanah tu...

Ibu aku kata, dulu rumah ayah dia kat bawah tu, kat air sana..

Ada tangga sebenarnya kat sini, menuju ke bawah, kawasan penempatan orang dulu2...

Tanah seluas lebih kurang 2 ekar lebih tu, kepunyaan Tuan Makmur Bin Sabtu. Semua orang decide untuk tinggal kat situ secara beramai-ramai, sebab kat situ asal mula keturunan kitaorang buat penempatan.

 
Ni kawasan penempatan yang menghadap ke kawasan tadahan air...

Aku dari halaman rumah salah seorang sepupu aku...
 

Actually tapak rumah asal dah pun tersemadi kat dasar empangan air Melak tu, kerajaan Melaka buat kawasan tadahan air untuk negeri Melaka.

Well itu lah dia... sebelum ini memang aku tak ambil pusing sangat asal keturunan aku. Tapi bila dah tahu ni, aku try nak cari lagi pasal Tok Machap.


Semua sedang memerhatikan Board kat bawah ni sebenarnya... hehe...

Berkenaan Tok Machap dan masjid...

Namun orang banyak tahu pun dah banyak tak ada, contonya 'Tok Khalik' yang simpan barang-barang adik Tok Machap, Mendik Mahamad, dah meninggal dunia 2-3 tahun yang lalu. Yang aku jumpa aritu pun cuma anak lelaki dia je, Jasmi, sepupu mak akulah kiranya... Ayah dia, adik beradik dengan atuk aku...

Hubby aku tengah memerhatikan kawasan tu...


Ada sampan.. heeeee....

Actually aku pun tak pernah jumap atuk aku, dia meninggal pun time ibu aku belum kahwin lagi... Tak pe lah, aku pun just tahu gitu-gitu je cukuplah... apa yang aku tahu, mana asal keturunan kita, semuanya pun datang dari ALLAH..

Tanah merah Melaka...

Dalam hal ni, tak adalah nak rasa bangga yang ntah pape pun, cuma rasa bangga sebab 'Tok Machap' ni orangnya alim... (Wallahualam...) dan dikatakan rajin solat. Sebagai keturunan dia, banggalah sikit and memang terbukalah kat kepala ni, contohilah dia dalam beramalan kepada Allah... (Insaf...)





~Zamiy Hisana~

Friday, December 14, 2012

Taklimat....

Heee... Aku pun tak tahu nak kata apa...
Cuma, taklimat ni aku and senior QA g sebab lama sangat kitaorang tak join sebarang taklimat..
Memang susah gila la aku dengar 'tuan organizer' tu bagi arah nk g tempt tu..
Padahal lepas kitaorang tibai2 g sendiri, senang je pun..
Siap cakap ada roundabout la itu la ini la...
Tapi masa aku g, tak jumpa sepatah haram roundabout pun...

Taklimat tu habis awal...

Tak penah lagi aku g office awal nk mati macam gini...
Kul 7.00am, aku dah sampai depan office, takut tak jumpa tempt taklimat tu...

indah sangat matahari pagi...

kabus tebal...

Hubby aku pun risau giler aku kuar rumah matahari pun tak keluar lagi...
Dia malam tadi balik keje kul 2 pagi, kul 3pagi baru tido pun kejut aku bangun dalam 5pagi plus2 gitu...
Sampai aku dah sampai kat tempat taklimat dalam 8 pagi lebih pun dia still berjaga lagi, dia kata risau... Hehe...

tapi dalam kul 9 pagi gitu dia tido dah...

Anyway... summary dari taklimat tu... hmmm... not so much...
Diorang explain benda2 yang mostly aku dah tahu and dah buat...
certain info yang baru je yang aku tak pernah dengar before this ada lah sikit...

Tak semua yang ok and aku tak nafikan ada sesetngah diorang ni ok..
biasalah kan, bout government agency, memang dari dulu lagi ada je story berkaitan diorang...
What ever it is, of course i kena privatekan agency tu... (Tak pasal kena saman nanti...)

Well, aku pun tak sure nk kata benda ni 100% taklimat because, most of it only to defend them self..
kononya, dorang sangat busy dengan akrtiviti and kerja what so ever, so dont push them to much!
lebih kepada, nak bagitahu semua yang dorang ada beban kerja yang banyak...
(macm la aku and diorang2 semua tak de keje kan..)

Haha... ingat kitaorang ni 'bengong' sangat nk angguk faham...

Lagi nak tanya kitaorang,

"ada soalan ke?"

Kalau boleh aku nk jawab,

"Soalan tak de, complaint banyaklah..."

~Zamiy Hisana~


Enivesary ke - 2 bulan... Ahakks!!!

Haha...
Kalau boleh tiap2 bulan aku nk sambut...
Heee...
Memula, aku saje je, buhsan tinggal sorang2...
Hubby keje malam, so petang pas balik keje pada hari tersebut... (12/12/12)
Aku meround area Connought... (xsure spelling dia macam mana)
Aku tak de la kata mesti nk kena sambut annivesarry ke tak...
Just saje2 nk bagi something kat hubby...
Hehe... mengeratkan silaturahim...

For sure la...
Sape2 pun, dapat sesuatu hadiah walaupun murah je and sangat biasa hadiah tu,
dorang sure appreciate punya!

So, aku gamble lah belikan dia something yang very2 biasa...

Biasa2 je and tak mahal pun...

Harap dia suka...

Aku harap dia suka, sementara tunggu dia balik, aku prepare2 semua ni dulu...
Tak sabar nk tunjuk dia, heee...

semua org pun mesti sayang kat pasangan masing-masing...
Ada je yang aku tengok macam nak putus nyawa macam nk terbalik dunia duk ckp syang la cinta dan bagai2 la kat psangan masing2...

Pape pun... Allah telah berikan pasangan yang sesuai dengan diri kita, terima seadanya dan cubalah membahagiakan dia, dan membahagiakan diri kita juga...

Aku pernah terbaca kat FB, tak ingat sape kata, tapi lebih kurang gini la...

"Bahagia itu adalah cinta..."

~Zamiy Hisana~

Monday, November 5, 2012

Suka cara Roti Boy...

Heee....
Siapa kata dah kahwin kena stop 'dating'?
Hee.... ada orang kata dengan aku sebab tu aku kuarkan statement ni...

Aku dating dengan hubby aku.. tapi tak de lah jauh sangat, area rumah juga...
Sambil dating sambil survey2 barang rumah...
Al-maklumlah.. pengantin yang tak berapa nak baru ni... heeee... (24days married)
So, banyak sangat benda yang stil tak ada lagi...
Aku duk makan bersantai jap kat ROTI BOY...
Ni kat Leisure Mall, Cheras...
Aku and hubby suka sangat cara diorang organize order...
For me and hubby it is very convenience... Tapi tak sure pada orang lain...
Diorang sediakan borang and pencil (kalau pen nanti kena curi...)
kat setiap meja supaya customer boleh pilih apa-apa y di sukai and menggunakan code makanan...

Mereka bagi korang menu lepas korang duduk kat meja...






Lepas korang dah tanda-tanda, korang ke kaunter dan buat pembayaran,
Kemudian duduk tunggu...
Bagi aku cara macam ni, boleh bagi ruang kat aku untuk fikir lama-lama sikit apa yang aku nk makan...
instead of pelayn duduk tunggu aku nak fikir...
bukan apa, kesian kat pelayn tu ler...

Ni tea three layer by, and chocolate dinosour aku...



Ni chicken chop aku...

By punya mushroom soup and garlic bread...

Heee.... nak pergi lagi la dine-in kat Roti Boy...



~Zamiy Hisana~

Thursday, November 1, 2012

First Gift...

Heee.....
I'm a married woman...
A wife to my hubby...
A dear friends to somebody...
A woman for a man...
A half balance life for one person...

For..... 20 days already...

Hmmm.... many things found in this few days...
But.. seriously... its bitter sweet...



Hehe... ye la...
Masing-masing pun tengah nak mengenal dengan lebih mendalam...
Memang couple tu dah dekat 2 tahun juga..
Tapi... memang tak cukup nak kenal someone pun...

Yang penting ada 'give and take'...
Honestly... masa awal2 couple dulu, memang dia yang banyak give and aku yang banyak take...
Aku nak ubah, nak 'give' biar dia yang 'take'...

Tapi memang dia macam tu kot...
Dia suka 'give' je...
Tapi apapun...
Aku akan try juga untuk 'give' dia... Dia rajin mengalah...
Contonhnya...
Bila dah kahwin memang ada sedikit perkara yang kena beralah semua...
Hubby ku ni, tak biasa tidur dalam gelap, at least ada lampu tidur...

Tapi aku pula, tak berapa selesa tidur dalam lampu..
Solutionnya, kitaorang guna lampu meja yang macam lampu tidur tu...

Tapi masalah lain pula timbul bila lampu tidur tu keluarkan haba yang agak panas...
So malam-malam memang berpeluh sebab lampu tu...

Aku kerja awal pagi dah bangun, hubby aku memang kerja masuk tengah-hari...
Dia mengalah... tak pe lah dia tidur dalam gelap..

Aku rasa bersalah sebenarnya..
Tapi aku memang agak letih bangun pagi kalau tak lelap sangat tidur... (semua orangun macam tu..)

Lastly hubby aku beli juga lampu tidur yang jimat letrik and very simple...
Walaupun tak berapa nk nampak bergaya, tapi lampu tu memang aku boleh terima...
Hehe, thank you By....



Aku dapat gift pertama dari By as his wife...



Heeee.... walaupun tak de la mahal mana pun and tak de special pun.. tapi kat mata aku and diri aku, ianya special sangat...
Because... By yang bagi... Heee.... dia tahu aku suka kaler gitu...

Thank you By....


~Zamiy Hisana~

Thursday, October 18, 2012

Kereta Lompat longkang....






Hehe.. Ni fresh punya pengalaman yang aku baru dapat hari ni...
Selalunya, aku tak sempat nk snap gambaq... Tapi harini sempat aku tarik kamera tadi...
Dan kebetulan aku ada 'mood' nak tulis blog malam ni...
Sesaje nak baut entri...

Sebelum aku start ni...
Aku memang nk bagitahulah...
Gambar2 ni, aku snap sendiri and tolonglah jangan salah gunakannya yer...
And perkara ni pun bukan untuk di jadikan sindiran, tapi...

PERINGATAN!
Kepada diri aku sendiri dan juga orang lain...

Tengah aku syok2 tengok urusan nak try beli keta kat Giant Desa Baiduri,
Aku terkejut (konon- konon la) dengar bunyi berdentum...



Ni masa orang semua duk tengok pe terjadi...


Aku gi sana dengan Pak and mak mertua and adik ipar aku yang bongsu...
hubby aku tak de, dia nak siap g keje...
Pak mentua aku and dealer keta tu berkejar gi tengok...
riuh gak lah kat depan Giant tu...



Untung duk kat dalam malaysia ni... ramai orang prihatin...

Dioarnag semua duk berusaha sesama nak naikkan keta ni semula atas tebing...
Owner dia perempuan India... yang baju kaler oren tu pak mentua aku...
segan lagi nk panggil dia 'abah...' aku panggil pak cik lagi...


Alhamdulillah... berjaya...

Salah seorang staff giant siap pakai walkie talkie panggil semua staff keluar untuk membantu...
Pas pak mentua aku dan dealer tu datang balik kat lokasi yang aku tengah duduk sambil ambil gambar ni,
dorang berceritalah...

Katanya....

Perempuan india tu ingat kat depan dia tu ada jalan lagi, dia nk adjust2 parking...

Mak mentua aku pun cakap, dia memang nampak keta tu baru sampai...
Nak parking, terus2 terjunam je...

Dealer tu lak memang bersyukur, sebab keta kancil yang kat dalam gambar pertama tu keta dia...
Kalaulah terkena keta dia, kerja besar jugak lah kat situ, kan? haha...

Lepas tu, perempuan india tu tak jadi shopping, terus balik rumah..
Mungkin dia malu dah ke, or dia memang dah tak k lagi untuk shopping sume sebab mesti dia terkejut kan...
Mak mentua aku asyik duk sebut pak mentua aku yang paling beriya menolong siap tolong carikan batu...
Haha...

Tak pe la, yang penting pak mentua aku tu memang gitu, dia ringan tangan menolong...
Dia tak banyak cakap sangat tapi bolehlah juga nk minta pape pendapat, and ada je dia menyembang...
awal2 dulu je segan2 sikit...

Mak mentua aku peramah and easy going juga orangnya....
Family dia yang lain pun ok je...

Pape pun... Kite kena fokus bawa keta ni...
Leka sikit je... habis...

so, kaum perempuan especially... kena selalu alert dan try hard to avoid fikir pasal masalah time memandu...
Bahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain...

Dealer tu pun turut share pengalaman dia gak yang sama macam ni... katanya, dulu penah juag dia tolong angkat keta macam gitu, tapi kat bandar tasik permaisuri (tempat y aku tak berapa nak gemar... ada sebabnya...)...
ada keta kelisa dan pemandu dia lelaki, pun terjunam gak gini...
Masa dorang gi angkatkan keta ni, pemandu tu duk dalam je...
Lepas je keta tu dapat di letakkan ke atas jalan raya,
pemandu terus pecut keta dia tak cakap tima kasih ke hapa ke sepatah haram tak cakap pape...

Kata dealer tu, kemungkinan besar lelaki tersebut terlalu malu dah jadi gitu...
Agaknya, memang lelaki tak jejak dah kot bandar permaisuri tu... haha...
baguslah... tempat tu memang penuh dengan benda2 y ntah pape ntah...

*teringat someone yang kena rasuk (pura-pura kot... nak perhatian... dah tak de cara lain lah tu... euuuwwwww sangat...) kat area2 sana... tempat tu bukannya besar pun...


*tapi aku tak suka lelaki memandu, dorang tak sabar... lorong sempit tepi jalan line putih pun nak masuk, que pun tak nak time jam, tau2 masuk potong, tu pun tak g jauh, duk terkemut2 depan aku juga... bukan bias dengan lelaki, tapi memang dah banyak kali kena.....   


~zamiy hisana~